Rabu, Ogos 05, 2015

RUMAH TERBUKA ZAHID HAMIDI TETAP MERIAH SEPERTI DAHULU

Minggu lepas saya diberitahu oleh sahabat saya, Zaharin Mohd Yassin, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada hari Selasa, 4 Ogos jam 8 malam. ketika itu beliau masih Menteri Dalam Negeri dan belum dilantik TPM.

Malam ini ternyata ribuan pengunjung meraikan majlis rumah terbuka beliau di PWTC. lebih ramai yang hadiri majlis itu kerana meraikan perlantikan beliau sebagai TPM baharu menggantikan Muhyiddin yasin.

bagi saya, rumah terbuka Zahid dari dahulu tetap meriah walaupun beliau tidak jadi menteri. Ketika beliau masih Ketua Pemuda Umno pada  tahun 1996, ramai yang mengunjungi rumah terbukanya. Apatah lagi sejak beliau jadi timbalan menteri dan menteri, sambutan orang ramai terhadap rumah terbukanya tidak pernah lengang.

Sebagai bekas ahli jawatankuasa pemuda bahagian yang lahir di zaman Zahid, saya tidak pernah tidak hadiri majlis rumah terbukanya setiap tahun.Malah ketika beliau mengadakan rumah terbuka aidilfitri di rumahnya di Country Heights, Kajang saya pernah menyanyi karaoke di hadapan ribuan hadirin yang mana kawan saya, Baha Azuwan bimbang saya memanggilnya naik ke pentas menyanyi.

Malam ini majlis diserikan oleh penyanyi Zamani,Jamal Abdillah, Nash dan ramai lagi. PM, Najib Razak dan seorang lagi Naib Presiden, Hishamuddin Hussein turut hadiri majlis tersebut. MB Perlis, Azlan Man tidak duduk di meja VIP tetapi duduk semeja dengan kami termasuk Pegawai Tugas Tugas Khas Ahmad Shabery Cheek, Haji Mustafa Abdul Rahman. beliau adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian kemaman yang hadir selain dari Tuan Kecil Tuan Tengah.

Sebagai kawan lama Zahid, saya turut hadiri majlis malam ini. Saya kenalinya Zahid sejak beliau menjadi setiausaha politik Najib Razak lagi ketka saya menyertai akhbar Watan pada tahun 1987. Pernah pada tahun 1989, ketika Najib menjadi Menteri belia dan Sukan, saya yang baru ditukarkan ke Sabah bergegas mendapatkan Najib yang baru tiba di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu untuk wawancara tetapi saya disekat oleh seorang SB yang tidak mengenali saya. kebetulan Zahid ada sama dengan najib, maka Zahid beritahu Najib bahawa saya wartawan akhbar Watan. Maka saya dapat komen eksklusif dengan najib pada hari tersebut di mana tidak ada seorang pun wartawan akhbar lain pada ketika itu.

Pada tahun 1996, Zahid menjadi Ketua Pemuda Umno malaysia mengalahkan Rahim Thamby Chik dan Annuar Musa. Pada masa itu beliau sudah jadi ahli parlimen Bagan datoh. Pada tahun 1997, saya dipilih perwakilan dari pemuda umno Bahagian Kemaman ke perhimpunan agung pemuda bersama ketuanya, Ahmad said dan Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ketika mendaftar diri kebetulan Zahid ada di kaunter pendaftaran. Saya pun mendapatkan Zahid yang terkejut saya jadi perwakilan dari Kemaman. Saya beritahunya saya mahu jadi perwakilan dari terengganu ke perhimpunan agung Umno Malaysia pada keesokan hari. Zahid suruh saya berjumpa dengan ahli parlimen Kuala Nerus,  Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan Ketua Pemuda Umno terengganu. kebetulan Rahin adalah kawan sekelas saya ketika belajar di sekolah rendah di banggol peradong, kuala terengganu.

Rahin beritahu saya nak pilih naib ketuanya (pemuda Kuala Nerus), basir ismail sebagai wakil terengganu ke perhimpunan agung esok. Namun Rahin berkata beliau akan bincang dengan Ahmad Said terlebih dahulu yang juga ketua pemuda Umno kemaman.

