Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 02, 2018

DATUK SYED AHMAD DALAM KENANGAN

MELAKA: Petang semalam jam 4.30 saya terima whatsapp dari kawan saya, Tengku Azman Tengku Hashim bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Syarikat Air Terengganu (SATU), Datuk Syed Ahmad Syed Kassim, 70, meninggal dunia pada waktu pagi semalam.

Isteri beliau, Toh Puan Fauziah wasap saya beritahu tak sempat datang dah Zabidi kerana arwah sedang dikebumikan di Bukit Piatu, Melaka selepas waktu asar. Anaknya, Datuk Syed Fariq yang rapat dengan saya tak sempat beritahu saya kematian ayahnya di waktu pagi kerana sibuk uruskan jenazah ayahnya di Hospital Melaka.

Kalau saya dapat tahu berita kematiannya dari pagi memang sempat saya sampai di Melaka kerana jaraknya dua jam dari Semenyih. Sebagai bekas pegawai tadbir Terengganu (TCS), Syed Ahmad yang juga Pengerusi Belia 4B Terengganu amat berjasa besar kepada belia kampung saya, Pasir Gajah.

Ketika itu Pengerusi 4B Pasir Gajah, arwah Azmi Sidek telah memohon 100 ekar tanah berkelompok untuk 100 orang belia kampung kami. Syed Ahmad selaku Ketua Pentadbir Tanah Daerah Kemaman telah meluluskan permohonan tersebut. Itulah jasa beliau kepada penduduk Pasir Gajah yang tak pernah kami lupakan.

Saya tak sempat bekerja di bawah Syed Ahmad tetapi pada 31 Disember 1996 saya dijemput ke pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) kerana ada majlis rasmi walaupun saya sepatutnya melaporkan diri sebagai penolong pengarah YPK pada hari esoknya 1 Januari 1997.

Saya dibawa oleh seorang staff YPK menemui Syed Ahmad yang juga Timbalan Pengarah YPK. Hari itu adalah hari terakhir beliau di YPK kerana esoknya beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).

Selepas saya memperkenalkan diri sebagai Zabidi orang Pasir Gajah, saya masih ingat soalan pertamanya, u masuk ke sini melalui siapa. Saya jawab melalui MB, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Dia pun berkata nak masuk YPK kena melalui dua YB sahaja sama ada Wan Mokhtar atau Datuk Tengku Mahmud Mansor. Sokongan YB lain tak laku di YPK katanya lagi.

Hari itu hari pertama dan terakhir saya bersama arwah di YPK. Selepas itu beliau berpindah ke pejabat SUK sebagai Timbalan SUK dan akhirnya beliau berpindah ke SATU sebagai CEO. Beliau pencen pada tahun 2003 ketika berusia 55 tahun.

Oleh kerana beliau orang kuat 4B Malaysia, maka Tan Sri Ali Rustam yang menjadi Ketua Menteri Melaka mengajaknya bekerja dengan beliau di Melaka. Beliau yang berasal dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu akhirnya berhijrah ke Melaka sehinggalah menghembuskan nafas terakhir di Melaka dan disemadikan jenazahnya di negeri tersebut.

Arwah amat rapat dengan kawan saya Kisfi Zainal. Setiap kali beliau datang ke Kuala Lumpur arwah akan hubungi Kisfi untuk berbual politik. Apabila arwah jatuh sakit tahun lepas, saya dan Tengku Azman menziarahi beliau di Hospital Melaka pada 7 Oktober 2017.  Malah apabila bekas MB, Datuk Seri Razif Abdul Rahman ada tugas rasmi di Melaka saya whatsapp MB suruh ziarahi Syed Ahmad seorang pegawai TCS yang terbilang. Razif pergi ke rumah arwah kerana ketika itu arwah sudah keluar dari Hospital Melaka.

Apabila berita kematiannya diketahui petang semalam, saya beritahu penduduk kampung saya. Mereka mengucapkan takziah kepada keluarga arwah kerana jasa arwah kepada penduduk Pasir Gajah tetap tidak dilupakan. Al fatihah buat arwah Syed Ahmad.

Khamis, Disember 15, 2016

CHE WAN ADNAN DALAM KENANGAN

Malam tadi saya terima berita kematian seorang aktivis politik Che Wan Adnan Che Wan Idris pada jam 11 malam sekembalinya dari mesyuarat jawatankuasa surau di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih. Jenazahnya ketika itu sedang diuruskan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sebelum dibawa pulang ke Kuala Terengganu dan saya tak sempat pergi.

Che Wan Adnan adalah bekas Presiden Kelab Umno London pada tahun 1984 dan beliau pernah berucap di perhimpunan agung Umno 1984 mewakili Kelab Umno ketika Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1984 buat pusingan kedua. Beliau yang menyokong Ku Li akhirnya menyertai Parti Semangat 46 bersama Ku Li.

Che Wan Adnan adalah pengasas Parti Semangat 46 di DUN Kijal. Apabila berlaku PRK Kijal, beliau terlibat sama berkempen untuk calon Semangat 46, Ahmad Shabery Cheek menentang calon BN, Ahmad Said walaupun beliau tidak terpilih sebagai calon. Sebagai anak Kijal beliau mempunyai peluang untuk menjadi calon Semangat 46 tetapi Ku Li memilih Ketua Penerangan Semangat 46, Ahmad Shabery Cheek sebagai calon. Pemilihan Shabery tidak mematahkan semangat Che Wan Adnan untuk terus berjuang dalam parti tersebut.



Akhirnya beliau menyertai Umno  dan MB Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad melantik beliau bekerja dengan Kemaman Supply Base (KSB). Usaha beliau untuk memenangi jawatan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman tidak pernah menang kerana beliau adalah tokoh politik yang tidak disenangi oleh ketua bahagian dan beliau adalah seorang yang kontroversi berbanding abangnya Che Wan Wahab yang sering memenangi jawatan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman.

Saya pernah menemui Che Wan Adnan dengan Tok Mulu Mat Dalam Awang di Restoran Nagas empat tahun lalu. Beliau yang buat bisnes besi buruk dengan partner Cina menceritakan bagaimana bossnya dapat pingat Dato Seri dari Pahang. Beliau bercerita dengan penuh kelucuan.

Baru saya tahu bahawa beliau pernah berguru dengan datuk saya Cikgu Haji Yusuf Kemasik dan dia tanya Tok Mulu saya anak siapa. Adakah saya anak Zainun? Saya jawab saya cicit Haji Yusuf manakala Zainun adalah anak Cikgu Haji Yusuf dengan isteri mudanya manakala nenek saya Zaharah anak Cikgu Haji Yusuf dengan isteri pertama dan emak saya pun nama Zainun.

Katanya, sepanjang belajar di London ajaran Cikgu Haji Yusuf menjadi pegangannya supaya tidak terlibat dalam dosa besar sedangkan pelajar lain ada yang bersekedudukan dengan pelajar wlanita senegara.

Che Wan Adnan tidak bernasib baik dalam politik. Jika beliau menyokong Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1984 mungkin beliau sudah jadi ahli parlimen Kemaman menggantikan Datuk Ismail Said. Beliau setia dengan Ku Li dan beliau lebih berjaya sebagai ahli perniagaan dan saya selalu terserempak dengannya di Kota Kinabalu, Sabah. Alfatihah buat arwah.


Sabtu, Julai 16, 2016

MUDA DALAM KENANGAN

Semalam bekas sub editor Free Malaysia Today (FMT), Narinder Singh call saya pada jam 4.51 petang beritahu editor BM Berita Daily, Muda Mohd. Noor, 55 tahun,  meninggal dunia. Saya terkejut menerima berita itu kerana saya tidak tahu beliau dimasukkan ke Hospital KL (HKL) sejak Isnin lalu kerana koma akibat stroke.

Setelah empat hari koma beliau meninggal dunia di HKL pada jam 4 petang semalam. Saya mengenali Muda sejak lima tahun lalu ketika beliau bekerja dengan Malaysiakini. Apabila bekas editor Malaysiakini, Kabilan menyertai portal baru, FMT, Kabilan membawa masuk Muda sekali.

Pada tahun 2013, Muda call saya tanya saya nak kerja tak dengan FMT? Kabilan menawarkan jawatan Editor BM kepada Muda tetapi beliau menolaknya dan memperkenalkan saya kepada Kabilan dan orang kanannya Retna. Dengan rekomendasi Muda, saya join FMT pada 3 Julai 2013 sehingga 1 Julai 2014 apabila Kabilan, Muda, Narinder Singh, saya dan satu team ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat FMT.

Kabilan membuka portal baru, Berita Daily membawa Narinder Singh. Muda sekali dengan rakan rakan lain dalam FMT tetapi saya tidak dipelawa. Maka menganggurlah saya sehingga hari ini. Sejak berpisah dengan Muda pada Julai 2014, sudah dua tahun kami tidak berjumpa.

Banyak kali kami janji nak jumpa tapi asyik tak jadi sehinggalah semalam baru saya jumpa jenazahnya buat kali terakhir. Muda yang berasal dari Kg Gelugor Raja, Kuala Terengganu sekampung dengan kampung bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Tiga bulan lepas saya pelawa Muda menyertai grup wasap kami Semut Api setelah dicadangkan oleh Shamsul Hazli Mamat. Seperti kata abang Muda di HKL semalam, Muda suka cakap mengarut. Dalam wasap grup kami pun, Muda tulis mengarut. Sekali ada di Jitra, sekali ada di Danok dan sekali ada di Padang besar sedangkan dia berada di rumahnya di Seri Rampai, KL.

Muda seorang yang perahsia. Saya tak pernah kenal isterinya yang kononnya orang Pasir Mas, Kelantan. Sedangkan semalam abangnya beritahu Muda yang tak pernah nikah baru nikah tahun lepas dengan orang Palembang, Sumatra.

Dalam wasap grup kami Muda rapat dengan Kak Zah (KZ) orang Jitra. Seminggu sebelum koma,Muda call KZ suruh jaga diri baik baik. KZ pun dah left grup kami.Muda banyak berubah sebelum meninggal dunia. Setiap hari kerjanya cakap mengarut. Pada bulan puasa tiba tiba dia left grup kami bila saya bergurau dengannya makanan dalam gambar itu makanan Muda yang tidak puasa. Dia amat tersimggung dengan gurauan itu dan terus left grup. Rupanya itu semua adalah tanda orang mati yang buang tabiat yang mahu pergi meninggalkan kawan kawannya.

