Selasa, Disember 17, 2013
ADUN ANGKAT SUMPAH DEPAN SPRM PEGANG AL QURAN TAHUN DEPAN
KUALA TERENGGANU, 17 Dis (Bernama) -- Mulai tahun hadapan anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan dikehendaki
mengangkat sumpah di hadapan SPRM dan Mufti selain memegang al-Quran.
Menyatakan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini
bertujuan untuk menentukan pembuat pengakuan berlaku jujur dan amanah dengan
tanggungjawab yang digalas.
"Jika mereka hendak lakukan juga (rasuah), itu terserah kepada mereka,
urusan dengan Allah, yang penting kita sudah beritahu bahaya rasuah, sudah bagi
penerangan dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan," katanya.
Ahmad bercakap kepada pemberita pada Program Transformasi Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah rasuah kepada Anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun) di sini hari ini.
Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan tradisi untuk berhubung rapat
dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM hari ini akan
diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan tidak lama
lagi.
Taklimat itu juga adalah sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam
menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti untuk mengukuhkan
keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam.
Ahmad berkata beliau tidak mahu berlaku sebarang kesilapan di kalangan Adun
yang bakal menjerat diri mereka dalam perangkap rasuah akibat kesilapan kecil
dalam urusan pentadbiran harian.
"Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk
kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai ‘suapan’ yang
mudah berlaku dalam kehidupan seharian.
Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan
SPRM, Datuk Mustafar Ali.
-- BERNAMA
KAK AZM RS
Jumaat, Disember 13, 2013
MB BUKAN ROBIN HOOD
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu disamakan dengan Robin Hood setelah menahan dua buah lori yang membawa roti Gardenia dan mengagihkan makanan itu kepada mangsa banjir yang terperangkap baru-baru ini.
Ketika sesi penggulungan perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, Ahmad memberitahu, label itu menyebabkan beliau menerima kecaman dan banyak maklum balas berunsur negatif selepas insiden itu tersebar luas melalui blog dan laman sosial.
"Saya nak betulkan keadaan, yang kata saya ini macam Robin Hood itu tak betul. Robin Hood ini dia rompak harta orang kaya untuk bagi kepada orang miskin tetapi saya bukan macam itu.
"Dalam Islam 'Inna halaala bayyinun wa inna harooma bayyinun' (yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas). Bukan saya yang paksa dia (pemandu lori) buka... tetapi kami berbincang, ambil gambar buat bukti.
"Saya nak bagi penjelasan ini sebab dalam blog timbul. Saya nak bayar sebab kita nak tolong orang dalam kesusahan. Kita ambil cara elok.
"Tetapi, apabila saya hubungi pegawai yang berkenaan untuk dapatkan invois, mereka tak nak sebaliknya mereka cakap berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir," katanya yang kemudian membaca surat yang diterima daripada pengurusan syarikat tersebut kepada sidang DUN.
Surat daripada Pengurus Pemasaran Kanan Gardenia, Haslinah Harun antara lain menyebut bahawa pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membantu mangsa banjir dan berterima kasih kepada Menteri Besar dan berbangga kerana diberi peluang berbuat demikian dalam keadaan memerlukan.
Semalam Ahmad menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak pengurusan syarikat roti Gardenia yang enggan menerima bayaran sebaliknya menganggap ia sebagai sumbangan.
Dalam insiden baru-baru ini beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan bekalan untuk pasaran itu kepada orang ramai yang terkandas di Chendor tetapi mereka agak keberatan.
''Asalnya kita berbincang dengan pemandu yang pada awalnya tidak berani tetapi saya kemudian menghubungi pegawai pengurusan untuk membayar harga roti tersebut dan mereka membenarkannya," katanya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131213/dn_22/Jangan-samakan-saya-dengan-Robin-Hood---Ahmad#ixzz2nLaIsa68
© Utusan Melayu (M) Bhd
Khamis, Disember 12, 2013
AHMAD SAID TERHARU SIKAP GARDENIA
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.
Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.
Minggu lepas, Ahmad Said dianggap sebagai Robin Hood kerana menahan dua buah lori roti untuk diagihkan kepada mereka yang terperangkap dalam banjir di Chendor.
Ada yang menganggap tindakan Ahmad Said itu tidak kena kerana merompak lori roti. Sebaliknya bukan Ahmad Said merompak lori roti tetapi membeli semua roti yang ada dalam dua lori lori roti Gardenia.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.
Lori terbabit yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .
Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.
Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.
FMT difahamkan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pemilik roti Gardenia memang sedekah rotinya sebanyak 600 buah lori setiap bulan kepada fakir miskin, kanak-kanak sekolah di seluruh negara.
Sementara itu hampir RM18 ribu berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir menerusi satu perlawanan bolasepak malam tadi.
Wang berkenaan adalah hasil terkumpul menerusi tiket perlawanan amal antara pasukan Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,
Ahmad turut memuji keprihatinan persatuan bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan berkenaan.
Hasil kutipan caj tiket berharga lima ringgit dikumpulkan bersama sumbangan peribadi pemain T Team dan pasukan Terengganu khusus membantu mangsa banjir.
Selain penonton, pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan .
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan pasukan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.
Hasil kutipan sumbangan itu diserahkan oleh presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk disalurkan kepada tabung bantuan bencana banjir. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
JPJ TIDAK DIBERITAHU LORI ANGKUT BARANG UNTUK MANGSA BANJIR
TUMPAT, 12 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan
bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan
banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil
setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan
tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.
"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi
kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih
dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial,"
katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)
Daerah Tumpat hari ini.
Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan
kontroversi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan
kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain
menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.
Pada 7 Dis lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa
muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan
tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.
Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan
RM450 kerana membawa muatan lebih.
Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan
akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen
motosikal.
Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam
ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis.
"Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana
ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan
usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya.
MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar
sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen
motosikal yang sah.
Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran
diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal.
-- BERNAMA
ZBI SNS SBB
SUAMI NAIB KETUA MUSLIMAT PAS PULAU PINANG ADA HUBUNGAN DENGAN LELAKI
BUKIT MERTAJAM, 12 Dis (Bernama) -- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang
Perai Tengah di sini hari ini menetapkan 20 Jan depan untuk Naib Ketua Dewan
Muslimat PAS Pulau Pinang Rahmah Md Isa memfailkan jawapan kepada pembelaan dan
tuntutan balas suaminya.
Hakim Syarie Faiyzan Ahmad menetapkan tarikh itu terhadap permohonan
fasakh Rahmah daripada suaminya Zarkasyi Abdullah, 45.
Rahmah, 52, membuat permohonan fasakh terhadap suaminya yang berketurunan
Acheh dari Indonesia pada Ogos lepas dan mendakwa suaminya itu tidak
bertanggungjawab, tidak memberi nafkah serta menuduhnya mempunyai hubungan
dengan lelaki lain.
Rahmah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang diwakili peguam
Sarina Md Zain manakala Zarkasyi diwakili peguam Shazril Khairy Mustafa.
Sementara itu, Zarkasyi yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata
mereka berkahwin sejak 1993 dikurniakan lima anak yang berusia antara sembilan
hingga 20 tahun.
-- BERNAMA
EIY AZE RHM
Selasa, Disember 10, 2013
KELAB PUTERA HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEMAMAN
KEMAMAN, 10 Dis (Bernama) -- Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menggunakan empat
kenderaan berat termasuk dua treler untuk membawa bantuan kemanusiaan yang akan
diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Kemaman.
Naib Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan berkata konvoi itu tiba sejak
semalam membawa sumbangan berupa keperluan harian dan bantuan asasi iaitu beras,
tepung, gula, roti, selimut dan tuala.
Bantuan itu akan diagihkan kepada lebih 10,000 mangsa dari daerah berkenaan
yang terjejas ekoran banjir sejak minggu lepas dan Kompleks Belia dan Sukan
Kemaman dijadikan transit sebelum semua barangan itu diagihkan, katanya ketika
ditemui pemberita di kompleks itu hari ini.
Beliau berkata KP1M akan memulakan misi membantu membersihkan kediaman
penduduk yang terjejas minggu depan melibatkan lebih 60 anggota dengan dibantu
Pemuda Umno Kemaman.
Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan
kepada 11,349 orang melibatkan 2,591 keluarga daripada jumlah keseluruhan 18,576
mangsa membabitkan 4,177 keluarga yang direkodkan Jumaat lepas.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman Azizi Azran Abdullah memberitahu
Bernama, beliau dan beberapa pekerja di Kompleks Belia dan Sukan Kemaman kini
bertungkus lumus membersihkan kompleks itu bagi membolehkan penduduk kembali
melakukan aktiviti riadah selepas 'terganggu' dengan kejadian banjir.
Selaku pegawai yang menyelaras perjalanan kompleks itu, beliau berkata
seluruh kawasan itu dinaiki air sedalam 0.5 meter menyebabkan semua aktiviti
yang dijadual termasuk tempahan dewan terpaksa dibatalkan.
Katanya dewan itu dijangka boleh digunakan dalam masa terdekat selepas kerja
pembersihan yang dimulakan sejak beberapa hari lalu dijangka selesai petang ini.
"Saya boleh cakap kompleks ini mengalami 'total lost', semua buku, peralatan
sukan, dewan badminton yang baru diubah-suai turut terjejas akibat banjir,"
katanya.
