ALOR SETAR, 10 Sept (Bernama) -- Orang ramai yang mempunyai aduan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kini boleh berbuat demikian menerusi aplikasi WhatsApp, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya penggunaan aplikasi media sosial itu sebagai saluran alternatif bertujuan memudahkan pengguna yang perlu menyertakan nama penuh, gambar resit serta nama premis yang berkenaan ke talian 019-2794317.
“Tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam,” katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Pelaksanaan SST oleh Jabatan Kastam di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah menerima 642 aduan menerusi WhatsApp sejak medium itu diperkenalkan pada 1 Sept lalu dengan kebanyakannya melibatkan harga makanan dan minuman di restoran.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lalu, pihaknya menyaksikan penurunan harga barang 0.2 hingga 12.9 peratus.
Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan majlis tersebut berkata SST yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan lebih mesra rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu
" Melalui SST barangan cukai dikurangkan hingga 5,000 barangan iaitu 38 peratus berbanding 60 peratus semasa GST dahulu.
"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga berjanji tidak akan songlap duit-duit yang diperolehi dari SST ini dan sekiranya ada wakil kerajaan yang terlibat dengan pecah amanah maka akan dikenakan kuasa undang-undang sedia ada," katanya
Selasa, September 11, 2018
SAYA TIDAK AKAN LEPASKAN KERUSI KATA DATUK MANSOR
GEORGE TOWN, 10 Sept (Bernama) -- Anggota Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp bahawa beliau akan mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil (PRK).
"Mesej itu tidak betul. Saya nafikan akan melepaskan kerusi Nibong Tebal. Saya tidak akan melepaskan kerusi Nibong Tebal," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu menyatakan mesyuarat khas PKR pada tengah hari ini bersetuju peletakan jawatan Mansor sebagai Anggota Parlimen Nibong Tebal dan memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.
Mesej itu turut menyatakan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Langgan:
Catatan (Atom)