Rabu, September 24, 2014
AZMIN TAKKAN LANTIK BEKAS EXCO PAS PENGKHIANAT?
PETALING JAYA, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Selangor yang baharu
Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri
bayangannya sehingga Jumaat.
Beliau berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan
persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan PAS.
"Adalah tidak adil untuk saya dedahkan butiran perbincangan, kerana ini
melibatkan semua ketiga-tiga parti, bukan PKR sahaja," kata ketika ditemui
pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah
sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi
mendapat perkenan barisan Exco kerajaan negeri Selangor, Jumaat ini.
Menurut beliau, mesyuarat mengenai calon barisan Exco yang pertama sudah
diadakan semalam dan kini di peringkat kedua dengan keputusan akhirnya akan
dicapai esok.
Ditanya respons DAP dan PAS, Mohamed Azmin berkata biarpun pemimpin
tertinggi PAS sedang sibuk bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri
Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan, namun beliau sentiasa berkomunikasi tentang
senarai Exco.
Pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok berikutan kematian
penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Ogos
lepas.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail,
calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
-- BERNAMA
NMA NAA RV RHM