Ahad, Januari 29, 2017
DAP TAK TERIMA RUU355, TAKKAN PAS MAHU TERIMA DAP
MARANG, 27 Jan (Bernama) -- PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan DAP untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk memastikan kemenangan pembangkang pada PRU14.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelawaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu kedua-dua parti bergabung semula bukanlah satu perkara baharu malah isu gabungan parti pembangkang akan timbul setiap kali menjelang pilihan raya umum sejak dulu lagi.
Katanya kerjasama itu tidak akan berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah dalam kalangan umat Islam.
"Rang Undang-Undang 355 pun dia tak setuju, benda ni berkaitan dengan perkara asas dalam PAS untuk setiap dasar dan prinsip parti.
"DAP ada agendanya, PAS pun ada agenda juga.. .jika ada percanggahan agenda, macam mana nak ke arah itu (kerjasama).
"Pelawaan Kit Siang lebih kepada hendak menang, kita bukan sekadar nak menang pilihan raya sahaja, PAS mahu lakukan perubahan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, Jumaat.
Abdul Hadi mengulas mengenai pelawaan Lim baru-baru ini yang berharap dapat bergabung semula dengan PAS untuk memastikan kemenangan dalam PRU14.
Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih untuk melupakan PAS, Abdul Hadi secara sinis berkata:
"Tun M ni, berapa kali dia keluar masuk UMNO, berapa kali dia keluar, berapa kali dia masuk....tak konsisten".
Ditanya mengenai perbincangan antara PPBM dan PAS dijangka pada awal Februari ini, Abdul Hadi berkata perbincangan boleh dilakukan namun PAS hanya mengutamakan prinsip, dasar dan matlamat parti itu dalam setiap perkara sebelum diputuskan.
-- BERNAMA
Khamis, Januari 26, 2017
MENGARUT RAJA PETRA
Saya ketawa membaca tulisan Raja Petra Kamarudin (RPK) mengenai bekas Pengarah SPRM, Datuk Bahari Mohd Zain. RPK menulis kononnya Bahri ada proksi abang iparnya harta sejumlah RM100 juta.
Nampak sangat RPK ni mengarut. Seolah olah Bahri terlibat dalam rasuah yang beri abag iparnya jaga duitnya.
Arwah Zamly Abdullah adalah seorang yang cekal. Berasal dari Kemaman beliau anak Kemaman yang wajar dibanggakan kerana lulus SPM tapi ada harta RM100 juta. Beliau pada mulanya bekerja sebagai pump attendant di stesen minyak Esso milik bekas ketua pemuda Umno kemaman, Arwah Nazri Salleh.
Dari situ beliau memohon MLVK yang mana beliau buat kursus jahitan di Chukai, Kemaman. Ketika itu beliau baik dengan timbalan menteri sumber manusia, Datuk Dr Latif Ahmad. Dr Latif banyak membantunya dan rekomen kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Norden untuk memohon lesen kolej swasta.
Dari sini Zamly membuka Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) yang gah namanya satu masa dahulu ada cawangan di Kuala berang dan Bachok, kelantan. Kebetulan pengerusi KIST, ADUN kuala brang, Datuk Tengku Putera Awang.
Dari sini KIST membesar dengan banyak cawangan dengan mendapat pinjaman dari Bank SME. Zamly seorang yang berjimat cermat dan banyak beli tanah dan tidak hairan jumlah assetnya sekitar RM100 juta. Kebetulan saya terlibat dengan KIST untuk menjual segala bangunan dan tanahnya.
Saya berurusan dengan seorang Dato di Taiping untuk beli bangunan Plaza Damas di Sri Hartamas sebanyak RM23 juta. Dato yang kononnya ada duit di Hong Kong sampai sudah tak jadi beli bangunan itu.Juga saya terlibat menjual tanah KIST 100 ekar di Kuala brang kepada PRIMA. Saya temui CEO PRIMA, Datuk Mutalib yang juga junior saya di MRSM Seremban tetapi PRIMA nak beli murah tanah itu menyebabkan arwah Zamly tak jadi jual tanah itu kepada PRIMA.
