Khamis, April 28, 2011

MCA SEMAKIN HILANG MARUAH


MCA memang sudah lama hilang maruah. Presidennya sendiri berlakon dalam blue filem.Semua orang tahu orang Cina pilih Dr Chua pelakon blue filem sebagai ketua baru MCA.

MCA dilihat sebagai sebuah parti wakil kaum Cina yang semakin hilang maruah apabila menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan akhbar Utusan Malaysia ekoran hilangnya kepercayaan masyarakat tersebut kepada parti politik itu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan MCA yang menyalahkan kedua-dua pihak tersebut terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu adalah amat dangkal dan kebudak-budakan.

Sebagai contoh, katanya, tuduhan mengatakan Perkasa sebagai punca kemerosotan sokongan Cina terhadap MCA semasa PRU lalu adalah tidak berasas sama sekali kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu hanya ditubuhkan selepas pilihan raya lalu.

“Perkasa hanya didaftarkan pada 12 September 2008 kira-kira lima bulan selepas PRU Ke-12 dan bukan Perkasa yang menyebabkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tewas banyak kerusi di Sarawak.

“Perkasa tidak ambil bahagian dalam kempen di Sarawak dan MCA juga perlu ambil perhatian mengapa etnik lain di Sarawak boleh beri sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) jika tidak kerana mereka percaya kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie melalui portal propembangkang, The Malaysian Insider mendakwa Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia sebagai penyebab kepada kemerosotan sokongan Cina kepada MCA serta parti komponen lain dalam BN.

Seai Kie turut menempelak Utusan Malaysia yang mengilhamkan konsep 1Melayu 1Bumi melalui kolum Cuit yang diterbitkan pada 20 April lalu.

Ibrahim berkata, tuduhan Seai Kie yang mengatakan Perkasa sebagai sebuah NGO yang membenci masyarakat Cina adalah tidak benar sama sekali.

Pertubuhan itu jelas beliau, hanya menyanggah sesetengah pemimpin masyarakat Cina yang tidak henti-henti cuba mencabar hak keistimewaan bumiputera di negara ini.