Khamis, Ogos 27, 2009

BELI BARANGAN LONDON MELALUI INTERNET


BAGI yang menyukai barangan luar negara dan berjenama tetapi item itu tidak mempunyai premis di Malaysia, kini tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkannya.


Jika tidak, anda harus membeli tiket kapalterbang dan menempah hotel, belum masuk kos lain semasa berada di satu-satu negara itu.


Kini, dengan hanya duduk di rumah dalam suasana nyaman dan selesa, berhadapan dengan komputer dan melayari laman web, anda boleh membuat pelbagai pilihan item yang mana idaman hati.


Jenama Hackett Polos, Cath Kidston, Monsoon, Accessorize, Primark, Matthew Williamson dan ASOS yang hanya terdapat di London selain jenama lain seperti Furla, Mulberry, Tod's, Celine dan Anya Hindmarch ditawarkan di dalam online, lengkap dengan harga dan cara untuk membuat pesanan.


Membeli belah di alam siber ini adalah idea dua orang surirumah yang menetap di London kerana mengikuti suami masing-masing yang bekerja di bandar raya metropolitan itu. Daripada tiada aktiviti yang hendak dibuat selain gemar membeli belah dan menguruskan rumahtangga dan anak-anak, mereka mengambil keputusan untuk merebut peluang yang ada untuk berniaga di samping memberi pendapatan tambahan.


Shireen Salleh dan Zalifah Zakaria, masing-masing 33 tahun mendapat idea apabila sering diminta untuk membeli pelbagai jenis item yang terdapat di London apabila mereka pulang ke Malaysia oleh sanak saudara dan rakan-rakan.


''Melihatkan pesanan barangan tersebut semakin bertambah setiap kali kami balik ke Kuala Lumpur, bahkan ada yang meminta kami mengeposnya, maka kami mendapat idea, untuk membuka laman web bagi menjual barang-barang tersebut melalui Internet,'' kata Shireen ketika ditemui di Taman Tun Dr. Ismail ketika pulang bercuti baru-baru ini.


Menurut Shireen, langkah pertama yang dilakukan ialah dengan membuka blog dan dengan bermodalkan RM3,000 seorang, mereka berdua telah pergi ke pusat membeli belah Matthew Williamson for HMM membeli 20 item seperti beg tangan, pakaian wanita, aksesori dan kasut bagi diiklankan di dalam blog.


''Satu kejutan berlaku, cuma beberapa hari sahaja, item yang diiklankan hampir habis dijual. Ini membuatkan kami berasa seronok dan sekali gus menaikkan semangat untuk terus meniaga secara siber.


''Maklum balas yang diterima daripada pelanggan juga sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kami untuk terus menawarkan item yang berkualiti, berjenama, eksklusif dan mempunyai nilai wang dan yang penting hanya yang asli sahaja. Dari situ, sedikit demi sedikit, kami menambahkan item seperti pakaian kanak-kanak Monsoon, baju lelaki Hackett Polos, beg membeli belah Cath Kidston, Anya Hindmarch, Tod's, kasut Jimmy Choo dan aksesori.


''Bahkan harga dan caj yang dikenakan turut berpatutan malah ada harga item yang lebih murah daripada yang boleh diperoleh di Malaysia,'' ujar isteri kepada kakitangan Shell yang berpangkalan di London.


Sementara itu, bekas perunding amanah saham dan isteri kepada kakitangan Hess Oil, Zalifah memberitahu, bagi pelanggan yang ingin memesan item yang diiklankan, cukup mudah, hanya layari www.fashies.blogspot.com dan isikan borang pesanan bagi menempah item yang ingin dibeli.


''Untuk pesanan khas iaitu item yang tidak ada dalam blog, berikan model dan keterangan mengenai item. Kami akan mencarinya dan menghantar sebut harga secepat mungkin termasuk caj yang dikenakan.