Saya terhutang budi kepada Muda kerana dengan bantuan Muda saya dapat bekerja dengan FMT selama satu tahun. Muda bukannya seorang yang pentingkan pangkat dan sanggup menawarkan jawatan Editor BM yang ditawarkan kepadanya kepada kawannya yang sedang menganggur. Itulah Muda yang suka berahsia. Alfatihah buat Muda.


Rabu, Jun 15, 2016

AMITABH BACHCHAN DALAM KENANGAN



Amitabh Bachchan, Supertar filem Hindustan telah meninggal dunia semalam di Mumbai, India. Beliau yang berusia 74 tahun telah dilahirkan pada 11 Oktober 1942. Beliau dikenali sebagai "angry young man" dalam filem filem 1970an seperti Zanjeer dan Deewar.




Sepanjang empat dekad berlakon dalam filem Hindi beliau telah berlakon sebanyak 180 buah filem. Beliau adalah pelakon India yang paling berpengaruh.Amitabh telah memenangi pelbagai anugerah termasuk National Film Awards sebagai pelakon lelaki terbaik sebanyak empat kali dan 15 Filmfare Awards.

Kerajaan India menganugerahkan beliau Padma Shri pada tahun 1984, Padma Bhushan pada tahun 2001 dan padma Vibhushan pada tahun 2015 di atas sumbangannya dalam bidang seni. Malah beliau juga menerima nugerah Knight of the Legion of Honour daripada kerajaan Peranchis. Bachchan turut berlakon dalam filem Hollywood pada tahun 2013 dalam The Great Gatsby sebagai orang yahudi, meyer Wolfsheim.



Bachchan dilahirkan di Allahabad, Uttar Pradesh, di India Utara. Ayahnya Harivansh Rai Srivastava seorang penyaer Hindi dan emaknya seorang Punjabi Teji Bachchan. Bachchan berkahwin dengan pelakon Jaya Bhaiduri di mana mereka mendapat dua anak Shweta Nanda dan Abhishek Bachchan.

Karier Bachchan bermula dalam filem Saat Hindustani pada tahun 1969. Dalam filem Anand (1971) beliau berlakon bersama Rajesh Khanna di mana beliau memenangi pelakon pembantu terbaik. selepas itu beliau membintangi filem Parwaana, Reshma Aur shera, Guddi, Bewachi, Bombay To Goa.

Filem Zanjeer (1973) arahan Prakash Mehra menjulang nama Bachchan sebagai "angry young man". Bukan sahaja filem itu mencapai "box office" malah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik. 1974 menyaksikan Bachchan dalam filem Kunwara Baap dan Dost serta Roti Kapada Aur Makaan.Seterusnya beliau berlakon dalam filem Majboor yang juga pecah panggung diikuti dengan Chupke Chupke. Mili dan Faraar. pada tahun 1975 juga Bachchan memenangi pelakon terbaik dalam filem Deewar yang turut pecah panggung. Filem itu diarah oleh yash Chopra. Pada tahun 1976 beliau berlakon dalam filem Yash Chopra sekali lagi dalam kabhi kabhie


pada tahun 1977 beliau memenangi pelakon terbaik untuk filem Amar Akhbar Anthony arahan Manmohan Desai. Ini diikuti dengan filem Parvarish, Khoon Pasina, Kasme Vaade, Don, Trishul, Muqaddar Siqandar, Suhaag, Mr Natwarlal, Kaala Patthar, The Great Gambler, Dostana, Silsila, Shaan, Shakti, Ram balram, Maseeb dan Lawaris.


Pada tahun 1982 beliau berlakon dalam filem Satter Pe Satta, Desh Premee, Mahaan dan Coolie. pada tahun 1984 beliau menyertai politik dan menang kerusi parlimen Allahabad mengalahkan bekas Ketua Menteri uttar Pradesh, H.N. Bahuguna. Namun demikian beliau meletakkan jawatan tiga tahun kemudian kerana dikatakan terlibat dalam skandal Bofors yang mana akhirnya beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah.


pada tahun 1989 beliau kembali berlakon dalam filem Shahenshah yang juga pecah panggung. Selepas itu beliau berlakon dalam filem Jaadugar, toofan, Main Azzad Hoon yang gagal pecah panggung. Filem Hum pada tahun 1991 juga gagal menarik perhatian para peminat.


Beliau menjadi penerbit filem tetapi gagal tetapi berjaya memperkenalkan Arshad Wasi dan Simran. Pada tahun 2000, beliau muncul dalam filem Mohabattein bersama Shah Rukh Khan yang kembali menjadi filem pecah panggung. Ini diikuti dengan Khabi Kushie Khabie Gham arahan Karan Johar.


Saya membesar dengan filem filem Amitabh Bachchan. Kali pertama menontonnya dalam filem Parwarna, saya tertanya tanya siapa pelakon tinggi ini. Akhirnya dia menjadi Superstar Hindi dengan filem filem peccah panggung. Setiap minggu ketika bersekolah di Seremban saya naik bas ke Kuala Lumpur untuk menonton filem filem Hindustan di pawagam Central tepi sungai berhampiran tapak komples Wilayah sekarang.


Paling lucu kawan sekelas saya ajak tonton Sholay yang dilakoni Amitabh dan Dharmendra. Saya yang sudah menonton sebelumnya beritahu filem itu best. Maka kawan saya amat teruja untuk mengajak saya menontonnya. Apabila Amitabh meninggal dalam filem itu, kawan saya ajak saya keluar kerana dia tak tahu hero pujaannya mati sedangkan filem itu masih belum tamat kerana Dharmendra akan membalas dendam di atas kematian Amitabh.


Amitabh Bachchan sudah banyak kali mati dalam filem, dalam Deewar, Sholay tetapi kematian kali ini akan kekal selama lamanya. Beliau tetap menjadi legenda hero filem Hindustan walaupun pada mulanya ramai pengarah sangsi dengan bakatnya kerana dia hero yang paling tinggi di India.


Amitabh sudah tiada tetapi filem filemnya akan terus diingati oleh para peminatnya di seluruh dunia. Selamat bersemadi Amitabh Bachchan.

Isnin, April 11, 2016

MR OS DALAM KENANGAN



Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.




Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-samaHussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).





Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.


Beliau kini menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.






Anugerah
Festival Filem Malaysia ke-7 (1987)—Pelakon Komedi Terbaik
Festival Filem Malaysia ke-13 (1997)—Pelakon Komedi Terbaik
Johan Maharaja Lawak Mega


Os dan Abon membentuk kumpulan Osbon menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Pada peringkat akhir peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.


Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Kedua ialah kumpulan "Boboi" (gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi
Ketiga ialah kumpulan "Saehu" daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.



Pelawak terkenal era 80an dan 90an, Mr Os disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat 8 April 2016. Mr Os, 55 tahun, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang, menurut anaknya Husna Yusof ketika dihubungi Astro AWANI.


Menurut perkongsian di Facebook anaknya, jenazah Mr Os akan dibawa pulang ke Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah dekat sini.


Selain terkenal dengan filem seperti "Adik" dan"Awang Spanar", Mr Os juga merupakan juara Maharaja Lawak Mega musim pertama menerusi penyertaannya bersama Abon sebagai gandingan Osbon.


Mr Os dimasukkan ke Hospital Selayang pada Isnin setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya.


Allahyarham dijadual menghadiri satu majlis bersama Ustaz Azhar Idrus malam ini di Teluk Pasu, Kuala Terengganu.

Ahad, September 20, 2015

ZAMLI DALAM KENANGAN

Malam tadi tepat 11.30 malam Presiden Kolej Islam Sains Teknologi (KIST), Muhammad Zamli Abdullah, 47, meninggal dunia di Hospital HUSM, Kota Bharu, Kelantan. Beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Jabor, Chukai, Kemaman pagi ini.

Lima bulan lepas saya terlibat dengan KIST secara kebetulan apabila seorang kawan, Yazman Nordin menyuruh saya mencari pembeli untuk bangunan KIST di Sri Hartamas, Plaza Damas. Saya menghubungi kawan saya yang rapat dengan CEO Shapadu kot kot Shapadu mahu membeli 14 unit rumah kedai di Plaza Damas.

Shapadu tidak berminat membeli bangunan tersebut. Maka saya hubungi Pengerusi PUNB, Ali Rustam yang mahu membeli satu unit sahaja. PUNB kata ROI tidak cukup untuk membeli 14 unit bangunan tersebut maka KIST tak jadi menjual satu unit kerana KIST mahu menjual semua 14 unit.

Ketika berurusan dengan KIST, saya mengenali Pengarah Komunikasinya Datin Haslina Abdullah yang merupakan adik kepada pemilik KIST, Zamli Abdullah. Apabila mengetahui Datin orang Kg. Besut, Chukai membuatkan saya yang juga orang Kemaman semakin bersemangat mahu menolong KIST. Tambahan pula KIST banyak harta untuk dijual di Kuala Berang sebanyak 100 ekar tanah, di Cyberjaya 133 ekar dan di Lundang 2 ekar. Suami Datin ialah Dato Bahari, Pengarah Operasi Khas SPRM yang tak jadi ditukarkan ke JPM baru-baru ini. Saya pernah menemui Dato Bahari di rumahnya ketika membuat tahlil. Beliau yang berasal dari Rantau Panjang,Kelantan merupakan seorang yang pendiam.

Maka saya berikrar kepada Datin untuk menguruskan jualan semua hartanahnya. Sewaktu abangnya, Zamli datang ke KL pada bulan Ramadhan lalu saya menemui beliau buat kali pertama. Rumahnya dekat dengan rumah arwah Ketua Pemuda Umno Kemaman, Nazri Salleh. Malah kegigihan Zamli patut dicontohi oleh anak muda.

Zamli hanya berkelulusan SPM sahaja. Tetapi sebagai pemilik kolej swasta, semua pensyarah yang berkelulusan Phd, Masters berada di bawah arahannya. Beliau pada mulanya bekerja sebagai pam attendant di stesen minyak Esso milik arwah Nazri Salleh. Akhirnya buat bisnes buka kelas jahitan yang mendapat dana dari Kementerian Sumber Manusia  (KSM) di Chukai.

Sewaktu berurusan dengan KSM, Zamli mengenali timbalan menterinya, Dato Dr Latif Ahmad. Semakin maju kelas jahitannya Dr Latif mencadangkan Zamli memohon lesen kolej swasta. Dr Latif memperkenalkan Zamli kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Norden.