-- BERNAMA
MAF MYS NJ ROS
MUSA MAHU LEBIH RAMAI RAKYAT SABAH JADI PELAUT
KOTA KINABALU, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri menggesa penggiat
industri maritim supaya mencari jalan untuk menggalakkan penduduk tempatan di
Sabah dilatih sebagai pelaut pada masa depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata banyak peluang tersedia dalam
sektor perkapalan tidak disertai penduduk tempatan yang berkemungkinan tidak
mengetahui peluang dan manfaat dalam industri berkenaan.
"Sabah berkongsi aspirasi kerajaan supaya Malaysia menjadi negara maritim
yang kukuh dan menyokong dasar bagi meningkatkan penyertaan negara dalam
industri maritim
"Lebih banyak perlu dilakukan untuk menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia,
khususnya dari Sabah, memiliki kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia dan
merebut peluang yang tersedia dalam sektor pengangkutan maritim serta minyak
dan gas," katanya ketika merasmikan seminar mengenai maritim Sabah di sini hari
ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan
Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun.
Menurut Musa pantai Sabah seluas 1,440 kilometer dengan tiga lautan,
menawarkan peluang besar dari sudut ekonomi.
Beliau berkata laut memberi peluang pekerjaan dan sumber protein yang
berharga selain minyak dan gas yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi.
"Selain itu, sebahagian besar daripada perdagangan antarabangsa Malaysia,
merupakan nadi bagi ekonomi negara, diangkut oleh kapal-kapal melalui pelabuhan
utama di negara termasuk melalui pelabuhan di Kota Kinabalu, Kudat, Lahad Datu,
Sandakan dan Tawau di Sabah," katanya.
Musa juga berkata kerajaan memberikan keutamaan kepada peranannya dalam
melindungi sempadan maritim Sabah terhadap ancaman, membendung perdagangan haram
seperti dadah dan penyeludupan manusia, dan mencegah kemasukan pendatang tanpa
izin.
"Penubuhan segera Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
perlu untuk menghapuskan ancaman luar yang boleh merosakkan kedudukan sosial dan
ekonomi serta boleh menggugat keselamatan negara, yang menjejaskan kedatangan
pelabur," katanya.
-- BERNAMA
NAB NAB LAT
Isnin, Disember 09, 2013
MB JADI ROBIN HOOD?
KEMAMAN: Ketika Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan.
Blog Terengganu Today melaporkan kebetulan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ,
Ahmad Said yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.
Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Ahmad Said membuka lori tersebut.
Tetapi Ahmad Said tetap bekeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Menteri Besar meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi pengurus mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut,
Setelah Ahmad Said berbincang dengan pengurus untuk sanggup membayar jumlah yang di terima oleh pengurus tersebut, maka Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa perangkap banjir itu.
Ramai yang datang berterima kasih pada Ahmad Said terutama anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.
Setelah menjadi “Robin Hood” di Chendor, Ahmad Said menyerang Giant pula.
Blog yang sama melaporkan sewaktu bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan ziarah dan tinjauan di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut, beberapa orang ibu mengadu kepada Menteri Besar tentang bekalan susu bayi dan anak mereka yang sudah kehabisan.
Sebaik-baik sahaja Timbalan Perdana Menteri balik ke Kuala Lumpur semula, Menteri Besar Terengganu itu bergegas ke Giant Kijal dan membeli sendiri bekalan susu bayi serta bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut.
Sebuah trak tentera digunakan untuk mengangkut bekalan susu dan makanan yang dibeli sendiri oleh Menteri Besar Terengganu itu. Trak tersebut dimuatkan di hadapan Pejabat Pegawai Daerah.
Dan disebabkan ruang tidak cukup, Ahmad Said menggunakan kereta rasmi Menteri Besar untuk mengangkut bekalan susu dan makanan.
Tiba di pusat pemindahan, Menteri Besar Terengganu itu menggunakan kederatnya sendiri, bersama-sama sukarelawan dan mangsa-mangsa banjir menurun dan mengangkut bekalan makanan berkenaan.
Sudah empat hari nampaknya, Menteri Besar Terengganu berpusing-pusing di sekitar tempat-tempat yang dilanda banjir sama ada menggunakan kenderaan rasminya atau kenderaan persendirian mahupun menaiki helikopter. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
JANGAN BUAT FITNAH, OMAK KAU
Ada blogger pembangkang OMAK KAU!!! buat fitnah kononnya Taman Alam Perdana di Binjai dilanda banjir kerana di luar jalan besar tertulis kawasan bebas banjir. Kebetulan saya duduk di situ. Nampak sangat blogger ini buat fitnah. Rumah kami mana kena air banjir. Papan tanda itu terletak di luar jalan besar jalan Air Putih-Cukai yang tertulis kawasan bebas banir. Di situ memang tempat rendah kena banjir. Jadi kawasan perumahan kami tetap selamat dari banjir. Inilah petikan penuh blog OMAK KAU seperti beriku:-
TERENGGANU DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO AMAT HEBAT SEKALI DALAM DUNIA ... BOLEH TAWARKAN KAWASAN PERUMAHAN BEBAS BANJIR TETAPI AKHIRNYA DI TENGGELAMI AIR JUGA!!!
Berdegar-degar sungguh pemajau perumahan Alam Perdana Pasir Semut Kemaman, Terengganu sampaikan boleh beri jaminan gerenti 110% kawasan perumahan berkenaan tidak akan di landa banjir.
Akhirnya banjir yang melanda Kemaman kini kawasan tersebut turut terlibat.
Bangsat punya pemaju perumahan ... lagi bangsat kerajaan negeri yang turut membiarkan rakyat tertipu.
Betul-betul bangsat .. Betul tak Mak Cik Ijat.
Rabu, Disember 04, 2013
BN BERDEPAN DENGAN TIGA PARTI, BUKAN PAKATAN RAKYAT, KATA NAJIB
Berikut transkrip wawancara khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di pejabat beliau di bangunan Parlimen di sini Isnin.
Perdana Menteri diwawancara sekumpulan wartawan kanan Bernama diketuai Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.
Dalam wawancara kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno bercakap mengenai cabaran, harapan dan hala tuju Umno susulan Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober lepas.
BERNAMA: Bagaimana kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) memberi impak kepada corak kepimpinan dan transformasi Umno?
NAJIB: Umno sebagai parti yang berkuasa setelah sekian lama perlu melihat masa depan, kerana kejayaan walaupun begitu hebat sekalipun tidak merupakan jaminan untuk kejayaan masa akan datang, lebih-lebih lagi dalam perubahan landskap politik tanah air. Dari segi perubahan demografik, perubahan teknologi dan juga tahap pendidikan yang semakin tinggi. Bererti untuk kekal sebagai sebuah parti yang relevan, Umno mesti sanggup melakukan transformasi yang mencerminkan parti untuk masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya.
BERNAMA: Selepas Datuk Seri mendapat mandat baharu menerusi PRU-13 dan pemilihan parti baru-baru ini, timbul pelbagai tuduhan bahawa hala tuju dan gaya kepimpinan Datuk Seri seolah-olah ada perubahan hala tuju terutama dengan pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
NAJIB: Tidak...mesti faham, saya juga Presiden parti Umno. Tiang seri perjuangan Umno ialah memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan Islam. Walaupun perjuangan Melayu Islam, tidak bererti kita pinggirkan kaum lain, yang tak pernah kita lakukan. Dasar memperkasakan ekonomi bumiputera adalah konsisten dengan apa yang dilakukan Umno sejak penubuhannya. Yang berbeza adalah cara atau kaedah. Saya selalu tekankan 'market friendly'. Mesti berdasarkan merit bukan 'handout' (pemberian). Bukan kepada 'rent-seeker', bukan sistem kuota tapi lebih kepada membangunkan orang Melayu dan Bumiputera berdasarkan apa yang perlu dan patut diberi demi menegakkan keadilan sosial. Kita cuba beri lebih peluang tapi tak boleh jamin outcome (hasilnya). Kalau mereka yang telah terpinggir dari arus perdana selama ini kesan zaman penjajahan yang begitu lama, maka kita tak boleh tidak, perlu lakukan untuk betulkan keadaan ini yang tempang, supaya "we equalise opportunities" dalam negara tanpa nafikan hak kepada kaum-kaum lain.
BERNAMA: Banyak program transformasi dalam Umno, sejauh mana ahli-ahli dapat menerima idea-idea yang Datuk Seri perkenalkan?
NAJIB: Saya ingat sebahagian hasrat saya tercapai bila kita lakukan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru. Rata-rata akui Umno telah ambil satu tindakan berani dan futuristik dengan membesarkan 'constituency' yang memilih pemimpin-pemimpin Umno termasuk di peringkat tertinggi.
Kebolehan Umno menguruskan pemilihan ini dari Arau (Perlis) sampai ke Semporna (Sabah) dengan penambahan lebih 150,000 (perwakilan) adalah satu kejayaan yang setakat ini tak boleh ditandingi parti-parti lain dalam negara.
Saya berbangga dengan kejayaan ini, bermakna Umno telah menyahut apa yang kita kehendaki untuk kita menjadi lebih demokratik, lebih agresif.
Seterusnya perlu diperkukuhkan lagi nilai-nilai perjuangan Umno, supaya apa yang kita fikir tidak sihat, mesti kita kikiskan.
Umno mesti muncul sebagai parti yang memperjuangkan, mendahulukan rakyat dan mengelak daripada mencari kuasa semata-mata hendakkan kuasa tapi mesti merupakan parti yang sentiasa sanggup meletak kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan lain.
BERNAMA: Selepas pemilihan parti Oktober lepas, adakah Datuk Seri berpuas hati dengan keputusan pemilihan? Adakah ia menepati jangkaan?
