Rabu, Januari 16, 2013
KERAJAAN TERENGGANU SUKA MEMBAZIR? (SIRI SATU)
Seorang ahli perniagaan, Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Din mendakwa kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said suka membazir wang rakyat.
Beliau hairan kenapa kerajaan negeri sanggup membuang RM25 juta wang rakyat dalam membersih dan membina semula Stadium Sultan Mizan yang runtuh empat tahun lalu sedangkan ada sebuah syarikat dari Jepun, Eton Construction Pte Ltd sanggup membersih dan membina semula secara percuma.
"Saya hairan kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana ada permainan tertentu kerana kononnya syarikat yang dapat tender membersih stadium itu iaitu Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dilobi oleh isteri muda seorang VVIP?," katanya kepada blog ini.
Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dikatakan mendapat tender membersih stadium yang runtuh itu dengan harga lebih RM7 juta. Manakala syarikat yang ditawarkan untuk membina semula stadium iaitu MME Sdn Bhd dikatakan mendapat tender sebanyak RM17 juta lebih.
"Ini bermakna anggaran harga yang mahu diberi percuma oleh syraikat dari Jepun milik Shigerato Kono dan Kenji Yomono itu adalah RM25 juta," katanya lagi.
Din mendakwa jika syarikat Jepun itu ditawarkan untuk membersih dan membina semula stadium itu, ini bermakna kerajaan negeri dapat menyelamatkan wang rakyat sebanyak RM25 juta.
"oleh itu saya mahu penjelasan kenapa syarikat Jepun yang sanggup menjimatkan rakyat rakyat tidak diberi pertimbangan kerana kononnya tender sudah dibuka padahal ketika itu tender belum dibuka," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu beliau juga hairan kenapa MME diberi tender membina semula stadium sedangkan lima syarikat yang hantar tender sudah ditutup tetapi MME diberi masa lagi untuk menghantar tawaran yang dibuat oleh pejabat SUK.
"Saya mahu penjelasan dari pejabat SUK kerana tender ini bukan diurus oleh JKR," katanya yang mendakwa MME adalah milik Datuk Mat Zapi yang dikatakan bakal calon BN bagi DUN Alor Limbat menggantikan YB Alias Abdullah.
Beliau kesal kerana kerajaan tidak pandai menjimat wang rakyat sebanyak RM25 juta kerana dengan RM25 juta pelbagai projek pembangunan untuk rakyat dapat dibuat.
Langgan:
Catatan (Atom)