Beliau berjaya membuka KIST di Kuala Berang, Terengganu dengan melantik Dato Tengku Putera Awang sebagai Pengerusi KIST. Oleh kerana isteri Zamli orang Kelantan, maka cawangan KIST dibuka juga di Bachok, Kelantan.

Dalam keghairahan mengembangkan KIST, Zamli dikelilingi oleh punahsihat yang mengambil kesempatan daripadanya. Dari satu lesen kolej, KIST memohon lapan lesen kolej termasuk di Sabah dan Sarawak. ketika ini beliau dijanjikan SME Bank untuk pinjaman dengan mencagar tanah di Kuala Berang seluas 100 ekar. Janji itu tidak ditepati. Beliau hanya diberi pinjaman yang sedikit tidak mampu menampung lapan cawangan kolej yang ada di Kedah, Melaka, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak. Justru itu  KIST mengalami masalah kewangan yang teruk.

Maka KIST terpaksa menjual semua bangunan dan tanah yang ada. Zamli telah memberi amanah kepada saya untuk urusan jualan semua hartanah KIST. Setelah lima bulan berusaha, dua minggu lepas seorang pembeli berminat membeli 14 unit bangunan KIST di Plaza Damas dengan harga RM20.5 juta. LOI sudah keluar. Sedang menunggu proses bayaran sahaja dari pembeli ini. Dengan kematian Zamli mungkin proses bayaran ini tertangguh. Sekurang-kurangnya RM20.5 juta ini dapat menyelamatkan KIST kerana KPT sudah memberi tempoh enam bulan kepada KIST untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya.

Mujur sewaktu Zamli mengendalikan KIST, beliau banyak membeli tanah dan bangunan. Maka tanah dan bangunan itu apabila dicairkan akan dapat menyelamatkan KIST. Alfatihah untuk arwah Zamli bin Abdullah.


Rabu, Julai 23, 2014

EMAK DALAM KENANGAN

Semalam tepat 6.15 petang emak,Hajah Zainun binti Haji Abdullah, 73 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya di hadapan dua orang adik, Noridah Saidi dan Dr Noor Laily Shakimah kerana menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung. Saya berada di Kuala Lumpur ada temujanji dengan kawan untuk berbuka puasa terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya dan tak jadi berbuka puasa dengan kawan saya. Jalan jem dari Kuala Lumpur ke Putrajaya menyebabkan saya sampai di situ hampir jam 8 malam. jenazah emak sudah berada di bilik mayat. Semua adik sudah ada di situ, Mahir, Noridah, Dr Noor Laily, Saifuddin kecuali Noor Hafilah yang terus balik ke rumah emak di Balok, Kuantan. Emak sudah banyak kali masuk hospital. Tetapi kemasukannya kali ini bermula Selasa lalu amat sekejap sahaja. Di hari pertama emak dimasukkan ke Hospital Serdang, emak kata dia nak balik dah. Rupa-rupanya maksud nak balik dah, dia akan meninggalkan keenam-enam anaknya buat selama-lamanya. Adik Dr Noor bekas doktor di hospital Putrajaya yang sedang buat Masters di UM tidak puas hati dengan layanan doktor di Hospital serdang. maka Adik Noor pindahkan emak ke Hospital putrajaya yang lebih efisien. Tiga malam emak berada di Hospital Putrajaya, emak menghembuskan nafas terakhir di situ. terima kasih kepada wakil menteri komunikasi (Datuk Seri Ahmad shabery Cheek), Haji Mustafa Abdul Rahman yang sempat melawat emak di hospital serdang. Malah beliau turut hadir di rumah mayat bersama Amlisani rakan FB dari Puchong. Emak boleh dianggap sebagai ibu mithali kerana semua enam anaknya lulusan universiti. Saya lulusan Universiti Malaya, Noridah ITM Shah Alam (sekelas dengan Sunarti Kibat), Saifudin dari Northern IIinois University, Noor hafilah ITM Shah Alam (akauntan) dan Dr Noor Laily (medic dari USM Kubang kerian).Man KRU yang berada di kubur di Balok tanya kenapa emak dikebumikan di Balok, Kuantan dan bukan di pasir Gajah, Kemaman. Emak dan ayah saya, Haji Saidi bin Haji Abdul Latif telah duduk di Balok sejak tahun 1965 lagi. Jadi mereka dapat tanah lot di Balok di zaman Datuk Pak Ngah Aziz jadi ADUN Beserah. Aruah ayah aktif dalam Umno cawangan Balok dan pernah jadi pegawai khas Datuk jamal nasir ketika Datuk jamal jadi ADUN beserah. Saya dari kecil dibela oleh datuk dan nenek saya,Haji Abdullah Omar dan Hajah Zaharah Haji yusof di pasir Gajah. Pasir Gajah adalah gabungan orang Jambi dan orang Kelantan. Datuk saya dari kecil berhijrah dari Bachok Kelantan ke pasir Gajah dengan ayahnya Che Omar. Di kemaman jodohnya bertemu dengan anak Cikgu Haji Yusof kemasik, Zaharah. tanya orang kemaman semua orang kenal Cikgu Haji yusof yang bukan sahaja seorang guru agama malah seorang pendikar. Anak muridnya ramai di seluruh Terengganu. apabila Cikgu Haji Yusof meninggal dunia pada tahun 1974, ribuan anak muridnya menghantarnya ke kubur sehingga jalan raya di Kemasik jem. itulah moyang saya yang Tok Mulu dalam kenalinya. Begitu juga Kisfi pernah berguru dengan moyang saya. Emak saya, zainun anak sulung datuk saya lahir di pasir Gajah pada 7 ogos 1940 ketika Perang jepun. Emak sekelas dengan Pak Wei Cotek. Pada tahun 1955, datuk saya mendapat jawatan Penghulu. Mukim pertama yang mana beliau bertugas di Kijal. Di sinilah ayah saya, saidi yang berhijrah dari padang pak Amat, pasir putih menemui emak saya, Zainun. Mereka bernikah di Kijal ketika datuk saya bekerja di situ. Sebagai penghulu, datuk saya bekerja di semua mukim, Kijal, hulu jabor, pasir semut, binjai, pasir raja, belara, manir dan gelugor. Apabila datuk pencen pada tahun 1980, datuk menetap semula di Pasir Gajah. Datuk ada 10 orang anak tetapi semua anak lelakinya meninggal dunia sejak kecil. maka saya yang dilahirkan di Jabor diambil oleh datuk saya sebagai anaknya sendiri. Sehimgga sekolah rendah saya tak tahu Saidi dan zainun itu ayah dan emak saya kerana mereka saya panggil Abang Di dan kak nun sementara datuk saya dan nenek dipangggil ayah dan cik. Sebab itu saya dibesarkan oleh datuk dan nenek manakala adik adik saya seramai lima orang duduk dengan ayah dan emak. Pada mulanya ayah saya bekerja sebagai penoreh getah ketika datuk saya menjadi penghulu mukim jabor. Dia belajar kelas malam ambil SRP dan SPM. dengan kelulusan SPM gred tiga dia mohon jadi pembantu luar FELCRA. Pada tahun 1972 sehinggalah pencen pada tahun 1990 ayah saya bekerja dengan FELCRA dari pembantu luar ke jawatan penyelia dan akhirnya Pengurus FELCRA Kuala Embomg di Sekayu, Kuala Berang. Ketika bekerja di Kuala berang ayah saya berulang antara Balok dan kuala berang. Apabila beliau pencen pada tahun 1990, beliau terus menetap di Balok sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2002. 12 tahun kemudian emak saya pula mengikut jejak langkah ayah menjadikan kami enam beradik yatim piatu menjelang enam hari raya Aidilfitri. Sudah tentu hari raya tahun ini kami sambut dengan rasa sedih kerana selama ini rumah emak di balok ini menjadi tempat kami berkumpul pada hari raya. Biasanya saya sambut hari raya pertama di rumah mertua di pasir gajah manakala di sebelah malam kami pergi ke Balok dan biasanya pada hari raya kedua kami berkumpul di kubur menziarahi kubur nenek dan ayah di situ. Sudah jadi tradisi tahunan Umno cawangan Balok mengadakan majlis menziarahi kubur beramai-ramai di pagi hari raya kedua. malah aruah emak sudah merancang kami balik raya tahun ini kerana pada hari raya kedua emak mahu mengadakan tahlil untuk aruah ayah. Rupa-rupanya hari raya kedua tahun ini kami menziarahi kubur nenek Hajah Zaharah, kubur ayah dan kubur emak. Alfatihah untuk aruah emak hajah Zainun.