NAJIB: Saya kena terima...sebagai seorang yang menjunjung prinsip demokrasi, proses telah dilalui, perwakilan telah membuat keputusan, saya perlu terima apa-apa keputusan yang dibuat perwakilan.
Bukan soal pilihan saya secara peribadi dan presiden parti tapi kehendak ahli parti. Itu yang mesti saya terima, saya hormati.
Keputusan itu jadikan saya pilihan ahli Umno yang mewakili 3.4 juta ahli Umno melalui 150,000 orang (yang mengundi) dan saya akan bersama dengan mereka yang dipilih.
BERNAMA: Tetapi hasil pemilihan dilihat lebih kepada melambangkan aspirasi parti dan bukannya aspirasi rakyat?
NAJIB: Kita lihat itu adalah pilihan orang Umno. Kita cuba 'align' (selaras)kehendak ahli Umno dengan kehendak rakyat. Kita tak boleh tahu sama ada perkara ini sudah dapat di'align' sepenuhnya melainkan waktu pilihan raya diadakan.
Sebab itu saya sentiasa tekankan soal 'winnable candidate' (calon yang boleh menang), bukan saja dipilih parti tapi disenangi rakyat, boleh menang di satu-satu kawasan.
Yang sukar adalah definisi 'winnable candidate' kerana tanggapan semua yang minat jadi calon fikir dia adalah 'winnable candidate'. Ini kesukaran bagi kita. Tapi hakikatnya kalau kita nak parti kita berjaya, kita mesti dapat mentafsirkan konsep 'winnable' secara jujur dan ikhlas.
BERNAMA: Untuk masa depan, bagaimana hendak membina Umno yang mencerminkan nilai positif dan mencari lebih ramai 'winnable candidate'?
NAJIB: Kita mesti perbanyakkan lagi proses melatih pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat. Kita tak boleh terima ahli umno tanpa kita tarbiah mereka, didik mereka melalui kursus-kursus tertentu. Bentuk minda mereka untuk berfikir, cara terbaik langsungkan perjalanan baru dalam konteks environment baharu, new politics (politik baharu). Bukan lagi old politics. Siapa yang tak faham new politics bakal ditolak rakyat. Sebab itu Umno kena sesuaikan dirinya, sediakan pemimpin-pemimpin dalam Umno yang menghayati 'the new politics'.
BARISAN NASIONAL
BERNAMA: Langkah transformasi Umno dianggap radikal dan berani dan kesannya dilihat telah memperkukuh sokongan ahli Umno kepada parti. Adakah parti-parti komponen patut meniru langkah-langkah ini?
NAJIB: Setiap parti komponen perlu melalui proses yang sama tapi setengah dari mereka kena selesaikan kemelut dalam parti sebelum boleh embark atau melancarkan satu proses transformasi dalaman yang perlu mereka lakukan. Saya percaya mereka pun sedar bahawa untung nasib parti mereka bergantung kepada sejauh mana dapat dilakukan proses transformasi dengan mempunyai political will, iltizam politik, untuk hasilkan parti yang boleh diterima oleh rakyat.
BERNAMA: Tahap kekuatan parti-parti komponen tidak seperti dulu dan Umno sekarang nampaknya kena bekerja lebih kuat. Bagaimana Umno menghadapi cabaran ini?
NAJIB: Kita akan membantu memberi kekuatan Umno kepada rakan-rakan kita. Tapi rakan-rakan kita yang menghadapi masalah dalaman perlu betulkan rumah tangga mereka supaya akan dapat lebih diterima oleh masyarakat yang diwakili mereka.
Dan kalau mereka dapat sokongan yang kian meningkat, ini akan menjamin kemenangan BN di masa akan datang dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan daripada Umno semata-mata.
BERNAMA: Ada yang berpendapat kalau Umno terlalu kuat, parti-parti komponen akan menjadi lemah, seterusnya menganggap seolah-olah kerajaan hanya mementingkan bumiputera/Melayu. Adakah ini benar?
NAJIB: Tidak...kita sentiasa bagi skop kepada mereka dan saya bersikap terbuka sebab dalam keputusan-keputusan yang dibuat sama ada dalam parti atau kerajaan kita tak paksa mereka. Kita lakukan pendekatan/kaedah konsensus. Sesuatu dasar dibuat atas cara rundingan terbuka. Bila keputusan dibuat, itu bersandarkan sokongan dari semua pihak.
BERNAMA: Pembangkang dilihat sering berpolemik, bercanggah dan berselisih pendapat secara terbuka dalam akhbar manakala BN pula dilihat seolah-olah dikawal media perdana, malah tidak berlaku perbahasan di kalangan komponen parti secara terbuka. Bagaimana Datuk Seri melihat perbandingan ini?
NAJIB: Kita adalah parti yang memerintah. Kesan perpecahan adalah lebih buruk daripada kalau kita ini sebaliknya. Pembangkang tak buat dasar, tetapi BN buat dasar.
Kalau ada percanggahan secara terbuka, akan merosakkan kredibiliti kita sebagai kerajaan. Kita menggalakkan percambahan pendapat secara tertutup. Bila tertutup, orang luar tak berapa nampak. Jadi seolah-olah mereka (parti komponen) tak suarakan sesuatu dengan lantang. Tapi hakikatnya pendapat dan kehendak semua kaum dibahas dalam keadaan tertutup sebelum kita buat sesuatu keputusan.
BERNAMA: Jadi, tak semestinya mereka lebih demokratik daripada BN?
NAJIB: Tidak. Lagipun mereka (pembangkang) ini tidak merupakan satu coalition (gabungan) sebenarnya sebab mereka bertanding atas tiga simbol berasingan, tidak daftar sebagai satu 'coalition'. Mereka sering bercanggah pendirian antara satu sama lain, malah sehingga hari ni tak ada shadow cabinet (kabinet bayangan). Banyak lagi perkara yang tak mencerminkan two party system. Hakikatnya BN bukan berdepan dengan 'two party' tapi 'multiparty system' (sistem pelbagai parti) dengan pelbagai manifesto.
Jadi BN sebenarnya berdepan tiga parti bukan satu parti. Walaupun cuba gelar sebagai Pakatan Rakyat, sebenarnya mereka pakatan pembangkang yang begitu longgar. 'Loose coalition'.
BERNAMA: Pembangkang sering bercakap mengenai nilai-nilai yang dilihat hebat, tetapi secara praktikalnya mereka tidak mengamalkan 'what was being preached' (apa yang diucapkan). Malangnya orang BN nampaknya termakan serangan-serangan nilai sehingga rasa rendah diri kononnya pembangkang lebih (mulia) noble ideanya. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara ini?
NAJIB: Pembangkang pandai memberi gambaran bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang lebih indah daripada BN. Mereka cuba 'occupy the high level ground' tapi dari segi 'action', tindakan mereka banyak yang 'inconsistent and contradiction' (tidak konsisten dan bercanggah), yang perlu kita highlightkan. Dalam ucapan saya akan sebut juga satu dua perkara.
BERNAMA: Bukan mudah hendak jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri yang inklusif. Melihat kepada perkara-perkara yang terjadi semasa pilihan raya umum lepas, bagaimana Datuk Seri melihat tentang 'healing action' (tindakan penyembuhan) dalam konteks pengukuhan negara?
NAJIB: Sebab itu saya lancarkan Gagasan 1Malaysia, dengan pengertian dan nilai-nilai yang berkaitan 1Malaysia. Saya tidak melihat 1Malaysia sebagai satu prakarsa atau usaha 'cyclical' hanya untuk PRU-13, tetapi ia adalah suatu keperluan dalam konteks nation building (pembinaan negara).
Jadi kalau kita berpegang kepada Gagasan 1Malaysia berserta Perlembagaan dan Rukun Negara, saya percaya kita akan dapat mengukuhkan 'national unity dan national harmony'.
BERNAMA: Datuk Seri, dalam PRU-13 lepas, Umno mendapat sokongan majoriti Melayu tetapi kurang mendapat sokongan orang bukan Melayu. Melihat perkara ini, adakah Gagasan 1Malaysia akan diteruskan atau akan ada perubahan-perubahan tertentu?
NAJIB: Tidak ada masalah apa yang kita lakukan sekarang ini. Pemerkasaan ekonomi bumiputera (termasuk bukan Islam di Sabah dan Sarawak), bagi kelompok minoriti, kita perlu beri perhatian. Macam orang India, kita ada program khas untuk mereka dan kita tidak mengambil tindakan yang boleh menyakitkan hati kaum Cina. Waima apa keputusan yang telah dibuat, sebab itu adalah pilihan yang dibuat dalam proses demokrasi.
Tapi kita harap bahawa masa depan negara kita ini adalah lebih terjamin dengan dasar-dasar yang sederhana, progresif, inklusif dan lebih adil yang diperjuangkan oleh Umno.
BERNAMA: Adakah Datuk Seri yakin menjelang PRU-14, kerajaan BN ada masa untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa BN pilihan yang terbaik buat mereka?
NAJIB: Kita harus berusaha ke arah itu. Ini bukan sahaja soal PRU tetapi dalam konteks 'nation building' kita tidak mahu kerenggangan antara orang Melayu dan orang Cina ini akan menjadi sesuatu yang boleh 'divide us' (memecahbelahkan kita). Tapi kita mesti cari kaedah dan cara di mana kita boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara kita kerana masa depan negara kita ini terlalu besar nilainya.
BERNAMA: Pelbagai usaha telah dibuat untuk meyakinkan bahawa Umno turut menjuarai kaum-kaum lain, tetapi seolah-olah tidak nampak di mata rakyat. Jadi bagaimana langkah Umno untuk menonjolkan imej itu secara lebih jelas?
