Memaparkan catatan dengan label dua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dua. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 26, 2016

DUA MENTERI TIADA PENDIRIAN TETAP

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.

Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan oleh kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu... tapi kenapa masa itu tiada bantahan," katanya.

Ahad, Oktober 16, 2016

DUA PENYAMUN DITEMBAK MATI DI MIRI

MIRI, 16 Okt (Bernama) -- Polis menembak mati dua lelaki warganegara asing yang dipercayai terlibat dalam 16 kes samun pelbagai barangan bernilai lebih RM200,000 sepanjang tahun lepas dan 2016 dalam satu serbuan pada pukul 1 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata semasa serbuan di sebuah rumah kosong di Luak Bay, kedua-dua suspek dipercayai berumur 30-an telah menyerang polis dengan parang dan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senapang buatan sendiri ke arah polis.

"Identiti kedua-dua suspek tidak dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian tapi kita percaya mereka warganegara asing," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Ahad, September 25, 2016

PM DUA PENGGAL UNTUK RAIH SOKONGAN

KOTA BHARU, 24 Sept (Bernama) -- Cadangan agar tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan dua penggal sahaja hanya untuk meraih sokongan semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Katanya cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu hanya tertakluk kepada parti berkenaan sahaja kerana beliau tiada hak untuk mencadangkan perkara itu kepada parti lain.

"Kadang-kadang ada jenis orang yang suka mencadangkan kepada orang lain untuk membuat sesuatu tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti apa yang dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Oghe Tere (Orang Ketereh) di Bukit Marak di sini, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh turut yakin rakyat tidak tertarik dengan cadangan berkenaan.

Kelmarin, Mukhriz dilapor berkata parti itu akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja sekiranya kerajaan baharu ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14, bagi mengelak krisis pentadbiran.

Khamis, April 28, 2016

KISAH DUA ORANG SAHABAT

Persahabatan di antara Mansor dengan Razali bermula di bangku sekolah lagi. Mereka berkawan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Tetapi mereka berpisah apabila mereka masuk universiti. Mansor masuk ke UM dalam bidang ekonomi manakala Razali masuk UKM dalam bidang usuluddin.

Empat tahun kemudian Mansor menyertai sebuah badan berkanun sebagai penolong pengarah manakala Razali menjadi seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di negeri asal mereka. Persahabatan mereka menjangkau 20 tahun apabila Mansor yang kini menjadi pengarah pengurusan sumber manusia disebut sebut akan dilantik sebagai ketua pengarah (KP)  badan berkanun tersebut menggantikan Datuk Johari yang akan bersara.

Sebagai orang lama dalam agensi itu Mansor layak menjadi KP yang baru. Apabila secara rasmi beliau menjadi KP maka Razali sahabat lamanya datang mengunjunginya. Secara kebetulan ada satu kekosongan jawatan iaitu pengarah perhubungan awam. Untuk menyuntik ruh agama dalam badan berkanun itu Mansor memerlukan orang agama seperti Razali. Apatah lagi selama ini pengurusan lepas mengabaikan semangat Islam dalam  jabatan itu.

Maka Ustaz Razali menerima jawatan yang ditawarkan oleh sahabat lamanya. Dia dipinjamkan oleh kementerian pendidikan untuk menjawat jawatan Jusa C itu manakala Mansor selaku KP adalah pegawai Jusa A.

Setahun bertugas ternyata Ustaz Razali lembab sedikit yang menyebabkan Mansor kecewa dengan prestasi sahabatnya itu. Tambahan pula pengarah pengarah lain turut merungut prestasi ustaz Razali. mansor tidak dapat mempertahankan sahabatnya lagi maka beliau menasihati sahabatnya itu kembali semula ke sekolah menengah berkhidmat sebagai guru agama.

ustaz razali menangis apabila menerima hukuman dari sahabatnya itu. apatah lagi anak anaknya sudah berpindah bersekolah di Kuala Lumpur. terpaksa kembali sekolah semula di negeri asal. Untuk meredakan kekecewaannya beliau mengadu kepada Allah setiap malam solat hajat supaya Allah membalas kepada sahabatnya itu yang telah memalukan dirinya dan keluarganya.

