Memaparkan catatan dengan label peluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peluang. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 13, 2013

PELUANG TERBAIK BUAT MUSA AMAN

KOTA KINABALU: Sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini semakin meningkat. Semalam Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin memberi sokongan 100 peratus kepada Musa sekiranya Ketua Menteri itu mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. “Cadangan itu sebenarnya pernah diajukan kepada Ketua Menteri pada penggal pemilihan lepas tetapi Musa mengambil keputusan bertanding jawatan Majlis Tertinggi sahaja,” katanya. Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, pertandingan bagi jawatan Naib Presiden UMNO tidak akan menimbulkan masalah walaupun ada dua pemimpin UMNO dari Sabah bertanding jawatan sama kerana perkara demikian sudah menjadi kebiasaan dalam parti. Kewibawaan Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad juga menyatakan sokongan terbuka kepada Musa jika beliau memutuskan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun ini. “Beliau (Musa) bukan saja berjaya membawa kestabilan politik, malahan telah membawa negeri ini terus membangun dan maju,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, UMNO bahagian itu akan memberi sokongan penuh kepada Musa jika beliau menyatakan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. “Tidak ada keraguan terhadap kewibawaan beliau. Selama dua penggal prestasi BN cukup cemerlang di negeri ini dan selaku pentadbir beliau telah memulihkan ekonomi negeri ini dengan baik sekali,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri bertanding sebarang jawatan dalam parti termasuk Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang. Abdul Ghapur yang juga anggota Parlimen Kalabakan berkata, pertandingan kepada semua berdasarkan amalan demokrasi yang diamalkan UMNO sejak sekian lama. Peluang Pada hemat saya, ini adalah peluang terbaik buat Musa Aman untuk bertanding jawatan tersebut. Pada tahun 2009, beliau menang kerusi ahli majlis tertinggi Umno di tempat kedua dengan 2,084 undi, sama banyak undi dengan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar. Selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam jadi Naib Presiden Umno (2004-2009), Kelab MB sudah tidak ada wakil dalam Naib Presiden Umno. Maka jika Musa bertanding, beliau akan jadi wakil Kelab MB dalam Naib Presiden. Peluang Musa untuk menang adalah cerah kerana beliau adalah Ketua Menteri tunggal yang bertanding kerusi tersebut. Soal dua orang calon dari Sabah tidak timbul kerana Umno pernah ada dua naib presiden dari Johor (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) dan Pulau Pinang (Tun Abdullah Ahmad badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim). Seperti kata bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah, BN Sabah yang menyebabkan BN kekal berkuasa di negara ini. “Jadi apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” katanya sambil merujuk kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan. Budi bicara Ada yang berpendapat jika Musa kalah, beliau akan hilang jawatan ketua menteri. Kuasa melantik ketua menteri adalah budi bicara Perdana Menteri. Jadi tak timbul beliau akan digugurkan sebagai ketua menteri jika kalah bertanding jawatan tersebut. Pada tahun 2009, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kalah bertanding jawatan Naib Presiden Umno mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Hussein dan Shafie Afdal. Tapi akhirnya beliau jadi Menteri Besar Johor pada pilihanraya umum lalu. Menang atau kalah bertanding dalam parti tidak menjamin ada jawatan dalam kerajaan. Noh Omar masih ahli majlis tertinggi tapi digugurkan jadi menteri. Malah ramai yang tidak jadi ahli majlis tertinggi Umno tetapi dilantik menteri. Oleh itu soal kekal atau tidak jawatan dalam kerajaan tidak timbul sama sekali. Asset Musa adalah asset kepada Umno. Beliau yang banyak menyumbang wang peribadi kepada Umno Malaysia yang menyebabkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga sekarang. Lagipun beliau telah terbukti berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sabah. Maka apa salahnya perwakilan Umno memilih beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Umno. Jika Musa dan Shafie menang jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini, siapa seorang lagi yang akan menang? Adakah Zahid atau Hishamuddin?

Rabu, Jun 13, 2012

NIZAR BUAT PAS TIADA PELUANG DI JOHOR

Pas merancang untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13). Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, rancangan itu bagaimanapun akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencapai persetujuan bersama. "Kita akan usahakan agar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di kerusi DUN dan Parlimen. Begitu juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat. "Khabar angin juga menyatakan ada lagi pemimpin PKR dan DAP yang berasal dari Johor tetapi berkhidmat di luar, turut berminat untuk balik bertanding di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Persiapan PRU-13 di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini. Ulasan saya, selepas kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bekas MP Perak menghentam Sultan Johor mengenai pembelian nombor plet WWW1 peluang PAS untuk menawan Johor agak tipis. Kenyataan Nizar backfire kepada PAS untuk menawan negeri Johor. Ini menyebabkan Salaehuddin Ayub yang bakal disebut sebagai MB Johor jika Pakatan Rakyat menenag, enggan mengulas kenyataan Nizar. Rakyat Johor marah kepada Nizar di atas keceluparannya itu.

Jumaat, Jun 10, 2011

MAHUKAH UMNO BERI PELUANG KEPADA NASHARUDDIN?


Bolehkah UMNO menerima bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin? Mahukah UMNO beri peluang kepada Nasharudin bertanding dalam pilihanraya akan datang? Jika masalah ini tidak difikirkan oleh UMNO, tak payahlah Zaini Hassan kolumnis Utusan Malaysia mempelawa Nasharuddin masuk UMNO.

Ke mana Ustaz Nakhaie selepas menyertai UMNO? Bekas Naib Presiden PAS itu tidak pernah diberi peluang oleh BN bertanding di Baling. Sepatutnya dia diberi peluang mencabar bekas Imam masjid Negara, calon PAS, Ustaz taib nazamuddin.