Saya berurusan dengan adik Zamly, Datin Haslina isteri Datuk Bahari. Di sinilah saya kenali keluarga Zamly yang juga sekampung dengan saya di Kemaman. Oleh itu adalah tidak benar tuduhan RPK bahawa Zamly adalah proksi Bahari. Bisnes arwah Zamly tidak kena mengena dengan Datuk Bahari kerana beliau sebagai pegawai kerajaan adalah orang yang tegas.
Saya bukannya membela Datuk Bahari dalam isu ini tetapi bila saya mengenali Zamly tiga bulan sebelum beliau meninggal dunia, saya kagum dengan kehebatan beliau membangunkan KIST sedangkan beliau hanya lulus SPM sahaja. Cuma beliau silap strategi terlalu cepat buka cawangan di seluruh negara.

ORANG MELAYU BUAT KUIH BAKUL UNTUK PERAYAAN TAHUN BARU CINA
KEMAMAN, 25 Jan (Bernama) -- Kuih bakul atau 'Nian Gao' pastinya menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, namun tentu tidak ramai menyangka bahawa ada juga gadis Melayu yang mampu menghasilkannya.
Kuih bakul hasil air tangan Haziqah Nurul Huda Harun, 20, yang merupakan insan kurang upaya (OKU), lebih istimewa kerana beliau mempelajari pembuatan kuih itu dari sahabat Facebooknya, yang berasal dari Beijing, China, dua tahun lepas.
Ternyata, kuih bakul yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula hasil resepi gadis berkerusi roda ini lebih enak, apabila menerima tempahan tinggi iaitu 4,000 biji sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini dan tahun lepas beliau turut menerima tempahan 500 biji dari Singapura dan Qatar.
Kuih bakul Haziqah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, sentiasa 'menjadi' walaupun ada yang menyatakan penghasilan kuih bakul mempunyai banyak pantang larangnya.
Yaya yang tinggal di Kampung Bukit Kuang, di sini lumpuh selepas mengalami demam panas empat tahun lalu, berkata beliau mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan kuih bakul bermula daripada proses mengadun, mengukus sehinggalah proses pembungkusan.
"Proses untuk sediakan adunan memakan masa selama empat jam iaitu Yaya buat adunan 70 kilogram tepung secara manual. Selepas adunan dibuat, Yaya akan mengisi adunan tersebut dalam acuan sebelum mengukusnya selama 12 hingga 15 jam bergantung kepada saiz kuih.
"Selepas siap proses mengukus, kuih tersebut akan dibiar dan disejukkan selama sehari sebelum proses pembungkusan dijalankan," kata Yaya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata perniagaannya berkembang dari hari ke hari sehingga beliau mendapat tempahan hampir 2,000 kuih bakul setiap bulan dan ia bertambah sekali ganda menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.
"Selain kaum Tionghoa, Yaya juga dapat tempahan daripada syarikat minyak dan gas, kaum Melayu dan ada juga permintaan dari luar negara.
"Yaya hasilkan kuih bakul dengan dua perisa iaitu perisa asli dan perisa durian yang setiap satu dijual dengan harga RM8 hingga RM15 mengikut saiz," katanya.
Yaya berkata pada mulanya beliau hanya menggunakan modal RM300 hasil daripada duit raya yang diperolehnya, kemudian beliau terpaksa meminjam duit daripada bapanya Harun Che Muda, 62, untuk membeli barang kelengkapan.
"Yaya pinjam duit abah untuk beli oven, pengukus berkapasiti tinggi dan alat-alat lain...tetapi bila dah dapat untung, Yaya ganti balik duit abah dan sehingga sekarang Yaya habis dalam RM50,000 termasuk mengubah suai dapur untuk dijadikan tempat memproses kuih bakul, sesuai dengan keadaan fizikal Yaya, katanya.
Berkongsi saat getirnya, Yaya berkata suatu ketika beliau pernah menganggap masa depannya hancur apabila beliau tidak dapat menguruskan diri dan hanya mampu terlantar hampir dua tahun.
"Masa tu Yaya tingkatan empat, Yaya diserang demam panas kemudian kedua-dua mata tidak dapat melihat dan doktor juga beritahu gegendang telinga Yaya pecah. Yaya terpaksa berhenti sekolah awal dan ketika itu Yaya terlantar...hanya kepala sahaja yang dapat bergerak.