Tidak sampai tiga bulan selepas itu tiba tiba ustaz razali mendengar Mansor dipecat sebagai KP oleh menteri yang menjaga badan berkanun itu. beliau terkejut mendengar berita pemecatan Mansor dan beliau menangis kerana rupanya Allah mendengar rintihannya setiap malam.

"Ya Allah jika betul sahabatku sudah berubah, kau balaslah kepadanya seperti dia buat aku menangis apabila aku menerima surat pemecatanku dahulu," itu yang dirintihnya setiap malam ketika menunaikan solat tahajud dan solat hajat setiap malam. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan ingatlah bahawa kuasa itu hanya dipinjamkan oleh allah buat sementara sahaja.


Khamis, April 21, 2016

DUA KALI BERITA PALSU DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sekali lagi membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu mengenai politik Terengganu.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pukul 4 petang tadi oleh Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah.

Zalina Maizan berkata berita palsu bertajuk 'PAS Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri' itu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam dan beliau dimaklumkan bahawa ia telah diviralkan dalam kalangan pemimpin UMNO negeri.

"Keadaan sebegini telah dua kali berlaku. Bezanya cuma olahannya mengenai parti pembangkang iaitu PAS dan yang sebelumnya melibatkan UMNO. Kes ini akan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti individu yang melakukan perkara itu bagi mengelak ia terus berlaku dan menjadikan Bernama sebagai sumber berita bagi kepentingan peribadi.

Ditanya apakah yang dilakukan apabila menerima maklumat berita palsu itu, beliau berkata: "Pihak atasan Bernama adalah yang pertama saya rujuk kerana ia membabitkan imej dan kredibiliti.

"Bernama diyakini dan dipercayai bukan sahaja di dalam malah di luar negara. Atas saranan mereka, saya membuat laporan ini dan saya juga mengambil inisiatif dengan memberi penerangan kepada beberapa pemimpin negeri bahawa ia adalah palsu."

Laporan palsu itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Alias Razak yang mengatakan bahawa PAS telah meletakkan calon tertentu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam jangka masa terdekat.

Tambah Zalina Maizan, beliau yakin bahawa penyebaran berita dengan menjadikan Bernama sebagai sumber berita bertujuan meraih kepercayaan orang lain dan menganggu ketenangan politik di negeri ini.

Sementara itu, Dr Alias ketika dihubungi Bernama hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ditulis di dalam berita tersebut.

"Tiada (berita sedemikian), saya baru sahaja balik umrah. Baru tengok telefon, dah ada orang buat fitnah," katanya.

Ulasan saya, nampaknya kini berita yang ada dalam Whatsapp sudah tidak boleh dipercayai lagi. Sewenang-wenangnya mereka membuat berita palsu Bernama. Yang peliknya dua kali berlaku berita palsu itu di Terengganu.

Dua bulan lepas berita Umno palsu kini giliran berita PAS pula palsu. Kenapa Bernama yang jadi mangsa penyebaran berita palsu? Adakah kerana rakyat lebih percaya kepada berita Bernama yang merupakan sebuah agensi kerajaan?

Oleh itu pihak polis hendaklah menyiasat segera penyebaran berita palsu ini supaya ia menjadi pengajaran kepada semua orang supaya mereka
tidak mereka berita palsu.

