Rabu, November 09, 2022

KJ DAH JADI PM KALAU TANDING NAIB PRESIDEN UMNO 2018

 Pada pemilihan UMNO 2018, Khairy Jamaluddin menentang Zahid Hamidi dan Ku Li untuk jawatan Presiden UMNO. Kalau beliau merebut kerusi Naib Presiden,saya percaya dia menang no1,Ismail SabryYaacob no 2 dan Mahdzir Khalid no 3.

Umno tak ada pilihan lain mencadangkan nama Khairy kepada  MahiaddinYasin sebagai calonTPM. Oleh kerana Ismail naibpresiden no1 maka Ismail yang dapat jadi TPM dan akhirnya PM.

Malam tadi berkempen di Sungai Buloh, KJ berkata suatu hari nanti dia mahu memimpin UMno dan jadi PM. Oleh itu pengundi Sungai Buloh kena pastikan KJ menang untuk mencapai cita citanya untuk jadi PM.

Itupun kalau BN menang. JIka PH menang, KJ kena masuk PKR untuk menjadi PM. Tapi sekarang ahli parlimen tak boleh lompat parti. Memang tak ada rezeki KJ untuk jadi PM. Saya percaya jika 2018 KJ tanding Naib Presiden UMNO dan menang no 1 KJlah PM Malaysia searang dan bukannya Ismail Sabri Yaacob.



SATU UNDI UNTUK RAFIZI, SATU UNDI JATUHKAN ANWAR

 SAYA ingin berpesan kepada semua pengundi parlimen Pandan, jangan undi calon PKR, Rafizi Ramli.  Satu undi untuk Rafizi, ini bermakna satu undi utuk jatuhkan Anwar sebagai presiden PKR.

Kenapa saya berkata demikian? Baru jadi Timbalan Presiden PKR, Rafizi sudah naik tocang. Berani dia beritahu media nak tukar calon PKR di Sungai Buloh, Ramanan kepada Sivarasa sedangkan Anwar sudah umum Ramanan sebagai calon PKR untuk menentang calon BN, Khairy Jamaluddin.

Dua hari lepas dia bercanggah lagi denganAnwar. Anwar kata Pakatan Harapan boleh menang 100 kerusi, Rafizi kata 80 Kerusi. Nampak sangat Rafizi tidak hormatiAnwar. Nampaknya Rafizi lebih bahaya dari AzminAli.

Jika ahli PKR sayangkan Anwar, jangan undi Rafizi. Undilah calon BN kawasan Pandan walaupun dia dari MCA. Kalau PH menang besar, Rafizilah  yang akan mendesak Anwar turun dari jawatan PM. Rafizi duri dalamdaging kerana dia yakin jadi PM selepas Anwar.

Oleh itu pastikanlah Rafizi kalah di Pandan. Rafizi orang Kemaman pengecut nak tanding di Kemaman. Kalau mu berani lawanlah Ahmad Said di Kemaman dan bukannya hantar ayam togel, Hasuni tanding di situ. Buat malu orang Kemaman