Khamis, Mac 05, 2009

KAMI HANYA BERI AMARAN


Datuk Kadar Shah menegaskan bahawa tindakannya bersama Datuk Mazlan Datuk Harun adalah memberi amaran kepada pucuk pimpinan UMNO supaya mengambil tindakan segera kepada aduan salah laku politik.

"Kami belum lagi membuat injunksi mahkamah. Cuma beri amaran sahaja, " katanya ketika dihubungi di Australia pagi ini mengulas kenyataan calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Kadar, mereka berbuat demikian untuk membersihkan UMNO dari gejala politik wang.

Kata Muhyiddin, tindakan dua ahli UMNO, Kadar Ninam Shah dan Mazlan Harun mahu memohon injunksi di mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 24 hingga 28 Mac ini, akan mencemarkan nama baik parti.

Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin menegaskan, adalah tidak wajar Ketua UMNO Cawangan Bandar Muar dan ahli UMNO Sri Dagang, Kota Damansara itu mengheret parti ke Mahkamah.

“Tindakan mengheret UMNO ke mahkamah tidak wajar walaupun mereka menuntut disegerakan tindakan terhadap kes-kes (politik wang) yang telah dilaporkan kepada Lembaga Disiplin,” katanya semalam.

Kadar dan Mazlan semalam dalam sidang akhbar menegaskan akan mengambil tindakan memohon injunksi daripada mahkamah sekiranya pucuk pimpinan UMNO tidak menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum pemilihan UMNO.

Kedua-duanya kesal kerana tiada tindakan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Disiplin UMNO terhadap laporan mereka berkaitan isu politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menegaskan, UMNO sedang berhadapan dengan banyak ujian dan cabaran yang getir.

Tegasnya, setiap ahli parti harus bertindak dengan lebih bijaksana untuk membantu pimpinan menangani masalah yang lebih utama.

“Mengikut peraturan parti, tindakan sebegini ditegah kerana ia mencemar nama baik UMNO dan kalau injunksi itu dilakukan juga maka keahlian mereka dalam parti terlucut secara automatik,” katanya.

IBRAHIM ALI CADANG ISYTIHAR DARURAT


Isytihar saja darurat di Perak!

Demikian saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat di Perak kerana keadaan semakin tidak menentu kebelakangan ini.

Menurut Ibrahim, tindakan pakatan pembangkang memprovokasi dan mengkucar-kacirkan keadaan sudah sampai kepada keperluan mengisytiharkan darurat di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang seolah-olah mencari simpati tetapi menyerlahkan lagi kebodohan mereka tentang undang-undang.

“Keadaan semakin bercelaru dan jika tiada sebarang tindakan paling tegas diambil maka hari-hari kita akan dimomokkan dengan cerita-cerita sebegini,” katanya semalam.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang di Perak yang terus menerus menimbulkan kekecohan dan kekacauan di negeri itu.

Menurut Ibrahim, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap kumpulan yang menimbulkan kekacauan kerana ia menjejaskan imej negara di mata dunia.

Dengan teknologi sekarang, katanya, apa saja berlaku ia disebarkan melalui Internet sekali gus menggambarkan keadaan negara dalam keadaan tidak stabil.

“Susah untuk kita puaskan hati semua orang, apa yang perlu kita lakukan ketika ini ialah hormat dan patuh kepada undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan pakatan pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara selepas mendapati mereka tiada lagi jalan untuk merampas semula kerajaan negeri.

Katanya, orang ramai akan terus bersimpati dan sanggup melanggar undang-undang kononnya untuk memberi sokongan kepada mereka.

“Tindakan mereka (pakatan pembangkang) terlalu biadap dan kurang ajar lebih-lebih lagi terhadap Sultan Perak dan undang-undang, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengacau-pengacau ini,” katanya.

Muhammad percaya strategi pakatan pembangkang ketika ini ialah cuba memanipulasi keadaan agar rakyat terus menyokong dan menyasarkan tiga pilihan raya kecil untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, rakyat Perak khususnya perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sudah tidak lagi berkuasa dan perlu kembali kepada peraturan dan undang-undang sebagaimana diakui oleh Sultan Perak.

Selasa, Mac 03, 2009

JANGAN GANGGU MAHASISWA


Parti-parti politik diminta tidak mengganggu atau mempengaruhi persatuan-persatuan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara bagi mengelak berlakunya perpecahan di kalangan pelajar.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, campur tangan parti-parti politik sama ada daripada kerajaan atau pembangkang hanya akan mengeruhkan keadaan dan memecah-belahkan perpaduan mahasiswa.

Menurutnya, campur tangan itu menyebabkan persatuan mahasiswa kini turut terbabit dengan isu-isu sensitif mengenai agama, perkauman dan bahasa yang boleh mewujudkan polarisasi di kalangan mereka.

''Biarkan persatuan mahasiswa bergerak tanpa pengaruh luar, biar mereka pilih haluan sendiri agar mereka dapat membentuk jati diri sendiri," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia di Universiti Malaya di sini semalam.

Beliau menambah, campur tangan parti-parti politik hanya menjadikan persatuan mahasiswa kaku dan lesu jika dibandingkan dengan persatuan mahasiswa dahulu terutama pada era 70-an.

"Pada era saya, pemimpin dan kepimpinan pelajar di IPTA juga tidak memihak kepada mana-mana parti politik di luar kampus, kami berjuang ikut aspirasi dan misi kami sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa.