"Tapi, alhamdulillah berkat dorongan mama dan abah, Yaya bangkit semula dan mereka berdua yang banyak membantu Yaya untuk melakukan fisioterapi di rumah sehinggalah sekarang ini Yaya dapat bergerak menggunakan kerusi roda walaupun kaki sebelah kiri belum pulih dan tak dapat bergerak," katanya.
Gadis cekal ini berkata beliau berhasrat membuka bengkel dan menggaji pekerja untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
"Sebenarnya kuih bakul ini Yaya hasilkan setiap bulan kerana ada permintaan daripada pelanggan. Selain kuih bakul, Yaya turut menjual kuih bulan yang menawarkan 29 perisa dan ia dijual dengan harga RM6 hingga RM14 mengikut saiz.
"Lepas ini, insya-Allah Yaya nak kembangkan lagi bisnes dan Yaya berhasrat untuk buka bengkel serta menggaji pekerja sebab nak buat seorang diri dengan kuantiti yang lebih banyak memang tak mampu," katanya.
Beliau yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak turut berharap agar kerajaan negeri membantunya untuk merealisasikan harapan untuk membina sebuah bengkel bagi memudahkan urusannya.
"Ini sahaja yang Yaya mampu buat untuk masa sekarang...Yaya tak pernah mengikuti mana-mana kursus dan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yaya harap sangat ada pihak yang sudi membantu," katanya.

Rabu, Januari 25, 2017
LIM KIT SIANG TAK SETARAF DENGAN PM UNTUK BERDEBAT
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri, yang meruKpakan pengerusi Barisan Nasional.
"Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib," kata Salleh dalam blognya http:/sskeruak.blogspot.com/.
Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang perlulah terlebih dahulu mengambil alih jawatan sebagai ketua Pakatan Harapan daripada (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengumumkan secara rasmi bahawa beliau adalah Perdana Menteri Bayangan sebelum mencabar Najib untuk berbahas.
Ahad lepas, Kit Siang, melalui blognya, meminta Najib berbahas dengan beliau dan mempertikaikan keengganan Perdana Menteri untuk menyahut cabarannya berbahas secara terbuka.
-- BERNAMA
Selasa, Januari 24, 2017
TERIMA KASIH KEPADA KWSP YANG CEPAT BERTINDAK
Pagi semalam jam 9 pagi ketika memandu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menemui bisnes partner saya, Datuk Morshidi Abdul Rahman, saya menerima call yang tidak dikenali. Saya angkat call itu dan orang yang call saya memperkenalkan dirinya sebagai Kamil dari KWSP.
"Encik Zabidi ada di mana sekarang?" tanya Kamil.
"Saya sekarang dalam perjalanan ke PWTC," jawab saya. Saya memang mahu ke PWTC menemui Datuk Amran dari Grik tetapi mahu singgah menemui Datuk Morshidi yang ada temujanji dengan pakar mata sekejap di HKL.
"Encik Zabidi boleh datang ke pejabat KWSP di Jalan Raja Laut?" soal Kamil.
"Boleh. Jam 11 saya sampai," jawab saya.
Dalam perjalanan ke HKL saya terfikir kenapa pulak pegawai KWSP nak jumpa saya. Sudah tentu kerana kritikan panas saya terhadap KWSP yang disiarkan dalam blog saya pagi tadi. Tak sangka pula blog saya mendapat perhatian daripada KWSP. Oleh kerana nombor hand phone saya ada dalam borang pengeluaran kelmarin memudahkan pegawai KWSP menghubungi saya.
Jalan yang sesak menyebabkan saya lambat tiba di HKL. Maka saya tangguhkan temujanji dengan Encik Kamil pada jam 12 tengahari manakala temujanji dengan Datuk Amran ditangguhkan kepada jam 5 petang.
Jam 11.45 pagi saya sudah tiba di ibupejabat KWSP di Jalan Raja Laut. Encik Kamil yang juga Pengurus Operasi Transformasi dan Koordinasi KWSP menyambut saya di tingkat bawah dan bawa saya ke tingkat 24 menemui Pengurus Khidmat Pelanggan KWSP, Encik Rodzi.
