Memaparkan catatan dengan label didakwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label didakwa. Papar semua catatan

Khamis, Julai 29, 2010

LING LIONG SIK DIDAKWA DI MAHKAMAH


Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA. Beliau adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tiba di mahkamah sebentar tadi dengan ditemani oleh isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya dengan memakai baju berwarna unggu muda dengan tali leher berwarna unggu gelap.

Ling didakwa menipu dan dituduh mengikut Seksyen 417 dan 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin diletakkan pada RM1 juta.

Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Se
belum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang tadi, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Adalah dipercayai dakwaan itu mungkin berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian berbilion ringgit.

Isnin, Februari 15, 2010

SETPOL NOR MOHAMED YAKCOP DIDAKWA?


Adakah Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan didakwa oleh SPRM kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa?

Bernama melaporkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan berkuatkuasa Ahad, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Isnin.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Khamis, Julai 30, 2009

PENGARAH CTOS DIDENDA RM12,600


Seorang pengarah syarikat pembekal maklumat kewangan yang pernah didakwa 85 pertuduhan dua tahun lepas, Rabu didenda RM12,600 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap 26 pertuduhan mengikut Akta Syarikat.


Chung Tze Wen, 51, yang merupakan pengarah bagi tiga syarikat iaitu Saham Ctos Sdn Bhd, Ctos EMR Sdn Bhd dan Ctos Data System Sdn Bhd, didenda RM3,600 atas 18 pertuduhan iaitu gagal menyerahkan laporan tahunan syarikat bagi tahun 2003, 2004 dan 2005 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965, yang memperuntukkan denda RM30,000 atau lima tahun penjara, jika sabit kesalahan.Tze Wen turut didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan iaitu gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk tiga syarikat itu bagi tahun 2006.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 165 (4) Akta Syarikat 1965, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 165(7) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap pertuduhan.


Sementara itu, Tze Wen turut didenda RM6,000 bagi dua pertuduhan iaitu gagal membentangkan akaun untung dan rugi syarikat bagi tahun 2005, seperti mana mengikut Seksyen 169 (1) Akta Syarikat 1965, yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM30,000, jika disabitkan dengan kesalahan itu.


Peguam bela, Ashok Kandiah yang mewakili Tze Wen, merayu kepada mahkamah bahawa kesalahan itu bukan disengajakan tetapi hanya terlepas pandang berikutan ketika itu syarikat milik anak guamnya sedang berkembang dan menghadapi perubahan struktur organisasi.


Ashok berkata, sejak dari kejadian itu, anak guamnya akan menghantar semua laporan dan penyata tahunan kepada SSM yang dikemaskini secara rutin.


Dahulu ketika Datuk M. Kayveas menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri beliau telah memperjuangkan masalah CTOS. Tetapi sampai sekarang pihak bank masih merujuk kepada CTOS. Oleh itu sudah sampai masanya bagi semua pihak tidak merujuk kepada CTOS yang banyak mendera orang Melayu.