''Kami juga akan e-mel invois pembayaran yang boleh dibuat melalui kad kredit, Paypal atau butir-butir akaun nombor CIMB, Maybank atau UK (Llyods TSB/Natwest) untuk pemindahan tunai. Kami memerlukan sebahagian pembayaran untuk item yang berharga lebih RM500.


''Caj yang dikenakan termasuk kos item, bayaran pos, penghantaran dan insurans. Untuk pesanan khas, pelanggan diberi tiga hari untuk membayar 75 peratus daripada sebut harga. Jika tidak, pesanan itu terbatal. Sebanyak enam peratus yuran urusniaga akan dicaj untuk pembayaran melalui kredit kad atau PayPal,'' kata ibu kepada dua cahayamata.


Tambahnya, apabila pembayaran telah dijelaskan, pesanan akan dihantar. Pelanggan bakal menerima barangan dalam masa empat hingga enam minggu. Apabila item tiba di Malaysia, baki pembayaran barangan yang lebih RM500 perlu dibayar. Penghantaran ke Malaysia ialah dua minggu sekali.


''Nah, mudah dan tidak perlu berbelanja besar untuk ke London bagi mendapatkan produk idaman kalbu,'' kata Zalifah.

MELAYU YANG RUGI


Inilah cerdiknya orang Melayu. Tidak ada otak. Bila ADUN Melayu keluar dari PKR maka secara automatik dia hilang kelayakan jadi Exco. Maka digantinya orang China dari PKR untuk jadi Exco.Jadi orang Melayu yang rugi. Dahulu ada Exco dalam PKR kini diganti Exco di kalangan orang China pula.


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.


Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.


Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.


Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).


Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).


Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).


Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

HENDAK SERIBU DAYA


Bulan lepas kita telah ikuti kisah sedih Sifu yang lama terlantar sakit di hospital dapat merubah dirinya setelah makan produk Nutriblend. Apa yang dialaminya merangsang dirinya untuk membantu pesakit kronik yang lain dengan menceburi bisnes GMC secara sepenuh masa.


Ternyata beliau membuat tindakan yang tepat pada masa yang tepat. Ketika ditemui di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini, Khirul Anuar Haji Ibrahim berkata sudah tujuh tahun GMC mengadakan pertemuan mingguan di hotel tersebut.


“Jika produk GMC tidak bagus, sudah lama orang datang ke hotel ini bawak kayu mahu pukul kami,” kata beliau sambil ketawa.


Sifu bangga kerana dapat melahirkan enam orang jutawan di bawahnya, termasuk seorang “student” final year dari UNIKL. Baginya, rebutlah peluang yang diberi kerana produk GMC ternyata amat berkesan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, leukemia dan sebagainya.


Menurut beliau, yang penting bukan beliau yang jadi jutawan tetapi berapa ramai yang dapat beliau lahirkan jutawan melalui GMC.


“Kita tahu melalui MLM, memang mudah melahirkan jutawan. Jadi jangan sia-siakan peluang ini bila kita tahu produk Nutriblend ini amat berkesan,” katanya lagi.


Katanya, GMC adalah syarikat yang kukuh yang memberi sokongan penuh kepada semua orang tanpa mengira bangsa.


“Yang anehnya orang Melayu yang bawa produk ini dari Amerika Syarikat ke negara ini tetapi yang menjadi ahli ramainya orang China. Masa itu orang Melayu was-was kerana produk ini tidak ada sijil halal lagi,” katanya.


Bila JAKIM keluarkan sijil halal barulah orang Melayu dapat menerima Nutriblend.Orang Melayu baru nampak peluang jadi jutawan melalui GMC sedangkan orang China sudah lama jadi jutawan.


Katanya, dalam GMC, orang yang paling cepat jadi jutawan ialah dalam tempoh empat bulan dari hasil kerja kuatnya. Jika kita ada matlamat tertentu, kita mudah capai target kita.


“Dalam apa jua bidang, kita mesti ada target kita. Masuk GMC, nak jadi jutawan dalam tempoh berapa lama, Jika kita sudah tetapkan target kita, kita kerja kuat, insya Allah cepat kita capai target itu,” jelasnya lagi.