Rabu, November 26, 2014

APABILA DUA BEKAS EXCO BERTEMU

Dua hari lepas saya berada di Riverside PWTC. Apabila bekas Exco Kerajaan Terengganu, Datuk Othman Daud nampak saya, dia panggil saya join mejanya. Kebetulan dia duduk bersama bekas Exco Kerajaan Melaka, Datuk Nordin Yaani. Apabila dua orang bekas Exco berjumpa, macam macam cerita kelakar yang keluar. Nordin kata kalau tan Sri Muhyuddin Yasin nampak kami berdua, mesti dia tahu kami banyak ada cerita kelakar. Kebetulan Othman tanya Nordin petua menjala pasal Nordin suka menjala ikan. nordin pun kata masa nak keluart dari rumah dinihari, tengok isteri tidur mengiring ke mana. kalau isteri mengiring ke kanan, kita tebar jalan ke kanan. Kalau isteri tidur mengiring ke kiri, kita tebar jala ke kiri. Kalau isteri tidur terlentang,maka kita jala bini. Kami ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Nordin. Selepas itu mucul Zahrin Mohd Yasin yang merupakan Facebooker yang hebat. Dia kata kalau perwakilan Umno tolak Akta hasutan, maknanya Datuk Seri najib Tun Razak kena letak jawatans ebagai Presidsen Umno kerana yang mencadangkan penghapusan ISA dan Akta Hasutan ialah Najib sendiri pada November 2012. Siapa tak kenal dengan Zaharin yang banyak menegur ketidakadilan dalam Umno. Dia tidak peduli siapa. Muhyiddin dikatanya paria. Semua menteri dibelasah termasuk hassan malek. Diakatanya semua menteri rasuah. Selepas itu mucul Datuk Nasir safar yang merupakan bekas Ketua Bahagian Pontian. Dia bekas pegawai khas PM. Akibat tidak berhati-hati, PM kena buangnya keerana berucap semangat Melayu tanpa mengira audiens. Dia dikatakan rasis. kesian Nasir. Dia yang bawak Datuk Moy jadi ajk bahagian epnaja, akhirnya Datuk Moy yang kalahkan Nasir dalam pertandingan ketua bahagian. begitulah politik tidak ada yang kekal. Sepanjang minggu ini emmang macam macam cerita yang kita akan dengar di riverside PWTC. Othman berucap di konvesyen Umno terengganu baru-baru ini menceritakan ciri-ciri menjadi calon. beliau berkata apabila Najib berkata meremajakan Umno makanya Umno mesti kuat macam orang muda dan bulkannya memberi peluang kepada orang muda jadi calon. Bila muda tu yang timbul nak rasuah kerana belum kaya dah masuk politik. sampai meluat orang kampung tengok pemimpin muda masuk kampung bawa kereta mewah. bukan sahaja orang kampung yang meluat malah pemimpin Umno sendiri meluat dengan gelagat mereka. Othman jual rumah bila kalah pilihanraya umum 1999. Tapoi bila Najib bantunya dapat PLKN di Cheneh, baru dia beli semula rumahnya yang dijualnya itu. begitu orang politik lama berbanding orang politik sekarang yang kaut harta masa ada kuasa. Datuk Shabery Cheek masuk Riverside tapi tak lalu ikut meja kami. masa ru Ayob Mamat ada bersama. dia kata bekas Menteri besar terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ajaknya bergocoh. Ahmad said kata sepanjang saya jadi YB, dah tiga orang saya katok orang. Ayob jawab sepanjang saya jadi wartawan, dah lima orang YB saya tumbangkan. Begitulah hebatnya Ayob Mamat yang juga Presiden KAWAT. YB Wan Hakim masuk sekejap menegur Ayob dan dia kata dia tidak ada di Kemaman pada 8 November lalu ketika anak saya kahwin. kalau tidak dia datang.Macam macam cerita kita akan dengar sepanjang Umno bersidang sampai Sabtu ini. Selamat bersidang.

Khamis, April 03, 2014

TERENGGANU MASIH BERUNDING BELI DUA AMPHICOACH

KUALA TERENGGANU, 3 April (Bernama) -- Proses pembelian dua buah bas ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. "Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat. "Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di sini hari ini. Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas. Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara. "Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan. "Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin. Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. -- BERNAMA KAK AZM HM

Isnin, Julai 29, 2013

DUNGUN: PERTEMBUNGAN DUA ROSLI?