"Kami bertindak menentang kerajaan bukan kerana menjadi boneka kepada sesiapa, kami membangkang, menentang dan buat tuntutan semata-mata demi kepentingan seluruh pelajar," katanya.

Ibrahim adalah bekas Presiden Kesatuan Siswazah ITM dan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia pada era 70-an.

Jelas beliau, perjuangan persatuan mahasiswa pada eranya tidak berpaksi pada sesiapa kerana mahasiswa ketika itu bukan sahaja tidak sehaluan dengan kerajaan, tetapi juga tidak sehaluan dengan pembangkang.

Sehubungan itu, beliau juga meminta kepada persatuan-persatuan mahasiswa di IPTA agar mengelak daripada mengaitkan diri dengan mana-mana parti politik dan perlu bersifat neutral.

"Saya beranggapan bahawa corak perjuangan mahasiswa Islam Malaysia ketika ini seolah-olah sudah menjadi 'ideology based' atau bertukar menjadi perjuangan berasaskan ideologi siasah di luar kampus.

"Pada saya, perubahan paksi perjuangan yang 'ideology based' ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan generasi muda Islam di peringkat IPTA," katanya.

Menurutnya, perjuangan persatuan mahasiswa hari ini yang banyak berasaskan ideologi politik tertentu adalah sesuatu yang kurang sihat.

Selain menumpukan pada masalah tempatan, beliau juga menyarankan agar persatuan mahasiswa memberikan juga perhatian terhadap isu antarabangsa terutama yang melibatkan dunia Islam kini.

"Abad ke-21 adalah abad yang amat mencabar kepada agama Islam, dunia Islam dan umat Islam di serata dunia. Cabaran global ini menuntut umat Islam sejagat untuk mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan tekad perjuangan biar menjadi sangat tajam, fokus dan berwibawa," katanya.

BUMIPUTRAISME TAK SAMA DENGAN APARTEID


Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyelar pihak yang menyamakan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid sebagai cuba meniup sentimen perkauman sekali gus memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negara ini

Menurut beliau, sejak kebelakangan ini pihak pembangkang sering mengungkit serta mempersoalkan isu-isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan ini secara tidak langsung menjurus ke arah perpecahan kaum.

“Jangan samakan dasar aparteid dengan hak keistimewaan bumiputera kerana aparteid merupakan dasar yang menindas orang kulit hitam di Afrika Selatan.

“Sedangkan hak keistimewaan bumiputera merupakan dasar yang tidak pernah menindas serta menzalimi kaum lain di negara ini. Dasar berkenaan hanyalah memberi kelebihan dalam membela nasib bumiputera terutamanya golongan miskin,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Kampung Paroi semalam.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau membuat kenyataan yang menimbulkan kontroversi apabila menyamakan pemikiran membantu bumiputera dengan dasar aparteid.

Khairy mencabar pihak pembangkang menunjukkan persamaan antara kedua-dua dasar tersebut.

“Saya nak beri amaran kepada pihak pembangkang, jangan tiup sentimen perkauman dan jangan bertindak dengan cara yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

“Kita dalam Barisan Nasional (BN) ingin menjaga keharmonian negara tetapi sekarang pihak pembangkang seolah-olah seperti mahu menghancurkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, masalah perpecahan kaum di negara ini mungkin tidak dapat dibendung sekiranya pembangkang terus membangkitkan isu-isu sensitif.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa usaha membantu golongan miskin hanya diberikan kepada golongan bumiputera, Khairy memberitahu antara matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah membasmi kemiskinan di negara ini secara menyeluruh tanpa mengira kaum.

Isnin, Mac 02, 2009

KERAJAAN CAMPURAN IDEA YANG BAIK


Cadangan Pas untuk menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang memerlukan perbincangan dan kajian mendalam.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, cadangan Pas itu adalah tidak jelas dan terlalu umum mengenai bentuk kerajaan campuran yang dimaksudkan.

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan Pas dengan kerajaan campuran itu. Perkara ini memerlukan penjelasan yang lebih terperinci," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pertemuan dan ramah mesra calon-calon Wanita dan Majlis Tertinggi UMNO di Bangunan UMNO Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, yang mencadangkan supaya BN dan pakatan pembangkang membentuk satu kerajaan campuran.

Abdul Hadi berkata, kerajaan baru tersebut perlu dibarisi oleh pemimpin dan wakil dari semua parti sama ada BN atau pembangkang.

Cadangan itu turut mendapat sokongan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa, kerajaan campuran itu akan membawa kestabilan kepada negara ini.

Muhyiddin yang juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perkara itu masih belum dimaklumkan sepenuhnya termasuk rangka kerja yang dimahukan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, menyifatkan cadangan berkenaan tidak perlu kerana BN sememangnya sebuah kerajaan campuran yang mewakili semua kaum dan agama.

"Saya berpendapat, cadangan tersebut yang datang daripada pembangkang adalah satu helah politik mereka kerana mahukan simpati," katanya.

Menurutnya, pakatan pembangkang merupakan antara penyebab utama kepada suasana tidak harmoni kaum iaitu dengan memainkan sentimen serta isu-isu yang bersifat perkauman.

BN tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga di parlimen. Jika idea kerajaan campuran BN-Pakatan ini diterima, maka kerajaan campuran akan mendapat sokongan lebih dua pertiga. Mudah untuk pinda perlembagaan dan sebagainya.

Soalnya, adakah idea Haji Hadi ini sudah dibincang di peringkat kerajaan Pakatan (PKR-PAS-DAP)? Jika ia dilaksanakan, ia dapat mengurangkan politiking. Status quo boleh dikekalkan di empat negeri, PAS ketuai kerajaan di Kelantan dan Kedah, DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.Ini bermakna wakil BN termasuk UMNO, MCA, Gerakan dan MIC turut berada dalam barisan Exco bagi mereka yang menang.

