Sabtu, Mac 11, 2023

MJR DAHULUI SELEPAS PERJUMPAAN DI LIMA NEGERI


 Kumpulan Mahdzir-Johari- Reezal (MJR) dikatakan mendahului grup Presiden Umno, Azalina, Khaled dan Wan Rosdy. Yang peliknya MJR bukan menteri tetapi mereka lebih popular dari menteri yang bertanding naib presiden Umno.


Mahdzir Khalid adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Johari Ghani pula bekas Menteri Kewangan II dan Reezal Marican adalah bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selepas pertemuan di lima negeri MJR amat popular di kalangan para perwakilan. Di belakang Reezal adalah Hasni Mohamad bekas Menteri Besar Johor.


Mereka dikatakan tidak berada dalam grup Presiden Umno. Selepas Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan menang tanpa bertanding sebagai presiden dan timbalan presiden Umno, maka perwakilan Umno mahu naib presiden yang tidak yes man.

Perlu ada check dan balance. Jika tidak ada pembelian undi di saat saat akhir, MJR akan dinobatkan sebagai naib presiden Umno bagi penggal 2023-2026. Insya Allah para perwakilan tidak terpengaruh dengan kempen di saat saat akhir.