Rabu, Mac 08, 2023

BERMULA DARI BAWAH KUNCI KEJAYAAN MAHDZIR KHALID

 Calon Naib Presiden UMNO nombor 2, Datuk Seri Mahdzir Khalid memulakan karier politiknya di bahagian Padang Terap sebagai naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan ketua bahagian dan seterusnya sebagai ahli   majlis tertinggi Umno.

Sudah 20 tahun beliau bersama dengan Umno meniti dari ahli majlis tertinggi Umno dan seterusnya menang Naib Presiden Umno pada tahun 2018 selepas Umno kalah. Mempertahankan jawatan bukannya mudah apatah lagi beliau bukan lagi seorang menteri.

Dahulu beliau pernah jadi Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kalah dalam PRU 2013, beliau tidak dilantik senator sebaliknya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno tanpa jawatan dalam kerajaan dikatakan sukar.

Tetapi para perwakilan senang dengan beliau yang tidak sombong sejak menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Kedah. Tidak kira di mana beliau berada sama ada di negeri atau di persekutuan Mahdzir Khalid tetap menjadi tarikan kepada para perwakilan.

Seperti Tun Ghafar Baba yang tiada jawatan dalam kerajaan selama 25 tahun, beliau tetap menang naib presiden Umno. Mahdzir Khalid bakal menjejak langkah Ghafar yang akan menang naib presiden Umno buat penggal kedua.


"Bukan mudah menguruskan parti di saat saat parti kalah pada tahun 2018. Kita perlu semangat yang kuat,"kata beliau yang menjadi ahli majlis tertinggi Umno sejak tahun 2005.

Beliau berharap para perwakilan dapat memberi undi kepada beliau walaupun beliau tiada jawatan dalam kerajaan.

"Kebersamaan Demi Perjuangan" ialah gagasan besar beliau untuk parti dan negara.  

"Sama sama kita teguhkan setiakawan, janakan kesatuan dan bulatkan tekad untuk memulihkan semula Umno, katanya. 

Walaupun beliau kalah dalam PRU, beliau tetap setia dengan Umno. Jika beliau menang naib presiden Umno, mudah beliau menguruskan parti kerana beliau ada sepenuh masa untuk menjaga parti.