Saya masih ingat selepas prestasi Perikatan teruk pada pilihan raya umum 1969, idea kerajaan campuran Perikatan-PAS mula dibentuk di Kelantan. Begitu juga kerajaan campuran Perikatan-Gerakan di Pulau Pinang. Bila kerajaan campuran dilaksanakan, rakyat tak perlu lagi bicara soal politik kerana politik negara sudah stabil. Sekarang ini bila BN gagal dapat dua pertiga majoriti di parlimen, pelabur bimbang kerana iklim politik negara yang tidak stabil.

Inilah masanya bagi BN berkorban dengan berkongsi kuasa dengan kerajaan Pakatan. Yang menjadi persoalan, apakah DAP dan PKR setuju dengan idea Presiden PAS ini?

Sabtu, Februari 28, 2009

KHAIRY MINTA JAWATANKUASA SIASAT KARPAL


Naib Ketua Pergerakan UMNO, Khairy Jamaluddin akan bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat untuk meminta sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kekecohan yang berlaku di Parlimen semalam.

Beliau berkata, siasatan perlu dibuat meliputi apa juga provokasi yang berpunca daripada Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

''Saya tidak mahu seolah-olah jawatankuasa yang ditubuh untuk siasat Pemuda UMNO sahaja sebab semalam Parlimen luluskan usul siasat tindakan Pemuda UMNO Selangor yang masuk ke Parlimen tanpa izin.

''Saya rasa kita juga perlu siasat apa juga provokasi yang datang daripada seorang ahli Parlimen iaitu Karpal kerana ia sama penting. Jangan kita hanya berat sebelah, siasat Pemuda UMNO tanpa melihat punca segala masalah," katanya kepada pemberita ketika mengadakan perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di Kedah, di Alor Star semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kekecohan yang berlaku di perkarangan bangunan Parlimen semalam apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor mendesak karpal meminta maaf kerana menuduh anggota pergerakan itu mengirim dua butir peluru ke kediamannya.

Kumpulan tersebut juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan ungkapan 'celaka' yang dibuat oleh Karpal.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, punca segala masalah bukannya Pemuda UMNO tetapi Karpal dan beliau akan cuba untuk membawa perkara tersebut ke pengetahuan Speaker Dewan Rakyat.

Katanya, Karpal perlu menghentikan provokasi serta tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya itu sehingga menyebabkan seluruh 700,000 ahli pergerakan berkenaan hilang kesabaran.

''Inilah sebenarnya menimbulkan kemarahan, melibatkan Pemuda UMNO Selangor yang pergi ke Parlimen, inilah kemarahan dicetuskan Karpal sendiri, provokasi dibuat Karpal telah menimbulkan keadaan tegang," tambah beliau.

Katanya, kemarahan Pemuda UMNO tidak dapat dibendung apabila pergerakan itu dipanggil 'celaka' dan dituduh hantar peluru pistol dan sebagainya.

''Kalau kita melihat yang menjadi mangsa bukanlah Karpal sedangkan beliaulah yang memulakan segala-galanya, beliaulah yang bermula bermain dengan api dan apabila api itu tak dapat dipadam kerana provokasinya, janganlah persalahkan UMNO," kata beliau.

Khairy berkata, Karpal tidak bertanggungjawab dengan tuduhan dan dakwaan beliau serta seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan serta ketandusan modal.

Katanya, beliau telah cabar Karpal dalam tempoh 24 jam supaya beri penjelasan, tapi sehingga kini masih tidak. Sebagai kesimpulan apa yang disebut oleh Karpal dua hari lalu adalah rekaan.

''Ia adalah satu fitnah yang membuktikan beliau seorang penipu dan pengecut kerana sebut dalam Dewan Rakyat di mana beliau ada kekebalan dari segi undang undang, kalau dia berani mestilah dia mengulangi tuduhan itu di luar dewan," katanya.

SYED HAMID PERLU BUAT SESUATU


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar perlu menggunakan kuasanya untuk membatalkan arahan ini kerana jika beliau tidak peka, ia boleh mengurangkan undinya yang bertanding sebagai calon Naib Presiden UMNO pada Mac depan.

Kenapa KDN perlu buat keputusan ini menjelang pemilihan UMNO? Adakah ia mahu mengalahkan Syed Hamid? Ada orang berkata jika KDN tak buat begini pun, Syed Hamid tetap kalah. Tetapi mungkin beliau tidak kalah teruk.

Oleh itu Syed Hamid perlu gunakan kuasanya supaya para perwakilan UMNO tidak memulaunya.

Jumaat, Februari 27, 2009

SPRM KENA SIASAT NAIB CANSELOR UDM

Kakitangan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
8 Februari 2009
Pengerusi
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
109 Taman Desa Pusu 3
Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Yang Berhormat Dato’,

LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;
i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.
ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.
iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.
v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.



vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).
vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.
viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.
ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.



x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.
xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.
xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.
xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

Kakitangan UDM

(dipetik dari mampat.blogspot.com)

KHAIRY CABAR KARPAL KEMUKA BUKTI


Pemuda Umno semalam mengecam dan mengutuk tuduhan tanpa bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua peluru bertujuan mengugutnya serta memberi tempoh 24 jam untuk peguam itu membuktikan dakwaannya.

Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti.