Mereka minta maaf kerana apa yang berlaku di pejabat KWSP Wangsa Melawati kelmarin akibat salah faham kakitangan KWSP. Kata Encik Kamil, saya boleh keluarkan baki RM700 sekarang dan beliau telah siapkan borang pengeluaran dan saya hanya dikehendaki menandatangani borang tersebut serta menurunkan cap ibu jari kiri dan kanan saya.
Saya pun minta maaf kerana posting saya semalam dalam blog ini mengkritik KWSP agak kasar. Sebaliknya mereka berdua merendah diri dan mengatakan mereka yang patut minta maaf dengan saya akibat kesilapan teknikal itu.
Saya ucapkan terima kasih di atas sikap pegawai KWSP yang cepat bertindak membaca kritikan saya dalam blog saya. Menurut Encik Kamil, sudah jadi tangguhjawab KWSP untuk menjawab setiap aduan pelanggan.
Pertemuan kami tidak lama tetapi saya puas hati saya dapat mengeluarkan semua duit KWSP yang tidak dapat dikeluarkan sejak satu tahun lepas sehingga saya bergaduh demgan pengurus KWSP cawangan Kajang pada tahun lepas.
Dalam perjalanan ke PWTC selepas itu saya terus singgah di cybercafe untuk memadamkan posting saya mengenai KWSP semalam walaupun sudah 2,243 orang membaca posting tersebut. Saya terpaksa memadamkannya kerana orang berbudi kita berbahasa, Terima kasih KWSP.

Isnin, Januari 23, 2017
MARINA RAKYAT MALAYSIA DI MAJLIS ANGKAT SUMPAH DONALD TRUMP
WASHINGTON, 22 Jan (Bernama) -- Seorang wanita rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington DC pada Jumaat.
Marina Ahmad Mustafa yang berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Charlotte, North Carolina bersama suami, Dr. Brad Batchelor dan anak mereka Asha, terbang sejauh 620 kilometer untuk memenuhi undangan itu.
"Kami terbang ke Washington DC pada Rabu dan kami berasa sangat bertuah mendapat undangan yang julung kali kami diterima, dan sudah tentu tidak elok jika kami menolaknya," kata wanita itu ketika dihubungi Bernama.
Jelasnya mereka sekeluarga ke sana selepas suaminya, seorang kiropraktor, menerima undangan daripada Anggota Kongress North Carolina, Virginia Foxx.
"Ini pengalaman pertama saya dan walaupun saya sendiri tidak layak mengundi kerana berstatus warga negara Malaysia, kehadiran kami adalah untuk memberi pendedahan kepada Asha, 9," katanya.
Berkelulusan sarjana dalam bidang ekonomi dari Universiti Missouri, Kansas City, Marina berkata beliau telah menetap di AS sejak 10 tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya pada majlis bersejarah itu, Marina berkata beliau sekeluarga berada di kawasan berwarna oren - 'West Standing' - iaitu hanya 150 meter dari bangunan utama majlis angkat sumpah tersebut berlangsung.
Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada 12.05 tengah hari waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) disaksikan ratusan ribu penyokongnya yang hadir dalam majlis penyerahan kuasa tersebut.
Bilionair berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.
Pemimpin Republikan itu meletakkan tangannya di atas dua kitab Bible - satu miliknya dan satu lagi pernah digunakan Abraham Lincoln - untuk mengangkat sumpah, menandakan bermulanya era politik baharu AS.
Mengenai ucapan sulung Trump sebagai Presiden, Marina menyifatkannya sebagai "bolehlah".
"Dalam ucapan Trump ada menyebut mengenai semangat patriotik, jika kita semua sama-sama berganding bahu dengan semangat patriotik, kita boleh hapuskan prejudis.
"Ini (ditujukan) bukan saja kepada Amerika tapi kepada semua negara. Apabila hati anda dipenuhi semangat patriotik, tidak ada ruang lagi untuk sikap prejudis.
"Saya mengharapkan ada lebih banyak syor tentang menyatukan rakyat semua kaum, agama dan budaya kerana Amerika ini sebuah wadah tumpuan. Malangya beliau tidak banyak menyentuh tentang itu," kata Marina.
