Semalam ketika membentangkan Bajet 2010, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal tahun 2010 mengguna pakai MyKad melalui infrastruktur yang sedia ada.
Sebenarnya proposal ini telah dibawa oleh kumpulan kami kepada kerajaan pada tahun 2007.Ketika itu Pak Lah sebagai Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Majlis Harga Negara (MHN).
Kami telah menemui Pengerusi MHN, Tan Sri Dr. Kamal Salleh di Bangsar untuk membentangkan proposal untuk menguruskan sistem subsidi minyak ini. Dr.Kamal tidak kenali saya. Tetapi oleh kerana saya editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (WPKB), maka saya dapat menemuinya atas alasan untuk mewawancaranya untuk akhbar WPKB. Nombor handphone beliau saya dapati dari Setiausaha Akhbar Datuk Seri Shafie Afdal. Nasib baik Dr.Kamal angkat nombor handphone kami walaupun dia tak kenal nombor siapa.
Setengah orang nombor yang tidak dikenali tidak akan dilayaninya.Kami dapat temuinya di Bangsar Village Shopping Complex bersama rakan saya yang mencetuskan idea urus sitem subsidi ini. Dr. Kamal terpegun dengan idea kawan saya itu dan dia terus jemput kami bentang proposal itu dalam mesyuarat teknikal MHN di Seri Pacific pada malam esoknya.
Dalam mesyuarat itu, rakan saya bentang proposal itu yang menerima pelbagai pertanyaan daripada ahli mesyuarat termasuk dari Presiden Yayasan Kajian Strategik Melayu (YKSM), Datuk Dr. Radzi Latif.
Dr. Kamal secara open declare bahawa beliau tidak ada kepentingan dengan proposal kami kerana beliau baru kenali kami. Ada beberapa ahli mesyuarat nampak proposal ini boleh buat duit. Ada yang mencadangkan kami masuk melalui sebuah listed company supaya proposal ini menjadi kenyataan.
Masa terus berlalu.Oleh kerana proposal kami melalui MHN senyap sahaja, maka saya bawa rakan saya ke rumah Dr. Shafie Afdal menteri yang jaga harga minyak ketika itu.Lama kami tunggu di luar pagar rumah. Sejam kemudian dia keluar kerana mahu pergi ke satu majlis.
Bila saya jumpanya, dia suruh jumpa SUSKnya, Karim di pejabat. Masa saya bekerja di Sabah, saya kenali Shafie masa dia masih pegawai kerajaan lagi. Bila jadi menteri, bukan main susah nak jumpanya. Esok saya call Karim untuk buat appointment jumpa Shafie sampai dia tukar ke kementerian lain, kami tak dapat jumpanya untuk bentang proposal kami itu.
Datuk Shahrir Samad menggantikan Shafie dalam rombakan kabinet. Shahrir lebih terbuka dan terima poposal kami. Beliau suruh bentang kepada pegawai kementeriannya. Pada masa yang sama beliau juga mengundang pihak-pihak lain untuk mengemukakan cadangan untuk mengurus sistem subsidi minyak ini. Syarikat yang kami bawa telah disenaraikan ke peringkat EPU dan MOF.
Tiba-tiba Pak Lah tak berminat dengan sistem ini apabila beliau mengumumkan setiap tuan punya kenderaan mendapat rebat RM 625.00 apabila membaharui road tax yang mana ia merugikan duit rakyat sebanyak RM6 bilion sedangkan proposal kami bertujuan untuk menjimatkan duit rakyat.
Apabila Najib jadi PM, beliau berminat untuk mencari suatu kaedah untuk mengawal sistem subsidi negara dan telah mengumumkannya dalam bajet semalam. Tapi apa yang kami kesalkan syarikat yang dapat projek ini hanya menggunakan myKad sedangkan orang boleh bawa myKad orang lain untuk beli minyak yang lebih murah dari harga pasaran. Penggunaan myKad dikhuatiri sama dengan penggunaan inden sekarang yang lebih terdedah kepada penyalahgunaan dan penyelewengan.
MyKad akan menjadi satu komoditi kelak jika sistem ini digunapakai kerajaan. Lagipun infrastruktur yang sedia ada dimiliki oleh sebuah syarikat dan bukan oleh kerajaan, dan data data / maklumat sensitif/persendirian akan terdedah pada pihak ketiga dan terbuka pada peluang manipulasi oleh pihak-pihak tak bertanggung jawab.Lambat laun rakyat akan menyedari hal ini dan keyakinan rakyat terhadap sistem ini akan terhakis.
Sedangkan proposal kami tidak digunapakai yang mana ia boleh mengesan salahguna pakai dan abuse of the system. Penyeludupan dan penyelewengan dapat diawasi dan dikawal dengan lebih berkesan.
.
Malah sistem kami bukan sahaja dapat menyelesesaikan masalah minyak, malah masalah gula, tepung dan barang terkawal yang lain.
Oleh itu kami merayu kepada Datuk Seri Najib melihat kembali proposal kami yang ada di EPU dan MOF itu supaya duit rakyat tidak dibazirkan begitu lagi seperti rebat yang habis RM6 bilion dalam tempoh setahun.
Kami tidak kesah proposal kami diciplak oleh orang lain tetapi apa yang diumumkan oleh Najib semalam tidak menyelesaikan masalah subsidi. Sebaliknya sistem yang kami cadangkan dalam pembentangan kepada EPU dan MOF itu lebih dapat menyelamatkan duit rakyat. Oleh itu Datuk Seri Najib, semaklah semula sistem yang diumumkan semalam.