Petang semalam saya hadiri majlis pelancaran buku terbaru Shahbudin Husin "Membongkar Skandal Deepak &; Bank Rakyat" di sebuah restoran di Damansara. Ramai kawan yang datang. Ketika saya parking kereta, tiba tiba Zaharin turut parking Rextonnya. dia datang dengan isterinya Suraya. Saya bersalam dengan Zaharin yang saya kenali sejak 27 tahun lalu. Walaupun dia tuduh saya pemilik Facebook Kerat Lapan Belas, ia tidak menghalang saya untuk bersalam dengannya. Saya tidak campur urusan peribadinya apabila dia ditumbuk oleh Din Seputih. Itu salah dirinya sendiri kerana mulutnya celupar menuduh Din seputih macam macam. Siapa tak berang kerana keceluparan mulutnya. Saya duduk semeja dengan Zaharin dan Suraya. Turut duduk semeja ialah Shahbudin husin, yahya ismail, Shamsul Hazli, Norzah kepol, Imlan Adabi. Pak Yahya yang saya kenali pada tahun 1970an dengan membaca novel Langkah Kiri masih bergaya orangnya. Di meja VVIP ialah Tan Sri Sanusi Junid yang melancarkan buku tersebut bersama Tan Sri Sabaruddin Chik. Sebenarnya dalam kes ini Zaharin orang pertama yang mendedahkan kes skandal bank Rakyat dalam Facebooknya. Saya selaku bekas Editor BM Free Malaysia Today memetiknya dan siarkan dalam bentuk berita dalam FMT. Selepas itu shahbudin mendedahkannya dalam blognya yang turut dipetik dalam FMT. Kes ini meletup apabila Lembaga pengarah Bank Rakyat menolak surat arahan menteri yang jaga Bank rakyat, datuk seri Hassan Malek yang mahu pinjaman RM32 juta Deepak dibayar secara ansuran selama 10 tahun melalui post dated cheque. Bank Rakyat rugi kerana ia tidak untung dengan cara arahan yang dibuat Hassan malek itu. Itu yang buat Lembaga Pengarah tolak surat arahan Hassan yang menyebabkan hassan marah dan ugut mahu pecat semua ahli lembaga Pengarah Bank rakyat. Shahbudin bernasib baik berpeluang menemubual Sabaruddin dalam kes ini menyebabkan ia menjadi perbualan ramai apabila dicatat dalam blognya. Kebetulan isteri Shahbudin Noraini Nordin pernah menulis buku biografi Sabaruddin pada tahun 2007. Maka apabila Noraini mencadangkan kes skandal Bank rakyat dibukukan, maka Noraini mencadangkan nama Shahbudin. Sabaruddin dalam ucapannya mengakui dia tak kenal Shabuddin sebaliknya lebih mengenali Noraini isteri shabudin. Maka pertemuan shahbudin dengan Sabaruddin menghasilkan buku ini. sabaruddin berkatya jika berlaku saman menyaman dia bertanggungjawab kerana ia merupakan isi hati beliau kerana beliau ditamatkan sebagai pengerusi Bank Rakyat secara memalukan atas dendam menterinya. Dengan terbitnya buku ini ia dapat membersihkan nama Sabaruddin. Sanusi dalam ucapannya berkata pemecatan Sabaruddin memalukan sejarah Setiausaha Agung Umno kerana daripada 21 orang setiausaha Agung Umno, sabaruddin yang mendapat malu seolah olah sabaruddin tidak ada jasa pada bangsa, agama dan negara. Sebagai sahabat baik, sanusi tidak dapat menolak tawaran Sabaruddin melanvarkan buku ini walaupun Sanusi belum membaca buku tersebut seperti mana Tun dr Mahathir Mohamad melancarkan buku Rosmah tanpa sempat membaca buku berkenaaan. Sanusi adalah junior sabaruddin di MCKK. Mereka bertemu semula di seremban apabila Sabaruddin bekerja sebagai Penolong SUK Negeri Sembilan manakala sanusi bekerja di Charted Bank di Seremban. Sanusi menang pilihanraya tahun 1978 dan dilantik setoausaha parlimen makala Sabaruddin menang tahun 1982 dan dilantik Timbalan Menteri Kewangan. mereka sama sama pendek tapi sanusi ulat buku manakala Sabaruddin main golf yang dianggapSanusi sebagai glongan orang lemah fikiran (GOLF). Di mejja Sanusi selain Sabaruddin turut serta Presiden perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Tamrin Ghafar, datuk Kadir Jasin, Datukosu sukam., Datuk aziz Yasin, Datuk dr Sulaiman Mohamed, Syed husain alatas. Di luar terkumpul kumpulan Nagas jadawi, Faizal udus, blue Ocean dan Musli Oli. Sekali sekala seronok bergaul dengan kawan-kawan lama dalam majlsi seperti semalam. tahniah shah
budin!