Rabu, Julai 09, 2014

TUAN CHIK DALAM KENANGAN

Pagi semalam 9.30 sahabat saya Tuan Chik Tuan Muda, 58 tahun, meninggal dunia kerana kanser limpa. Saya terkejut menerima panggilan telefon dari adik ipar pada jam 11 pagi. terus saya call Mat Din, kawan rapat Tuan Chik untuk pengesahan. Mat Din dalam perjalanan dari KT ke Kemaman. Saya sendiri pun tak tahu dia sakit kerana Mat Din tak beritahu bahawa pada 3hb Tuan Chik dah masuk Hospital Kuantan dihantar oleh Mat Din sendiri. Kisfi pun marah kerana tiap hari Kisfi jumpa Mat Din, Mat Din tak beritahu pun Tuan Chik sakit. Setiap kali saya balik Kemaman saya akan singgah di kedai bajanya. Dahulu Tuan Chik adalah seorang kerani di FELCRA Seri Bandi. Di situ dia kenali Mat Din yang bekerja sebagai pembantu luar FELCRA. Selepas dia menang ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman pada tahun 1990, dia memohon jadi Penghulu. Dua kali dia mohon jadi penghulu. Kali pertama gagal kerana dalam kad pengenalannya dia dilahirkan di Pahang. Selepas mendapat pengesahan sudah lama jadi rakyat Terengganu, barulah beliau berjaya menjadi Penghulu dengan pertolongan aruah Cikgu Mohamad Mahmud pegawai khas ADUN Chukai, Tan Sri Wan Mokhtar. Tempat pertama beliau bertugas di mukim Pasir Semut yang berpengkalan di kampung saya Pasir Gajah pada tahun 1992. Saya baru balik dari Sabah pada tahun 1992 dan balik ke Pasir Gajah setelah meletakkan jawatan sebagai Penolong Editor akhbar Watan. Maka kami rapat kerana kami mempunyai minat yang sama dalam politik. Kami sering bersama kerana kebetulan ketika itu saya tiada kereta maka saya menumpang keretanya ke majlis politik di daerah Kemaman. Pada tahun 1995, apabila saya menang bertanding jawatan ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman beliau sudah meninggalkan pemuda dan menang ahli jawatankuasa Umno Bahagian. Saya bimbang juga jika umur pemudanya belum habis, dia tetap mempertahankan jawatan ajk pemuda dan sudah tentu saya kalah kerana masakan perwakilan mahu pilih dua orang dari cawangan Pasir Gajah sebagai ajk pemuda. Pada tahun 1993, apabila ADUN Kijal, Ahmad Said menentang aruah Nazri Salleh bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau adalah salah seorang ajk pemuda yang digelar Geng 10 yang menentang Nazri Salleh.Maka strategi diatur untuk mengalahkannya sebagai ketua cawangan Umno FELCRA Seri Bandi di mana Harun yang ditaja oleh kumpulan Nazri Salleh mengalahkan Tuan Chik yang menyokong Ahmad Said. Di zaman PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, beliau ditukarkan ke Setiu. Apabila BN menang semula pada tahun 2004, beliau ditukarkan ke Kijal dan menjadi rapat semula dengan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said. Dua tahun kemudian beliau bersara pilihan dan membuka kedai baja di Chukai. Dalam politik, kawan lupa kawan. Dia banyak menaikkan Ahmad Said dari wakil rakyat biasa sehingga menjadi ADUN dan Exco tetapi Ahmad Said yang dikelilingi oleh orang-orangnya menyebabkan Tuan Chik tersingkir dari kumpulan Ahmad Said. Selepas Ahmad Said jadi MB pun, Tuan Chik tetap menentang Ahmad Said melalui Facebooknya sehingga Facebooknya kena godam oelh para penyokong Ahmad Said. Saya rapat dengan beliau. Setelah bekerja smeula di KL pada tahun 2001, setiap kali balik kampung sebulan sekali
saya akan singgah di kedainya mengutip info perkembangan politik terbaharu di Kemaman. Secara konsisten beliau menentang Ahmad Said sehingga beliau tersungkur dari jawatan MB pada 12 Mei lalu. Semalam Tuan Chik yang saya kenali sudah tiada. Alfatihah buat Tuan Chik.

Selasa, Julai 23, 2013

DR MARZUKI IBRAHIM DALAM KENANGAN

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kematian Bendaharinya, Dr Marzuki Ibrahim, 48, (gambar) sebagai satu kehilangan seorang rakan yang baik. Katanya, beliau tidak menonjol kerana beliau membantu Perkasa secara senyap. “Sebagai Presiden Perkasa dan bagi pihak Ahli Dewan Tertinggi (ADT) dan ahli-ahli Perkasa saya mengucapkan takziah kepada balu dan anaknya dengan iringan doa semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini. Dr Marzuki adalah seorang ahli perniagaan dan pernah menerbitkan akhbar Warta Parlimen Kepala Batas ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia (2003-2008). Beliau juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas dan meninggal dunia petang semalam disebabkan kanser paru-paru. “Dr Marzuki masih Bendahari Perkasa. Sudah hampir dua tahun beliau kelihatan tidak sihat tapi dikatakan sakit belakang,” kata Ibrahim lagi. Katanya, sebab itu beliau jarang kelihatan di majlis anjuran Perkasa kecuali menghadiri mesyuarat bulanan ADT Perkasa. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com). Membaca berita ini, saya agak terkejut apabila menerima panggilan telefon dari kawan saya, Kamri Mohamed pada jam 6.30 petang semalam. Saya dengan Kamri pernah bekerja dengan Dr Marzuki pada tahun 2006-2007 di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Saya dilantik sebagai editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (WPKB) yang diterbitkan sebulan dua kali. Ketika itu Pak Lah adalah Perdana Menteri Malaysia maka WPKB mudah dapat iklan. Dengan bantuan Kamri selaku pegawai pengiklanan maka iklan banyak mencurah masuk. Dr Marzuki seronok kerana bisnesnya maju. Pada masa yang sama beliau menerbitkan semula akhbar bulanan Editornya yang bercorak bisnes.Ia diketuai oleh Zainora Zakaria sebagai editornya. Saya tidak lama dengan WPKB apabila mendapat tawaran memasuki Watan yang diterbitkan semula oleh Baha Azuwan. Sewaktu di WPKB, kami tidak ada masalah gaji kerana cukup waktu gaji dibayar tepat masanya. Kebetulan Dr Marzuki ada juga bisnes IT dengan syarikat Rodatranya. Beliau adalah seorang yang pemurah, jarang marah kakitangannya. Apabila saya keluar dari WPKB, saya dengar banyak cerita yang tak elok tentang syarikatnya. Lebih-lebih lagi ketika itu beliau sudah bergaduh dengan rakan kongsinya, Nasir yang tak suka Dr Marzuki terlibat dalam politik. Selaku Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, beliau memang bercita-cita mahu jadi ADUN Penaga menggantikan Datuk Azhar Ibrahim. Dalam mesyuarat persidangan perwakilan Kepala Batas, Azhar marahi Dr Marzuki yang mahu merampas kerusinya dengan mengatakan ada orang yang tidak pandai cakap Bahasa Inggeris masa sekolah rendah dahulu tiba-tiba dapat PhD dari Amerika Syarikat.Beliau menyerang Dr Marzuki sedangkan beliau tidak ada peluang untuk menjawab dalam persidangan tersebut. Pada pilihanraya umum 2008, nama Dr Marzuki tidak naik maka Azhar kekal sebagai calon BN bagi DUN Penaga.Selepas meninggalkan WPKB pada tahun 2008, saya tak pernah temui beliau. Tiba-tiba namanya naik sebagai Bendahari Perkasa. Oleh itu bila beliau pergi dalam usia yang muda, saya agak terkejut. Saya sebenarnya ada deal bisnes dengannya masa dalam WPKB. Seorang kawan dari Kuala Terengganu, Haji Mohamad Ali mahu projek memasang wayar elektrik rumah lama di seluruh Terengganu. Kami gunakan Dr Marzuki melobi projek itu dengan Pak Lah. Projek RM56 juta itu disokong Pak Lah tetapi bila jumpa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh kata di atas mejanya penuh surat sokongan Pak Lah. Maka peluang kami nak jadi jutawan hancur berkecai kerana Haji Mohamad Ali boss Elektriko Plasma itu berjanji akan beri kami RM2 juta seorang. Memang tak ada rezeki kami. Dr Marzuki mengeluh bila tak dapat projek itu. Bila saya desaknya jumpa Pak Lah suruh Pak Lah call Idris, Dr Marzuki diam sahaja kerana beliau sendiri tidak berani menemui Pak Lah. Beliau jarang marah, seorang yang rajin, komited, pemurah dan saya rasa kematiannya satu kehilangan yang amat besar kepada kami semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Alfatihah.

Selasa, Mac 26, 2013

DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY DALAM KENANGAN

Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) semalam akibat sakit jantung. Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam. Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu. Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi. "Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita ketika ditemui malam ini. Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya. Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama. Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor. Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010. Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya mengenali beliau ketika bertugas di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) dari tahun 1997-2001. Beliau adalah pakar agama YPK yang dijemput setiap bulan untuk berceramah dalam majlis YPK. Oleh kerana saya adalah Penolong Pengarah Program YPK saya telah diarah untuk mengatur ceramah buat beliau yang diadakan di setiap daerah di Terengganu. YPK mempunyai ramai pakar termasuk Prof Dr Hamid Arshad, Dr Ismail Thamby, Prof Datuk Dr Lokman Saim dan ramai lagi. Oleh kerana ramai pakar datang dari Kuala Lumpur, maka YPK sediakan tiket kapal terbang kepada mereka dan kami pegawai YPK sebagai pegawai pengiring menyambut mereka di lapangan terbang Sultan Mahmud. Tetapi oleh kerana Dr Uthman tinggal di Pasir Mas, biasanya kami pergi ke Psir Mas mengambilnya dan menghantarnya balik dengan kereta volvo pejabat. Banyak kali saya berpeluang mengiringi beliau. Beliau adalah seorang intelektual yang suka membaca dan ilmunya amat luas. Saya difahamkan tesis B.Anya di Universiti Malaya terus diiktiraf menjadi tesis M.A kerana hebatnya penyelidikan beliau. Beliau adalah satu-satunya ulama yang boleh berceramah dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu tidak hairan beliau dibawa Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke Vatican City menemui Pope, padri besar di dunia. Hari ini negara kita kehilangan seorang ulama yang masyhur yang mempertahankan sunnah waljamaah dan beliau menentang fahaman wahabi secara konsisiten. Ilmunya yang tinggi kerana luas pembacaan menyebabkan beliau dihormati oleh semua cendekiawan tempatan dan antarabangsa. Alfatihah buat beliau.

