Sabtu, Disember 22, 2012

ZAM PATUT MINTA MAAF KEPADA HABIBIE

Bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin patut minta maaf kepada bekas Presiden Indonesia,BJ Habibie kerana mengatakannya sebagai pengkhianat. Walaupun ia dianggap sebagai pandangan peribadi, tetapi apabila menghina bekas Presiden sebuah negara, ia memang tidak patut disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia (adik beradik Utusan Malaysia) yang dianggap sebagai Utusan Fitnah (kerana banyak kes saman fitnah). Katakan bekas menteri Indonesia menghina bekas Perdana Menteri kita, Tunku Abdul Rahman adakah kita tidak marah? Oleh itu Zam harus sedar beliau adalah bekas menteri, maka beliau tidak wajar menuduh bekas Presiden negara jiran dengan tuduhan sebegitu rupa. Inilah akibatnya orang yang tak layak jadi menteri dilantik menteri dan orang yang tak layak jadi Ketua Pengarang akhbar dilantik Ketua Pengarang. Seorang stringer boleh jadi Ketua Pengarang? Hebat sangatkah Zam? Zam lulus universiti mana kalau tidak ampu dan bodek sehingga dapat jadi Ketua Pengarang sebuah akhbar harian. Kalau dia hebat, dia sudah jadi Ketua Umno Bahagian Merbok sebaliknya jadi ahli parlimen Merbok sahaja tanpa jadi orang kanan dalam parti. Oleh itu sebagai bekas menteri, beliau perlu berhati-hati menulis di lain kali supaya tidak menyinggung perasaan rakyat Indonesia.

Ahad, Disember 16, 2012

KOS AMBIL PEKERJA ASING LEBIH RENDAH

Cadangan supaya pengambilan pekerja asing dilakukan sepenuhnya menerusi kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan agensi boleh meringankan beban rakyat. Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, melalui cara itu para majikan dapat membayar kos pengambilan pekerja asing lebih rendah iaitu bersesuaian dengan kemampuan mereka. "Majikan yang ingin mengambil pekerja asing mampu membayar kos tersebut sekitar RM3,000 apabila urusan pengambilan diuruskan secara terus antara dua kerajaan. "Saya yakin rakyat akan menyokong penuh cadangan ini kerana agensi pekerja asing mengenakan bayaran terlampau tinggi seolah-olah mahu mencekik darah pelanggan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. ...

Jumaat, Disember 14, 2012

KU LI SERAH KEPADA PUCUK PIMPINAN

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN. “Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof. Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Gua Musang berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN terus mendapat mandat daripada rakyat. Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baharu kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat. “Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi DUN kekal menang. “Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya. Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah mengekalkan kemenangan. - BERNAMA

Jumaat, Disember 07, 2012

MUSA MAKIN MENGARUT

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin menjadi punca kepada insiden keganasan politik seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini oleh kerana kuasa polis untuk memantau sudah berkurangan. "Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu. "Tetapi saya merasakan dalam keadaan begitu, polis kena berhati-hatilah untuk menentukan keselamatan orang di tempat-tempat ceramah," kata Musa apabila ditemui oleh pemberita selepas acara 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Kemana Maruah Kita?' di Shah Alam semalam. Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan. "Tetapi saya ingin menasihatkanlah, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok. "Ini pasal nak bagi tau masyarakat tentang apa you nak buat, bergaduh buat apa, toksah bergaduhlah kan. "Ceramah sebelah-sebelah tak boleh sebenarnya. Masa saya bertugas dulu, walaupun saya Inspektor dulupun, di Melaka kita ada pilihan raya tidak akan dibenarkan (ceramah) sebelah-sebelah. "Ini akan mewujudkan pergaduhan, provokasi. Apabila ditanya mengapa sekarang ceramah secara bersebelahan diantara parti politik yang berlawan, beliau menjawab: "Itu tak tahulah nak cakap, itu kena tanya orang yang membenarkan." Ulasan saya, sesuatu akta yang melibatkan polis, sudah tentu KPN turut bincang sama. Adakah ia diluluskan di zaman KPN sekarang? Jika di zaman KPN sekarang, Musa tidak terlibat. Jika akta ini dibuat di zaman Musa, adakah Musa akan menentangnya? Bila dah pencen, tak payah Tan Sri
buat kenyataan yang bercanggah. Lebih baik duduk diam sahaja. Lagi banyak anda bercakap Tan Sri semakin keliru rakyat apatah lagi anda adalah bekas KPN. Ikutlah rasmni Tun Hanif Omar yang tidak cakap banyak.