KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen tidak lagi diperlukan sebaik sahaja reformasi Parlimen dilaksanakan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata ini adalah antara perubahan dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen 2019, yang bertujuan mengembalikan autonomi Parlimen, dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat tahun depan.
Beliau berkata reformasi itu juga, antara lain, menyaksikan Parlimen akan mempunyai bajetnya sendiri dan menguruskan perbelanjaannya sendiri termasuk gaji staf dan Anggota Parlimen.
“(Di bawah undang-undang baharu itu) Parlimen tidak menjawab kepada Jabatan Perdana Menteri seperti amalan sekarang. Ia akan menjadi badan tertinggi dan bebas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Undang-undang yang dicadangkan itu juga akan menjadikan speaker Dewan Rakyat sebagai ketua institusi itu, dengan itu memansuhkan peranan menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen..
Memaparkan catatan dengan label parlimen. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 25, 2018
Rabu, Januari 17, 2018
ELAUN PERSIDANGAN AHLI PARLIMEN PUN LAMBAT DIBAYAR
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Elaun persidangan anggota parlimen bagi bulan November dan Disember 2017 berjumlah RM1.2 juta akan dibayar pada tahun ini, demikian menurut Parlimen Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Parlimen menjelaskan ia menerima 299 tuntutan daripada anggota Parlimen bagi kedua-dua bulan tersebut, namun pembayarannya terpaksa ditangguh untuk mendahulukan pembayaran ke atas tuntutan-tuntutan bagi 2015 dan 2016 yang berjumlah RM1.33 juta.
"Oleh kerana tuntutan ini lewat dikemukakan kepada pihak Parlimen, ia terpaksa dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata bagi bulan Oktober tahun lalu, semua tuntutan termasuk Elaun Persidangan bagi Ahli Dewan Rakyat telah dibayar.
Parlimen mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk isu yang dibangkitkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkenaan elaun persidangan bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Malaysia yang menurutnya belum dibayar seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Rabu, Ogos 19, 2015
BUBARKAN PARLIMEN JALAN TERBAIK BAGI NAJIB
Dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, dalam suasana RM jatuh menjunam, untuk menyakinkan kembali keyakinan rakyat kepada Najib Rajak, jalan terbaik bagi beliau ialah membubarkan parlimen pada bulan hadapan.
Muhyiddin yasin kata jika diadakan PRU sekarang, BN akan kalah tetapi keadaan kucar-kacir dalam Pakatan Rakyat menyebabkan BN tidak akan kalah.
Keadaan sekarang 50:50. Kalau BN kalah, Umno parti komponen BN mampu mengadakan kerajaan campuran dengan parti-parti lain. oleh itu untuk menjawab segala persoalan, sudah sampai masanya bagi Najib membubarkan parlimen.
Sebaliknya jika Najib membubarkan parlimen pada tahun 2018, harapan BN untuk menang makin tipis. Rakyat makin marah kepada BN. Jadi suasana sekarang jka diadakan PRU, semua pihak terperangkap. Pembangkang terperangkap kerana GHB belum didaftarkan. PAS terperangkap kerana ia terpaksa berhadapan tiga penjuru dengan BN dan GHB.
Di kwasan yang ramai Cina, GHB mampu menang tetapi di kawasan ramai Melayu, PAS menang. Sebaliknya di kawasan yang 50:50 dalam pertandingan tiga penjuru, BN akan menang.
Sebab itu perpecahan PAS menguntungkan BN. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. pengalaman pahit PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 menyebabkan ahli Umno yang marah kepada GST, 1MDB tidak sanggup membakar kelambu. Mereka lihat hanya Umno yang mampu menyelamatkan orang Melayu walaupun Umno di bawah najib tidak bersemangat melayu seperti Umno di bawah Dr Mahathir.