Sabtu, Mei 05, 2012

FICKRY YAACOB DALAM KENANGAN

Pagi ini saya terbaca berita kematian Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacob. Saya mengenalinya ketika bertugas dengan akhbar WATAN pada 1 April 1987. Ketika itu akhbar WATAN diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf dengan Fickry selaku Ketua Pengarangnya manakala Haji Khairune Ali (kini penerbit akhbar Warta Perdana) sebagai Pengarangnya. WATAN mendapat sambutan hangat ketika itu kerana menyiarkan berita Team A dan Team B yang sedang berentap dalam pertandingan Presiden Umno pada 24 April 1987. Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam mencabar Dr Mahathir Mohamad dengan Ghafar Baba. Fickry ada kolumnya sendiri mewawancara tokoh-tokoh politik utama negara ketika itu. Saya masih ingat WATAN pernah menganjurkan satu majlis di KL International Hotel yang dihadiri oleh Datuk Peter Chin selaku Setiausaha Parlimen di sebuah kementerian (saya lupa kementeriannya). Pada malam itu Fickry selaku boss akhbar WATAN sepatutnya berucap mengalu-alukan kedatangan Peter Chin sebaliknya beliau tidak suka berucap. Beliau menyuruh saya mewakilinya menyampaikan ucapan bagi pihak akhbar WATAN. Beliau seorang yang rajin datang menjenguk kami ketika kami ada deadline. Dia datang awal jam 9 malam kemudian menghilangkan diri. Jam 2 pagi bila semua grafik nak siap, beliau muncul semua menyemak grafik akhir. Beliau seorang yang tidak suka bercakap banyak. Saya jarang ke biliknya kecuali dia panggil saya. WATAN dibatalkan permitnya pada Oktober 1987 ketika operasi lalang. Turut menjadi mangsa ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh yang kononnya memainkan isu-isu perkauman. Apabila WATAN dihidupkan semula pada Mac 1988, saya dilantik Penolong Editor akhbar WATAN.WATAN diterbitkan tiga kali seminggu jadi setiap kali deadline Fickry rajin menemani kami. Beban saya makin berkurangan apabila Jamaluddin Aziz (kini orang kanan di HQ Umno) ditukarkan dari akhbar Bacaria ke akhbar WATAN turut dilantik sebagai Penolong Editor juga. Pada awal 1989, saya ditukarkan ke Sabah selama hampir tiga tahun. Pada tahun 1992, saya berhenti dari Karangkraf apabila ditukarkan ke bahagian iklan. Ketika itu jualan akhbar Watan makin merosot. Fickry tidak kata apa-apa ketika saya menghantar surat peletakan jawatan sebagai wartawan Watan. Sejak itu saya tidak pernah menghubungi Fickry sampailah sekarang tetapi saya masih ingat beliau tetap seorang boss yang baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Fickrylah yang mengasaskan Kumpulan Karangkraf bersama adiknya, Datuk Hishamuddin dan sepupunya, Nasir Hamzah. Akhbar Sinar harian melaporkan j
enazah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, jam 2.13 petang tadi. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. Jenazah dibawa dari rumah Allahyarham kira-kira jam 10.50 pagi tadi diiringi anak-anak dan kenalan rapat. Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham pagi tadi ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Turut menziarahi lebih 400 pekerja dan karyawan Kumpulan Media Karangkraf. Allahyarham yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Haji Fickry menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 malam tadi, dipercayai serangan jantung dirumahnya. Sebelum itu, Allahyarham sempat berkomunikasi dengan anaknya yang sedang menuntut di Kanada menggunakan Skype. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata. Dalam pada itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih atas pemergian arwah yang dikenali sejak menuntut di tingkatan enam Maktab Adabi, Kota Bharu, Kelantan. "Waktu itu beliau (Datuk Fickry) mengajar di (Maktab Adabi) sewaktu abangnya Fahmi menjadi pengetua di situ. Saya juga rapat dengan keluarga arwah kerana bapa Allahyarhami Yaacub Idris seorang penjual buku terkemuka di Kelantan," katanya. "Beliau tidak banyak bercakap hal politik dan lebih menumpukan kepada kerjanya. Sepanjang mengenali arwah, saya lihat beliau seorang yang 'simple', malah apabila kami bertemu beliau lebih banyak bergurau dari bercerita hal serius. "Selepas tamat belajar, saya jarang berjumpa arwah dan seingat saya kali terakhir kami berjumpa kira-kira dua atau tiga bulan lepas. Kali terakhir saya menghubungi arwah kira-kira sebulan lalu melalui sistem pesanan ringkas," katanya lagi. Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang menyifatkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan dan lambang kejayaan orang Melayu dalam bidang persuratkhabaran. “Allahyarham dan adik-beradiknya berjaya membuktikan tanpa bantuan kerajaan, orang Melayu juga boleh maju dalam industri persuratkhabaran yang mencabar untuk diterokai,” katanya yang turut hadir memberi penghormatan terakhir di Masjid At-Taqwa. Azman berkata, walaupun baru mengenali Fickry, Allahyarham boleh dilihat sebagai contoh dalam dunia perniagaan melalui sikap dedikasinya dan beliau juga seorang tokoh di belakang kejayaan Sinar Harian dan Karangkraf pada hari ini. “Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham pada satu program wacana di Karangkraf dan saya sedih kerana telah hilang seorang kawan,” katanya. Fickry berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan industri surat khabar. Beliau pernah menjawat tugas sebagai pendidik di Maktab Adabi di Kota Baharu dan kemudian sistem belajar melalui pos yang dinamakan Adabi Gaya Pos bersama beberapa rakannya. Dalam bidang persuratkhabaran, beliau pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan editorial antaranya ialah sebagai Penerbit Eksekutif Akhbar Eksklusif dan juga menjadi Ketua Editor Akhbar Watan. Beliau juga memainkan peranan besar dalam melahir dan menjanakan idea ketika penubuhan awal Sinar Harian. Beliau terus aktif menulis dan mempunyai kolum tetap di dalam akhbar ini serta sentiasa memantau perkembangan akhbar berkenaan.

Sabtu, April 21, 2012

KAMARUDIN LUISIN DALAM KENANGAN

Pagi tadi jam 7.14 pagi saya menerima sms dari Mudi Dubing di Kota Kinabalu mengatakan wartawan Sabah Times, Kamaruddin Luisin sudah meninggal dunia. Beliau berusia 47 tahun dan masih bujang. Dua hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, Ghani Miyasin bahawa Kamaruddin dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kerana koma akibat penyakit darah tinggi. Menurut Ghani, Kamaruddin tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya memakan ubat. Kali terakhir saya menemui Kamaruddn pada Jun tahun lepas di Kota Kinabalu. Setibanya saya di airport beliau telah mengambil saya dengan kereta Proton Saganya ke Hotel Century Inn. Saya kenali Kamaruddin sejak tahun 1989 ketika bekerja dengan Watan di Sabah. Saya ambilnya sebagai stringer Watan. Bila saya jejak kaki di Kota Kinabalu buat kali pertama pada tahun 1989, saya menyewa rumah di Mandarin Park. Rumah dua tingkat untuk dijadikan pejabat dan rumah kediaman. Kamaruddin duduk sekali dengan saya di bilik tingkat bawah. Bila saya balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1991, hubungan saya dengan Kamaruddin tidak pernah putus. Setiap kali saya ke Kota Kinabalu saya akan temui Kamaruddin yang tetap membujang sampai ke akhir hayatnya. Dia seorang pendiam, soft spoken dan saya sendiri pun tak tahu kenapa dia tak pernah kahwin. Saya sendiri tak pernah nampak dia bawa kawan perempuan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Rabu, September 14, 2011

YUSOF MOHD AMIN DALAM KENANGAN



Pagi ini saya terima sms daripada sahabat lama di YPK, Nazri Yusof yang minta maaf tidak dapat hadiri majlis perkahwinan anak saya di Pasir Gajah, Kemaman pada 10 September lalu kerana ayhanya, Yusoff Mohd. Amin baru meninggal dunia pada 6 September lalu.

Ketika bertugas dengan YPK (1997-2001) saya banyak kali menemui Pak Yusoff di rumahnya di Kampong Calok Kedai. Salah seorang menantu beliau ialah Datuk Mahazan Mansor pemilik syarikat Mazateguh Sdn Bhd yang menyiapkan bangunan ITC di Pupuk Semangat, Teluk Kalong, Kemaman.

Ketika Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman menjadi ADUN Langkap, Pak Yusof pernah dilantik sebagai Setiausaha Penyelaras DUN Langkap. Adiknya DatukGhani Mat Amin pernah menjadi ADUN Setiu selama tiga penggal (1964-1974) dan beliau pernah dilantik Exco Kerajaan Terengganu.

Bekas calon Perikatan Dewan Undangan Negeri kawasan Setiu dalam Pilihan Raya Umum 1959, Yusoff Mohd. Amin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Calok Kedai di sini, kira-kira pukul 10 pagi 6 September lalu.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai Penyelia Kemas Parlimen Kuala Nerus dan Setiu dan mempunyai sembilan anak, 33 cucu dan 6 cicit itu meninggal akibat sakit tua.

Menurut anak ketujuhnya, Nazri, 44, semasa hayatnya, Allahyarham bukan sahaja terbabit dalam pelbagai kegiatan politik malah turut berkerjasama menjayakan pelbagai program Badan Bukan Kerajaan (NGO) di daerah Setiu.


Nazri yang bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai termasuk pemimpin masyarakat yang hadir menziarah jenazah dan mengucpakan takziah.

Katanya, jawatan terakhir bapanya ialah Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Setiu selain pernah diberi kepercayaan berkhidmat dalam Majlis Daerah Setiu, Pertubuhan Peladang Setiu serta beberapa pertubuhan belia semasa zaman mudanya.

"Susur galur perjalanannya dalam politik dan khidmat kepada masyarakat sangat panjang. Bermula apabila dia dipilih sebagai calon Perikatan pada usia 22 tahun.

"Walaupun tewas kepada calon PAS, Daud Samad yang dilantik sebagai Menteri Besar pada ketika itu, semangatnya terus kental untuk berbakti dengan mengasaskan UMNO Cawangan Gong Terap sebelum menyertai pergerakan pemuda UMNO Bahagian pada ketika itu," katanya ketika ditemui wartawan Teganukita di rumah arwah bapanya, petang semalam.

Kata Nazri, pemergiannya cukup menyentuh hati kerana sebelum itu adik kepada bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Allahyarham Dato' Abdul Ghani Mohd. Amin itu sempat melaksanakan impiannya mengumpul kaum keluarganya pada hari raya ketiga lalu.

Ujarnya, setelah tiga tahun arwah berusaha, buat pertama kalinya, hampir 1,500 ahli keluarga keturunan Tok Bilal Ali dari generasi ketiga hingga keenam berkumpul dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Sivik Kampung Gong Terap Calok.

Tok Bilal Ali dikatakan hidup sekitar 1900-an yang dipercayai mengasaskan Kampung Bukit Calok, yang berkembang menjadi Kampung Penarik ketika itu.

Keturunan Tok Bilal Ali diteruskan oleh Mat Amin (Tok Bilal Mat Amin) yang akhirnya meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia lingkungan 80-an.

"Perjumpaan keluarga berkenaan bagi memberi pendedahan kepada generasi baru Tok Bilal Ali tentang susur galur keturunan keluarga agar jati diri dapat diterapkan di dalam jiwa mereka.

"Saya tidak sangka acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli keluarga dan amat gembira kerana ramai ahli keluarga Tok Bilal Ali berkumpul," katanya.