Pada petang itu ketika perwakilan mencalonkan 30 orang wakil pemuda ke perhimpunan agung Umno, saya terkejut apabila ketua pemuda Umno Pasir Putih, Razali mencadangkan nama saya Mohd Zabidi Saidi dari Kemaman sebagai wakil pemuda yang ke 30.

Saya pun terkejut kerana Rahin tidak beritahu saya dari awal. maka esoknya saya duduk di baris hadapan sebagai 30 orang wakil pemuda ke perhimpuan agung Umno. saya duduk di sebelah exco pemuda, Abdul Azim Mohd Zabidi dari Bukit Bintang. Sepanjang tiga hari, saya berada di baris hadapan dan tidak dapat keluar kerana wakil pemuda dan wakil wanita memang duduk di kerusi paling hadapan.

Kalau kami keluar sudah tentu pemimpin di atas nampak kerusi kami kosong. kebetulan saya betul-betul duduk di hadapan kerusi ketua penerangan Umno Malaysia, Dr Yusof Noor. Ketua bahagian Umno Kemaman, Wan Mokhtar Ahmad yang juga MB Terengganu turut terkejut saya dipilih menjadi wakil dari pemuda umno malaysia ke perhimpunan agung Umno.

Pada tahun 2010, saya bersama kawan saya, Azlan Abdullah memohon lesen pengawal keselamatan. Ketika itu menteri dalam negeri ialah Hishamuddin Hussein. Ada orang Umno Bahagian ledang mendakwa dia rapat dengan Hishamuddin. maka kami gunakannya melobi lesen tersebut dengan Hishamuddin.

Banyak duit kami habis, bayar hotel, makan minum dan dangdut tetapi dua kali permohonan kami ditolak. macam mana pegawai KDN mahu meluluskan lesen tersebut kerana Hishamuddin minit "sila timbang".

nasib kami baik selepas PRU tahun 2013, Zahid dilantik menjadi menteri dalam negeri yang baharu. Maka saya ajak Azlan atau Don menemui Zahid di KDN. Dua minggu sekali Zahid mengadakan pejabat terbuka pada hari Khamis. Ramainya orang datang dan kami tak sempat menemuinya walaupun menunggu dari pagi hingga ke jam 8 malam.

Saya ajak Don ke bagan datoh apabila Zahid balik ke kawasan. Kebetulan malam itu beliau ada program berbuka puasa di kawasan. Kami ikut program Zahid dari buka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih. Selepas terawih beliau melayani rakyat yang bawa pelbagai surat.

Zahid nampak saya, dia panggil dan berkata jauh datang Zabidi. Ada apa, soal Zahid. Saya pun jawab kami sudah dua kali mohon lesen pengawal keselamatan tetapi ditolak jadi kami harap Datuk Seri tolong luluskan rayuan kami. Maka beliau pun minit , sila urus untuk kelulusan.

Maka syarikat kami dapat lesen pengawal keselamatan.Bila dapat lesen tersebut, sekali lagi kami temui Zahid di bagan datoh memohon 500 orang nepal untuk jadi pengawal keselamatan. Zahid kata banyak sangat, ambil 100 orang dahulu. Maka syarikat kami diluluskan 100 orang Nepal.

Zahid pesan jaga lesen elok-elok Zabidi. Walaupun ada orang nak beli lesen kami, kami tak nak jualnya kerana kami nak operasi lesen tersebut sendiri. Don sudah lama mengidam lesen ini. Sudah banyak duit Don  habis untuk melobi. Takkan bila dah dapat lesen, semudah itu mahu menjualnya. Kami pegang pada pesanan Zahid supaya mengurus lesen itu dengan sebaik mungkin.

Saya banyak terhutang budi kepada Zahid. Oleh itu apabila beliau dilantik TPM, saya seronok kerana ada juga kawan yang jadi TPM. Beliau adalah anak Perak pertama menjadi TPM. Masa saya susah Zahid yang banyak membantu saya. Pernah beliau menunaikan umrah pada bulan Ramadhan, apabila saya minta duit raya, dia suruh pegawainya masukkan saya RM1,000.

Sejak beliau luluskan lesen pengawal keselamatan kepada saya dua tahun lepas, saya tidak lagi minta bantuan daripadanya kerana dia sudah beri mata kail kepada saya. pandai-pandailah saya mencari ikan sendiri.Terima kasih zahid dan tahniah di atas perlantikan Dato Seri sebagai TPM yang baharu.