Sabtu, November 12, 2022

ZAHIR HASSAN TERUSKAN KESINAMBUNGAN DI WANGSA MAJU

 Calon PKR bagi  parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan dijangka mengekalkan kerusi PH pada 19 November ini. Zahir adalah Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan. Beliau menyertai PKR pada tahun 1999 dan menyokong reformasi tetapi lambat jadi calon.


Zahir bukan orang asing dalam politik kerana sudah lama beliau bergiat dalam PKR. Walaupun beliau ketua cabang Titiwangsa, tetapi Wangsa Maju bukan asing bagi  beliau. Beliau adalah seorang jurutera yang pernah bekerja di UAE, Pakistan dan Arab Saudi, Mempunyai pengalaman 30 tahun dalam klejuruteraan, pembinaan dan pembangunan hartanah.

Sudah tiga kali PKR menang di Wangsa Maju meletakkan calon cina. INI satu ujian kepada pengundi CIna dan India Wangsa Maju  sama ada mereka boleh terima calon Melayu dari PKR. Insya Allah Zahir dapat meneruskan kesinambungan di Wangsa Maju.

Saya yakin jika PH menang, Zahir Hassan adalah calon menteri dari Wilayah Persekutuan. Kami satu sekolah di MRSM Seremban dan beliau berasal dari Johor Bharu . Kelebihan beliau sebagai jurutera yang selalu menjadi imam di mana mana surau. Selamat bertanding Zahir hassan.

Zahir lebih berwibawa dari calon BN, Shafie Abdullah yang manjadi Setpol Menteri Kewangan. Macam macam kes kita dengar masa beliau menjadi Setpol kepada Datuk Seri Najib. Dah kalah pada tahun 2018, BN nampaknya BN ketandusan calon yang bersih.


BUNG MOKHTAR LEBIH LAYAK JADI TPM DARI SABAH

Semalam bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkempen di Kota Belud berkata calon parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan layak jadi TPM dari Sabah jika BN menang nanti.


INi yang rosak UMNO kalau Rahman Dahlan dilantik TPM kerana tak ikut hiraki parti. Rahman bukan Pengerusi BN Sabah. Bung Mokhtar pengerusi BN Sabah yang lebih layak jadi TPM kalau BN memerintah negara,

Bung Mokhtar kini Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerjaraya Sabah . Dia tak sombong seperti Rahman Dahlam. Saya kenal Bung Mokhtar pada tahun 1989. Sampai sekarang Bung Mokhtar ingat kawan kawan lama, merendah diri dan tak sombong.

Orang macam Bung Mokhtar lebih layak jadi TPM dan bukannya Rahman Dahlan. Belum pasti Rahman menang di Kota Belud kerana Isnaraissah Munirah calon parti Warisan lebih popular dari Rahman, Kalau kalah di Kota Belud, macam mana nak jadi TPM.

Oleh itu Umno kena ikut hiraki parti. Jangan lantik sebarang orang jadi TPM.