Kata Nazri, itulah kerja terakhir ayahnya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Jumaat, Ogos 19, 2011

CIKGU HAJI YUSOF DALAM KENANGAN


Dalam posting sebelum ini, saya menulis bahawa datuk saya, Haji Abdullah Omar yang duduk di Pasir Gajah, Kemaman menikahi anak Cikgu Haji Yusof Kemasik iaitu Hajah Zaharah.Dalam posting kali ini saya mahu menulis tentang moyang saya ini, Cikgu Haji Yusof.Kisahnya pernah disiarkan dalam sebuah majalah (saya lupa tajuknya)pada tahun 8oan dahulu.

Beliau meninggal dunia di Kemasik pada tahun 1974 ketika saya berusia 15 tahun. Ketika itu saya belajar di MRSM, Seremban. Saya tak sempat balik ke Kemasik melihat pengkebumian beliau. Dikatakan jalanraya Kemasik terpaksa ditutup kerana ribuan anak muridnya menghantar jenazahnya ke kubur di tepi masjid Kemasik dari rumahnya di belakang Sekolah Kebangsaan Kemasik.

Beliau bukan sahaja seorang guru agama malah seorang guru silat. Sebab itu beliau mempunyai ramai anak muridnya di seluruh Terengganu. Cikgu Haji Yusof berasal dari Paloh, Kuala Terengganu dan beliau pernah berguru dengan Tok Ku Paloh.Tanah asalnya diberi kepada anaknya, aruah Mohd Nor (ayah kepada Pengerusi PEKIDA Terengganu, Cikgu Ghazali Mohd Nor yang kini menetap di Dungun).

Saya pernah menemui anak muridnya yang hebat, Tok Ki Ali di Kg Kemat, Kuala Berang. Beliau banyak belajar silat dari Cikgu Haji Yusof. Beliau pernah bercerita bahawa Cikgu Haji Yusof pernah bersilat dengan Kiai Saleh ketika beliau mengembara ke Batu Pahat, Johor. Beliau pernah menikahi orang Batu Pahat. Cucunya, seorang polis pernah berkhidmat di Balai Polis Air Puteh pada tahun 1980an.Kini dia balik bekeja di Johor (saya lupa namanya).

Beliau pernah bersilat dengan anak muridnya di atas bumbung rumah. Beliau juga mengamalkan tarikat naqsyabandiah.Dia suka bangun malam solat tahajud.Beliau selalu pesann kepada anak cucunya yang dalam kecemasan, sebut namanya, dia akan muncul. Cucunya, Nawawi yang duduk di Kajang sentiasa bertemu dengan Cikgu Haji Yusof.

Walaupun Cikgu Haji Yusof adalah guru agama, orang tak panggilnya Ustaz sebaliknya Cikgu Haji Yusof. Dia mengajar di balai polis Kemaman malah turut menerima jemputan mengajar di tempat lain.Saya diberitahu oleh Kisfi Zainal, kawan saya yang duduk di Air Putih bahawa dia sempat belajar dengan moyang saya di surau Teladas.

Bayangkan pada tahun 70an bukan mudah pergi ke Air Puteh dari Chukai. Bukannya ada kereta atau bas yang jarang-jarang ada. Tidak seperti hari ini setiap kampung banyak kereta orang kampung. Biasanya dia akan bermalam di Air Putih kalau gilirannya mengajar di surau Teladas.

Kisfi pernah bersama bapa saudaranya tengok kehebatan Cikgu Haji Yusof. Petang itu dia baru sampai di Teladas tiba-tiba selepas maghrib dia beritahu isterinya sakit. Orang ramai pelik macam mana beliau tahu isterinya jatuh sakit sedangkan ketika itu tiada handphone. Dia kata nak balik juga malam itu ke Kemasek. Mana orang kampung ada kereta nak hantarnya balik ke Kemasik.

Sampai di suatu tempat dia suruh bapa saudara Kisfi dan Kisfi berjalan di hadapan. Selepas itu dia ghaib. Bila bapa saudara Kisfi dan Kisfi berpaling ke belakang, Cikgu Haji Yusof sudah tiada.Mereka hairan Cikgu Haji Yusof balik ke Kemasik dengan apa.

Baru ini saya temui Che Wan Adnan Che Wan Idris, bekas Presiden Kelab UMNO London yang sempat berguru dengan Cikgu Haji Yusof. Dia ingat pesanan moyang saya sewaktu belajar di London supaya jangan berzina, minum arak dan berjudi.

Ramai anak muridnya menceritakan kehebatan Cikgu Haji Yusof. Pernah dia mahu menyeberang sungai tiada perahu. Dia panggil buaya dalam sungai, dan dia berjalan di atas buaya menyeberangi sungai itu.Pernah juga orang lihat dia tahan bas di Kemasik tetapi bas tidak berhenti. Bila sampai di Chukai orang nampak dia turun dari bas.

Cikgu Haji Yusof seorang yang sayangkan cucu-cicitnya. Bila setiap kali kami balik berhariraya di Kemasik sewaktu kami kecil, dia akan peluk kami stail orang Arab.Selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1974, kami tidak berhari raya di Kemasik lagi.

Sebelum itu setiap tahun kami akan berhari raya di Kemasik. Maka ramailah cucu-cicitnya berkumpul. Beliau menikahi dengan 10 orang perempuan tetapi semuanya dia cerai kecuali Tok Nik (moyang kami) dengan isteri mudanya Tok Da Kembang yang masih sihat di Kemasik kini.

Selasa, Oktober 05, 2010

SAMSURI ROSLAN DALAM KENANGAN


Petang semalam rakan lama di karangkraf, Armazi Ahmad datang ke pejabat saya memberitahu berita kematian Samsuri Roslan dua hari lepas. Saya terkejut mendengar berita kematian itu kerana empat hari lepas ketika saya ke Kapar menemui seorang rakan saya teringat padanya kerana sudah lama kami tidak bertemu.

Saya cadang nak singgah di rumahnya di Meru tetapi saya tak tahu rumahnya dan tak tahu nombor handphonenya. Sudah dua tahun kami lost contact setelah akhbar Watan ditutup pada April 2008.Saya rasa terkilan kerana tak sempat menemuinya sedangkan menurut blogger Mohd sayuti Omar, beliau telah masuk ke hospital sejak dua minggu kerana diserang angin ahmar.


Beliau adalah kolumnis Watan ketika Baha Azwan menhgidupkan semula Watan pada tahun 2007 yang mana saya menjadi editornya. Kami hanya bertemu sekali sahaja ketika menawarkannya untuk menulis di Watan. Kami lebih banyak berhubunmg melalui telefon dan e mail.

Saya mengenalinya sejak menyertai akhbar Watan di Karangkraf pada tahun 1987. Ketika itu saya adalah wartawan baru Watan yang diketuai oleh Haji Khairune Ali, kini penerbit Warta Perdana. Sejak itu kami berkawan rapat. Beliau adalah seorang yang rapat dengan setiausaha politik Menteri pelajaran, Datuk Seri anwar Ibrahim ketika itu iaitu Datuk Mohd. Sarit Jusoh.

Aruah juga adalah saudara kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Miskon Sutero. Ketika saya dilantik sebagai penolong editor akhbar watan pada tahun 1988 selepas permit Watan yang diharamkan sewaktu operasi lalang 1987 , Samsuri membantu saya sebagai pengarang rencana.

Beliau ditugaskan memilih rencana untuk disiarkan oleh akhbar watan. Pernah saya berpolimik dengan Mohd. Shiffi mengenai politik Terengganu. Saya tanya dia siapa Mohd. Shiffi, sampai ke sudah dia kuat menyimpan rahsia tidak memberitahu saya siapa penulis yang menggunakan nama samaran Mohd. Shiffi itu walaupun saya adalah bossnya.

Pada tahun 1998, beliau ada permit majalah Detik yang dikendalikan oleh Ahmad Lutfi Othman yang kini merupakan editor akhbar Harakah. Detik begitu panas sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Detik akhirnya tidak disambung permit kerana kononnya ia menggugat keselamatan negara.

Sejak Detik berkubur, kami tetap berhubung dan akhirnya bila Watan diterbitkan semula pada tahun 2008 kami bertemu kembali. Tetapi sayangnya nyawa Watan tidak kekal lama. Sejak itu kami terputus hubungan.

Lima hari lepas saya ke Kapar dan saya teringat padanya. Saya ingin ketemunya tetapi tak tahu rumahnya dan tak tahu nombor handphonenya. Saya masih ingat pada tahun lepas menjelang hariraya aidilfitri beliau lama menelefon saya menceritakan perkembangan terbaru dirinya. Kami janji nak jumpa tetapi hingga ke saat-saat akhir saya tidak sempat menemuinya. Itu yang membuatkan saya terkilan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Al fatihah.

Sabtu, Julai 31, 2010

DATUK HAJI IBRAHIM AZMI DALAM KENANGAN


Petang semalam saya berada di The Mall selepas melawat pameran Franchise di PWTC. Di Secret Recipe saya menemui rakan dari Kuala Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar bersama dua orang Exco dari Terengganu.

Seorang Exco itu saya kenalinya sejak kecil. Saya pernah hentamnya dalam buku saya 10 tahun lalu. Dia kuat berdendam. Sampai sekarang dia tak tegur saya. Saya sempat bersalam dengannya. Lansung dia tak tegur saya. Saya pun angkat kaki pergi ke Tingkat 4, The Mall.

Saya diberitahu nama Exco itu pernah disebut-sebut bakal MB menggantikan Datuk Ahmad Said. Saya hairan macam mana dia nak jadi MB sedangkan dia tidak bersifat terbuka dan pemaaf. Dia patut belajar dari MB sekarang, Datuk Ahmad Said yang memaafkan musuh politiknya. Semua tahu Ahmad pernah berkrisis dengan Zahari Said akhirnya dia melantik Zahari sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian(1993-1998) dan Setiausaha UMNO bahagian(2000-2008). Oleh itu jika Exco ini masih berangan nak jadi MB, dia kena berjiwa besar seperti Ahmad Said.

Saya sempat bersembang dengan Fakrul di Tingkat 4 satu jam kemudian. Fakhrul terlupa beritahu saya berita kematian bekas ahli parlimen Kuala Nerus (1986-1990), Datuk Haji Ibrahim Azmi Hassan. Petang ini saya terbaca akhbar baru saya tahu kematiannya. Yang peliknya kawan rapat Ustaz Ibrahim, Tok Mulu Dalam tidak pula sms saya mengenai berita kematian itu.

