Ahad, Oktober 16, 2022

DAH 50 TAHUN KAMI BELAJAR DI MRSM SEREMBAN

Dah 50 tahun kami belajar di MRSM Seremban, MRSM pertama di Malaysia. Kini ada 50 buah MRSM di seluruh negara. Sebagai perintis kami 150 orang sepatutnya jadi doktor, jurutera, saintis, ahli farmasi tetapi rupa rupanya kami ada juga yang jadi editor Berita Harian (Mohd Khaidir Majid).

Malam tadi seramai 50 orang kira kira satu pertiga yang hadiri makan malam badge perintis MRSM 1972. 

Bukan mudah mengumpulkan kami semua kerana semua sibuk. Kini bila berjumpa, masing masing bertanya cucu berapa orang sekarang. Dulu bila berjumpa tanya berapa orang anak, 10 tahun lagi entah tanya soalan apa pula.

Genap 50 tahun  kami bersama kira kira 17 orang sudah meninggal. Insya Allah 10 tahun lagi bila kami bertemu semula dah berapa orang yang tiada di kalangan kami. Ketika itu kami berusia 73  tahun. Tahniah kepada Dr Abdul Halim Abu Bakar yang menguruskan majlis malam tadi di Umai Cafe Putrajaya.