NAJIB: Kita kena banyakkan lagi aktiviti bersifat (bertemakan) BN. BN di akar umbi kadang-kadang tak aktif, jarang adakan mesyuarat. Jadi kalau boleh kita gerakkan BN (peringkat) bahagian ini, (they are) more or less dormant (tidak aktif), dekat pilihan raya baru bergerak. Jadi kita hendak tampilkan program-program yang bersifat BN di samping program yg dibuat oleh Umno.
BERNAMA: Perhimpunan Agung Umno kali ini diadakan selepas pilihan raya umum dan mendapat mandat daripada parti. Apakah mesej utama yang Datuk Seri hendak sampaikan kepada perwakilan?
NAJIB: Soal cabaran masa depan, parti, Melayu, Islam dan negara pada keseluruhannya. Saya hendak bawa ahli Umno melihat ke hadapan. Ucapan saya akan bertumpu kepada cabaran masa depan, bukan hanya kejayaan yang diketahui umum malah apresiasi atas kejayaan itu perlu kita sebutkan juga.
BERNAMA: Maknanya ia seiring dengan sifat orang muda yang suka melihat ke depan daripada mendengar cerita yang sudah menjadi sejarah?
NAJIB: Hakikatnya bukan saja orang muda. Orang pelbagai umur pun suka lihat kepada masa depan. Mereka hendak tahu apakah hala tuju, ke arah mana Umno akan bawa negara dan sama ada visi kita ke arah masa depan itu meyakinkan mereka atau sebaliknya. Ini yang mesti kita bentangkan, paparkan.
BERNAMA: Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi Bumiputera. Adakah perkara itu masih akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden?
NAJIB: Ya, saya akan sebut sebab masalah ini dua. Satu, masalah 'structural change' (perubahan struktur) yang ini diwarisi sejak zaman penjajah dahulu, melalui dasar pecah dan perintah yang menyebabkan kelemahan struktur yang memakan masa untuk dibetulkan.
Yang kedua soal untuk membangunkan atau memperkukuhkan budaya kita dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin kompetitif, memakan masa untuk dibangunkan.
BERNAMA: Apa yang Datuk Seri harap dapat dicapai pada akhir perhimpunan ini?
NAJIB: Saya berharap bahawa ahli Umno akan kembali dengan keyakinan bahawa kita berada atas landasan yang betul dan perlu memberi sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan Umno untuk membawa negara kita ke arah pengisian wawasan dan matlamat yang kita sama-sama inginkan.
Keduanya, saya mengharapkan ahli Umno merasakan bahawa proses transformasi ini perlu berlaku pada diri mereka juga. Ia tidak boleh hanya pada peringkat dasar atau organisasi, tetapi akhirnya kepada ahli-ahli Umno sendiri, mesti merasakan bahawa mereka juga perlu mencerminkan transformasi yang kita kehendaki barulah transformasi Umno akan sampai ke penghujungnya.
BERNAMA: Satu wadah terbaik untuk Umno mendapat sokongan bukan Melayu ialah semasa Perhimpunan Agung itu sendiri. Tetapi malangnya perwakilan bila berucap seolah-olah hanya menjuarai kaum Melayu dan melupakan rakan-rakan kaum lain. Adakah kali ini kita akan melihat perbezaan dari aspek itu?
NAJIB: Kita menghadapi keadaan di mana wakil yang berucap mewakili (badan) perhubungan masing-masing dan lebih fokus kepada isu yang dekat di hati mereka. Tetapi kita akan memberi nasihat supaya jangan bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati bukan Melayu dan tidak menjadikan forum ini medan menyerang yang lain.
Kita hendak menggambarkan Umno ini bersikap inklusif. Walaupun kita ini parti Bumiputera tetapi kita mesti anggap bahawa Umno ini juga membawa kaum-kaum lain ke arah masa depan yang lebih terjamin lagi.
BERNAMA: Di akhir Perhimpunan Agung, apakah isyarat utama yang perlu dihantar oleh perwakilan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia?
NAJIB: Bahawa parti Umno adalah parti harapan untuk negara kita bukan sahaja untuk Melayu dan untuk orang Islam tetapi untuk negara pada keseluruhan. Dan kita mesti menggambarkan bahawa kita ini parti yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua hal. Yang pentingnya ialah kita conscious (peka) dengan kehendak rakyat, 'we must be the people's party'.
-- BERNAMA
Jumaat, November 22, 2013
TUHAN PUN SAKIT?
KUANTAN, 22 Nov (Bernama) -- Pengarah Kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail
hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad, 47,
sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya lelaki itu dimasukkan ke wad di HTAA petang semalam.
"Buat masa ini pakar perubatan sedang memberi rawatan kepadanya, dia
masih dalam pemerhatian pakar...sakit apa saya tidak dapat pastikan," katanya
kepada pemberita di sini.
Terdahulu beliau mengiringi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang berkenan
melawat keluarga Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasa
Agama Jabatan Agama Islam Pahang, di kediaman Allahyarham.
Harun dilapor dimasukkan ke HTAA pada pukul 2.30 petang semalam selepas
mengadu sakit dan menunjukkan tanda serangan angin ahmar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata kejadian
berlaku ketika Harun berada di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
susulan perintah tahanan reman selama seminggu bermula semalam, bagi membantu
siasatan kes bunuh Ahmad Raffli.
Abdul Aziz berkata beberapa tahanan yang berkongsi lokap dengan Harun
memanggil polis selepas lelaki itu mengadu sakit dan mulutnya berbuih sebelum
dia dibawa ke HTAA.
-- BERNAMA
Khamis, November 21, 2013
PEGUAM YANG KALAHKAN KES SPRM DITERIMA JADI PENDAKWA KES ANWAR
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam berkaliber yang banyak mengalahkan kes SPRM seperti kes Tan Sri Kasitah Gadam, Datuk Ramli Yusof, Tan Sri Eric Chia akhirnya dilantik menjadi pendakwa dalam kes rayuan bekas Timbalan Perdana Menteru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim gagal dalam percubaan terakhirnya untuk melucutkan kelayakan peguam Muhammad Shafee
Abdullah daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua
pembangkang itu daripada satu pertuduhan liwat.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Presiden Mahkamah
Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan Anwar.
Ini bermakna Muhammad Shafee boleh mengetuai pendakwaan pada pendengaran
rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Dis depan.
Dalam penghakimannya, Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah
Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah
dan Datuk Seri Abu Samah Nordi, berkata tidak ada alasan yang munasabah bagi
melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada tampil sebagai pendakwa raya dalam
kes itu.
Md Raus berkata isu yang dibangkitkan peguam Karpal Singh bahawa Muhammad
Shafee tidak boleh tampil sebagai pendakwa raya kerana merupakan saksi penting
pada perbicaraan kes liwat Anwar, bukan isu kerana pihak pendakwaan dan
pembelaan telahpun memutuskan beliau bukanlah seorang saksi yang relevan.
Md Raus juga berkata hujah Karpal Singh bahawa pelantikan Muhammad Shafee
sebagai pendakwa raya adalah terbatal kerana Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah
tidak lagi terpakai, tidak mempunyai merit.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' untuk mengetuai
pendakwaan mengikut Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah serta
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Surat pelantikan beliau ditandatangani Peguam Negara pada 2 julai tahun ini.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan
Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari
Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30
petang pada 26 Jun 2008.
Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd
Diah, yang memutuskan terdapat penetrasi zakar namun fakta itu tidak disokong
bukti lain.
Oleh itu, Mohamad Diah berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti
tentang kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful
kerana ia mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
-- BERNAMA
Jumaat, November 15, 2013
KP FINAS TERPERANJAT HIGHLAND TOWERS KUTIP RM3 JUTA
NILAI, 15 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Finas) sedang memantau dan mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan mutu
dan kualiti filem yang dihasilkan di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Raja
Rozaimie Raja Dalnish Shah.
Beliau berkata ini ekoran dari jumlah kutipan daripada filem yang
dikeluarkan tahun ini didapati merudum akibat dari kualiti dan penceritaan yang
lemah serta tidak menepati cita rasa penonton.
"Oleh itu, salah satu langkah yang akan kita ambil ialah memperketatkan
peraturan dan melakukan sesi dialog bagi menjaga mutu sesebuah
filem yang dihasilkan agar mendatangkan hasil pulangan yang baik kepada
pengeluar filem sekaligus meningkatkan jumlah kutipan.
"Tapi ada filem yang kita tidak jangka seperti contoh filem Highland
Towers kerana yang memeranjatkan saya, filem ini mendapat kutipan melebihi RM3
juta. Di sini boleh saya simpulkan, anda buat filem tetapi di akhirnya yang
menentukan adalah penonton.
"Macam mana bagus pun belum tentu diterima penonton kerana selera mereka
berbeza," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian
Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-10 (FFVPM10) 2013 di Universiti
Sains Islam Malaysia (Usim) di sini.
Festival anjuran Usim dengan kerjasama Finas.
Festival yang bertemakan Evolusi Lensa Merentas Globalisasi ini diadakan
bagi menghargai titik peluh pelajar yang bekerja keras dalam bidang perfileman,
komunikasi dan multimedia.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Filem/Video Pendek,
Filem/Video Dokumentari, Filem/Video Eksperimen, Video Klip, Iklan, Filem/Video
Animasi dan Pesanan Khidmat Awam (PSA).