Saya kenali Ustaz Ibrahim sejak bekerja dengan WATAN pada tahun 1987. Ketika itu beliau aktif dalam Team B yang diketuai oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah.Saya selalu menemuinya di parlimen untuk mendapatkan pandangannya untuk akhbar WATAN.

Andainya dalam pertandingan 24 April 1987, team B menang, Ustaz Ibrahimlah bakal Menteri di Jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam. Tetapi team A yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menang maka Ustaz Ibrahim hanyut dalam karier politiknya.

Pada tahun 1990, BN meletakkan veteran Datuk Abdul rashid Mohamad untuk menentang Ustaz Ibrahim, maka kalahlah Ustaz Ibrahim yang bertanding di atas tiket Parti Semangat 46. BN menang di Kuala Nerus kerana undi pos yang banyak di kem askar Seberang Takir. Menurut beliau, "saya menang di kampung-kampung tetapi dalam kem saya kalah".

Ustaz Ibrahim lama belajar di Mesir. Maka beliau terikut stail orang Arab yang tidak tidur malam. Selepas solat subuh baru dia masuk tidur. Tengahari baru dia bangun melayan rakyat menemuinya di rumahnya di Batu Buruk.Saya pernah layaninya selepas interbiu beliau di hotel Grand Continental. kami bersembang di biliknya sampai jam 5 pagi. Dia belum mengantuk sedangkan saya yang sudah mengantuk terpaksa order kopi dua kali untuk hilang mengantuk.

Kelebihan rumahnya itu di Batu Buruk beliau tidak pernah tutup tingkapnya pada waktu malam. Selepas Ku Li membubarkan Semangat 46, beliau menyertai UMNO bersama Ku Li. tetapi kedatangannya semula ke dalam UMNO tidak begitu disambut oleh ahli UMNO.

Beliau dilantik sebagai ahli pemikir JASA. Selepas itu beliau dilantik oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said sebagai penasihat agama dan politik di pejabat MB.Beliau yang sederhana mudah ditemui di mana-mana.

Saya pernah bayangkan kepada beliau jika beliau diberi peluang bertanding di DUN Bukit Tunggal pada pilihanraya umum akan datang, adakah beliau sedia bertanding? beliau menjawab sedia menggalas amanah itu dan beliau yakin BN dapat merampas semula kerusi DUN itu dari tangan PAS jika beliau dipilih sebagai calon.

Saya banyak kali terserempak dengan beliau di The Mall. Walaupun saya bukan lagi wartawan WATAN, beliau tetap menganggap saya sebagai wartawan WATAN dan sering memberi pandangan dalam politik dan agama. Saya amat terasa kehilangan beliau sebagai seorang rakan dan seorang guru agama. Al Fatihah buat Datuk Haji Ibrahim Azmi!

Ahad, September 27, 2009

RAHIM BAKAR DALAM KENANGAN


Apakah satu satu nya ingatan yang kebanyakan dari kami, jenerasi immediately selepas Dato Rahim Bakar ada tentang beliau? Dalam tahun2 akhir 70an, saya baru hendak memasuki university Malaya. Rahim Bakar ketika itu sudah pun jadi menteri Besar Pahang. Memory yang terpahat dalam ingatan kami dan memberi impression kepada pelajar pelajar university ialah Rahim Bakar adalah jebat moden.

Beliau lah orang yang di katakan 'mendurhaka' kepada Sultan Pahang melalui keengganan beliau meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak Istana. Tapi ramai orang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja didalam menilai Rahim Bakar. Walhal, Dato Rahim Bakar lebih ketara dalam perwatakan nya sebagai seoang yang mempunyai no-nonsence dalam mentadbir negeri Pahang. Sebelum memasuki lapangan polituik, Rahim Bakar sudah pun mejadi pengurus besar PKNP ketika itu. Bakat pengurusan nya di 'lihat' oeh Hussein Onn yang menjadi PM. Hussein Onn sebagai mana yang kita tahu ialah seorang yang hidup dengan disiplin. Dalam Rahim Bakar, Hussein Onn melihat ujud suatu 'kindered spirit'. Rahim Bakar di lihat sebagai seorang yang mahu menjalankan kerja yang betul dan betul betul kerja.

Kehadiran Rahim Bakar dalam senario politik Pahang yang di ramaikan dengan tokoh tokoh yang melihat tugas wakil rakyat dan ahli politik sebagai suatu kerjaya yang hanya untuk mengisi masa dengan keraian dan suka ria, tentulah mengjengkilkan Rahim Bakar yang berperwatakan ' a man in a hurry'. Terlalu banyak perkara yang di lihatnya perlu di tukar. Working ethics sang wakil rakyat, cara negeri memantau pengurusan syarikat syarikat milik kerajaan dan yang terlebih penting, bagaimana kerajaan negeri menjalankan amanah mengurus harta benda milik rakyat.

Saya berpeluang berjumpa dengan Dato Rahim Bakar beberapa kali. Dato Rahim Bakar merupakan seorang sahabat karib kepada rakan saya, Wan Iqbal Wan Hamid. Wan Iqbal seperti saya, merupakan bekas ADUN dalam satu kawasan di Parlimen Pekan. Rahim Bakar banyak menhadhiri majlis majlis yang di adakan oleh Wan Iqbal sama ada bersifat rasmi atau secara informal seperti majlis makan makan di rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar has no problem interacting with a younger and crtical generation.

Maka di rumah saudara Wan Iqbal inilah saya berkesempatan bertemu dengan Dato Rahim Bakar dan berpeluang mendengar dan menimbang 'kedalaman' fikiran Dato Rahim Bakar. Kali terakhir saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah kira kira 5-6 bulan yang lalu di rumah Wan Iqbal. Kebetulan waktu itu, hanya kami bertiga sahaja yang ada dan kami telah dapat bercakap secara terbuka dan candid.

Dato Rahim Bakar ada menyentuh mengenai pergeseran dengan pihak Istana. Cerita nya tidak lah seperti yang di gambarkan oleh pihak media. Diantara beliau dengan pihak Istana tidak ada pergeseran yang fundamental. Rahim Bakar terus dan secara konsisten, mendaulatkan institusi Istana. Dia hanya berbeza pendapat apabila kepentingan rakyat tidak sehaluan dengan kepentingan Istana. Dan apabila kepentingan rakyat bertembung dengan kepentingan Istana, kepentingan rakyat di dahulukan. Ertinya, Rahim Bakar melihat tugas primary nya ialah menjadi menteri besar kepada rakyat. Dia tidak berkonflik dengan pihak Istana- dia hanya tidak berkompromi diatas kepentingan rakyat.

Konflik yang terurai ke pengetahun umum dan di dramakan oleh pihak media, adalah suatu konflik yang di reka oleh petualang petualang politik. Rahim Bakar menerangkan bahawa kehendak pihak istana semua di selesaikan setakat yang di perbolehkan. Selebih yang di perbolehkan, Rahim Bakar bertegas dalam hal tersebut. Yang tak boleh, tetap tidak di bolehkan. Dan dia tidak buat keputusan sendiri. Kesemua di bincang dalam exco. Dan Rahim Bakar menerangkan dalam banyak kes, exco bersetuju dengan tindakan yang di ambil. Mistake Rahim Bakar ialah membuat andaian semua orang ikhlas seperti nya. Sebab ada dalam barisan exco dan ADUN2 ketika itu yang bermuka muka. Mereka lah yang berkejaran ke istana menambahkan cerita bahawa Rahim Bakar lah ketua pendurhaka.

Apa yang saya hendak nyatakan disini, ialah Rahim Bakar tidak berkonflik dengan istana. Aspek ini sengaja di gembar gemburkan oleh musuh poilitik nya. Apa yang dia ada, yang tersangat kurang pada diri kebanyakan pimpinan UMNO hari ini ialah tidak berkompromi diatas prinsip.

Ada dua perkara yang saya ingat daripada pertemuan saya dan rakan rakan lain dengan Rahim Bakar. Kali pertama saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah sebaik sahaja pilihanraya ke 12 berlansung. Kami telah bertemu di rumah Wan Iqbal untuk bertukar tukar pendapat mengenai masa depan UMNO.

Dalam pertemuan yang pertama ini, beberepa bakas ADUN yang di gugurkan hadir sama. Majlis kali pertama di hadiri 7-8 orang. Terdapat 2 atau 3 orang yang telah memutuskan untuk berkerat arang dan berpatah rotan dengan UMNO. Mereka telah memberi alasan mengapa UMNO yang menyepak mereka keluar, harus di tinggalkan.

Rahim Bakar yang merupakan bekas MB dan bekas Ahli MKT UMNO mendengar dengan penuh perasaan 'kebapaan' terhadap rintihan bekas bekas ADUN.

Pada penghujung perbincangan Rahim Bakar telah bertanya satu soalan. Sudahkah anda semua fikirkan mengenai alternative kepada UMNO?

Soalan tersebut disambut dengan beberapa jawapan yang tidak bersemangat dan kurang meyakinkan. Rahim Bakar meneruskan- with respect kepada perasaan yang menyerlah pada hari ini, kita semua kena fikirkan mengenai alternative kepada UMNO.

UMNO itu, landasan perjuangan nya apa? Jawapan nya ialah Melayu dan Islam. Ini prinsip asas UMNO. Melayu erti nya, UMNO itu tempat suaka tenteram orang Melayu. Itulah tempat bergantung harap orang Melayu ketika susah dan perlindungan kepada malapetaka. Bagaimana status sebagai tempat bergantung harap dan bentuk mana perlindungan di beri tertakluk kepada kualiti kepimpinan UMNO. Bahagian itu kita boleh berbeza pendapat tapi bahagian fundamentals dan asas kita tidak berkompromi. UMNO tidak boleh meningalkan dua perkara ini- iaitu peranan nya sebagai tempat bergantung orang Melayu dan pendukung agama Islam.

Saya faham saudara saudara semua tengah marah- tapi fikirkan hal ini. Boleh kah PKR memainkan peranan ini? Saya tidak fikir mereka boleh lakukan ini. Kepada saya, UMNO sudah pun nazak, kerana ia sudah tidak faham fundamentals perjuangan UMNO. Alternative yang paling serious saya lihat ialah PAS. Sama ada saudara boleh melanggani prinsip perjuangan PAS, saya tidak tahu.

Saya tidak menyokong atau suruh saudara saudara menyokong PAS. Tapi lihat secara rasional- jika UMNO gagal, alternative nya hanya satu- PAS. Saya tak cadang kita semua berbondong bondong masuk PAS- tapi think of the possibility of aligning with PAS.