Kedudukan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan tergugat berikutan kekalahannya dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu. Beliau tewas kepada calon PAS, Ustaz Wan Hassan Mohd Rosli dengan majoriti 3,942 undi bagi kerusi parlimen Dungun. Wan Hassan mendapat 35,348 undi manakala Rosli mendapat 31,406 undi. Pada tahun 2004, beliau menang kerusi tersebut mengalahkan calon PAS, Datuk Mustapha Ali. Pada tahun 2008, beliau tidak dipilih sebagai calon BN. Tempat beliau digantikan oleh Matludi Jusoh. Ramai hairan bagaimana Rosli yang juga Pengarah Strategi BN Terengganu boleh kalah dalam pilihanraya. Adakah pengundi menolak beliau kerana beliau ada kes ketika menjadi Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM)? Dalam pemilihan Umno pada tahun 2008, walaupun Rosli bukan ahli parlimen tetapi beliau berjaya mengalahkan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun. Beliau beregu dengan ADUN Rantau Abang, Datuk Zaabar Mat Adib yang menentang ahli parlimen Dungun, Matludi bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian itu. Zaabar menang dalam pertandingan berakit itu. Siapa yang layak menentang Rosli bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun? Adakah ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang juga Setiausaha Umno Bahagian? Beliau merupakan calon BN tunggal di Dungun yang menang setelah tiga calon DUN lain tewas termasuk Zaabar di Rantau Abang.Beranikah Roslee yang kini menjadi Exco Kerajaan negeri mencabar Rosli? Jika beliau berani, beliau akan mengulangi sejarah Setiausaha Umno Bahagian Marang, Datuk Yahya Khatib yang menentang Ketua Umno Bahagiannya, Datuk Rahman Bakar pada tahun 2008. Yahya merupakan Exco Kerajaan Negeri ketika itu manakala Rahman tidak dipilih sebagai calon. Yahya menang besar kerana perwakilan memilih Yahya yang ada jawatan sedangkan Rahman bukan lagi ahli parlimen Marang. Umno Bahagian Dungun memerlukan perubahan. Maka Roslee Daud wajar menyusun strategi untuk menyingkirkan dominasi Rosli di Dungun. Jika beliau tidak berani, maka beliau perlu bergabung tenaga dengan bekas ADUN Bukit Besi, Din Adam untuk mencabar Rosli buat pusingan kedua. Kekayaan melampau Rosli dengan memiliki banyak kereta mewah bernombor 56 menyebabkan rakyat meluat dengan beliau. Sebab itu beliau kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu. Para pengundi telah menghukum Rosli pada 5 Mei lalu. Maka tibalah pula para perwakilan Umno Bahagian Dungun untuk menghukum Rosli pada pemilihan tahun ini.

Rabu, Mei 15, 2013

TERENGGANU DAPAT DUA MENTERI PENUH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”. Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Jabatan Perdana menteri: Datuk Seri Jamil Khir Bahrom Datuk Seri Idris Jala Datuk Seri Abdul Wahid Omar Tan Sri Joseph Kurup Puan Hajah Nancy Shukri Joseph Entulu Paul low Seng Kuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri di JPM Datuk Razali Ibrahim P Waythamoorthy Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh Timbalan Menteri: Yap Kain Ching P Kamalanathan Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) Menteri Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman Timbalan Menteri Luar: Datuk Hamzah Zainudddin Menteri Kerja Raya: Datuk Fadhilah Yusof Menteri Kesihatan: Datuk Dr S Subramaniam Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan menteri: Datuk M Saravanan Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna: Datuk Hassan Malek Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Mustapa Mohamad Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli: Datuk Seri G Palanivel Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau: Datuk Seri Maximus Ongkili Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar: Datuk Shafie Apdal Menteri Industri Perladangan dan Komoditi: Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar: Datuk Abdul Rahman Dahlan Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Hamim Samuri Menteri Komunikasi dan multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan: Loga Balamohan

Selasa, Ogos 03, 2010

LPT 2 DIJANGKA SIAP JUN 2012


Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor di Pahang ke Gemuruh, Terengganu sejauh 184 kilometer akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2012.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika memberikan jaminan itu berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diminta memastikan projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

"Kita sasarkan projek keseluruhan (LPT Fasa II) siap Jun 2012, kita minta JKR (Jabatan Kerja Raya) pastikan bagaimana projek ini boleh siap dalam tempoh itu dan pastikan juga ia tak berlaku kelewatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek LPT Fasa II dari Gemuruh di sini ke Pasir Tinggi sehingga ke susur keluar di Bukit Payong, Marang.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim serta Pengarah JKR Terengganu, Shahawai Awang.

Shaziman memberitahu, kos awal keseluruhan projek LPT Fasa II itu kira-kira RM3.7 bilion namun disebabkan berlaku kenaikan bahan berasaskan petroleum pada tahun 2008 dan 2009, kos tersebut dijangka naik antara 15 peratus hingga 20 peratus.

Menurutnya, projek berkenaan terbahagi kepada dua bahagian pembinaan iaitu sejauh 64 km di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan pelaksanaannya oleh MTD Prime Sdn. Bhd. manakala 120 km lagi di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya.

