Memaparkan catatan dengan label layan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label layan. Papar semua catatan

Rabu, April 10, 2013

BN TAK AKAN LAYAN GOLABALA

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas. Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut. “Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli. Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif. Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. Ulasan saya, BN tak akan layan permintaan Gobala kerana kuota kerusi Padang Serai adalah milik MCA. Kalau ia kuota MIC, takkan MIC nak letak Gobala kerana dia bukan ahli MIC.

Selasa, Julai 24, 2012

JANGAN LAYAN ORANG GILA

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu. Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang. Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan. ''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami. Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini? Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila. (dipetik dari www.pantangdicuit.blogspot.com)

Rabu, Oktober 06, 2010

BUAT APA LAYAN AZMIN


Pelbagai pihak hari ini mendesak calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali supaya memohon maaf secara terbuka terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tegas mereka, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak bukan setakat perlu membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi turut wajib bersemuka dengan negarawan itu bagi memohon keampunan.

Selain itu, orang kepercayaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini yang amat menyayangi dan menyanjungi Dr. Mahathir tetapi tersinggung akibat dihina oleh Azmin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin ternyata amat kecewa, sedih dan tersinggung dengan kenyataan Azmin yang menggunakan istilah 'tersungkur' ketika merujuk kepada Dr. Mahathir yang dirawat di Australia.

Beliau menyelar Azmin itu yang disifatkan sebagai lebih hina dan teruk daripada binatang kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih terhadap sumbangan Dr. Mahathir.

"Binatang pun tahu berterima kasih apabila kita berbuat baik terhadapnya, contohnya anjing apabila kita memberinya tulang, binatang ini akan mengerak-gerakkan ekornya sebagai tanda terima kasih.

"Segala kekayaan dan kesenangan yang diperoleh Azmin kini semuanya dikaut semasa era Dr. Mahathir iaitu semasa bekerja dengan Anwar yang pada ketika itu menjadi anggota kerajaan, jadi kenalah bersyukur dan berterima kasih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulas kenyataan Azmin kelmarin yang mengakui individu yang dimaksudkan sebagai sedang 'tersungkur' dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak ialah Dr. Mahathir.

Malah, Azmin dengan angkuhnya berkata, perkataan 'tersungkur' itu langsung tidak kasar, sebaliknya amat lunak dirujuk kepada Dr. Mahathir berikutan kedegilan beliau bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sementara itu, bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, walaupun berlainan pendirian politik tetapi Azmin masih perlu menghormati Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara.

Beliau menarik perhatian bahawa agama Islam sendiri mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain yang lebih berusia sama ada beragama Islam atau sebaliknya.

"Azmin kena ingat dulu dia langsung tiada apa-apa, Dr. Mahathirlah yang mencadang namanya supaya diambil oleh Anwar untuk bekerja dan membantunya.

"Malah saya semasa ditahan oleh kerajaan (Dr. Mahathir) bersama dengan Anwar pada 1998, tidak pernah berdendam atau memaki-hamun Dr. Mahathir kerana saya tahu jasanya terlalu besar kepada negara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom menyifatkan Azmin sebagai pemimpin 'tidak sedar diri' yang langsung tidak layak menghina atau mengkritik Dr. Mahathir jika dibandingkan dengan jasa dan sumbangan calon Timbalan Presiden PKR itu.

"Azmin terlalu kerdil. Orang muda 'tidak sedar diri' ini perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir dan seluruh rakyat negara ini. PVTM tidak boleh sampai bila-bila menerima penghinaan ini," katanya.

Pada pendapat saya, buat apa layan Azmin Ali. Dia kini berdepan dengan Datuk Zaid Ibrahim dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR. Maka dia perlu cari publisiti untuk meraih undi para perwakilan PKR.

Bila semua pemimpin UMNO mengecamnya sedikit sebanyak grafnya naik dan ini akan memberi kelebihan kepada beliau untuk memenangi kerusi itu. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita layan Azmin ini. Beliau hanya mencari publisiti murah sahaja untuk kepentingan politiknya.

Khamis, April 01, 2010

JANGAN LAYAN PEREMPUAN INI


Perempuan ini selalu berada di parlimen. Oleh itu semua ahli parlimen berhati-hatilah dengan perempuan ini. Dia adalah seorang penipu. Dia kata majalahnya BUSINESSKINI mencapai 10 ribu naskhah tetapi cetak tak sampai 2 ribu naskah.