Orang UMNO tidak akan beri peluang kepada ahli-ahli dari parti pembangkang duduk di hadapan. UMNo mahu mereka menjadi pengikut sahaja.Sebab itu pemimpin PAS tidak ada hati untuk menyertai UMNO.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu semlam, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

“Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

Isnin, Disember 22, 2008

DR.ZAHID ADA PELUANG



Calon naib presiden UMNO yang kedua yang mahu ditulis dalam kolum ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mendapat 106 pencalonan.


Beliau telah lama melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan naib presiden UMNO tetapi menjelang hari raya adil fitri yang lalu, beliau telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden UMNO. Namun demikian akhirnya beliau tidak jadi bertanding jawatan tersebut dan membuat keputusan untuk tanding jawatan naib presiden UMNO sahaja.


Dr. Zahid lebih dahulu dari Datuk Seri Hishamuddin Hussein jadi ketua pemuda. Beliau jadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1996 sedangkan Hishamuddin jadi ketua pemuda pada tahun 2000 tetapi Hishamuddin lebih awal jadi menteri daripada Dr. Zahid. Hishamuddin dilantik menteri penuh pada tahun 1999 sedangkan Dr. Zaid dilantik menteri penuh pada tahun 2008.


Oleh kerana Dr. Zahid bekas ketua pemuda ketika Hishamuddin menjadi naibnya, peluang untuk menang adalah cerah kerana majoriti perwakilan UMNO bahagian kini adalah bekas perwakilan pemuda di zaman beliau menjadi ketua pemuda.


Saya sendiri ada kenangan manis dengan Dr. Zahid ketika menjadi perwakilan pemuda dari bahagian UMNO Kemaman ke perhimpunan pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1997. Ketika itu Dr. Zahid adalah ketua pemuda UMNO Malaysia.


Tiga orang perwakilan pemuda dari Kemaman ialah Ahmad Said selaku ketua pemuda bahagian (kini Menteri Besar Terengganu), Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (kini Setiausaha politik kepada Menteri Besar) dan saya sendiri.


Sehari sebelum perhimpunan bermula, kebetulan ketika mendaftar sebagai perwakilan, saya terserempak dengan Dr. Zahid yang sedang meninjau suasana pendaftaran perwakilan di PWTC. Saya pun terus menemuinya dan dia terkejut bila melihat saya menjadi perwakilan pemuda.


Saya kenali Dr. Zahid semasa saya jadi wakil Watan di Sabah pada tahun 1989. Ketika itu beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Najib Tun Razak).


“Datuk, saya nak jadi perwakilan pemuda (30 orang) ke perhimpunan agung UMNO lusa,”kata saya.


“Zabidi, u beritahu Ketua Pemuda negeri, Rahin Mohd. Said,” jawab beliau.


Saya pun pergi cari Rahin yang ada dalam Dewan Tun Dr. Ismail ketika itu. Kebetulan Rahin adalah rakan sekelas ketika belajar di sekolah rendah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu dari tahun 1968-1971.


“I nak beri kepada Basir, naib ketua pemuda I,” kata Rahin yang masa itu adalah ahli parlimen Kuala Nerus.


“Tolonglah YB, kan kita kawan satu sekolah,” jawab saya.


“Nanti I tanya ketua pemuda u dulu,Ahmad Said,”kata Rahin.


Esoknya perhimpunan pemuda berlangsung. Saya tak follow-up dengan Rahin sama ada dapat jadi perwakilan dari pemuda UMNO mewakili pemuda UMNO Terengganu ke perhimpunan agung UMNO Malaysia.


Apabila pencalonan 30 orang wakil dari pemuda UMNO Malaysia dibuka, saya terkejut apabila ketua pemuda Pasir Putih, Razali mencadangkan nama saya sebagai salah seorang perwakilan pemuda ke perhimpunan agung UMNO Malaysia pada hari esoknya.


Bila 30 nama sudah dicadang dan ada penyokong. Cadangan itu terus ditutup dan saya adalah salah seorang dari 30 wakil pemuda ke perhimpunan agung UMNO Malaysia pada tahun tersebut. Inilah salah satu kenangan manis yang saya perolehi daripada Dr. Zahid yang memberi peluang ini setelah mendapat restu dari Rahin Mohd. Said dan Ahmad Said.


Dalam karier politik Dr. Zahid, beliau bermula dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO di zaman Najib menjadi ketua pemuda UMNO Malaysia. Di zaman Tan Sri Rahim Thamby Chik menjadi ketua pemuda, beliau masih ketua penerangan pemuda dan berjaya mengalahkan Rahim, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Anuar Musa dalam pertandingan empat penjuru pada tahun 1996.


Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, beliau melepaskan jawatan ketua pemuda dan pada tahun 2000, beliau menang dalam pertandingan ahli majlis tertinggi UMNO walaupun beliau hanya ahli parlimen Bagan Datuk. Pada tahun 2004, sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, beliau menang di tempat kedua dalam barisan ahli majlis tertinggi UMNO.


Berdasarkan populariti ini, peluang beliau untuk menang jawatan naib presiden amat cerah kerana senarai perwakilan 2008 tidak banyak berubah dengan senarai perwakilan 2004.


Dengan pengalaman luas beliau sebagai setiausaha politik, senator, ahli parlimen, timbalan menteri dan kini menteri, Dr. Zahid memang ada peluang untuk menang. Tambahan pula PR beliau dengan para perwakilan UMNO amat mesra.