Daripada kategori pertandingan tersebut, sebanyak 19 kategori hadiah bakal
menjadi rebutan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan
swasta antaranya Filem/Video Terbaik Keseluruhan, Filem/Video Pendek Terbaik dan
Filem/Video Animasi Terbaik.
Lima filem yang dicalonkan bagi kategori Filem/video Pendek
Terbaik ialah 'Dompet' (Usim); 'Mimpi Mah Meri' (Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan); 'Newcastle' (Kuala Lumpur Metropolitan University College); 'Silent
Boy' (Universiti Malaysia Sabah) dan 'Unlock' (Universiti Teknologi Malaysia).
Acara kemuncak festival ini ialah Malam Anugerah FFVPM10 2013 di Stadium
Tertutup Nilai esok.
-- BERNAMA
Khamis, November 14, 2013
KERAJAAN BINA TERUSAN BAGI KEMUDAHAN INDUSTRI BESI DI KEMAMAN
KEMAMAN, 14 Nov (Bernama) -- Sebuah terusan sepanjang dua kilometer
dianggarkan bernilai RM20 juta, akan dibina oleh kerajaan Terengganu untuk
memudahkan laluan tongkang dan kapal, bermula dari Kampung Kemunting hingga
Sungai Bukit Kuang dalam kawasan industri Teluk Kalong, di sini.
Pembinaan terusan itu yang melalui jajaran Sungai Bukit Kuang, melibatkan
pelebaran dan mendalamkan dasar sungai berkenaan bagi memudahkan operasi sektor
industri, khususnya berkaitan besi keluli di kawasan berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek pembinaan terusan itu
dijangka bermula pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh
setahun.
"Mengikut perancangan, terusan itu akan dibina dengan keluasan 150 meter,
dan kedalaman air lapan meter, bagi memudahkan laluan kapal dan tongkang ke
kawasan perindustrian berkenaan.
"Pembinaan terusan itu juga sebagai sebahagian kemudahan yang disediakan
kerajaan negeri kepada pelabur dalam industri besi untuk menjimatkan kos
pengangkutan bagi mengangkut pelbagai barang ke kilang di kawasan industri itu,"
katanya kepada pemberita selepas meninjau Sungai Bukit Kuang yang akan menjadi
tapak jajaran pembinaan terusan berkenaan.
Katanya beberapa pelabur yang bakal membuka kilang besi di Teluk Kalong
menyuarakan kelegaan mereka dengan kemudahan itu.
Beliau berkata jika tiada masalah, projek itu akan dimulakan pada suku
pertama tahun depan, dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis pembahagian dana raya kepada
penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ahmad berkata kerajaan
negeri juga dijangka menerima pelaburan asing bernilai RM16 bilion dari
syarikat di Amerika Syarikat yang berminat melabur dalam industri besi di Teluk
Kalong menjelang tahun depan.
Katanya pembukaan kilang berkenaan dijangka menyediakan 5,000 peluang
pekerjaan mahir dan separuh mahir kepada anak Terengganu.
"Sebuah syarikat dari Korea yang akan menjalin usaha sama dengan syarikat
tempatan juga sudah bersetuju membuka kilang besi di Teluk kalong, melibatkan
nilai pelaburan RM6.6 bilion.
"Jika menjadi kenyataan, projek itu merupakan kilang besi ketiga yang
beroperasi di Teluk kalong dan menyediakan 2,000 peluang pekerjaan kepada anak
tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Rabu, November 13, 2013
ORANG LAIN YANG ARAH, ORANG LAIN YANG KENA PENJARA
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Empat pegawai Yayasan Pelajaran Mara (YPM) masing-masing dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengemukakan butiran palsu berhubung pembayaran tiket kapal terbang, tiga tahun lepas.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Noraidah Johar, 43, Muhammad Suhaimi Ismail, 44, Zolkefli Mohd Ali, 48, dan Nurmawati Redzwan, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Noraidah ialah Pengurus Unit Penyelaras YPM-Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT), Muhammad Suhaimi merupakan Penolong Pengurus Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi III, Zolkefli ialah Penolong Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan manakala Nurmawati pula Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Akademik.
Ahmad Zamzani turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini, dan jika gagal membayar denda, boleh dikenakan penjara enam bulan.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan kes mereka di Mahkamah Tinggi selesai, selain menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
Dalam penghakimannya Ahmad Zamzani berkata pembelaan kesemua tertuduh adalah bersifat penafian, tidak berasas dan tidak munasabah.
"Terdapat bukti kukuh untuk mensabitkan kesemua tertuduh dengan pertuduhan," katanya.
Terdahulu, peguam Azrul Z. Stork yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman ke atas mereka diringankan dengan diberikan bon berkelakuan baik kerana ia merupakan kesalahan pertama mereka.
"Kesemua tertuduh mempunyai tanggungan anak-anak dan ibu bapa dan tertuduh benar-benar insaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi," katanya.
Kesemua tertuduh didakwa menggunakan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu Ringkasan Borang Tuntutan Perbelanjaan/Penyelesaian Pendahuluan Lawatan Rasmi Bulan April 2010 dan Resit Rasmi Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd tanpa tarikh berjumlah RM12,125.
Mereka didakwa mengesahkan dan mengaku membayar RM12,125 bagi tiket kapal terbang kelas perniagaan pergi-balik ke Jepun yang mana jumlah sebenar ialah RM3,500 bagi kelas ekonomi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi, Yayasan Pelajaran Mara, antara 18 Mei 2010 dan 3 Jun 2010, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Firdaus Abu Hanipah.
-- BERNAMA
Isnin, November 11, 2013
SEKOLAH SUKAN AKAN DIBUKA DI SABAH- TAWFIQ
TAWAU: Penubuhan sekolah sukan di Sepanggar, Kota
Kinabalu diharap akan dimanfaatkan ke arah melahirkan atlet pelapis yang
berkualiti dan mampu meraih kecemerlangan.
Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata
kewujudan sekolah sukan itu memberi ruang dan peluang kepada atlet muda di Sabah
untuk mengasah bakat dalam lapangan sukan yang diceburi.
"Kita jadikan sekolah sukan di sana sebagai aras...saya rasa bilangan
pelajarnya masih kurang daripada 100 orang," katanya ketika diminta mengulas
sesi lawatannya ke sekolah-sekolah sukan di Semenanjung baru-baru ini.
Tawfiq berkata pihaknya akan melihat keperluan yang berkaitan di sekolah
sukan itu yang baharu beroperasi pada tahun ini.
Beliau berkata pegawainya telah diarahkan untuk mempunyai perancangan jangka
pendek, sederhana dan panjang ke arah melakukan perubahan pembangunan sukan di
negeri ini.
"Kita memastikan ada blueprint untuk sukan di Sabah kerana selama ini
apabila jadikan sukan Sukma penanda aras, Sabah berada di kedudukan nombor
lapan, nombor sembilan, tidak pernah dapat lima teratas atau tiga teratas.
"Jadi ini merupakan cabaran, kita mahu ada perubahan dan kita akan mula dari
bawah termasuk bola sepak mesti ada usah pembangunan akar umbi," katanya.
Dalam pada itu, Tawfiq mahu kerjasama daripada persatuan-persatuan sukan di
negeri ini ditingkatkan untuk pembangunan sukan secara keseluruhannya.
Beliau berkata persatuan tidak akan mampu membangun secara menyeluruh atlet
kerana mereka mempunyai kekangan kewangan kerana peruntukan mereka hanya untuk
menganjurkan kejohanan dan bukan pembangunan akar umbi.
-- BERNAMA
Khamis, November 07, 2013
FELCRA PERLU ATASI CABARAN DALAMAN
,
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan (Felcra) Berhad perlu mengatasi pelbagai masalah dan cabaran
dalamannya sebelum dapat melaksanakan transformasi yang berkesan.
Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata, punca masalah termasuk
pentadbiran, pengurusan ladang kelapa sawit dan getah, kilang pemprosesan serta
kebajikan para pengurus dan peserta akan dikenal pasti dan diselesaikan agar
organisasi dapat merancang dan meningkatkan pendapatan sekali gus meluaskan
rangkaian perniagaan.
"Jika tidak ada kerjasama dan keberanian untuk melakukan perubahan positif,
impak lebih buruk akan melanda Felcra. Justeru ia perlu diberi perhatian kerana
ini adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh 'tuan' kita iaitu
kerajaan dan para peserta," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Pengerusi
Felcra di sini hari ini.
Kira-kira 400 petugas menghadiri majlis itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif
Felcra Datuk Ramlee Abu Bakar, ahli-ahli lembaga serta para pengurus Felcra.
Katanya memandangkan harga komoditi getah dan kelapa sawit di pasaran
mengalami penurunan, Felcra juga harus mencari jalan untuk mempelbagaikan
aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara agar dapat terus bersaing dengan
syarikat-syarikat milikan kerajaan (GLC) yang lain.
Antara yang dirancang ialah penubuhan kilang baja di Terengganu, pembukaan
ladang lembu di Australia dan getah di Kemboja serta perusahaan ladang jagung
dengan usaha sama syarikat luar di Indonesia, selain merancakkan pembangunan
hartanah seperti hotel dan rumah-rumah kedai.
Felcra sehingga kini memiliki keluasan sebanyak 260,000 hektar tanah dalam
negara.
Dalam sidang medianya Bung Moktar berkata, Felcra dijangka menerima
pendapatan kira-kira RM2 bilion dalam tempoh lima hingga 10 tahun, hasil
perniagaan bukan komoditi termasuk mineral bijih besi yang diperoleh melalui
tanah milikan Felcra.
