Sabtu, November 26, 2022

ANWAR KENA BELAJAR DARI KERAJAAN 22 BULAN PH

 Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik PM Malaysia yang ke 10 pada 24 November lalu. Beliau yang sepatutnya jadi PM kelima pada tahun 2023 akhirnya dapat jadi PM selepas menunggu selama 24 tahun. Satu penantian yang panjang.

Selepas Pak Lah, Najib, Mahathir, Muhyiddin dan Ismail maka jawatan PM beralih kepada Pengerusi PN, Anwar Ibrahim. PH yang dapat 82 kerusi dalam PRU Sabtu lalu terpaksa berkongsi kuasa dengan BN yang dapat 30 kerusi, Itulah kuasa Allah. BN yang kalah PRU tetapi dapat juga jadi kerajaan bersama dengan PH.

Yang Dipertuan Agong terpaksa mencadangkan kerajaan perpaduan kerana semua parti tidak dapat majoriti mudah 112 undi. Pengerusi PN, Muhyidin Yasin secara angkuh menolak titah tuanku. Maka Pengerusi PH,  Anwar Ibrahim  terpaksa minta tolong BN membentuk kerajaan perpaduan. BN yang berkecuali terpaksa menukar pendirian kerana titah tuanku yang mahu kerajaan perpaduan. Takkan nak menderhaka kepada Agong.

Hishamudin Husin  menjadi broker mencari SD dari 10 MP BN menyokong Muhyidin menjadi PM. Pengerusi BN, Zahid Hamidi kata SD tersebut tidak valid kerana sudah ada keputusan en bloc yang memberi kuasa kepada Pengerusi BN untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan  pusat.

Maka 30 kerusi BN beralih sokongan kepada Anwar untuk menjadi PM. PAS pula bersetuju nak sertai kerajaan perpaduan maka ia dibantah oleh Muhyiddin yang mana PN kekal sebagai pembangkang.

Anwar kena belajar dari kesilapan kerajaan 22 bulan PH kenapa PH tumbang sebegitu cepat. Silap PM PH, Dr Mahathir beri muka kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyebabkan orang Melayu marah dengan tindak tanduknya yang rasis.


Anwar kena kawal DAP. Saya percaya Anthony Loke Setiasaha Agung DAP yang baru tidak rasis seperti Lim Guan Eng. Kalau DAP melampau, kerajaan perpaduan tumbang apabila BN tarik sokongan.

Dahulu pun Muhyiddin jatuh kerana 15 MP BNtarik sokongan kepada Muhyidin. Jika Anwar berlaku adil kepada semua parti beliau tidak akan tumbang sehingga PRU16.

Semoga BN dapat bangkit kembali dari 30 kerusi kepada lebih banyak kerusi kerana BN berlawan dengan Bersatu dan PAS. Dah viral list kabinet baru sedangkan Anwar belum bermesyuarat dengan ketua ketua BN DAP Warisan GPS dan GRS untuk cadangan nama menteri. Mereka lebih tahu dari Anwar. Anwar nak kurangkan saiz kabinet takkan tak gabung kementerian pendidikan dengan kementerian pendidikan tinggi.

Semoga Anwar dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ismail gagal menyelesaikan isu telur ayam maka Anwar kena tengok itu semua kenaikan harga barang yang mahal membebankan rakyat.

Sebagai poster boy BN Ismail perlu juga bertanggungjawab kepada kekalahan BN pada PRU ini. Silap Ismail beri cuti kepada rakyat pada 19 Disember menyebabkan rakyat yang marah kepada BN pangkah PN terutamanya pengundi Melayu.

Ismail juga beri tol percuma kepada rakyat pada !8 dan 19 November lalu menyebabkan rrkyat undi pembangkang, Begitu juga 6  juta pengundi 18 tahun memilih PN kerana mereka diberi wang RM300 manakala BN tiada wang untuk ditabur kepada pengundi.

Semoga Anwar dapat pulihkan ekonomi negara dan index bursa saham kuala lumpur yang naik pada hari perlantikan Anwar sebagai PM menandakan pelabur yakin kepada Anwar. Selamat bertugas Anwar,