Dua hari lepas, Naib Presiden Umno, Shafie Apdal menggesa kerajaan mengatasi segera masalah kos sara hidup rakyat. Lucu juga saya baca Facebook beliau kerana apabila beliau jadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna apa yang beliau buat untuk atasi masalah kos sara hidup rakyat.

Ketika itu sudah ada isu kenaikan harga minyak. Apa yang beliau buat. Saya kenali beliau ketika saya bekerja di Sabah sebagai wakil akhbar Watan pada tahun 1989. Ketika itu beliau belum aktif dalam politik kerana beliau masih pegawai kerajaan di kementerian perindustrian dan luar bandar Sabah.

Beliau aktif dalam NGO sebagai timbalan presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) orang nombor dua kepada Dr. Salleh Said Keruak.  Tetapi selepas beliau jadi menteri, bukan main sombong beliau. Saya pernah ke rumahnya di Jalan Belammy untuk hantar poposal untuk mengatasi masalah subsidi tetapi beliau suruh jumpa setiausaha sulit kanannya di ofisnya, Karim.

Sampai beliau ditukarkan ke kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan, saya tak dapat tarikh untuk menemuinya. Apabila Shahrir Samad jadi menteri baru, barulah kami dapat temui Shahrir untuk membentangkan proposal ini. Shahrir berminat dengan idea mengurus subsidi tetapi beliau suruh kementerian buat RFP (Request For Proposal) maka banyak yang hantar proposal termasuk Maybank, RHB yang menciplak kertas kerja asal kami yang dihantar kepada Majlis Harga Negara.

Apabila kertas ini dihantar ke kabinet, Pak Lah tak minat dengan pengurusan subsidi yang dapat menyelamatkan duit rakyat RM5 billion setahun. Sebaliknya beliau mengumumkan setiap rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka diberi rebat sebanyak RM625. Maka proposal ini tidak dilaksanakan. Jika ia dilaksanakan pada tahun 2007 dahulu, sudah sembilan tahun kerajaan dapat menyelamatkan RM45 billion daripada membayar subsidi.

Oleh itu apabila hendak buat kenyataan tentang kos sara hidup, sepatutnya Shafie berhati hati kerana sepanjang dia jadi menteri yang jaga hal ehwal pengguna beliau tidak buat apa pun. Sebaliknya Shahrir sudah buat sesuatu untuk menguruskan subsidi walaupun Pak Lah tidak bersetuju untuk melaksanakannya.