Jelasnya, untuk membantu generasi baru pula, Unit Usahawan akan turut
diperluas bagi membuka peluang kepada anak-anak muda Felcra menceburi bidang
industri kecil dan sederhana (IKS) dan berhasrat untuk mendapatkan peruntukan
berjumlah RM1 juta, mulai tahun depan.
-- BERNAMA
RKMS KHY RAM
TERENGGANU TARIK RM20.4 BILION MELALUI ECER
KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Sejak penubuhannya lima tahun lepas,
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik
pelaburan swasta bernilai RM20.4 bilion ke Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata ia
secara tidak langsung mewujudkan kira-kira 10,850 peluang pekerjaan untuk
rakyat tempatan dan 800 usahawan baharu di negeri itu.
"Pelabur, termasuk syarikat bertaraf global seperti Petronas (Malaysia),
Gevo dan Huntsman dari Amerika Syarikat, Arkema dari Perancis, CJ Cheiljedang
dari Korea Selatan dan Shougang Corporation dari China.
"Pelaburan awam dan swasta itu memacu momentum transformasi ekonomi di
Terengganu dan hasilnya, pendapatan rakyat telah meningkat dan seterusnya
membawa kepada peningkatan taraf hidup mereka," katanya kepada pemberita dalam
satu sesi taklimat khas hari ini sempena ulang tahun kelima penubuhan ECER di
Terengganu September lepas.
Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC, memperuntukkan RM1.11 bilion untuk
melaksanakan 41 projek ECER di Terengganu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) dan RMK-10.
Pelaburan tersebut diluluskan bagi melaksanakan inisiatif pembangunan
infrastruktur dan sosial, yang bertujuan meningkatkan daya tarikan Terengganu
sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif, sekali gus meningkatkan status
sosioekonomi rakyat.
Matlamat utama ECERDC, yang sentiasa berganding bahu dengan Kerajaan Negeri
Terengganu, ialah untuk menggerakkan transformasi ekonomi negeri, untuk manfaat
rakyat, katanya.
Beliau berkata projek pembangunan yang dirancang perlu memenuhi tiga
kriteria iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan peningkatan
hasil isi rumah bagi penduduk setempat.
Di Terengganu, ECERDC kini melaksanakan pelbagai projek dan program yang
memanfaatkan kekayaan sumber semula jadi yang terdapat di negeri ini seperti
minyak dan gas asli, bijih besi, pertanian dan pelancongan.
Beliau berkata pembangunan Taman Biopolimer Kertih (KBP), yang memberi fokus
pada sektor-sektor berkaitan bioteknologi, adalah bersifat saling melengkapi
dengan industri minyak dan gas di Terengganu.
"KBP merupakan lokasi bagi loji biometionina dan tiokimia bersepadu pertama
di dunia, yang akan melonjakkan kedudukan Terengganu sebagai pusat teknologi
baharu dan peneraju serantau dalam bidang biopenapisan.
"Terletak di kawasan seluas 70 hektar di KBP, projek bernilai RM2 bilion ini
merangkumi pembangunan loji biometionina milik syarikat CJ CheilJedang dari
Korea dan platform tiokimia milik syarikat Arkema dari Perancis," katanya.
Pembinaan sedang berjalan dan kemudahan itu dijangka mula beroperasi pada
2014.
Apabila siap, kilang bersepadu tersebut akan muncul sebagai kemudahan
pertama di dunia menggunakan proses fermentasi dalam pengeluaran L-methionine,
sejenis asid amino yang digunakan untuk pengeluaran makanan untuk haiwan
ternakan.
Satu lagi penggerak industri bioteknologi yang telah memilih Terengganu
sebagai destinasi pelaburan mereka ialah Gevo, sebuah syarikat bahan kimia boleh
baharu dan biobahan api generasi baharu yang berpangkalan di Colorado,
Amerika Syarikat.
Jebasingam berkata Gevo merancang membina sebuah kilang pengeluaran
isobutanol berasaskan bio daripada biojisim lignocellulosic di KBP, yang akan
menjadikannya syarikat pertama mengeluarkan bahan tersebut daripada biojisim
lignocellulosic secara komersil, apabila kilangnya di Kertih mula beroperasi
kelak.
"Bagi kluster pertanian, ECERDC mengenal pasti Taman Bio Herba Pasir Raja
sebagai tapak penanaman komersil bagi 10 jenis herba bernilai tinggi yang
menjadi bahan mentah untuk pengeluaran produk farmaseutikal dan nutraseutikal
halal.
"Pembinaan prasarana asas, sedang giat dijalankan untuk menarik para pelabur
ke Taman Bio Herba tersebut dan ia dijangka siap pada akhir 2013," katanya.
Pada masa yang masa, ECERDC juga sedang membangunkan Pusat Pembiakbakaan dan
Inovasi Ternakan Biri-biri Kuala Berang, yang akan mula beroperasi pada awal
2014.
Sebuah syarikat peneraju akan dikenal pasti untuk menggerakkan industri
tersebut, khususnya melalui perkongsian teknologi dan amalan pertanian baharu
dan terkini dengan petani tempatan, yang akan dibimbing untuk menjadi petani
kontrak.
Beliau berkata selain itu, satu lagi projek strategik ECER ialah Taman
Industri Berat Kemaman (KHIP), yang dibangunkan untuk memanfaatkan sumber bijih
besi tempatan yang terdapat di negeri Terengganu.
"Taman industri ini akan memfokuskan kepada bidang fabrikasi besi dan keluli
untuk menyokong operasi huluan syarikat-syarikat minyak & gas utama di
Terengganu.
"Pelabur-pelabur terbesar KHIP ialah Eastern Steel, sebuah syarikat
usaha sama antara Hiap Tech Venture Berhad dari Malaysia dan Shougang
Corporation, yang merupakan sebuah syarikat Fortune 500 dari China," katanya.
Eastern Steel melabur RM1.8 bilion untuk membina kompleks kilang keluli
bersepadu di Teluk Kalung yang akan menggunakan teknologi baharu dalam industri
besi dan keluli.
Bagi kluster pelancongan, ECERDC melancarkan pembangunan Kuala Terengganu
City Centre (KTCC) pada 2011 bagi memperkukuh peranan dan kedudukan bandar Kuala
Terengganu sebagai Gerbang Pelancongan Timur di ECER.
Beliau berkata pelan induk KTCC meliputi beberapa komponen utama iaitu
pelancongan, perdagangan, pendidikan, kesihatan dan kediaman, yang akan
mempertingkatkan daya tarikan bandar Kuala Terengganu sebagai pusat pelancongan
dan penginapan.
ECERDC juga akan membina sebuah jambatan gantung yang akan menghubungkan
Muara Selatan dan Muara Utara di bawah pembangunan KTCC.
Selain menjadi mercu tanda ikonik bagi sebuah bandar moden, jambatan
tersebut juga akan berfungsi sebagai sistem penyuraian trafik.
Katanya pembinaan jambatan ini akan bermula pada Januari 2014 dan
dijadualkan siap pada tahun 2016. Kerja-kerja pembinaan prasarana sedang
dilaksanakan di Muara Selatan dan dijadualkan siap bulan ini.
"KTCC Mall Sdn Bhd pula telah memberikan komitmen pelaburan berjumlah RM1
bilion untuk membina pusat membeli-belah, sebuah hotel 4-bintang dan 500 unit
suit perniagaan di KTCC.
"Pusat membeli-belah tersebut dijangka mula beroperasi pada akhir tahun
2014, sementara hotel dijangka siap pada hujung 2016," katanya.
Kini secara amnya, jurang kemiskinan antara Pantai Timur dan Pantai Barat
sudah bertambah baik menerusi pelancaran beberapa projek berimpak tinggi di
ECER.
"Sasaran kita tiada lagi kemiskinan tegar di Terengganu menjelang 2020,
pasti tercapai," katanya.
-- BERNAMA
KAK AZM LAT
Jumaat, November 01, 2013
GURU TAKMIR PERLU KUASAI ILMU BAHARU
TAWAU: Guru takmir atau guru agama yang mengajar di
masjid dan surau perlu menguasai ilmu pengetahuan baharu sesuai dengan
perkembangan semasa bagi menghasilkan kuliah berkualiti, kata Menteri Belia dan
Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Katanya langkah itu juga akan menarik lebih ramai jemaah untuk turut serta
dalam sesi kuliah, sekali gus memperlihat sifat profesional guru-guru berkenaan.
"Guru takmir merupakan barisan hadapan di masjid dan surau yang pastinya
dapat menyampaikan ilmu dan dakwah secara berkesan kepada seluruh masyarakat,"
katanya ketika menangguhkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Takmir
Negeri di sini hari ini.
Tawfiq berkata golongan guru itu juga perlu bijak merencanakan kuliah
masing-masing supaya mempunyai unsur perpaduan dan menghindarkan masyarakat
daripada berpecah-belah akibat percanggahan pendapat dan fahaman.
Terdahulu, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam di Jabatan Kemajuan Islam
(Jakim) Ramlah Yong berkata beliau akan mengemukakan masalah yang dihadapi
guru-guru takmir di pantai timur Sabah kepada pihak pengurusan Jakim untuk
dipertimbangkan.
Menurutnya guru-guru di kawasan tersebut memohon agar kadar elaun mereka
dikaji semula berdasarkan cabaran tugas terpaksa mereka hadapi seperti tempat
mengajar yang jauh di pedalaman.