Sifu berpegang teguh kepada prinsip bila kita masuk dalam sesuatu bidang, kita jangan pandang ke belakang lagi, Janganlah kita masuk banyak syarikat MLM yang menyebabkan peluang kita untuk jadi jutawan makin lambat. Sebaliknya kita kena focus kepada satu syarikat saja.


Katanya, walaupun pada saat beliau sertai GMC , sudah beribu yang masuk jadi ahli, beliau tidak pernah anggap beliau sudah terlambat.


“Sebaliknya peluang yang ada hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya supaya kita jadi jutawan dalam tempoh yang telah kita tetapkan,” tegasnya lagi.


Beliau memberi peluang kepada semua orang yang mahu menyertai GMC. Katanya, pengalaman tidak diperlukan dan kelulusan juga tidak perlu.


“Yang penting ialah kesungguhan untuk menjayakan bisnes ini,” katanya lagi.


Beliau memberi peluang kepada orang yang muflis dan blacklist untuk membaiki diri mereka dengan menyertai GMC.


“Kita ada sediakan pinjaman kepada mereka supaya bila berjaya nanti mereka dapat keluar dari alam muflis dan blacklist,” katanya lagi sebagai satu lagi usaha GMC membantu masyarakat mengurangkan bilangan muflis di negara ini.

(Untuk mengetahui kisah lanjut Sifu, belilah majalah BUSINESS KINI edisi 8 yang akan berada di pasaran pada minggu hadapan)

MARILAH KITA BANTU ANAK HARYATI

Di bulan Ramadhan ini marilah kita sama-sama bersedekah membantu orang yang susah. Mungkin penderitaan anak Haryati ini dapat mendorong kita untuk bersedekah sekadar yang mampu.
Haryati Ahmad Fauzi, 32, pilu apabila diminta menceritakan keadaan anaknya, Mohamad Ayub Mansur, 7, yang menghidap penyakit jantung sejak lahir.

Anaknya semakin hari semakin lemah dan tidak aktif seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya memandangkan injap kiri jantungnya mengalami kebocoran tahun lalu.

Tambahnya, oleh kerana sering kurang sihat, anaknya hanya ke sekolah dua hingga tiga hari seminggu.

"Saya terlalu bimbang tentang tahap keselamatannya saban hari namun tiada apa yang boleh saya buat dan hanya berdoa agar dia sembuh segera.

"Saya teringin menyambut Ramadan dan Syawal bersama-sama keluarga seperti keluarga lain namun setiap kali mengenangkannya saya berasa pilu," jelasnya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ujar Haryati, anaknya memerlukan sebanyak RM30,000 untuk menjalani pembedahan jantung namun sehingga kini jumlah wang belum mencukupi.

Tambahnya, dia hanya bergantung harap kepada suami, Mansur Embong, 39, yang bekerja sebagai jurujual alat ganti di sebuah syarikat swasta.

"Suami saya hanya berpendapatan RM700 sebulan. Setiap enam bulan, saya terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membawa anak mendapatkan rawatan dan setiap kali rawatan memerlukan RM500 .

"Bagi menjimatkan kos, saya minta hospital membuat rawatan sekali setahun namun saya amat bimbang tentang kesihatan anak saya,'' katanya selepas menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Toh Chin Yaw di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Beliau berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan bantuan. Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Haryati di talian 013-9304 520.

BENCI RASUAH PUNCA BERNIAGA


Tidak ramai orang yang berprinsip seperti Haji Sobri Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Coffee Classic (M) Sdn Bhd. Beliau adalah seorang yang anti rasuah. Dia benci dengan rasuah yang berlaku di sekelilingnya ketika bekerja sebagai jurutera perunding dengan sebuah syarikat minyak dan gas.


Oleh itu beliau sanggup meninggalkan gaji lumayan dan meletakkan jawatan untuk menceburi bidang perniagaan yang sama sekali bukan bidangnya.


