Khamis, Ogos 30, 2012

CUKAI JEM GARA-GARA MAJLIS AIDILFITRI AMANAH

Pekan Chukai ibu daerah Kemaman di selatan terengganu jem hari ini gara-gara majlis hari raya aidilfitri anjuran angkatan amanah merdeka malaysia (Amanah). Jalan Jakar yang selama ini tenang jem sejak dari awal pagi dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Kira-kira 5 ribu hadirin pelbagai kaum telah memeriahkan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan menyambut kemerdekaan ke 55 itu. Majlis anjuran Dato' Mohd Rahim Husin itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri ahmad shabery Cheek dan ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang tera. Manakala ADUN kemasik, Ir Rosli tidak kelihatan. begitu juga ADUN Air Putih, YB Wan Hakim Tan Sri wan Mokhtar. manakala ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak dapat hadir kerana ada majlis rasmi di Kuala Terengganu.OCPD Kemaman, Tuan Khamis turut hadir di majlis tersebut. Majlis itu dihadiri juga Pengerusi Amanah terengganu, Datuk raja baharin yang diwar-warkan sebagai calon PAS di DuN Batu buruk. Majlis aidilfitri anjuran amanah ini dapat menyatukan orang UMno dan PAS Kemaman. Malah bekas calon PAS DUN Cukai, hanafiah turut hadir. Di mejanya hanafiah diapit oleh AJK Umno bahagian Kemaman, Che Ku Maznah. Beberapa AJK Umno yang hadir ialah Mat Bawal (yang disebut bakal calon BN Cukai jika Mat awang tera tidak bertanding), Kamaruddin Ali, Tuan Kecil Tuan Tengah dan kamarizam Harun. Inilah kali pertama dalam sejarah politik kemaman majlis Amanah dapat menyatukan ahli PAS dan UMNO dalam satu majlis.malah beberapa bekas AJK Bahagian turut hadir seperti Shabudin Maidin, Tuan Chik Tuan Muda, haji yahya mohd dan bekas AJK pemuda, Yusof Jaafar dan Khalid Awang. Tahniah kepada Dato' Rahim yang ambil inisiatif menganjurkan majlis ini. ia merupakan langkah awal kepada penubuhan Amanah sebagai satu lagi NGO yang penting di Malaysia. Kehadiran pelbagai kaum terutamanya Cina dan India membuktikan Amanah bakal diterima sebagai NGO berbilang kaum. Setiausaha kerja Amanah Malaysia, Subari turut hadir manakala rakan-rakan Datuk Rahim dari Kuala Lumpur seperti Shahbudin Embun, Mat Nor rawang, Dr Norsidi Salim, Malek Kelang, Din perkasa tuurt kelihatan memberi sokongan moral kepada Dato' Rahim. tahniah Dato' rahim dan ahli jawatankuasa penganjur terutamanya pengerusi pelaksana, Cikgu John. Wakaupn ajlis ini dirancang secara ad hoc ia berjaya diadakan walaupun pengajur tidak sempat menghantar kad jemputan. Mereka hanya sempat menjemput melalui sms dan facebook sahaja.

Sabtu, Ogos 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya, Mohd. Zabidi bin Haji Saidi pemilik blog ini serta keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. maaf zahir dan batin.

Rabu, Ogos 15, 2012

ANWAR AHLI FREEMASON?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif. "Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.

Jumaat, Ogos 10, 2012

JANGAN MUDAH MINTA MAAF

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertegas menghadapi fenomena trend memohon maaf selepas didakwa melakukan kesalahan serius, termasuk dalam isu kritikan terhadap atlit negara Lim Chong Wei, Presidennya Datuk Ibrahim Ali juga membariskan kes yang menyaksikan pelaku tindakan "biadap" terlepas selepas memohon maaf, seperti isu penghinaan terhadap lagu "Negaraku" oleh Namewee dan pengedaran kartun menghina sahabat Rasululah di Johor baru-baru ini. "Beliau boleh puas dapat menghina orang dan kemudian hanya perlu mohon maaf sahaja. "Bagi PERKASA, mereka yang telah melakukan kesalahan tidak boleh dimaafkan sahaja tanpa diambil tindakan undang-undang," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, pihaknya bimbang fenomena itu mendorong individu bertindak di luar undang-undang kerana tidak berpuas hati. Menurutnya lagi, tindakan itu juga seolah-olah mengetepikan mahkamah kerana pihak terlibat hanya perlu meminta maaf dan terlepas. "Kerajaan kena tegas kalau nak kekal keyakinan majoriti rakyat yang senyap; dan rakyat tak hormat undang-undang lagi," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.

