Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan disebabkan oleh isu yang melanda syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, pengguguran Muhyiddin dibuat kerana beliau didakwa turut bersama pemimpin pembangkang merancang meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak di Parlimen.
Bagaimanapun Raja Petra mendakwa dalam portal itu, komplot tersebut tidak berjaya kerana Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak mahu menyertai konspirasi berkenaan sekali gus menyebabkan mereka kekurangan undi.
“Mereka memerlukan semua undi dari Pakatan Rakyat dan lagi 30-40 undi dari Barisan Nasional, yang didakwa akan diusahakan oleh Muhyiddin. Tanpa undi Pas, usaha itu akan sia-sia.
“Situasi itu yang menyebabkan Najib perlu memecat Muhyiddin. Ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB. Ia disebabkan undi tidak percaya yang dirancang oleh Muhyiddin. Isu 1MDB akan menjadi alasan untuk melaksanakan undi tidak percaya itu,” katanya.
Tuduhan Raja Petra merupakan satu tuduhan yang besar terhadap Muhyiddin. Atau mungkin Raja Petra mabuk kerana banyak minum atau sudah gila membuat tuduhan palsu kepada Muhyiddin.
Semua orang tahu siapa Raja Petra yang dahulu dibela oleh PKR dan apabila PKR tiada wang lagi untuk menanggung beliau, maka beliau menyokong kerajaan pula. Oleh itu kredibiliti beliau boeh diragui.
Semalam dua orang pegawai SPRM ditukarkan serta merta ke JPM iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik mereka, Rohaizad Yaakob, secara mengejut.
Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.
SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.
Rohaizad pula semalammenerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamlah berkata tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan agensi berkenaan.
Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.
“Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.
“Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Dengan pertukaran tersebut, ia adalah bukti ada campurtangan dalam kes 1MDB. Menurut seorang aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin, Bahari mungkin dibuang kerja tetapi masih dapat pencen.
Beliau kononnya dituduh menyebarkan maklumat kepada Sarawak Report dan SB yang kini di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memintas telefon dan e mail Bahari.
Jika benar Bahri ada buat kesalahan, dakwa sahaja di mahkamah dan tak perlu tukar ke JPM serta merta yang menyebabkan rakyat semakin marah kepada kerajaan seperti dakwa Khairy.