BUKIT MERTAJAM, 7 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan imej yang lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk orang lama sahaja, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata sehubungan itu setiap calon daripada BN yang akan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.
Kena ada barisan calon yang mewakili semua generasi, kita tak mahu ada imej macam PRU lepas, BN ni parti lama. Parti yang tak nampak imej yang segar, parti "jurassic", kena tunjuk kita parti masa depan TN50 bukan dah parti 1957," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Permatang Pauh Fellowship Ride di Permatang Pauh dekat sini, semalam.
Ditanya mengenai pemilihan calon di kalangan Pemuda, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, namun tetap berharap lebih ramai calon muda akan bertanding pada PRU akan datang.
Sebab kita melihat golongan pengundi muda semakin ramai dan mereka mengharapkan calon muda," katanya.
Khairy berkata seperti mana Wanita UMNO yang mahukan 30 peratus calon dipilih dalam kalangan mereka, Pemuda juga berharap agar 30 peratus calon termasuk wanita dan lelaki muda akan terpilih sebagai calon pada PRU akan datang.
-- BERNAMA
Ahad, Mei 07, 2017
BN KENA TAPIS CALON BEBAS RASUAH
KUALA LUMPUR 6 Mei Barisan Nasional (BN) memberi jaminan tidak akan meletakkan calon yang mempunyai latar belakang tidak bersih dan terbabit rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu menjadikan amalan memeriksa latar belakang calon sejak sekian lama dan tidak mengizinkan individu yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Jelasnya, BN pernah mencadangkan supaya perkara itu dilaksana dan diwajibkan bagi semua parti di negara ini, namun ditolak pembangkang. “BN sudah buat sejak sekian lama, malah calon BN diwajibkan mengisytiharkan aset mereka jika mahu menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen.
“Saya sendiri semasa mahu menjadi wakil rakyat pada 2004, kena isytihar harta yang ada, apa yang saya buat, apa isteri saya buat, apa keluarga buat, semuanya kami isytihar.
“Jika calon ada masalah dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau SPRM ketika ini, kita akan panggil dia, siasat dan jika didapati benar, dia tidak akan dibenarkan menjadi calon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KL Extravaganza dan Malaysian Supermoto Championship di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak di sini semalam.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M. Noor Azman Taib; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz; Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar; Pengerusi BN Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen; Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez.
Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan laporan SPRM akan mengheret pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan walaupun selepas mereka memenangi PRU-14.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan parti-parti politik agar tidak meletakkan calon yang mempunyai latar belakang tidak bersih kerana pihaknya pasti akan bertindak selepas pilihan raya nanti.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau meminta para pengundi di Bandar Tun Razak mengembalikan sokongan kepada BN pada PRU-14.
“Wakil rakyat di sini tidak peduli kawasan ini dan yang mengambil berat adalah BNa . Setiap bulan saya datang ke sini pelbagai program pemimpin BN buat untuk rakyat,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)