Shaziman berkata, beliau dimaklumkan pihak LLM bahawa lembaga berkenaan memberi jaminan untuk menyiapkan projek sejauh 64 km pada Mei tahun depan manakala JKR pula menjelang Jun 2012 nanti, sekali gus siapnya keseluruhan projek LPT Fasa II.

Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan.

"Kerajaan tak akan kutip bayaran tol sehinggalah seluruh projek ini siap sepenuhnya. Saya telah maklumkan kepada JKR supaya pastikan LPT ini (Fasa II) yang ada 10 persimpangan bertingkat dan dari simpang ini ke pekan berhampiran jalan perlu dinaik taraf.

"Kita nak pemandu selesa, kita tak mahu seolah-olah orang memandu di lebuh raya yang selesa ibarat lima bintang tapi bila masuk jalan susur mereka amat tak selesa," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Shaziman turut mengesahkan pihaknya telah menamatkan enam kontraktor melalui 'penamatan bersama' akibat gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual.

Buat masa ini jelasnya, tender baru mula dikeluarkan hari ini sebelum ditutup pada penghujung bulan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan antaranya membabitkan pakej 1A, 1B, 2, 3, 8 dan 9B.

Rabu, April 07, 2010

DUA KALI DIGODAM

Mulai hari ini blog saya memo-belakang.blogspot.com sudah ditukar nama kepada catatanzabidi.blogspot.com. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan setelah dua kali blog saya digodam. Kali pertama pada bulan Januari lalu dan paling terbaru, pada 1 April lalu.

Walaupun blog saya tidak popular, ia menjadi phobia kepada sesetengah orang sehingga dia sanggup menggodam blog saya dengan menukar namanya kepada belakangmain.blogspot.com. Saya tahu siapa yang menggodam blog saya. Oleh itu saya minta orang itu bertaubatlah. Kalau tidak puas hati dengan tulisan saya, jawablah dalam majalahnya dan bukannya mengkhianati blog saya.

Saya beri amaran terakhir kepada manusia durjana ini. Jika dia buat lagi selepas ini, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada manusia yang tidak berhati perut ini.

Selasa, Januari 19, 2010

E MAIL DARI PEMBACA (2)

Assalamualaikum saudara,
Salam sejahtera. Hari ini saya terbaca blog saudara. Tahniah diucapkan kepada saudara sebab ada lagi rakyat Malaysia yang lantang bersuara di sebalik kemelut politik yang negara hadapi sekarang. Memang dari dulu lagi saya tertarik dengan dunia politik lebih2 lagi antara Umno / BN dan juga parti Pakatan Rakyat. Saya bukan anti kerajaan mahupun sokong pembangkang. Kedua-dua pihak ini tidak menarik perhatian saya. Kemelut demi kemelut tiada kesudahan. Sebagai rakyat negara sendiri, syukur tetap syukur sebab tidak sampai perang korban nyawa lagi.
Ada satu post yang menarik perhatian saya iaitu berkenaan dengan kelembapan lrt yang saudara ulas. Cuma nak tau, kalau pengerusi RapidKL dan konco2nya letak jawatan, siapa agaknya yang layak memegang jawatan itu? Saya bersetuju dgn pandangan saudara berhubung perkara ini kerana tidak dinafikan sistem pengangkutan awam pada hari ini memang hampeh. Sebab goverment la keja pun stail goverment. 10 tahun akan datang pun tak tentu ada kemajuan dlm pengurusan kerajaan.
Apapun yang berlaku, saya telah mula tertarik dengan blog saudara dan mendapati ia mmg menarik untuk dibaca , paling tidak pun dapat membuka minda selain bergantung kepada media semata-mata. Saya akan mengikuti perkembangan blog saudara dari masa ke semasa.
Sekian terima kasih.

MUHAMMAD ADAM

Isnin, Ogos 17, 2009

PERTANDINGAN DUA PENJURU DI PERMATANG PASIR


Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Permatang Pasir 25 Ogos ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.


BN diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, manakala calon Pas ialah Mohd Salleh Man Mat Aji, 52, atau lebih dikenali sebagai Salleh Man, yang merupakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.


Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara, Jalan Berapit di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya berkata sebanyak 15 bantahan diterima daripada kedua-dua pihak yang bertanding tetapi kesemuanya ditolak.


