Jumaat, Mei 10, 2013

RAMAI YANG TAK PERCAYA

Apabila tiba hari penamaan calon pada 20 April lalu, Datuk Seri Ahmad Said dicalonkan semula di DUN Kijal, ramai yang terkejut kerana mereka ingatkan Ahmad Said bakal mengikut jejak langkah MB Perlis, Datuk Dr Isa Sabu.Sebaliknya mereka yang anti Ahmad Said itu berkata bila BN menang nanti di Terengganu, PM akan lantik MB baru menggantikan Mat Said. Mereka yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh tidak dapat menerima Mat Said sebagai MB buat penggal kedua.Saya sudah beritahu mereka Mat Said akan kekal sebagai MB, mereka tidak percaya. Apabila pengumuman MB Terengganu dilewatkan, mereka makin percaya bahawa bukan Mat Said jadi MB. Sebenarnya menurut sumber, ahli pangkuan negeri, Wan Fauzi dikatakan main peranan dengan Sultan Mizan lobi Mat Sid jadi MB buat penggal kedua. Sama ada sumber ini betul atau tidak, ia tidak dapat disahkan. Malah ada yang kata kononnya Mat Said ugut jika PM tak lantiknya sebagai MB, beliau akan bawa tiga ADUN masuk PAS. Itu semua khabar angin yang tak dapat disahkan semata-mata nak burukkan nama Mat Said. Semalam sah Mat Said dapat jadi MB Terengganu buat penggal kedua melebihi tempoh Idris Jusoh yang hanya sepenggal sahaja.Tahniah kepada Mat Said. Saya berharap beliau mendapat pengajaran dari kekalahan 15 kerusi BN dalam pilihnraya umum minggu lepas.Kenapa calon winnable candidate ditolak rakyat? Benarkah mereka winnable candidate atau mereka calon MB? Kenapa Datuk Wan Ahmad Nizam kalah teruk di DUN Cukai? Idris Jusoh dah gugurkan beliau sebagai calon Air Putih pada tahun 2008, kenapa Mat Said masih memilih Wan Ahmad Nizam di DUN Cukai? Kalau letak Datuk Mohamed Awang Tera mempertahankan kerusinya, mungkin beliau menang di DUN Cukai. Calon PAS, Hanafiah Mat sudah buat ketrja sejak kalah pada tahun 2008. Sepatutnya Mat Nizam jaga Cukai sejak tahun 2008 jika benar beliau mahu jadi ADUN Cukai. Tindakan Wan Hakim menolak bertanding di DUN Cukai adalah langkah yang tepat. Beliau pernah beritahu saya bahawa jika dia disuruh bertanding di Chulai beliau akan tolak tawaran itu walaupun Dun Cukai adalah kerusi yang pernah disandang ayahnya Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Sebagai MB, Mat Said kena adil kepada semua pihak. Jangan kayakan Agu dan Haji Dol seorang. Bila orang lain minta balak, Mat Said kata beku. Bila kroninya minta balak, tak beku pulak. Oleh itu beliau kena adil kepada semua rakyat. jangan layan kroni sahaja. 15 kerusi BN kalah adalah satu pengajaran buat Ahmad Said. Nasib baik orang Besut tidak khianati BN, jika tidak BN dapat 13 kerusi dan PAS dapat 19 kerusi. Selamat bertugas!

PAS TAMAK SEBABKAN CALON PKR KALAH

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali. Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon. "Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden ... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut. "Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon," tegas Azmin yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini. Jelas Azmin lagi, tanpa krisis yang berlaku di kerusi tersebut, PKR sudah pasti akan berjaya menambah bilangan kerusi mereka. "Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu," tegasnya, merujuk kepada Kerusi negeri di Semenyih dan Kota Damansara. Kerusi Kota Damansara yang menyaksikan pertandingan enam penjuru antara PKR, PAS, dan PSM termasuk tiga calon bebas tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan calon BN, Halimaton Saadiah memenangi kerusi terbabit. "Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab," kata Azmin merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman dan juga ahli Parlimen Shah Alam, Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun telah diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim dari PSM. PR bagaimanapun masih berjaya membentuk kerajaan apabila menang selesa di Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor manakala BN hanya memenangi 12 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).