Pengumuman Najib setiap ahli parlimen BN dapat peruntukan sebanyak RM5 juta merupakan motivasi bagi ahli Umno berkempen kuat untuk mempastikan BN dapat menang di 88 buah kerusi. Inilah peluang terbaik bagi Najib menyingkirkan pengkritiknya sebagai calon BN.
Gantikan Muhyiddin Yasin dengan timbalan ketua bahagian bertanding di parlimen pagoh. Muhyiddin yang berikrar akan sehidup semati dengan Umno takkan mahu sabotaj timbalannya sendiri sebagai calon BN. begitu juga ganti Shafie Apdal dengan sepupunya Nasir sakaran. Takkan ahli Umno Semporna mahu sabotaj anak Sakaran Dandai, bekas Raja Sabah.
Di DUN Kijal, ganti Ahmad Said dengan Dr Ngah Ismail orang kuat Ahmad ismail. Masakan Ahmad Said yang kata dia setia dengan Umno sanggup khianati kawan baiknya. PRU yang diadakan sekarang adalah untuk membersihkan pengkritik Najib.
Di parlimen Kota belud, Dr Salleh Said Keruak boleh bertanding semula di situ manakala penyandang sakarang, Abdul Rahman Dahlan boleh bertanding di Kimanis menggantikan Anipah Aman yang kurang sihat.
najib perlukan mandat baru. Jadi ini adalah peluang terbaik bagi BN untuk membentuk kerajaan baru dalam suasana pakatan rakyat tidak bersedia. Tambahan pula BN banyak duit kerana baki RM2.6 billion itu masih ada.
Rakyat yang sedang marah kepada Najib kerana isu duit derma dan 1MDB tidak akan marah lagi kepada Najib kerana ternyata najib selaku pahlawan Bugis bukan sahaja berani memecat menterinya malah berani membubarkan parlimen untuk mendapatkan mandat baru.
Cuma kerusi DAP kekal menang di kawasan Cina kerana Najib tidak boleh berharap kepada MCA. PKR sendiri belum tentu dapat mengekalkan prestasi kerana selama ini calon PKR kerana dibantu oleh penyokong parti PAS. Apabila PAS menarik sokongan kepada pakatan rakyat, maka calon PKR, calon PAS dan calon GHB yang kurang dapat mengekalkan kerusi. BN dijangka dapat menawan lebih banyak kerusi PAS dan PKR.
Oleh itu ini masa terbaik bagi Najib membubarkan parlimen. Kalau Dato Seri tunggu sehingga 2018 baru nak bubar parlimen, rakyat akan menghukum BN. Tepuk dada tanya selera.

Khamis, Mac 14, 2013
PARLIMEN DIBUBAR ESOK?
Heboh Dewan Rakyat akan dibubarkan esok pada 15 Mac 2013. Kononnya semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun razak sudah mengadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen. Ada yang berhujah bahawa setiap hari Rabu memang PM menghadap Yang Dipertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet. Oleh itu tidak timbul parlimen akan dibubarkan esok. Ada sumber mengatakan bekas PM, Tun Dr Mahathir tidak bersetuju parlimen dibubarkan sekarang kerana kononnya BN baru menang 85 buah kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Sama ada perkiraan ini betul atau tidak, ia membimbangkan PM untuk membubarkan parlimen di saat ini. Walaupun jutaan rakyat sudah menerima BR1M, tetapi nampaknya undi belum tentu dapat menjamin kemenangan BN. Dalam kes Lahas Datu apabila pengganas Sulu menembak mati 10 askar dan polis, ia membangkitkan semnagt rakyat untuk menentang pencerobohan orang Sulu. Lagu Jamaludin Alias membakar semangat rakyat Malaysia dan nampaknya ia akan memberi kemenangan besar kepada BN. Kita masih ingat pada tahun 1990, BN cemas kalah tetapi bila pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah pakai sigah di Sabah, ia membangkitkan semnagat orang Islam untuk mengundi BN. Hal yang sama berlaku sekarang di mana isu kalimah Allah menyebabkan penyokong PAS berpecah dua serta isu pencerobohan di Lahad Datu yang membangkitkan semangat orang Melayu untuk kekal bersama BN. Adakah esok pembubaran akan menjadi kenyataan? sama-samalah kita tunggu kerana inilah kali pertama parlimen genap lima tahun dibubarkan. Biasanya masuk empat tahun, parlimen sudah pun dibubarkan. Pada tahun 2008, pilihanraya umum diadakan pada 8 Mac, tetapi sekarang sesudah genap lima tahun, parlimen masih belum dibubarkan kerana tarikh berkuasa bermula pada hari pertama persidangan Dewan rakyat pada bulan April 2008.

