Selasa, Ogos 23, 2011

TUNGGU APA LAGI KDN?



Tunggu apa lagi KDN? KDN perlu ambil tindakan tegas kepada ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang membuat fitnah kononnya PATI kena baca skrip pemyokong BN ketika pemutihan dijalankan.

Ini tuduhan yang amat berat. Oleh itu KDN kena ambil tindakan tegas kepada fitnah Ketua Wanita PKR itu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana masih tidak membuat laporan polis bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaannya wujud “skrip bersumpah” yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Susulan itu, ketua setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Ampang itu.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dipetik berkata bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada Umno dan BN sebagai sebahagian proses pemutihan.

Skrip itu dikatakan tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa Zuraida diperolehi daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, Zuraida mendakwa bahawa Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi dan melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Menurut Mahmood, ia adalah tuduhan berat kepada kepentingan negara, kerana Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik.

NONESebaliknya, tambah beliau, ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Minggu lalu, Zuraida Kamaruddin (atas, tengah) menyahut cabaran Mahmood yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Sehubungan itu, Zuraida dilaporkan berkata akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua setiausaha KDN itu.