"Karpal penakut kerana membuat kenyataan itu dengan berselindung di sebalik kekebalan dalam Dewan Rakyat. Tuduhan itu berat serta mencabar maruah dan integriti Pemuda Umno, sekali gus membangkitkan kemarahan 700,000 ahli dari seluruh negara.

"Jika beliau gagal menunjukkan bukti dalam tempoh 24 jam, secara automatik rakyat boleh membuat kesimpulan Karpal penipu yang ketandusan modal dan hilang kredibiliti serta kewarasan.

"Kami memintanya memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak reti (faham) makna taubat dan mengaku salah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen semalam. Hadir sama lebih 30 ahli Pemuda Umno seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.

BERANINYA IR. ZIN


Beberapa wakil rakyat malahan seorang timbalan menteri terkejut dengan pengumuman kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.

Azmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berkata beliau faham terdapat perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi yang mengizinkan kenaikan tol dibuat.

"Dalam perjanjian memang ada kenaikan tol oleh pengusaha tol, memang susah kerajaan nak elak. Kalau boleh kerajaan kaji dengan teliti supaya perkara ini tidak membebankan rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.

Wee turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu.

Bercakap tentang tol, beraninya Menteri Kerjaraya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed membuat keputusan menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Risikonya mungkin beliau mendapat undi yang kurang jika para perwakilan marah dengan kenaikan tol tersebut.

Walaupun beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi dengan 143 pencalonan, tetapi belum tentu beliau dapat undi yang selesa di kalangan 25 orang pemenang kelak. Biasanya menteri buat pengumuman begini selepas pemilihan UMNO Mac depan, tetapi Ir. Zin ternyata seorang menteri yang berani.

Khamis, Februari 26, 2009

KALAU SAYANG BM, JANGAN UNDI MUKHRIZ


Datuk A. Samad Said sedia kehilangan gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam memperjuangkan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, gelaran tersebut tidak penting bagi dirinya kerana perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu lebih utama bagi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

"Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

"Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat," katanya pada sidang akhbar bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini semalam.

Sidang akhbar tersebut diadakan sempena 'road show' anjuran GMP di negeri ini untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di depan Istana Negara, Kuala Lumpur, 7 Mac ini.

A. Samad yang juga merupakan penasihat GMP berkata, beliau tidak akan berhenti menegur semua pihak terutama dalam isu bahasa walaupun mengetahui kebenaran itu perit.

"Memang dulu, saya seorang sasterawan yang 'berkira-kira' oleh kerana golongan elit yang berkuasa adalah rakan-rakan saya, semuanya saya kenal, kalau bercakap saya tidak mahu sentuh kecuali ada pemimpin yang inginkan fikiran saya secara jujur dan total.

"Sebelum saya pergi haji, sikap saya terlalu menjaga hati walaupun benda itu salah, saya tidak berani menegur tetapi semenjak saya pulang, saya sudah bersedia untuk berkata benar walaupun memeritkan, kalau betul saya sokong," katanya.

Katanya lagi, Kementerian Pelajaran yang masih mempertahankan PPSMI seolah-olah tidak yakin dan percaya dengan bahasa sendiri untuk menjadi medium bagi rakyat menimba ilmu.

Justeru itu, jelas beliau, perjuangan untuk meyakinkan kerajaan akan diteruskan dan semua pihak tidak perlu memandang serong tindakannya berada di atas pentas Pas bagi mempertahankan bahasa Melayu.

"Saya hanya mencari pentas, kalau ada orang yang sediakan pentas, apa salahnya saya berada di sana untuk memperjuangkannya supaya tidak nanti anak cucu kata kita tidak pertahankan bahasa ibunda, tidak nanti mereka kata nenek moyang kita buat.

"Perjuangan saya hanya mendaulatkan bahasa, saya bukan orang politik dan saya tidak fikir akan jadi orang politik, barangkali saya akan menyertai mana-mana parti secara bukan orang politik, tetapi ikut isu yang mesti diperjuangkan," katanya.

Sekiranya kerajaan masih berdegil, beliau meminta rakyat supaya menggunakan kuasa untuk menterjemahkan ketika pilihan raya dengan mengundi menolak pihak yang tidak mendaulatkan bahasa Melayu.

Siapa yang kuatkuasakan dasar belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris ini? Tun Dr. Mahathir. Oleh itu para perwakilan pemuda UMNO yang sayang kepada Bahasa Melayu jangan undi anaknya, Datuk Mukhriz yang bertanding kerusi ketua pemuda UMNO Malaysia pada bulan depan. Tunjukkanlah undi protes anda terhadap dasar Mahathir itu dengan mengundi calon lain sebagai ketua pemuda.

Jika anda tetap mengundi Mukhriz maknanya anda merestui yang apa Dr. Mahathir buat kepada bahasa Melayu anda. Sedangkan orang lain bangga dengan bahasa sendiri tetapi kita merojakkan bahasa kita dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

TERIMALAH PERLETAKAN JAWATAN ELIZABETH


Mesyuarat Exco Selangor yang bersidang semalam memutuskan bahawa kedudukan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akan ditentukan selepas siasatan polis selesai.

Saya rasa hairan kenapa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim takut menerima keputusan Eli meletak jawatan Exco dan ADUN Bukit Lanjan (Bukit Telanjang ?). Adakah PKR takut menerima kekalahan di DUN tersebut bila diadakan pilihan raya kecil?

