Isnin, Disember 09, 2013
MB JADI ROBIN HOOD?
KEMAMAN: Ketika Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan.
Blog Terengganu Today melaporkan kebetulan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ,
Ahmad Said yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.
Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Ahmad Said membuka lori tersebut.
Tetapi Ahmad Said tetap bekeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Menteri Besar meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi pengurus mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut,
Setelah Ahmad Said berbincang dengan pengurus untuk sanggup membayar jumlah yang di terima oleh pengurus tersebut, maka Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa perangkap banjir itu.
Ramai yang datang berterima kasih pada Ahmad Said terutama anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.
Setelah menjadi “Robin Hood” di Chendor, Ahmad Said menyerang Giant pula.
Blog yang sama melaporkan sewaktu bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan ziarah dan tinjauan di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut, beberapa orang ibu mengadu kepada Menteri Besar tentang bekalan susu bayi dan anak mereka yang sudah kehabisan.
Sebaik-baik sahaja Timbalan Perdana Menteri balik ke Kuala Lumpur semula, Menteri Besar Terengganu itu bergegas ke Giant Kijal dan membeli sendiri bekalan susu bayi serta bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut.
Sebuah trak tentera digunakan untuk mengangkut bekalan susu dan makanan yang dibeli sendiri oleh Menteri Besar Terengganu itu. Trak tersebut dimuatkan di hadapan Pejabat Pegawai Daerah.
Dan disebabkan ruang tidak cukup, Ahmad Said menggunakan kereta rasmi Menteri Besar untuk mengangkut bekalan susu dan makanan.
Tiba di pusat pemindahan, Menteri Besar Terengganu itu menggunakan kederatnya sendiri, bersama-sama sukarelawan dan mangsa-mangsa banjir menurun dan mengangkut bekalan makanan berkenaan.
Sudah empat hari nampaknya, Menteri Besar Terengganu berpusing-pusing di sekitar tempat-tempat yang dilanda banjir sama ada menggunakan kenderaan rasminya atau kenderaan persendirian mahupun menaiki helikopter. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)