Rabu, Ogos 08, 2012

PERKASA PERSOAL HUKUM AHLI PAS UNDI DAP

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP. ''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. ''Satu perkara lagi, dahulu ada kepercayaan di kalangan ahli Pas khususnya semasa diadakan kempen-kempen pilihan raya iaitu mengundi Pas masuk syurga, namun kini timbul pula persoalan apa pula hukum mengundi DAP dalam keadaan DAP menolak negara Islam,'' katanya
di sini. Beliau mengulas ketegasan Karpal bahawa DAP akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya akan datang. Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal dengan menegaskan beliau tidak akan bertolak-ansur dalam isu pelaksanaan hukum tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim menyeru umat Islam negara ini bangkit mempertahankan Islam daripada terus diperlekehkan oleh DAP melalui kenyataan-kenyataan yang melampau daripada Karpal. Beliau berkata, langkah itu wajar memandangkan Karpal ketika ini langsung tidak menghormati Islam dan undang-undang yang terkandung di dalamnya. Apatah lagi, katanya, dalam keadaan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tidak mampu melakukan apa-apa tindakan terhadap DAP dan Karpal walaupun kecaman tersebut jelas menyentuh kesucian Islam. ''Pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud merupakan asas akidah umat Islam dan ia tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun. Soal pelaksanaan itu soal lain tetapi yang penting dua perkara ini merupakan asas akidah Islam ''Siapa Karpal mahu mempersoalkan perkara itu. Oleh itu, kita wajib bangkit mempertahankan. Ini merupakan satu jihad. Pas tidak lagi boleh diharapkan. Mereka nampaknya terlalu taat dan takut kepada DAP,'' katanya. Menyentuh isu sama, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tiada jalan lain yang harus diambil oleh parti itu kecuali segera keluar daripada pakatan pembangkang. Beliau berkata, berdasarkan sejarah yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum 2008. Pas hanya sekadar menjadi 'pak turut' kepada DAP walaupun Menteri Besar ketika itu merupakan wakil rakyat daripada Pas. ''Inilah yang berlaku sebenarnya. Dalam isu pemerintahan di Perak ketika pakatan memerintah, DAP lebih berkuasa dan dominan. Pas tidak mampu berbuat apa-apa dan parti itu tidak lebih hanya sebagai 'pak turut','' katanya.

Rabu, Ogos 01, 2012

ADAKAH LAJIM KING MAKER?

Datuk Seri Lajim Haji Okin pernah menjadi king maker kepada penubuhan kerajaan baru, kerajaan BN apabila dia meninggalkan kerajaan PBS pada tahun 1994.Kini beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Umno Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Adakah Lajim akan menjadi king maker kepada kerajaan baru pula pada pilihanraya umum akan datang? Sama-samalah kita tunggu tarikh pilihanraya sama ada beliau akan jadi king maker sekali lagi. Beliau adalah Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang telah dibatalkan jawatannya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tercemar apabila seorang timbalan menteri melepaskan jawatan dalam Umno walaupun dia masih kekal sebagai ahli Umno. Dia bukan kecil anak. Dia adalah seorang ahli majlis tertinggi Umno. Sudah dua penggal berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipecat dari Umno. Adakah Lajim akan menjadi hero seperti Datuk Seri Pairin Kitingan dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Berjaya oleh Datuk haris Salleh? Lajim dijangka bertanding dua kerusi parlimen dan DUN Klias kawasan lamanya. Jika Pakatan Rakyat menangt di Sabah, adakah Lajim akan menjadi Ketua Menteri Sabah? Beliau pernah melobi jawatan itu tetapi ia menjadi milik Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan orang kuat Pak Lah ketika itu. Politik Musa begitu licik. Dari jawatan Ketua Menteri digilirkan setiap dua tahun sekali, akhirnya dengan tipu helahnya Musa kekal sebagai Ketua Menteri sampai sekarang dah masuk 10 tahun. Musa dikatakan mahu mencantas Lajim sebaggai calon Bn pada pilihanraya umum akan datang, maka Lajim ambil keputusan yang lebih ceoat declare melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengaruh Lajim di Beaufort begitu kukuh kerana dia bukannya orang yang kedekut. Dia pandai jaga hati para pengundinya. Oleh itu tidak mustahil Lajim akan menang di Beaufort walaupun dia tidak bertanding sebagai calon BN. BN kena kerja kuat untuk mengekalkan kerusi parlimen dan DUN Klias yang bakal ditandingi Lajim nanti. Saya mengenali Lajim ketika bertugas sebagai wartawan Watan di sabah pada tahun 1989. Sejak itu kami tak putus bersahabat. Oleh itu saya doakan beliau berjaya dalam pilihanraya umum nanti.