Husin dahulu memang blogger yang menyokong kuat Dr Mahathir tetapi kini dia tidak lagi kerana dia tahu Dr Mahathir banyak temberang.
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.
"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
"Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi, katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, sepertimana dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir? Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan Presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi. Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.
Beliau menubuhkan Umno (baru) pada tahun 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baru itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946. Dr Mahathir sanggup tipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baru tidak diganggu gugat Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru).
Muhyiddin Yasin selaku MB Johor terpaksa buat Perhimpunan Melayu Johor untuk membawa masuk Musa Hitam semula ke dalam Umno. Ku Li tiada pilihan terpaksa menggunakan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama. Setelah gagal dalam dua pilihanraya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno dan membubarkan Semangat 46.
Apabila Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru), Dr Mahathir tidak membenarkan orang menentangnya bagi jawatan Preiden Umno. Maka beliau perkenalkan sistem kuota. Nak bertanding jawatan Presiden, kena ada pencalonan yang cukup. Begitu juga jawatan timbalan, naib presiden dan ahli majlis tertinggi. Sebaliknya Umno lama memerlukan dua pencalonan sahaja. Adakah cara Dr Mahathir ini demokratik?
Apabila Najib mengetuai Umno pada 2009 maka Najib hapuskan sistem kuota ini dan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan. Kalau benar Muhyiddin Yasin rasa kuat, tentanglah Najib pada pemilihan Umno pada tahun 2018 nanti. Dr Mahathir yang merosakkan tradisi pemilihan Umno tiga tahun sekali. Dahulu pemilihan Umno setiap tiga tahun 1981, 1984,1987, 1990, 1993 dan 1996. Kemudian beliau ubah selepas PRU 2000. Pak Lah mengikut langkah Dr Mahathir buat pemilihan selepas PRU 2004 dan 2009. Najib teruskan tradisi ini selepas PRU 2013.
Sekarang Dr Mahathir marah kerana kononnya ahli Umno disekat mendengar ucapannya di Tawau. Itu hak ahli Umno nak pergi dengar atau tidak. Tetapi kalau Dr Mahathir terus jual temberangnya siapa lagi nak dengar ucapannya kerana beliau terlalu emosi mahu menjatuhkan Najib
Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua pemuda Umno pada tahun 2009. Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda tak dapat jadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.
Kalau Dr Mahathir masih PM, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA. Walaupun SOSMA dianggap sebagai lebih zalim dari SOSMA tetapi Najib tidak menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan peribadi. SOSMA digunakan untuk menahan orang gila macam Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara. Jadi siapa yang lebih demokratik, Mahathir atau Najib?
Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua pemuda Umno pada tahun 2009. Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda tak dapat jadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.
Kalau Dr Mahathir masih PM, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA. Walaupun SOSMA dianggap sebagai lebih zalim dari SOSMA tetapi Najib tidak menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan peribadi. SOSMA digunakan untuk menahan orang gila macam Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara. Jadi siapa yang lebih demokratik, Mahathir atau Najib?