Eli malu kerana gambarnya disebar dalam internet. Seluruh rakyat Malaysia dapat lihat kemaluannya di internet. Maka dia letak jawatan tetapi Khalid masih menunggu siasatan polis. Buat apa tunggu? Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah. Ini soal kemaluan Eli telah dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Seperti kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, kalau berbogel seorang di rumah tak salah kerana berbogel di tempat tertutup. Cuma tak manis. Eli tak salah. Dia tidur ketika gambar itu diambil oleh boyfriendnya, orang Melayu. Memang hebat orang Melayu boleh jadi boyfriend kepada wakil rakyat China. Yang salah boyfriendnya kerana sebarkan gambar itu. Mungkin dia dibeli oleh pihak tertentu supaya menyebarkan gambar bogel Eli.

Eli malu maka Eli letak jawatan tetapi Khalid pula tak terima. Tak payahlah tunggu lama-lama. Biarlah rakyat Bukit Telanjang memilih wakil rakyat yang baru. Sultan Selangor pun tak nak beri nasihat kepada Khalid mengenai isu ini kerana Baginda above politics cuma Baginda kesal gambar peribadi jatuh ke tangan orang lain.

Oleh itu Khalid terimalah perletakan jawatan Eli sebagai Exco dan ADUN Bukit Telanjang. Lantiklah orang lain sebagai Exco supaya porfolio yang dipegang oleh Eli terus tidak terbengkalai.

Rabu, Februari 25, 2009

IBRAHIM ALI MEMANG SAYANG PADA UMNO


Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Bebas memang sayang kepada UMNO tetapi UMNO tak sayang kepadanya. UMNO buangnya sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas di zaman Datuk Mustapha Mohamad jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Selepas itu UMNO Kelantan diketuai oleh Tan Sri Anuar Musa. Ibrahim masih di luar UMNO. Oleh kerana Ibrahim menyertai pilihan raya kecil Pengkalan Pasir sebagai calon Bebas, maka beliau dipecat dari UMNO serta merta. Malah ada pertairan dalam UMNO yang mengatakan sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN akan dipecat ahli UMNO seumur hiudp.

Jika UMNO mahu menerima semula Ibrahim, maka peraturan ini perlu dipinda terlebih dahulu. Jika tidak orang akan pertikai kenapa kelonggaran diberi kepada Ibrahim yang pernah menentang UMNO.

Pada tahun 1982 Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Pemuda Berjasa menyertai UMNO dan beliau menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas. Pada masa yang sama beliau menang Exco Pemuda UMNO Malaysia. Beliau dikatakan membawa Anwar Ibrahim menemui Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai UMNO. Ku Li yang membawa Anwar bertemu dengan Dr. Mahathir Mohamad dan akhirnya Anwar bersetuju menyertai UMNO gara-gara inisiatif Ibrahim Ali ini.

Ketika itu Ku Li mahu mengimbangi pengaruh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin yang menyokong Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Anwar dibawa masuk ke UMNO untuk menumbangkan Haji Suhaimi. Maka kalahlah Haji Suhaimi pada 9 September 1982.

Pada tahun 1982 Ibrahim tidak diberi peluang bertanding dalam pilihan raya. Beliau diberi peluang bertanding buat kali pertama pada tahun 1986 dan menang. Beliau yang setia dengan Ku Li menyertai Semangat 46 dan berjaya mengekalkan kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1990 di atas tiket Semangat 46.

Menjelang pilihan raya umum 1995, beliau melompat ke dalam UMNO dan meninggalkan Ku Li. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau gagal mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas.
Sekali lagi beliau gagal merebut kerusi semula Pasir Mas pada tahun 1999.

Pada tahun 2004 beliau masih bersama UMNO. Tetapi akhirnya dipecat dari UMNO apabila digugurkan oleh Tok Pa sebagai Ketua Penaja UMNO bahagian Pasir Mas.

Pada tahun 2008, Ibrahim Ali cerdik. Beliau berunding dengan PAS dan sebagai calon Bebas beliau menggunakan lambang PAS untuk bertanding. Maka dapatlah beliau kembali ke parlimen. Sebagai ahli parlimen Bebas beliau bebas mengkritik tidak kira parti BN atau parti pembangkang. Itu yang menimbulkan kemarahan ahli-ahli PAS kononnya beliau tidak mengenang budi Nik Aziz yang memberi laluan kepadanya bertanding di Pasir Mas.

Ibrahim kini didesak oleh orang PAS untuk mengosongkan kerusi Pasir Mas. Ini menimbulkan minat UMNO Kelantan untuk mempelawa Ibrahim masuk UMNO semula. Halangannya ialah UMNO sudah buat peraturan bahawa sesiapa ahli UMNO yang bertanding sebagai calon Bebas tidak akan diterima menyertai semula UMNO seumur hidup. Maka untuk membenarkan Ibrahim Ali menyertai UMNO, maka halangan ini perlu dipinda.

Sebagai ahli parlimen, Ibrahim gigih bekerja untuk rakyat Pasir Mas. Walaupun beliau tidak dapat peruntukan dari kerajaan, Ibrahim mampu menghidupkan aktivitinya di dalam kawasannya. Beliau seringkali membantu rakyatnya menulis surat sokongan kepada rakyat yang diwakilinya walaupun surat itu belum tentu dilayan oleh menteri-menteri UMNO yang merupakan kawan lamanya.

Ibrahim menunggu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO, barulah beliau akan menyertai semula UMNO. Cintanya kepada UMNO tidak perlu dipertikai lagi walaupun beliau kini adalah ahli parlimen Bebas dan seperti katanya beliau sedia menyertai UMNO dengan syarat beliau boleh kekalkan kelantangannya menegur para pemimpin UMNO.

