Jumaat, Oktober 23, 2009

SEMALAM DI PARLIMEN


Pagi semalam saya ke parlimen bersama seorang rakan, Yazid Mohd. Sharif, seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kepong. Inilah kali pertama dalam sejarah Yazid datang ke parlimen melihat sidang Dewan Rakyat.

Saya ada temujanji dengan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Okin pada hari Isnin lalu. Tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat pergi ke parlimen Isnin lalu. Maka semalam, hari Khamis, baru jadi hasrat saya menemubual Lajim untuk majalah Business Kini.

Kebetulan Lajim mahu balik awal ke pejabatnya. Jadi saya sempat menemubualnya sebentar. Sebelum Dewan Rakyat bersidang, saya sempat memberi satu copy majalah kepada ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim. Ketika di kantin parlimen saya terserempak dengan rakan lama, Haji Badrul Hisham Abdullah.

Beliau adalah senior saya di Universiti Malaya dahulu. Oleh kerana kami sudah lama tidak jumpa maka banyak topik yang kami bualkan terutama tentang rakan-rakan lama di universiti seperti Datuk Dr. Puad zakarshi, Datuk Saifuddin Abdullah dan sebagainya.

Kebetulan beliau ada temu janji dengan ahli parlimen Kuala Lipis, Datuk Dr. Shahrom Othman yang juga Pengerusi PTPTN. Kami berempat makan di Victoria Station di Damansara sambil membincangkan pelbagai isu. Kebetulan ada anak ex girlfriend saya yang bekerja sebagai pramugari tak dapat terbang ke negara luar kerana paspotnya ditahan oleh imigeresen kerana tidak membayar hutang PTPTN. Dengan nasihat Dr. Shahrom dapatlah masalah peramugari ini diselesaikan. Saya sudah berjanji dengan Dr. Shahrom untuk mewawancaranya untuk majalah Business Kini dalam masa yang terdekat ini.