Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Isnin, November 11, 2013
SEKOLAH SUKAN AKAN DIBUKA DI SABAH- TAWFIQ
TAWAU: Penubuhan sekolah sukan di Sepanggar, Kota
Kinabalu diharap akan dimanfaatkan ke arah melahirkan atlet pelapis yang
berkualiti dan mampu meraih kecemerlangan.
Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata
kewujudan sekolah sukan itu memberi ruang dan peluang kepada atlet muda di Sabah
untuk mengasah bakat dalam lapangan sukan yang diceburi.
"Kita jadikan sekolah sukan di sana sebagai aras...saya rasa bilangan
pelajarnya masih kurang daripada 100 orang," katanya ketika diminta mengulas
sesi lawatannya ke sekolah-sekolah sukan di Semenanjung baru-baru ini.
Tawfiq berkata pihaknya akan melihat keperluan yang berkaitan di sekolah
sukan itu yang baharu beroperasi pada tahun ini.
Beliau berkata pegawainya telah diarahkan untuk mempunyai perancangan jangka
pendek, sederhana dan panjang ke arah melakukan perubahan pembangunan sukan di
negeri ini.
"Kita memastikan ada blueprint untuk sukan di Sabah kerana selama ini
apabila jadikan sukan Sukma penanda aras, Sabah berada di kedudukan nombor
lapan, nombor sembilan, tidak pernah dapat lima teratas atau tiga teratas.
"Jadi ini merupakan cabaran, kita mahu ada perubahan dan kita akan mula dari
bawah termasuk bola sepak mesti ada usah pembangunan akar umbi," katanya.
Dalam pada itu, Tawfiq mahu kerjasama daripada persatuan-persatuan sukan di
negeri ini ditingkatkan untuk pembangunan sukan secara keseluruhannya.
Beliau berkata persatuan tidak akan mampu membangun secara menyeluruh atlet
kerana mereka mempunyai kekangan kewangan kerana peruntukan mereka hanya untuk
menganjurkan kejohanan dan bukan pembangunan akar umbi.
-- BERNAMA
Isnin, September 20, 2010
LIMA PELAJAR JADI KUMPULAN PERTAMA SEKOLAH HARAPAN

Lima pelajar berusia 16 dan 17 tahun termasuk seorang Cina menjadi kumpulan pertama mendaftar masuk ke Sekolah Harapan yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada remaja hamil esok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka akan mendaftar di sekolah yang terletak di Jalan Pegawai itu dengan ditemani keluarga masing-masing.
Menurutnya, empat daripada mereka bersekolah dalam tingkatan lima dan seorang dalam tingkatan empat masing-masing berasal dari negeri ini, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
"Kesemua mereka memasuki sekolah ini atas usaha ibu bapa masing-masing, tiada yang datang secara sukarela.
"Seorang daripada mereka adalah Cina dan ini membuktikan kita tidak mengenakan sebarang sekatan dalam memberi perlindungan kebajikan kepada remaja yang memerlukan," katanya selepas menghadiri majlis bacaan tahlil dan meninjau operasi Sekolah Harapan yang beroperasi kelmarin.
Sekolah Harapan kini beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah itu beserta sebuah asrama dijadikan pusat penginapan pelajar dikenali sebagai Rumah Harapan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kata Mohd. Ali, daripada lima pendaftaran pelajar tersebut, tiga dibuat melalui Internet yang diselia JAIM.
Jelasnya, peraturan di Sekolah Harapan tetap sama dengan pusat pemulihan dan sekolah biasa lain termasuk mempraktikkan sistem pembelajaran yang serupa.
"Cuma, kita tetapkan peraturan di sekolah ini bahawa orang ramai tidak dibenarkan memasukinya secara bebas dan gambar pelajar juga tidak boleh dirakam demi menjaga kepentingan mereka," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan keluarga pelajar terlibat berhubung tindakan Mahkamah Syariah mengikut kesalahan di bawah Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah 1991.
"Soal tindakan lanjut ke atas pelajar berkenaan terpulang kepada mahkamah. Perkara ini kita akan runding selepas ini. Kita utamakan dahulu kebajikan dan beri perlindungan kepada remaja perempuan yang hamil ini, saya pasti pihak mahkamah akan beri pertimbangan sewajarnya," kata beliau.
Sabtu, September 18, 2010
LIMA KELUARGA MINAT HANTAR ANAK KE SEKOLAH HARAPAN

Lima keluarga dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor berminat menempatkan anak mereka di Sekolah Harapan yang dibangunkan khas kerajaan negeri Melaka di Jasin untuk menempatkan pelajar hamil luar nikah.
Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, berkata walaupun sekolah khas kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu belum mempunyai pelajar setakat ini, pihaknya menerima panggilan telefon dan SMS bertanyakan mengenai sekolah terbabit termasuk satu keluarga Cina dari Johor.
“Sekolah Harapan ini belum mempunyai pelajar walaupun beroperasi hari ini (semalam), tetapi saya sudah menerima panggilan telefon dan SMS dari ibu bapa pelajar yang mahu maklumat lanjut bagaimana memohon.
“Pada masa ini, dasar kerajaan negeri mengutamakan pelajar negeri ini dulu, permohonan dari luar akan dipertimbangkan,” katanya selepas merasmikan sekolah berkenaan, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Ghazale Muhamad dan Penyelia Sekolah Harapan, Saimah Hiran.
Sekolah Harapan yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang di bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan kos baik pulih RM100,000, mempunyai empat kelas, bilik komputer, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.
Setakat ini, sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu mampu menempatkan 40 pelajar, mempunyai lima kakitangan termasuk seorang penyelia, manakala tujuh tenaga pengajarnya pula di kalangan kakitangan terlatih JAIM.
“Penghuni sekolah ini tidak perlu bimbang kerana modul pembelajarannya sama dan mengikut sukatan pelajaran kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berminat memasuki sekolah itu menghubungi Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau JAIM, 06-2881534.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)