KHAIRY TUNTUT PAS BINCANG ISA


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menuntut Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengadakan perbincangan mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah tertangguh sejak tiga bulan lalu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membuat tuntutan itu ketika Salahuddin menghantar surat cabaran supaya Dewan Pemuda Pas berdebat dengan Pemuda UMNO berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Parlimen hari ini.

Khairy berkata, beliau tidak pernah lupa jemputannya kepada Salahuddin untuk membincangkan isu ISA tiga bulan lalu.

''Hari ini Dewan Pemuda Pas minta bincang isu PPSMI pula.

''Saya sudah tiga bulan minta dia bincang tentang ISA tapi masih belum sampai ke meja rundingan," katanya ketika menerima surat cabaran berdebat mengenai isu PPSMI yang ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mengenai cabaran Dewan Pemuda Pas untuk berdebat mengenai isu PPSMI, Khairy menambah, perkara berkenaan mesti dibincangkan terlebih dulu memandangkan pemilihan parti sudah semakin hampir.

''Pemuda UMNO akan membincangkan jawapan kepada surat Dewan Pemuda Pas yang disampaikan kepada saya hari ini," katanya.

Selasa, Februari 24, 2009

SIAPA YANG PUNYA REPUTASI YANG BAIK?

Sejak rencana Haji Dol kuasai UMNO Kemaman tersiar dalam akhbar WATAN minggu ini, ramai yang menghantar sms kepada saya. Ada yang menyokong saya dan ada juga yang mengutuk saya.


Seorang ahli jawatankuasa UMNO bahagian Kemaman, Haji Mustafa Abdul Rahman marahi saya kerana menulis rencana itu dalam kereta sepanjang perjalananan dari Kemaman ke Kuala Lumpur malam Ahad lalu. Katanya, UMNO sedang nazak. Jika sesama ahli UMNO ditulis keburukan, maka yang rugi UMNO sendiri dalam pilihan raya umum akan datang.


Saya tak mahu komen pandangan Haji Pa itu kerana saya sedang menyiapkan siri kedua rencana tersebut.


Dalam pada itu ada seorang manusia menghantar sms kepada kawan saya. Kawan saya forward sms itu kepada saya, "Haji, saya dah lama nasihatkan haji jangan berkawan dengan simulut betina, sekarang ini ramai orang pandang serong terhadap haji terhadap apa-apa yang dia lakukan. Dia bangga apa yang dia buat sampai cerita dalam blog dia orang cari dan nak katak dia, sedangkan ajk bahagian yang sokong dia tu sebenarnya pengecut di depan mb tunduk kepala. Haji juga dibaham ditahik angkara zabidi. Haji orang lama yang mempunyai reputasi yang baik dulu rosak angkara budak u otak pasir gajah. Haji mati ke kalau tak berkawan dengan dia? haji dah kaya sekarang dengan budak bodoh gitu, angin tinggi, muka dok malu langsung".


Saya rasa lebih baik orang itu hantar sms kepada saya terus. Tak perlulah melalui orang lain. Kalau hantar sms kepada saya, dapat saya jawab sms itu untuk mengetahui siapa yang ada reputasi yang baik.

KHAIRY TETAP BERSAMA UMNO WALAUPUN KALAH


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap akan memberi sokongan kepada sayap parti itu walaupun ditakdirkan gagal dalam pemilihan parti Mac ini.

Beliau berkata, perkara itu antara persetujuan dan kesepakatan yang dicapai dalam pertemuannya dengan dua calon Ketua Pemuda yang lain, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo baru-baru ini.

''Kita sudah sepakat sesiapa yang memenangi jawatan Pemuda UMNO wajar diberikan sokongan penuh oleh semua ahli untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa ribut yang membabitkan 78 buah keluarga dari beberapa buah kampung dan kawasan perumahan iaitu Kampung Titian Akar, Kampung Sungai Radin, Kampung Sungai Timun dan Rumah Rakyat Kampung Lubuk Cina di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaluddin Mohd. Said.

Kejadian ribut yang berlaku kira-kira 25 minit pukul 6.30 petang semalam merosakkan kebanyakan bumbung kediaman penduduk di kawasan itu termasuk sebuah surau di Kampung Sungai Radin.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, beliau berkata, kesepakatan juga dicapai dalam menggerakkan jentera bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Katanya, usaha berkenaan sudah mula dilaksanakan dan ia tidak akan mengambil kira siapa yang bakal memenangi jawatan dalam pemilihan itu nanti.

"Semua calon pergerakan sudah sepakat dan berazam untuk bekerjasama menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional,'' katanya.

Isnin, Februari 23, 2009

ONG TEE KEAT BANTU KERAJAAN DAP


Tengoklah bagaimana menteri MCA bantu kerajaan DAP Pulau Pinang. Hari ini dalam The Star Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata beliau akan tambah laluan penerbangan dari luar negara seperti Singapura, India dan China ke Pulau Pinang untuk meningkatkan ekonomi Pulau Pinang.

Betapa baiknya Presiden MCA membantu kerajaan Lim Guang Eng. Ini berbeza dengan sikap menteri Melayu yang sudah tentu dari UMNO yang cuba menekan lagi kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah sedangkan kerajaan PAS juga adalah kerajaan orang Melayu.

Jika semua menteri UMNO bersikap seperti Ong Tee Keat, orang Melayu di Kelantan dan Kedah yang menyokong PAS selama ini boleh berpaling kepada UMNO. Sebaliknya orang Melayu semakin berpecah kerana politik UMNO ini.

