Rabu, Februari 10, 2016

DR ASYRAF ORANG MAHATHIR DALAM KABINET NAJIB?

Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli al Jamalullai kesal dengan sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi  Dusuki yang memuji Dr Mahathir Mohamad dalam Facebooknya secara berlebihan.

Dr Asyraf yang kebetulan terserempak dengan Dr Mahathir di majlis perkahwinan anak Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali al Habshi telah selfie dengan Dr Mahathir dan memuatkan gambar selfie itu dalam Facebooknya sambil memuji kehebatan Dr Mahathir.

Syed Rosli berpendapat tidak salah Dr Asyraf selfie dengan Dr Mahathir tetapi memuji musuh bossnya, Najib Razak dalam Facebook secara berlebihan menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati Najib yang melantiknya sebagai ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri.

"Dalam situasi semasa siang malam Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib, tergamak pula seorang timbalan menteri Najib melambung Dr Mahathir dalam facebooknya dengan puji pujian yang langsung beliau tidak jaga air muka Najib yang mahu dijatuhkan Dr Mahathir," kata beliau kepada catatanzabidi.

Mungkin anak bekas Setpol Dr Mahathir itu terlalu ghairah menemui Dr Mahathir sehingga beliau terlupa beliau adalah seorang timbalan menteri.

Sehubungan dengan itu Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Umno Cawangan  Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan meminta Perdana Menteri berhati-hati melantik menteri dan timbalan menteri di masa akan datang.

"Jangan lantik timbalan menteri yang ada kaitan dengan Dr Mahathir kerana ayah Dr Asyraf pernah ,menjadi setpol Dr Mahathir setelah kalah pilihanraya umum di Kelantan," katanya.

Beliau sedih tidak ramai menteri dalam kabinet Najib yang sanggup mempertahankan Najib apabila Najib diserang Dr Mahathir dan pembangkang dalam isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion.

"Yang saya nampak bersungguh-sungguh mempertahankan Najib ialah Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dr Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan," katanya.

Syed Rosli berkata gambar selfie Dr Asyraf dengan Dr Mahathir dalam Facebooknya memberi hikmah kepada Najib untuk membuktikan bahawa Dr Asyraf sebenarnya adalah orang Dr Mahathir dalam kabinet Najib.