Selasa, April 03, 2012
YAHYA TANDING DI PARLIMEN MARANG?
Petang ini saya menerima sms dari orang yang tidak dikenali yang sms saya tentang hasil pencalonan Bahagian Marang. Minggu lepas semua bahagian di seluruh Malaysia diminta menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk dikemukakan kepada Ibu Pejabat UMNO. Di parlimen Marang, tiga nama mendapat undi popular dari kalangan 30 orang ahli jawatankuasa Bahagian. Mereka ialah ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah; ADUN Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad dan Ketua Pemuda Bahagian, Saiful Bahri Datuk baharuddin.
Di DUN Alor Limbat, yang popular ialah Yusof Mat Ali dan Rozi Mohamad. Di Dun Bukit Payong, bekas calon Zaidi Muda dan Mohd Adnan Mohd Amin. Di Dun Ru Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Anuar Yahya. Di DUN Pengkalan Berangan, Naib Ketua Pemuda, Jasmira Mohamad dan Latif Awang.
Bahagian Marang menghantar senarai nama ini kepada pucuk pimpinan parti. Terpulang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih siapa sebagai calon yang muktamad. Apapun untuk meredakan keadaan Najib untuk memanggil semua yang disenaraikan supaya mereka dapat berikrar untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon.
Jumaat, Oktober 23, 2009
SEMALAM DI PARLIMEN

Pagi semalam saya ke parlimen bersama seorang rakan, Yazid Mohd. Sharif, seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kepong. Inilah kali pertama dalam sejarah Yazid datang ke parlimen melihat sidang Dewan Rakyat.
Saya ada temujanji dengan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Okin pada hari Isnin lalu. Tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat pergi ke parlimen Isnin lalu. Maka semalam, hari Khamis, baru jadi hasrat saya menemubual Lajim untuk majalah Business Kini.
Kebetulan Lajim mahu balik awal ke pejabatnya. Jadi saya sempat menemubualnya sebentar. Sebelum Dewan Rakyat bersidang, saya sempat memberi satu copy majalah kepada ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim. Ketika di kantin parlimen saya terserempak dengan rakan lama, Haji Badrul Hisham Abdullah.
Beliau adalah senior saya di Universiti Malaya dahulu. Oleh kerana kami sudah lama tidak jumpa maka banyak topik yang kami bualkan terutama tentang rakan-rakan lama di universiti seperti Datuk Dr. Puad zakarshi, Datuk Saifuddin Abdullah dan sebagainya.
Kebetulan beliau ada temu janji dengan ahli parlimen Kuala Lipis, Datuk Dr. Shahrom Othman yang juga Pengerusi PTPTN. Kami berempat makan di Victoria Station di Damansara sambil membincangkan pelbagai isu. Kebetulan ada anak ex girlfriend saya yang bekerja sebagai pramugari tak dapat terbang ke negara luar kerana paspotnya ditahan oleh imigeresen kerana tidak membayar hutang PTPTN. Dengan nasihat Dr. Shahrom dapatlah masalah peramugari ini diselesaikan. Saya sudah berjanji dengan Dr. Shahrom untuk mewawancaranya untuk majalah Business Kini dalam masa yang terdekat ini.

Langgan:
Catatan (Atom)