Khamis, Ogos 27, 2009

APA NAK JADI SPRM?




Apa nak jadi dengan SPRM? Banyak kes SPRM kalah. Kalau begini gayanya oang akan tidak hormati SPRM. Sebab itu SPRM mesti pastikan setiap kes yang didakwa di mahkamah hendaklah mempunyai bahan bukti yang kukuh. Rakyat akan terus persenda SPRM jika setiap kes yang dibawa ke mahkamah kalah.




Naib Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang pada Rabu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik.




Hakim Zamri Bakar berkata pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tuduhan itu, masing-masing membabitkan wang tunai RM200 dan RM500.




"Tidak ada unsur rasuah dalam kedua-dua kes ini," katanya.




Mahkamah yang penuh sesak dengan penyokong Mohd Nor menjadi riuh apabila hakim membuat pengumuman itu menyebabkan mereka ditegur oleh Zamri.




Ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah, Mohd Nor, 48, yang kelihatan sebak, berkata beliau berasa bersyukur kerana Ramadan kali ini mempunyai pengertian yang besar dalam hidupnya dengan pembebasannya itu.




"Alhamdulillah saya telah dibebaskan. Dengan ini saya bersyukur kerana segala tohmahan dan tuduhan terhadap saya telah dibersihkan," katanya.




Beliau dipertahankan oleh barisan peguam bela terdiri daripada Raftfizi Zainal Abidin, S. Parameswaran dan G. Jayaprakash.Mohd Nor, seorang ahli perniagaan, dituduh memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Rezwat Shahril Zainal Ariffin, dalam sebuah kereta pada 1 Ogos tahun lepas.




Wang itu merupakan dorongan kepada Rezwat supaya beliau mencalonkan Mohd Nor sebagai calon Ketua Umno Bahagian Seremban untuk sesi 2008-2011.Tuduhan kedua pula membabitkan wang tunai RM500 yang didakwa juga diberikan kepada Rezwat untuk tujuan yang sama, pada 2 Ogos di sebuah tempat meletak kereta di belakang bangunan Centre Point.