SAYA ingin berpesan kepada semua pengundi parlimen Pandan, jangan undi calon PKR, Rafizi Ramli. Satu undi untuk Rafizi, ini bermakna satu undi utuk jatuhkan Anwar sebagai presiden PKR.
Kenapa saya berkata demikian? Baru jadi Timbalan Presiden PKR, Rafizi sudah naik tocang. Berani dia beritahu media nak tukar calon PKR di Sungai Buloh, Ramanan kepada Sivarasa sedangkan Anwar sudah umum Ramanan sebagai calon PKR untuk menentang calon BN, Khairy Jamaluddin.
Dua hari lepas dia bercanggah lagi denganAnwar. Anwar kata Pakatan Harapan boleh menang 100 kerusi, Rafizi kata 80 Kerusi. Nampak sangat Rafizi tidak hormatiAnwar. Nampaknya Rafizi lebih bahaya dari AzminAli.
Jika ahli PKR sayangkan Anwar, jangan undi Rafizi. Undilah calon BN kawasan Pandan walaupun dia dari MCA. Kalau PH menang besar, Rafizilah yang akan mendesak Anwar turun dari jawatan PM. Rafizi duri dalamdaging kerana dia yakin jadi PM selepas Anwar.
Oleh itu pastikanlah Rafizi kalah di Pandan. Rafizi orang Kemaman pengecut nak tanding di Kemaman. Kalau mu berani lawanlah Ahmad Said di Kemaman dan bukannya hantar ayam togel, Hasuni tanding di situ. Buat malu orang Kemaman