Ahad, Ogos 29, 2021

DATUK LAJIM DALAM KENANGAN

 


Sewaktu bertugas sebagai wakil akhbar Watan di Sabah pada tahun 1989-1991, saya dibawa pegawai Datuk Zaki Gusmiah (arwah Datuk Khusairi Talib) wawancara Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lajim Okin.


Ketika itu beliau kalah prn 1986 tapi dilantik ADUN. Perlembagaan Sabah membenarkan Ketua Menteri melantik 6 orang ADUN. Terengganu pun ada 6 ADUN dilantik tapi Menteri Besar tak melantik semua cuma melantik ADUN wanita.


Lajim pemimpin Islam dalam kerajaan PBS yang jaga Majlis Ugama Islam Sabah(Muis). Ketua Menteri. Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dianggap sebagai anti Islam tetapi setiap kali perasmian tilawah alquran beliau hadir sampai habis mendengar qari membaca alquran.


Saya rapat dengan Lajim selalu ikutnya ke rumahnya di Beaufort dan tidur di rumahnya kerana esoknya ada majlis beliau yang mana saya kena buat liputan.


Sebagai pemimpin suku kaum Bisaya, Lajim adalah presiden persatuan Bisaya. Pada pru 1990 beliau menang di DUN Klias. 


Seterusnya beliau mencabar Datuk Baharom  bagi jawatan Timbalan Presiden PBS tapi beliau kalah. Beliau kekal sebagai pembantu menteri.


Selain itu beliau adalah pemimpin persatuan belia Sabah (SANYA). 


Lajim dikenang sebagai pembentuk kerajaan BN Sabah apabila beliau melompat ke Umno pada tahun 1994. Kerajaan PBS tumbang dan  Menteri Tanah dan Koperasi, Tun Sakaran Dandai balik ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.


Lajim dilantik timbalan ketua menteri. Beliau juga melobi dengan Pak Lah nak jadi Ketua Menteri Sabah tetapi Pak Lah pilih Tan Sri Musa Aman.


Pak Lah bawa Lajim ke kabinet Persekutuan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan. Masa itu arwah suruh cari oraƱg untuk jadi pegawai media beliau. Saya rekomen kawan saya Abdullah Karim untuk bekerja dengan Lajim.


Lajim tidak puas hati dengan Musa maka beliau sertai PKR tetapi kalah dlm pru 2014. Selepas itu beliau tubuh parti baru tapi gagal tawan hati rakyat Sabah.


Ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia saya tak sempat menemui beliau. Saya kehilangan sahabat yg baik yang banyak membantu saya selepas saya tak jadi wartawan. Alfatihah