Dia kata saya kena pecat padahal saya letak jawatan. Sudah sah perempuan ini gila. Kalau nak tahu siapa perempuan ini, dia ialah Azizah Mat Hassan, penerbit majalah BUSINESSKINI yang tak laku. Saya tanya kedai mamak banyak mana majalah ini dihantar ke kedainya. Mamak tu jawab, sepuluh. Saya tanya lagi berapa laku. Dia jawab hantar 10, return 10. Saya tergelak mendengar jawapan mamak itu.

Dia tak bayar gaji saya. Jawablah di akhirat nanti. Ada dua tiga iklan yang saya bawak masuk dalam majalah itu dia tidak komisennya kepada saya. Jawablah di akhirat nanti. Biarlah Allah memberi balasan kepadanya.

Dia ni muka tak malu. Dia nak add saya dalam facebook, mana saya nak layan perempuan gila ini.

Isnin, Mac 15, 2010

JANGAN LAYAN SMS KARUT


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta orang ramai supaya tidak melayan sebarang spekulasi melalui SMS berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang tersebar dengan meluas sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu melaga-lagakan Umno Perhubungan Terengganu dan menggugat keharmonian badan itu.

"Sejak saya turun ke Terengganu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendengar cerita dari kedua-dua pihak (dalam UMNO) dan pembangkang mengenai kedudukan Menteri Besar.

"Ia bukan datang dari puak-puak dalam Umno negeri, tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia dilakukan oleh individu tertentu. Namun ia tidak akan menentukan jatuh bangunnya Umno Negeri Terengganu," katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai semalam.

Hishammuddin berkata sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau hanya mengiktiraf mereka yang diterima rakyat, menjalankan kerja bersunggguh-sungguh dan menolak politik sempit seperti politik peribadi dan bahagian.

Beliau turut meminta supaya media tidak mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin dan SMS yang tersebar berhubung perkara itu.

"Kenapa nak percaya SMS sedangkan media berdepan dengan MB hari-hari, kalau MB meletakkan jawatan, beliau tidak akan berada bersama kita hari ini.

"Jangan terikut-ikut dengan mereka yang sengaja nak memperalatkan media dan media jangan benarkan mereka memperkudakan (media) supaya kita berlaga," katanya.

Terdahulu, Hishamuddin mengetuai kira-kira 30,000 orang daripada 405 kontinjen yang terdiri daripada badan kerajaan, swasta, NGO serta pelajar sekolah berarak sejauh tujuh kilometer itu mengelilingi Bandar Chukai.

Turut serta dalam perarakan tersebut ialah Ahmad Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.

Selasa, Januari 13, 2009

JANGAN LAYAN DEBAT ROYALTI MINYAK


Pengarah kempen PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Wan Mutalib Embong telah mencabar UMNO berdebat dengan PAS mengenai isu royalti minyak. Katanya, UMNO turunkan peguam terbaik untuk berdebat dengannya yang juga seorang peguam.


Bagi saya, UMNO tak perlu layan cabaran Wan Mutalib ini. Buang masa saja. Tak perlu panggil peguam mahu lawan Wan Mutalib yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu. Menteri Besar, Ahmad Said sendiri sanggup berdebat dengan beliau kerana rahsia Wan Mutalib sepanjang jadi Exco dari tahun 1999-2004 banyak ada di tangan Ahmad Said.


Tak payah cakap banyaklah Wan Mutalib. Semua orang tahu semasa awak jadi Exco, banyak tanah kerajaan negeri diberi kepada koperasi milik orang PAS. Bila BN menang dan nak ambil balik tanah itu, kerajaan kena bayar pampasan berkali ganda kepada koperasi tersebut di mana ketika kerajaan PAS menawarkannya dengan harga yang murah. Berapa juta koperasi itu untung.


Nasib baik awak tak jadi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini. Kalau tidak habis rahsia awak didedah oleh Ahmad Said. Sepatutnya PAS syukur kerana desakan Ahmad Said, kerajaan pusat setuju kembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan negeri walaupun desakan itu dibuat dalam media yang menyinggung perasaan Perdana Menteri, Pak Lah.


Ahmad Said berani walaupun Pak Lah melenting apabila ditanya komennya oleh media. Perjuangan Ahmad Said sudah berjaya. Jadi kenapa perlu diadakan debat lagi. Cukuplah Wan Mutalib. Dah tak ada modal lain ke?