-- BERNAMA
Khamis, Oktober 31, 2013
KELUAR PENJARA DAPAT RM322,000
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak penjara
dan dua lagi membayar pampasan berjumlah RM322,000 kepada bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Permodalan BSN Bhd kerana cuai sehingga menyebabkan dia dipenjara
melebihi tempoh.
Hakim Hadhariah Syed Ismail juga memerintahkan defendan membayar kos
sebanyak RM15,000 dan faedah pada kadar lima peratus daripada jumlah pampasan
mulai tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh kepada Ahmad Skhri Ramli.
Ahmad Skhri menamakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli
Omar, Pengarah Penjara Kajang Datuk Al Zafry Mohamed Nassif, Pengarah Penjara
Bentong Mohd Sakeri Dollah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri
Mahmood Adam dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dalam penghakimannya, Hadhariah berkata pegawai di bawah seliaan defendan
didapati cuai kerana tidak mempedulikan aduan plaintif semasa di penjara bahawa
dia sudah melunaskan sebahagian daripada denda yang dikenakan ke atasnya.
Beliau berkata jika saksi defendan tidak mempercayai aduan plaintif kerana
tiada resit pembayaran, mereka boleh menghubungi mahkamah bagi mendapatkan
pengesahan.
-- LAGI
MAHKAMAH-CEO 2 SHAH ALAM
Selain itu, Hadhariah berkata pihak penjara perlu memastikan tempoh
pemenjaraan ke atas banduan adalah betul dan tidak boleh terkurang atau
terlebih.
Penyataan tuntutan menyebut Ahmad Shkri dihantar ke Penjara Kajang pada 4
Ogos 2009 selepas gagal membayar denda berjumlah RM300,000 bagi dua pertuduhan
terlibat dalam urusan jualan singkat.
Pada 21 Dis 2006, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda RM150,000
atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Ahmad Skhri mengikut
Seksyen 41(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
Dia kemudian membayar denda itu secara ansuran berjumlah RM220,000 dari 24
Okt 2007 hingga 4 Feb 2008.
Bagaimanapun, pada 4 Ogos 2009, rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi dan Ahmad
Skhri dihantar ke Penjara Kajang pada hari yang sama kerana gagal membayar denda
berkenaan sepenuhnya.
Plaintif dijadual menjalani hukuman penjara selama setahun dan akan
dibebaskan pada 3 Ogos 2010.
Dia kemudian dipindah ke Penjara Bentong pada 4 Dis 2009 dan dibebaskan pada
18 Feb 2010 selepas pihak penjara menyedari plaintif sudah menjelaskan
sebahagian daripada denda menerusi peguamnya.
Tuntutan Ahmad Shkri mendakwa, jika diambil kira wang denda yang sudah
dibayarnya, tempoh dia sepatutnya dipenjara ialah dua bulan tujuh hari sahaja
dan bukan enam bulan 15 hari seperti yang terpaksa dijalani.
Saman yang difail Tetuan Law Practice of Rafique pada 15 Feb lepas itu,
antara lain, menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi
teladan serta wang denda yang dibayar plaintif kepada Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur dikembalikan.
Ahmad Skhri, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata dia gembira dengan
keputusan mahkamah setelah terpaksa meringkuk dalam penjara melebihi tempoh yang
sepatutnya.
Dia kini bekerja sebagai perunding sambilan dengan sebuah syarikat
kontraktor.
Plaintif diwakili peguam Muhamad Rafique Rashid Ali manakala Peguam Kanan
Persekutuan Hani Aziza Ismail mewakili kesemua defendan.
-- BERNAMA
Rabu, Oktober 30, 2013
SATU KATIL LAIN PARTI
KOTA KINABALU: Pelik tapi benar. Suami orang PKR tapi isteri orang Umno. Mereka dapat tidur sekatil walaupun berlainan parti.
Ini yang berlaku kepada ADUN PKR, Jailani Hamdan dengan isterinya, Redonah Bahanda. Kalau isterinya ahli biasa Umno tidak apa, tetapi isterinya adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Marudu yang berjaya mengalahkan penyandang Tina Majwan.
Jailani dahulu adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Marudu dan telah menyertai PKR dan beliau menang bertanding di DUN Matunggong pada pilihanraya umum lalu.
Dalam pemilihan Ketua Wanita Umno Bahagian Marudu pada 19 Oktober lalu, walaupun penyandang jawatan, Tina memainkan isu Redonah adalah isteri wakil rakyat PKR tetapi Redonah tetap menang.
Dapatkah Redonah mengorek rahsia PKR daripada suaminya ketika berada di atas katil? Atau adakah Jailani yang mengorek rahsia Umno daripada isterinya? Ini yang menjadi tanda tanya kepada kita.
Selasa, Oktober 29, 2013
SAYA HANYA TAKUT PADA ALLAH- DATUK ISMAIL YAHYA
Kuala Terengganu: “Saya tidak takut kerana saya menegakkan kebenaran mengikut hukum syarak. Saya hanya takut pada Allah. Maruah saya cuba dijatuhkan kerana menegakkan kebenaran. Tunggu sajalah, kes pun baru berjalan dan belum diputuskan bersalah atau tidak,” kata bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya, 57, yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Ismail yang juga bekas Mufti Negeri berdepan dua pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan mempertikai arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula MAIDAM tahun lalu.
Bagaimanapun, Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina MAIDAM melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, di sini.
Beliau didakwa melakukan penghinaan itu dengan kata-kata “Oleh yang demikian jelas kelihatan usaha MAIDAM mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian.” Bagi pertuduhan kedua pula, Ismail pada tarikh dan tempat sama didakwa mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baru Institut Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu dengan kata-kata “Soalnya adakah hasrat MAIDAM pada masa ini yang mahukan pentadbiran Mahkamah Syariah diletakkan sebagai sebuah jabatan di bawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak seseorang tertentu? “Jika hasrat itu diputuskan atas pandangan seseorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai mana kehendak firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu? Jika musyawarah diadakan, berapa ramaikah ahli yang berkepakaran dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah khususnya dijemput sama? “Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan MAIDAM itu bermaksud mahu mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut hukum syarak mencampur adukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? “Soalnya, adakah tindakan MAIDAM yang sedang berusaha bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun pada peringkat negeri”.
Kamalruazmi kemudian membenarkan Ismail diikat jamin RM800 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang Ismail melantik peguam.
Selasa, Oktober 22, 2013
DIN ADAM TAMATKAN KARIER POLITIK POK LI
DUNGUN: Kemenangan tiga sayap parti yang berpihak kepada kem Datuk Rosli Mat Hassan (gambar) dalam pemilihan sebelumnya ternyata bukan deposit untuk membolehkan penyandang Ketua Umno Bahagian Dungun itu mengekalkan kedudukan apabila dirampas pencabarnya, Datuk Din Adam.
Keputusan Din yang juga bekas ADUN Bukit Besi masuk gelanggang sekali lagi bagi menentang Rosli setelah dikecewakan pada pemilihan lalu, akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menambat hati majoriti perwakilan dengan meraih 431 undi berbanding Rosli dengan 358 undi.
Din berkata, beliau mahu semua ahli melupakan segala perselisihan faham yang mungkin berlaku berikutan perebutan jawatan itu, sebaliknya memberikan lebih fokus bagi menghadapi PRU14.
Bagi Rosli pula, kekalahan itu diterimanya dengan hati terbuka dan beliau menyifatkan kalah menang merupakan adat pertandingan.
Seorang lagi calon ketua bahagian, Mohamad A Rahman gagal meraih sebarang undi daripada lebih 800 perwakilan yang mendaftar untuk pemilihan kali ini.
Sementara itu, Adun Bukit Besi, Roslee Daud tidak menghadapi laluan sukar untuk menang jawatan timbalan ketua apabila meraih 681 undi mengetepikan pencabarnya, Mohamad Jusoh yang mendapat 104 undi.
Bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh pula berjaya mempertahankan jawatan naib ketua dengan 405 undi menewaskan Abdul Razak Endut yang mendapat 354 undi.
Dengan kekalahan ini maka berakhirlah karier politik Rosli Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Pok Li di Dungun.
Pok Li merupakan seorang ahli politik yang gigih.Beliau pernah kalah tiga kali (1988, 1990, 1993) bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Dungun di tangan bekas ADUN Paka, Zakaria Ariffin.Pada tahun 1995 baru dia menang dalam pertandingan Ketua Pemuda apabila Zakaria sudah habis usia pemudanya.
Pada tahun 1998, Din Adam pula menjadi Ketua Pemuda kerana Pok Li sudah habis usia pemuda. Pada tahun 1999, BN kalah di Terengganu yang mana Senator Pok Li selaku Timbalan Ketua Bahagian juga kalah bertanding di DUN Paka.
Pada tahun 2000, Pok Li menjadi Ketua Umno Bahagian Dungun yang baru. Beliau dikatakan “memperdaya” Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang mana Pok Li mengatakan bahawa bekas ADUN Bukit Besi, Datuk Awang Jabar sudah setuju kompromi di mana Pok Li sebagai Ketua Bahagian manakala Awang sebagai Timbalan. Ketika itu Awang berada di London.
Bila Awang balik ke Dungun, Awang terkejut kerana Pok Li “mainkannya” sedangkan pada peringkat awal telah dipersetujui bahawa Awang Jabar jadi ketua bahagian manakala Pok Li menjadi timbalannya. Tetapi Awang terpaksa akur kerana ia sudah diumumkan oleh Pak Lah yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
Bila bercakap tentang “memperdaya” ini, Pok Li yang dilantik Senator mewakili Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pernah memperdaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apabila jawatan Senatornya sudah tamat, beliau selaku Setiausaha Agung PKMM bertemu dengan Dr Mahathir membawa surat kononnya Presiden PKMM, Datuk Ruslan Awang Chik sudah bersetuju menyambung Pok Lo jadi Senator untuk penggal kedua.