Setelah berjaya dengan Coffee Classic yang menghasilkan jualan tahunan melebihi RM3 juta, Haji Sobri merancang untuk melancarkan produk baru pula yang bernama SynQ sempena nama kampungnya Singkir di Yan, Kedah.


Berusia 43 tahun, Haji Sobri tidak pernah menyesal meletakkan jawatan sebagai jurutera kerana perniagaan yang diceburinya lebih membawa berkat.


“Apa maknanya gaji besar tetapi bergelumang dengan rasuah. Saya lihat menjadi usahawan kurang terlibat dengan rasuah. Kalau jadi kontraktor, nak lobi projek, kena beri rasuah, sebaliknya dengan menjual kopi tidak ada terlibat dengan rasuah,” tegasnya.


Sepatutnya SPRM menjemput Haji Sobri berceramah di sekolah atau di jabatan kerajaan memberi kesedaran betapa bencinya beliau terhadap rasuah.


Keberkatan perniagaannya terbukti bila tidak terlibat dehgan rasuah dan Haji Sobri adalah contoih usahawan tanpa rasuah yang berjaya yang sepatutnya menjadi model SPRM.


Menyentuh tentang produk baru SynQ, ia terdiri dari tiga produk, produk kesihatan, produk kecantikan dan produk pendidikan. Bagi produk kesihatan, dua produk sudah dikenalpasti yang mengandungi collagen yang boleh mencegah kanser manakala gai produk kecantikan, dua produk juga sudah dikenalpasti dan bagi produk pendidikan, ia telah mengenalpasti satu produk.


“Insya Allah ia akan dilancarkan pada bulan November ini,” kata beliau sebagai menjelaskan pelancara SynQ adalah sebagai mempelbagaikan lagi perniagaannya yang tgerlibat dengan kopi selama ini.


Menyentuh tentang Coffee Classic, beliau bangga kerana mempunyai 15,000 pengedar di seluruh Malaysia.


“Saya telah melahirkan tujuh orang jutawan melalui perniagaan kopi ini,” katanya bangga kerana dapat melahirkan jutawan.


Sehubungan dengan itu Haji Sobri yang pernah diarah oleh Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi untuk mewawancara para pelajar universiti kecewa kerana bila mereka ditanya mahu jual kopi, mereka pandang rendah kepada bisnes kopi yang diceburinya.


Katanya, mereka tidak faham bisnes kopi saling berkait dengan bisnes lain seperti bisnes grafik yang buat grafik, bisnes kertas yang membalut kopi dan pelbagai bisnes lagi.


Beliau mahu para pelajar faham perbezaan antara ahli perniagaan dengan usahawan.


Usahawan adalah meneroka benda baru yang belum tentu hasilnya menakala ahli perniagaan buat bisnes biasa yang ada rutinnya.


“Menjual kopi adalah keusahawanan kerana ia meneroka pasaran baru dan rasa kopinya belum tentu diterima baik oleh para penggunanya,” katanya.


Sehubungan dengan itu ketika mula-mula menceburi bisnes ini, Haji Sobri tidak pernah bimbang dengan persaingan.


“Semua perniagaan ada persaingan. Kita lihat di sekeliling kita sekarang. Baju yang kita pakai ada persaingan, pen yang kita guna ada persaingan, jam yang kita pakai ada persaingan. Jadi persiangan dalam perniagaan adalah perkara normal,” katanya.


Menyentuh tentang modal, beliau menolak andaian bahawa tanpa wang seseorang itu tidak boleh berniaga.


“Dalam perniagaan, wang tidak penting. Yang penting kepercayaan. Jika kita ada kontek yang ramai, dia percaya kepada kita, pembekal boleh beri hutang kepada kita apa yang kita mahu beli dalam tempoh masa yang tertentu. Cukup tempoh kita kena bayar. Jika tidak mereka sudah tidak percaya kepada kita lagi,” hurainya.