Rahim Bakar telah berjaya mengutarakan satu persoalan yang membuat ramai antara kami melupakan tujuan kami bertemu pagi itu. Secara kebetulan, dalam pertemuan itu, seorang emissary dari PKR juga turut hadir. Kami telah memberi dia peluang untuk berkempen mengapa PKR pilihan lebih baik dari UMNO.


You tahu, Ariff, Musa Hitam once told me- penyakit UMNO ni ialah penyakit tua. Ubat nya ialah meremajakan UMNO.

Saya tak tahu macam mana Musa Hitam berfikir, tapi pada saya, penghujung sakit tua ialah mati. Ini yang saya tengok berlaku pada UMNO. Tengok saja kualiti pimpinan UMNO. Ada setengah nya( identity di lindungi) entah apa apa cakap nya? Saya sendiri pun pernah menyergah pemimpin ini- apa yang kau cakap ini? Berbelit belit lah- kalau aku tak faham, orang lain lagi tak faham.

Saya lihat masaalah UMNO sekarang ialah masaalah mutu kepimpinan. Tak de prinsip. Sebab itu negeri Pahang ni tergadai. You tengok, berapa bayak harta benda negeri ini yang tergadai. Saya pergi ke Rompin tempoh hari, saya lalu ikut jalan Kuantan-Segamat. Tiba tiba saya tengok ladang IOI. Aik, saya tanya dalam hati- bila pulak IOI ini ada kat Pahang? Saya rasa masa saya dulu, saya lulus tanah ini kepada LKPP. Saya tanya rakan saya dalam kerajaan- macam mana ni terjadi. Bukan kah taanah ni LKPP punya dulu? Oh- LKPP kena paksa jual ke satu pihak, pihak ini yang jual ke IOI.

You tengok pula Berjaya Resort di Tioman. Ini dulu LKPP juga yang punya. Apa pasal LKPP jual ke Berjaya. It's the same modus operandi , kata Dato Rahim Bakar.

What's wrong with UMNO sekarang? You ada so many fronts to lawan. Tekanan Islam, pressure dari jenerasi muda, dari UMNO warlords,. Dalam keadaan begini, you perlu ketegasan. Don't compromise.

Saya nak beritau you satu wisdom yang saya sendiri belajar dari Hussein Onn. You tahu, dia ini bekas askar. Penuh disiplin dan ada ilmu ketenteraan. Dia kata pada saya- Rahim, you remember this- you want to go into battle, don't open up so many fronts.

Itulah beberapa perkara yang saya dapat ingat dari perbualan saya dengan Dato Rahim Bakar. Setelah bersalaman dan berassalamualaikum, kami pun beredar dari rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar drove off in his trusted old Benz with the number plate 55. Alfatihah- semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh nya.

(dipetik dari blog sakmongkol ak47)

Jumaat, Julai 31, 2009

DATUK SHAHIR DALAM KENANGAN

Bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Ahmad Shahir Daud, sempat menyambung tugas arwah bapanya mengajar agama di surau di kampung kelahirannya di Kampung Selingsing di sini sebelum meninggal dunia akibat barah usus, petang semalam.
Menurut balunya, Datin Naimah Mohd Nawi, 60, itulah khidmat terakhir Allahyarham sebelum menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai pendakwah selepas berkhidmat dengan kerajaan selama 24 tahun.Ahmad Shahrir, 73, pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malasyia (Jakim)
."Arwah lebih suka bercakap (berceramah) daripada menulis, sebab itu bila berkhutbah di masjid dia tidak suka membaca teks, walaupun disediakan pihak berkenaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Lorong Merican, Jalan Telipot, di sini Khamis.
Beliau berkata, Allahyarham merupakan pendakwah yang dedikasi, kerana walaupun dalam keadaan uzur beliau sanggup menyampaikan ceramahnya dan semasa hayatnya arwah sering diundang menyampaikan ceramah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan Kota Baharu.
Menurut Naimah lagi, allahyarham uzur sejak beberapa tahun lalu selepas terjatuh ketika mengubah suai rumahnya.Ahmad Shahir meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, kira-kira jam 5.30 semalam, selepas dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit barah usus pada Selasa lepas.
"Itulah khidmat terakhir arwah sebagai mewarisi tugas arwah ayahnya, Tuan Guru Haji Daud Mohd Amin," kata Naimah. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian, dekat sini jam 11 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan tiga anak perempuan dan seorang lelaki serta tujuh cucu.

Rabu, Mac 18, 2009

DATO' ABDUL JALIL YUSOP, DJUJ,PMC, PJK DALAM KENANGAN

Dah tiga hari saya tak sempat update blog ini. Kebetulan semalam 17 Mac, kami sibuk berpindah ke pejabat baru di Taman Putra Sulaiman berhampiran Ampang Point. Manakala kelmarin, Isnin, 16 Mac kami sibuk di Tanjong Ipoh, Kuala Pilah menghadiri majlis pengkebumian seorang wartawan WATAN, Dato' Abdul Jalil Haji Yusop

Beliau telah menerima gelaran Dato' (DJUJ), Orang-Orang Besar Undang Johol dari istana Sri Menanti Kuala Pilah pada tahun 2003 tetapi beliau adalah seorang low profile. Selain dari itu beliau menerima pingat PMC (2005) dan PJK (2002). Tiada seorang pun di antara kami mengetahui beliau adalah seorang Dato' bergelar.

Beliau menyertai WATAN pada awal Disember 2008.Pada mulanya sebagai Web Editor dan akhirnya sebagai News Editor menggantikan Shahilan M. Alias apabila Shahilan meletakkan jawatan pada Januari lalu. Saya mula kenali beliau ketika berada di Kumpulan Karangkraf pada tahun 1987. Ketika itu beliau bersama Bacaria yang sebumbung dengan akhbar WATAN.

Apabila kami menerbitkan semula akhbar WATAN pada Ogos 2008, beliau turut memohon jawatan sebagai wartawan WATAN. Pada awal Disember lalu beliau menyertai kami dan beliau sempat bersama kami selama tiga bulan sahaja.

Kami terkejut bila beliau diserang sakit jantung kerana sebelum ini beliau tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Berusia 51 tahun, beliau seorang yang suka bergurau. Ketika wartawan WATAN, Shukri Hashim meninggal dunia pada 17 Disember lalu, beliau banyak bergurau dengan aruah sehari sebelum beliau meninggal. Tidak sangka pula Dato' Jalil pula mengikut jejak langkah Shukri dalam tempoh tiga bulan.

Kali terakhir saya menemui Jalil pada hari Isnin, 9 Mac, minggu lepas pada hari deadline. Hari itu saya ada hal di The Mall dan saya callnya suruh dia datang awal ke pejabat. Bila dia sampai jam 11 pagi, dia pun kata saya nak keluar bolehlah. Sambil bergurau dia tanya saya, "Boss, hari ini nak jumpa janda mana pulak?". Saya tidak menjawab gurauannya itu.

Keesokannya, Selasa 10 Mac, dia tidak datang ke pejabat kerana katanya dia kurang sihat. Lusanya, Rabu 11 Mac, saya datang ke pejabat sekejap sahaja dan tak sempat menemuinya. Saya amat terasa kehilangannya kerana beliau adalah seorang rakan yang banyak membantu saya sepanjang berada di akhbar WATAN.

Beliau adalah seorang yang dedikasi. Walaupun tinggal jauh di Meru, dia tetap datang awal ke pejabat dan pulang lambat. Beliau jarang membantah jika ada assigment last minute. Dia akan patuhi tugasan itu walaupun terpaksa balik lambat.

Sesungguhnya WATAN telah kehilangan seorang wartawan yang dedikasi. Al Fatihah buat aruah Dato' Jalil dan takziah buat keluarganya. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Kamariah binti Mat Isa dan empat orang anak, seorang lelaki dan tiga perempuan, Mohd Farhan, 18 tahun; Nazurah, 17 tahun;Afiqah Farhanah, 12 tahun dan Athirah Suhailah, 11 tahun.

Khamis, Mac 12, 2009

PENULIS KENA TERBUKA


Para penulis buku politik diminta bersikap terbuka dalam mengemukakan pandangan mereka dalam buku masing-masing.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mereka boleh mengemukakan pandangan tetapi tidak boleh memaksa sesiapa untuk mengikut pandangan tersebut.

"Sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat dan tidak semestinya semua orang boleh bersetuju dengan pendapat kita," kata beliau ketika melancarkan buku Musli Oli berjudul KONSPIRASI POLITIK MELAYU di Chicken Hut di The Mall, Kuala Lumpur semalam.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berbangga dengan Musli Oli yang merupakan anak Bajau Kota Belud yang menulis buku tentang Melayu yang mana Bajau juga merupakan rumpun Melayu. Musli juga adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud dan salah seorang G7 dari Kota Belud. Musli juga ahli majlis tertinggi Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diketuai oleh Salleh.

"Kelebihan Musli beliau bukan sahaja boleh mengemukakan pandangan dalam bukunya siapa yang wajar dipilih dalam perhimpunan agung UMNO kali ini tetapi sebagai G7, beliau juga dapat menentukan siapa yang layak memimpin UMNO," kata Salleh.

Majlis itu dihadiri oleh sahabat handai dan beberapa penulis terkenal seperti Syed Husein al Atas, Yahya Ismail dan Sayuti Omar turut hadir.

Musli bukan sahaja boleh menulis tetapi beliau juga seorang tukang masak ketika isterinya ambil masters di Scotland, beliau menjadi chef di sebuah restoran orang Scottish. Malah beliau membuka sebuah restoran nasi lemak di Kota Kinabalu.

Salleh bangga dengan kejayaan Musli yang berjaya menjadi penulis buku Malaysia dan bukan tertumpu menulis isu-isu Sabah semata-mata.

Buku kelapan Musli ini mengisahkan masa depan UMNO dan menurutnya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka beliau akan merealisasikan impian Lee Kuan Yew yang mahu rakyat Malaysia sama rata. Ketika itu ketuanan Melayu sudah tidak bermakna lagi. Seperti kata Musli, Inggeris ambil kuasa raja Melayu dan serah kepada orang Melayu ketika merdeka tetapi kini orang Melayu pula berlindung di sebalik raja Melayu kerana takutkan dua Singh (Karpal Singh dan Gobind Deo Singh).