Apabila Ruslan yang kalah di DUN Ladang pada pilihanraya umum 1999 pergi jumpa Dr Mahathir kerana mahu Senator itu untuknya selaku Presiden PKMM terkejut apabila Dr Mahathir kata perkhidmatan Pok Li seudah disambung semula ekoran surat palsu itu.
Pada tahun 2004, Pok Li dipilih sebagai calon BN di parlimen Dungun dan beliau berjaya mengalahkan calon PAS, Datuk Mustafa Ali. Pada tahun yang sama Din Adam dipilih sebagai calon di DUN Bukit Besi dan beliau menang dan beliau dilantik Exco Kerajaan Negeri dalam kerajaan baru yang diketuai Datuk Seri Idris Jusoh.
Dengan terpilihnya Pok Li sebagai ahli parlimen dan dilantik Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Pok Li kekal menjadi Ketua Bahagian Dungun manakala Din yang habis umur pemuda menjadi Timbalan Ketua Bahagian yang baru.
Pada tahun 2008, Idris menggugurkan Pok Li sebagai calon BN selain dari dua ketua bahagian yang lain seperti Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Datuk Rahman Bakar (Marang).
Sementara itu dua ketua bahagian yang bertanding di DUN ditukarkan ke parlimen iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus). Ketua Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh tidak dipilih calon manakala Ketua Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said kekal di DUN Kijal.
Pada tahun 2008, Din yang kekal ADUN Bukit Besi tapi tidak dilantik Exco di bawah Menteri Besar, Ahmad Said mencabar Pok Li bagi jawatan Ketua Bahagian. Din kalah walaupun Pok Li bukan wakil rakyat.
Pada pilihanraya umum 5 Mei lalu, Din selaku “hard core” Idris Jusoh digugurkan sebagai calon. Tapi DUN Bukit Besi yang ditandingi calon baru, Roslee Daud sahaja yang menang di Dungun manakala tiga DUN lain kalah (Paka, Rantau Abang dan Sura).
Pok Li yang bertanding semula di parlimen Dungun setelah berehat sepenggal kalah teruk di tangan calon PAS, Wan Hassan Mohd Ramli dengan majoriti 3,942 undi.
Maka Din nampak kekalahan Pok Li memberi kelebihannya untuk menumbangkan Pok Li sebagai Ketua Bahagian. Maka pada 19 Oktober lalu, perwakilan Umno Bahagian Dungun telah mengangkat Din Adam sebagai Ketua Bahagian yang baru.
Pok Li ibarat orang yang jatuh ditimpa tangga. Lima bulan lepas beliau kalah dalam pilihanraya, kini Sabtu lepas beliau kalah dalam pemilihan Umno pula. Begitulah nasib Pok Li yang selama ini amat licik politiknya.
Kemenangan Din Adam merupakan satu tugas berat baginya untuk menawan semula tiga kerusi DUN dan kerusi parlimen Dungun dari tangan PAS pada PRU ke 14 nanti.(dipetik dari free malaysia today.com)
SAYA DITUDUH PENYEBAR FITNAH
Saya hairan bin ajaib bila Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad (Sipendek) menyebut nama saya dalam ucapannya sebelum para perwakilan mengundi di Dewan Berlian, MPK, Kemaman Sabtu lalu. Saya pelik kenapa dia marahi saya? Apa dosa saya kepada beliau? Dia mula serang saya di sebuah kedai makan di stesen teksi. Kawan saya yang ada di situ yang beritahu saya. Jadi saya jawab balik tuduhannya pada saya dalam blog saya. Malah banyak tulisan saya dalam blog ini adalah kenyataan calon yang bertanding. Bukannya saya yang buat fitnah. Kalau saya buat fitnah samanlah saya. Dia sendiri yang berucap di rumah Datuk Mohamad Awang Tera bahawa pengiraan undi akan dibuat di tempat lain dan bukan di Dewan Berlian. Kenapa pula saya dituduh buat fitnah? Soal saya tidak ada hadir dalam majlis itu tidak timbul kerana yang melaporkan kepada saya adalah orang ramai. Jadi maknanya benda itu betul dan bukan fitnah. Kalau tidak puas hati, jumpalah saya. Kenapa cemarkan nama saya dihadapan 850 orang perwakilan? Bukannya semua orang baca blog saya. Apabila dia serang saya dalam ucapannya di persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman makin ramai orang call saya nak tahu apa cerita sebenar Sipendek dengan saya. saya pun malas layan orang tak cukup inci. Berangan nak jadi calon BN Air Puteh akhirnya ditahan SPRM kes sapu duit maulud nabi akibat dilapor bekas girlfriendnya. Ini semua bukan fitnah. Semua orang Kemaman tahu ceritanya.
Jumaat, Oktober 18, 2013
TIDAK MUSTAHIL MAT DALAM BUAT KEJUTAN
KEMAMAN: Tidak mustahil seorang bekas penghulu, Mat Dalam Awang ( gambar) buat kejutan mengalahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian Kemaman esok.
Ini berdasarkan rekod lepas yang menunjukkan bahawa Mat Dalam pernah mengalahkan bekas ahli parlimen Kemaman, Datuk Ismail Said dalam pertandingan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Kemaman pada tahun 2000.
Dalam pertandingan tersebut, beliau menang dengan majoriti satu undi. Oleh itu esok Mat Dalam mengalahkan Ahmad Said dengan majoriti satu undi juga tidak mustahil.
Selain dari itu, Mat Dalam yang menjadi penghulu ketika itu pernah mengalahkan Ahmad Said dalam pertandingan Pengerusi Belia 4B Daerah Kemaman pada tahun 80an ketika Ahmad Said menjadi Penolong Pegawai Daerah.
Kalau dilihat sejarah kemenangan Ahmad Said dalam pertandingan ketua pemuda, naib ketua bahagian dan ketua bahagian sebelum ini, beliau menang dengan majoriti yang kecil. Oleh itu tidak mustahil ramai perwakilan yang tidak mengundi Ahmad Said pada tahun 1993, 1998 dan 2000 akan beri undi kepada Mat Dalam esok.
Pada tahun 1993, Ahmad Said selaku ADUN Kijal mengalahkan Nazri Salleh dan Mohamad Rahim Husin bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman dengan majoriti 21 undi.
Pada tahun 1988, Ahmad Said selaku Exco Kerajaaan Negeri mengalahkan Tuan Kecil Tuan Tengah bagi jawatan Naib Ketua Bahagian dengan majoriti 50 undi.
Pada tahun 2000, Ahmad Said mengalahkan ADUN Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali bagi jawatan Ketua Bahagian dengan majoriti 30 undi.
Memalukan
Bagaimana pula nasib Ahmad Said selaku Menteri Besar esok? Adakah beliau akan menang dengan majoriti 50 undi juga?
Ada orang berkata sekarang Ahmad Said sudah jadi Menteri Besar. Tidak mungkin Ahmad Said menang dengan majoriti 50 undi sahaja berbanding dahulu.
Akan tetapi jika Mat Dalam dapat lebih dari 100 undi esok, ia sudah tentu memalukan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu dan sekali gus menolak kata-kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid supaya jangan berikan Mat Dalam mendapat lebih dari satu undi.
Jika tidak berlaku sebarang penipuan esok, Ahmad Said akan menang dengan majoriti nipis. Sebaliknya jika Setiausaha Bahagian, Rosli Ahmad berkeras mahu pengiraan undi dibuat di tempat lain, maka Mat Dalam akan kalah besar esok seperti mana yang berlaku minggu lepas kepada calon Ketua Pemuda, Mohd Hazarul Ifdaz (Along) dan calon Ketua Wanita, Che Ku Maznah Che Ku Awang.
Sejauh mana 950 orang perwakilan esok terpengaruh dengan slogan Mat Dalam iaitu menentang kemungkaran adalah fardhu kifayah?
Ahmad Said dikatakan mementingkan kroni yang mendorong Mat Dalam menentangnya. Malah semua orang tahu orang yang sama dapat projek di Kemaman seperti Haji Dol dan Agu yang mendorong Mat Dalam mencabar Ahmad Said.
Nasib baik Mat Dalam bukan kontraktor. Kalau tidak orang akan kata beliau berjuang untuk kepentingan diri kerana tak dapat projek dari Ahmad Said. Mat Dalam hanya menjadi lilin yang sanggup membakar diri sendiri.
Biar apa pun, pemerhati politik meramalkan Ahmad Said tetap menang. Yang mereka mahu tahu, sebanyak mana undi protes kepada Ahmad Said berani dizahirkan oleh para perwakilan esok? (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Khamis, Oktober 17, 2013
YANG DIRAMAL MENANG AHLI MAJLIS TERTINGGI LUSA IALAH
25 orang yang diramal menang lusa ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Shabery Yaacob, Tan Sri Anuar Musa, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Tawfiq Abu Bakar, Datuk Rosnah Shirlin, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Abdul Azeez Rahim, Datuk Mustapha Mohamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Dr Puad Zakarshi, Datuk Halimah Sadique, Datuk Mokhtar Radin, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Dr Noraesah Mohamad, Datuk Mohamad Hassan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hassan Malek, Abd Zarin Mohd Yasin, Datuk Idris Harun, Datuk Azlan Man dan Datuk Saifuddin Abdullah
Langgan:
Catatan (Atom)