Yang hairannya kenapa Ong Tee Keat beriya benar mahu bantu Pulau Pinang? Apa muslihatnya? Adakah dengan membantu Pulau Pinang para pengundi China akan mengundi MCA pada pilihan raya umum akan datang? Jangan harap orang Cina akan kembali kepada MCA sebaliknya mereka tetap mengundi DAP kerana kerajaan Lim Guan Eng berjaya meningkatkan bilangan pelancong ke Pulau Pinang.

Justru itu tak payahlah Ong Tee Keat bantu negeri yang sudah maju seperti Pulau Pinang. Tanpa menambah laluan penerbangan ke Pulau Pinang, bilangan pelancong ke Pulau Pinang tetap bertambah. Justru itu Ong Tee Keat tak perlu buang masa.

Sepatutnya BN ajar pengundi Pulau Pinang dalam tempoh empat tahun ini kerana mereka menolak BN pada pilihan raya umum lalu. Jika BN teruskan pembangunan di Pulau Pinang, mereka nampak tanpa BN, pembangunan tetap berkembang di negeri itu. Jadi lebih baik mereka tetap mengundi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu BN perlu menghukum mereka supaya mereka serik dengan DAP dan dengan itu mereka dapat kembali kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sabtu, Februari 21, 2009

EDITOR WATAN DICARI UNTUK DIPUKUL

Sudah lama saya tidak balik ke Kemaman. 18 hari sejak 3 Februari lalu. Hari ini balik kerana ada anak dua pupu kahwin di Gong Pasir, Dungun. Seperti biasa setiap pagi Sabtu bila saya berada di Chukai, saya akan bersarapan di kedai Mat Stopa di stesen teksi bersama rakan baik, Sulong.
Pagi ini Mohd. Nor Dusun Nyior turut ada sama. Saya kecil hati dengan Mohd. Nor ini. Dahulu saya minta dia calonkan saya untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman pada tahun lepas, tetapi dia tidak calonkan saya walaupun saya sudah hulur RM150 kepadanya. Bila saya tanya dia kata lupa. Duit sapu, cadang nama tidak. Ada juga orang seperti ini.
Setiap kali balik ke Kemaman, banyak topik politik yang dibualkan. Paling heboh suratkhabar WATAN yang terbaru yang memuatkan satu rencana mengenai politik UMNO Kemaman iaitu Haji Dol kuasai UMNO Kemaman.
Bukan main marah Haji Dol, Bendahari UMNO Bahagian Kemaman kepada saya. Saya selaku editor berhak menyiarkan rencana yang ditulis oleh Fadzilah Mokhtar itu kerana ia menggambarkan kemarahan ahli UMNO Kemaman kepada beliau.
Menurut seorang rakan bernama Haji Khalid Karim, dia suruh saya jaga-jaga sikit kerana Haji Dol dan Ngah Ismail sedang mencari saya di keliling bandar Chukai dengan dua buah kereta pagi ini mahu pukul saya. Masih ada orang primitif yang mahu pukul orang kerana marahi menulis benda yang benar. Saya tak takut dipukul kerana rencana itu menyiarkan benda yang benar dan bukannya memfitnah Haji Dol.
Tak payah masuk politiklah kalau mahu jadi samseng. Tergamak pula dia upah orang untuk pukul saya. Lebih baik Haji Dol letak jawatanlah kalau ditegur sikit dalam tulisan sudah melenting. Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah macam-macam ditegur oleh para penulis, tapi tak ada pun kita dengar cerita Khairy upah orang untuk pukul penulis. Nampak sangat Haji Dol masih primitif. Tidak profesional.
Oleh itu Datuk Ahmad Said selaku Ketua Bahagian hendaklah melihat perkara ini secara serius. Jangan sampai ahli jawatankuasa UMNO Bahagiannya terlibat dengan jenayah. Buat malu aja.

Khamis, Februari 19, 2009

HAJI DOL KUASAI UMNO KEMAMAN


UMNO Bahagian Kemaman yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah membuat rombakan berikutan pemilihan ahli jawatankuasa UMNO bahagian yang baru tahun lepas.


Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Rosli Ahmad dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian yang baru menggantikan Zahari Said. Zahari Said yang menjadi Setiausaha selama dua penggal adalah bekas setiausaha pemuda ketika Ahmad Said menjadi ketua pemuda (1993-1998). Zahari yang berasal dari Besut dikatakan orang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Manakala Haji Dol dilantik sebagai Bendahari yang baru menggantikan Ghani Zahari (GZ). Ramai yang mempertikai perlantikan Rosli sebagai Setiausaha Bahagian kerana sewaktu krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu pada tahun lepas, beliau tidak menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Rosli dikatakan menghantar sms kepada ahli-ahli UMNO supaya tidak menyambut Ahmad Said di sempadan Terengganu-Pahang sekembalinya Menteri Besar baru itu dari Kuala Lumpur. Seorang bekas pemandu lori, Hassan Ali pula dilantik Ketua Penerangan UMNO Bahagian.


Rosli yang juga Penyelia Kanan KEMAS juga dikatakan berperanan melantik guru-guru kemas sebagai jurukira undi sewaktu pemilihan UMNO Bahagian Kemaman Oktober lalu yang menimbulkan kontroversi sehingga didakwa banyak berlaku penipuan kiraan undi. Walaupun UMNO Perhubungan mengakui kesilapan itu tetapi oleh kerana ia melibatkan Bahagian Menteri Besar, maka Perhubungan terpaksa menutup mata kesalahan tersebut dan membuat keputusan tidak membuat pemilihan semula walaupun surat pemilihan semula sudahpun diedarkan kepada 500 orang perwakilan.