Sebab itu, katanya ada orang boleh berniaga tanpa modal kerana dia sudah dapat kepercayaan untuk menangguhkan bayaran barang-barang tertentu dalam tempoh masa yang dijanjikan.


“Oleh itu ada orang kata nak berniaga tidak ada modal adalah perkara remeh temeh,” katanya lagi.


Bagaimanapun, Haji Sobri tidak menolak bahawa dalam sesuatu bisnes, pemasaran adalah nadi utama.


“Jika marketing tidak menyeluruh, tak guna kita ada keluarkan produk kita,” katanya sambil mengaku bahawa sebelum menceburi bisnes kopi ini, beliau belajar selok belok marketing selama dua tahun.


Katanya, apabila beliau yakin dengan marketing ini baru beliau buat bisnes.


(Untuk mengikuti rencana penuh mengenai Haji Sobri ini, belilah majalah BUSINESS KINI edisi 8 yang akan berada di pasaran mulai minggu hadapan)

ROSOL NAFI MASUK PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Abdul Wahid dahulu bukan main lantang tak mahu Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Hinggakan dia pernah berkata sedia meletakkan jawatan sebagai ADUN untuk hadapi pilihanraya kecil Ajil. Tapi bekas guru ini tak tahu bahawa bila letak jawatan dia tak boleh tanding semula untuk lima tahun. Sebab itu dia tak jadi letak jawatan.


Baru-baru ini heboh beberapa ADUN telah menemui Anwar Ibrahim tetapi kononnya mereka telah diberi amaran oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semalam Rosol secara rasmi menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Rosol turut menyifatkan laporan mengenainya yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej UMNO.



Beliau mengakui masih berlaku masalah dalaman di negeri itu namun tidak pernah berbincang berhubung niat untuk meninggalkan UMNO seterusnya menyertai PKR seperti yang didakwa.



''Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini tak akan berlaku dalam kumpulan kita.



''Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO.



''Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 ditangguhkan semalam.

APA NAK JADI SPRM?




Apa nak jadi dengan SPRM? Banyak kes SPRM kalah. Kalau begini gayanya oang akan tidak hormati SPRM. Sebab itu SPRM mesti pastikan setiap kes yang didakwa di mahkamah hendaklah mempunyai bahan bukti yang kukuh. Rakyat akan terus persenda SPRM jika setiap kes yang dibawa ke mahkamah kalah.




Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang pada Rabu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik.




Hakim Zamri Bakar berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tuduhan itu, masing-masing membabitkan wang tunai RM200 dan RM500.




"Tidak ada unsur rasuah dalam kedua-dua kes ini," katanya.




Mahkamah yang penuh sesak dengan penyokong Mohd Nor menjadi riuh apabila hakim membuat pengumuman itu menyebabkan mereka ditegur oleh Zamri.




Ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah, Mohd Nor, 48, yang kelihatan sebak, berkata beliau berasa bersyukur kerana Ramadan kali ini mempunyai pengertian yang besar dalam hidupnya dengan pembebasannya itu.




"Alhamdulillah saya telah dibebaskan. Dengan ini saya bersyukur kerana segala tohmahan dan tuduhan terhadap saya telah dibersihkan," katanya.




Beliau dipertahankan oleh barisan peguam bela terdiri daripada Raftfizi Zainal Abidin, S. Parameswaran dan G. Jayaprakash.Mohd Nor, seorang ahli perniagaan, dituduh memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Rezwat Shahril Zainal Ariffin, dalam sebuah kereta pada 1 Ogos tahun lepas.




Wang itu merupakan dorongan kepada Rezwat supaya beliau mencalonkan Mohd Nor sebagai calon Ketua Umno Bahagian Seremban untuk sesi 2008-2011.Tuduhan kedua pula membabitkan wang tunai RM500 yang didakwa juga diberikan kepada Rezwat untuk tujuan yang sama, pada 2 Ogos di sebuah tempat meletak kereta di belakang bangunan Centre Point.