Pencalonan Rohaizat, seorang ahli perniagaan dan muka baru dalam pilihan raya, dicadangkan oleh Abdul Majid Othman dan disokong Ng Tong Hye.Anak kelahiran Mengkuang Titi itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan aktif dalam kegiatan kemasyarakatan di sekitar kawasan Penanti dan Permatang Pauh.


Calon Pas, Salleh Man, dilahirkan di Kepala Batas dan pernah mewakili parti itu sebanyak enam kali pada pilihan raya bermula tahun 1986 sehingga pilihan raya umum 2008 lalu tetapi tewas dalam kesemuanya.Pencalonan beliau dicadangkan oleh Mahdi Abdullah dan disokong Shamsul Kamal Md Shafie.


Hasrat seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris untuk bertanding sebagai calon Bebas tidak kesampaian setelah beliau tiba lewat di pusat penamaan calon.Kamarul Ramizu, 42, yang telah membeli borang pencalonan dari Pejabat Pilihan Raya negeri Jumaat lepas, bagaimanapun berkata beliau tidak kecewa dengan insiden yang berlaku.


"Saya terlambat kerana kesesakan lalulintas dan sebaik sahaja saya masuk ke dalam , dewan itu dah tutup," katanya.


Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 31 Julai akibat serangan jantung.


Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi mengalahkan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 undi.


Permatang Pasir mempunyai 20,290 pemilih berdaftar termasuk seorang pengundi pos, dan daripada jumlah itu, 72.34 peratus adalah pengundi Melayu, 25.86 peratus Cina, 1.64 peratus India dan keturunan lain 0.16 peratus.

Ahad, Disember 14, 2008

RAHIM MAKIN HAMPIR


Pengerusi RISDA, Rahim Tamby Chik atau RTC semakin hampir untuk muncul sebagai calon Naib Presiden UMNO. Semalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah mencalonkan beliau selain Menteri Pelajaran, Hishamuddin dan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar.


Ini bermakna RTC memerlukan dua pencalonan lagi untuk dapat lesen untuk bertanding. Ada tiga bahagian lagi belum bersidang, Larut, Tenom dan Seremban. Berdasarkan senario ini, peluang untuk RTC dapat lesen untuk bertanding amat cerah.


RTC selaku bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO (1993-1994) tidak ketinggalan untuk bersaing dengan lapan calon lain iaitu Hishamuddin, Syed Hamid Albar, Khaled Nordin, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Isa Samad, Dr. Rais Yatim, Dr. Jamaluddin Jarjis dan Shafie Afdal.


Nasib RTC tidak sebaik bekas pegawai khasnya, Ali Rustam yang sudah menjadi naib presiden sejak tahun 2004 lalu. Ini bermakna anak muridnya sudah mendahuluinya jadi naib presiden sedangkan RTC belum tentu menang pada bulan Mac depan.


Akan tetapi untuk mendapatkan dua pencalonan lagi, saya tidak nampak RTC tidak boleh dapat kerana beliau akan kejar juga untuk pastikan pencalonan itu walaupun harga yang terpaksa dibayar agak tinggi.


Khamis, November 27, 2008

KEJAR DUA PENCALONAN SAHAJA


Akhirnya calon Timbalan Presiden UMNO, Muhammad Muhd Taib akui bahawa kuota adalah punca berlakunya politik wang. Sehubungan dengan itu beliau mencadangkan supaya UMNO kembali ke perjuangan asal yang menetapkan supaya dapat dua pencalonan sahaja untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO.

Ini bermakna sesiapa sahaja yang dapat dua pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, mereka layak bertanding. Jika cadangan ini diterima, Ku Li tidak perlu menunggu 58 pencalonan untuk menentang Najib Tun Razak. Ku Li perlukan dua pencalonan sahaja untuk menentang Najib. Ali Rustam dan Muhammad tidak perlu mengejar 38 pencalonan untuk menentang Muhyiddin Yassin.

Soalnya, apakah Najib sanggup menerima cadangan ini kerana ternyata kuota telah menyelamatkan Dr. Mahathir dan Pak Lah dari kerusi Presiden UMNO? Jika Najib menerima cadangan ini, ini bermakna Najib adalah seorang pemimpin yang ikhlas yang mahu menghapuskan politik wang dalam UMNO.