Sebagai kompromi, GZ yang membuat laporan salah laku itu diberi kemenangan sebagai ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian di tempat ke 20 menggantikan Wan Nordin. Wan Nordin diumumkan oleh Ketua Bahagian sebagai ahli jawatankuasa dilantik bersama Kamaruddin Mat Ali yang tewas dalam pertandingan ketua pemuda UMNO bahagian. Kamaruddin tewas kepada Hisham Zubir.



Sekarang heboh di Kemaman kononnya Haji Dol orang yang paling berpengaruh dalam UMNO Bahagian Kemaman. Di zaman PAS memerintah Terengganu, Haji Dol adalah ahli PAS. Bila PAS kalah, beliau menyertai UMNO dan dikatakan beliau terlalu rapat dengan Ahmad Said.


Kini Haji Dol menguasai KSB walaupun beliau bukan Pengerusinya. Haji Dol dikatakan mengarahkan CEO KSB, Ramli Cono adik Mat Bawal (seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman) untuk menamatkan kantin Mohamad Abu Bakar (Mat Taya) yang merupakan bendahari pemuda di zaman Ahmad Said jadi ketua pemuda UMNO Bahagian Kemaman.


Di zaman Wan Mokhtar dulu, Mat Taya paling disayangi oleh Ahmad Said. Bila PAS menang, Mat Taya meninggalkan Ahmad Said. Dia tak sangka Mat Said akan jadi Exco semula dan akhirnya dilantik Menteri Besar. Ketika krisis perlantikan Menteri besar tahun lepas, Mat Taya dan Zahari Said dikatakan tidur di rumah Idris Jusoh di Besut menyokong Idris sebagai Menteri Besar. Sepatutnya Zahari sebagai Setiausaha UMNO bahagian yang dilantik Ahmad Said menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Begitu juga Mat Taya yang merupakan salah seorang ketua cawangan dalam DUN Kijal sepatutnya menyokong Ahmad Said yang juga ADUN Kijal sebagai Menteri Besar.



Sudah 10 tahun Mat Taya tidak berbaik dengan Ahmad Said. Mat Taya dapat kantin pun kerana Zahari yang dilantik oleh Idris sebagai Pengerusi KSB Sdn. Bhd. Oleh itu tindakan Haji Dol menamatkan tender kantin Mat Taya disokong oleh para penyokong Ahmad Said.



Dalam pada itu Haji Dol dikatakan mempengaruhi Ramli Cono memberi satu projek kepada adiknya di KS. Adiknya dikatakan masih ahli PAS dan ini menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO Kemaman kerana mereka lihat Haji Dol terlalu tamak.



Sementara itu Ahmad Said dikatakan melantik lulusan darjah enam sebagai Pengerusi PESAMA. Ngah Ismail, seorang bekas pemandu ambulan dilantik sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri. Sebagai seorang kontraktor beliau telah memberi peluang perniagaan kepada proksinya. Ia juga heboh di Kemaman kerana Idris Jusoh selaku Menteri Besar melantik golongan professional sebagai pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri tetapi Ahmad Said melantik lulusan darjah enam sebagai pengerusi anak syarikat. Sewaktu Ahmad Said menjadi Pengerusi PESAMA dulu, PESAMA mengalami keuntungan. Dapatkah lulusan darjah enam seperti Ngah Ismail mengekalkan keuntungan PESAMA?



Oleh itu Ahmad Said selaku Menteri Besar perlu mengkaji semula kedudukan Ngah Ismail dan Haji Dol kerana mereka berdua telah merosakkan nama baik Menteri Besar. Soalnya, adakah tindak-tanduk mereka direstui oleh Menteri Besar? Ini semua menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO Kemaman. Oleh itu Ahmad Said perlu bertindak segera mengatasi masalah ini.

KJ HEBAT TETAPI DR.KHIR PALING MENONJOL


Saya tidak sempat menonton siaran langsung di TV9 program Hujah yang melibatkan tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seperti yang diduga ramai kagum dengan kehebatan ahli parlimen Rembau, KhairyJamaluddin (KJ)


Seorang rakan yang menonton siaran langsung itu berpendapat bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Dr.Khir Toyo paling hebat di antara mereka bertiga kerana Dr. Khir berjaya menimbulkan sentimen dan simpati penonton kepadanya.


Bila ditanya moderator Dr. Agus Yusof kenapa beliau mahu tanding sedangkan beliau gagal mempertahankan Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr. Khir berjaya menangkis serangan itu dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad pun pernah kalah dalam perang Uhud. Selepas kalah, Nabi Muhammad bangkit semula memimpin umat Islam dan menebus kekalahan itu.


Di antara ketiga calon, ahli parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir paling tidak menonjol. Walaupun beliau mendapat pencalonan yang paling tinggi untuk bertanding jawatan tersebut, tetapi kehebatan Mukhriz berhujah tidak dapat mengatasi KJ dan Dr. Khir.


Oleh itu para perwakilan pemuda hendaklah menggunakan undi anda dengan bijak untuk memilih ketua pemuda. Adakah anda mahu pilih KJ atau Dr. Khir? Kalau anda sayang kepada Dr Mahathir, undilah Mukhriz. Tapi kalau mahu pemimpin yang berasal dari kampung, pilihlah Dr.Khir tetapi jika anda mahu ketua pemuda yang berani bersuara, petah berpidato maka KJ adalah jawapannya. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.