Mengakhiri perbualan, wanita itu berkata beliau bersyukur dapat pergi dan kembali dengan selamat susulan tunjuk perasaan yang diadakan di kawasan berhampiran majlis angkat sumpah tersebut.
Media melaporkan majlis angkat sumpah Trump tiga hari lalu mengundang protes lebih ratusan ribu rakyat Amerika yang tidak senang dengan beberapa kenyataan Presiden ke-45 AS tersebut termasuk berkaitan orang Islam, wanita dan kelompok minoriti.

Sabtu, Januari 21, 2017
KEJAYAAN ADLYKA PERLU DAPAT PENGIKTIRAFAN
oleh SHAHBUDIN EMBUN (sudah disiarkan dalam Berita Harian)
Tidak salah untuk menjadikan seseorang yang terlibat dalam bidang seni sebagai ikon.Kejayaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pernah menawan Asia dalam beberapa Festival Filem Asia menyebabkan beliau menjadi ikon seniman yang dibanggakan. Begitu juga dengan beberapa lagi artis kita seperti Datuk Siti Nurhaliza, Kumpulan Raihan, Yuna, Datuk Sheikh dan Allahyarham Sudirman yang pernah mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Kejayaan mereka boleh dijadikan sebagai penyuntik semangat kepada generasi hari ini untuk menempa kejayaan sehingga merentasi sempadan negara kita.
Selain itu, ahli sukan negara kita juga tidak kurang hebatnya. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dalam bidang sukan masing-masing sehingga menjadi jaguh dunia nombor satu juga merupakan satu kejayaan yang akan terpahat dalam sejarah dunia.Nama-nama yang disebut ini menjadi sanjungan kita semua dan mereka berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Namun pada hari ini, ada juga mereka yang baru bertapak dalam bidang masing-masing sudah mendapat pengiktirafan sehingga ada yang bergelar Datuk walaupun jasa mereka dalam bidang masing-masing masih boleh dipertikaikan. Dalam bahasa mudah, mereka ini belum berhak mendapat status legenda dan nama mereka pun hanya dikenali di negara kita sahaja.
Inilah realitinya. Golongan yang terlibat dalam bidang seni dan sukan akan terus disanjung. Bagaimana pula dengan mereka yang berjaya harumkan nama negara dalam bidang lain. Adakah mereka akan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dan adakah masyarakat kita tidak ambil peduli dengan sumbangan serta kejayaan yang telah dicurahkan. Dalam bahasa mudah, apa yang dilakukan oleh golongan ini tidak memberi kesan dalam kehidupan seharian mereka.
Sudah sampai masanya untuk kita mengubah persepsi masyarakat khasnya dari generasi muda hari ini. Itu sebabnya kejayaan Adlyka Annuar, penuntut ijazah Kedoktoran dalam bidang Astrofizik, di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom dalam bidang penyelidikan saintifik di luar negara tentang penemuan “Supermassive Black Holes” perlu mendapat perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.
Kejayaan inilah yang seharusnya diperluaskan lagi. Pasti ramai di antara kita yang tidak tahu pun apakah signifikasi penemuan tersebut dan mungkin tidak pernah dengar langsung tentang kajian yang dilakukannya itu. Dalam bahasa mudah, adakah kajian itu akan memberikan kesan dalam kehidupan seharian kita. Namun itu bukan isunya. Apa yang lebih penting ialah penemuan ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna dalam dunia sains dan kita mempunyai seorang saintis yang telah sama-sama mencipta nama dan memainkan peranan penting dalam penemuan yang bersejarah itu.
Adlyka Annuar ialah nama yang perlu dijadikan sebagai ikon kepada generasi hari ini. Kejayaannya perlu dicontohi dan dijadikan sebagai semangat kepada anak-anak muda dan para pelajar untuk membuktikan yang Malaysia mampu melahirkan para sainstis yang bertaraf dunia!
Semasa ditemuramah dalam Majalah Sains, sebuah majalah online, Adlyka telah menjelaskan bahawa dia berharap kejayaannya itu akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda negara kita untuk menceburi bidang Astronomi dan Astrofizik, iaitu sebuah bidang yang dianggap umum tidak mempunyai prospek masa depan yang cerah di negara kita.
Mungkin dengan kejayaan Adlyka, para saintis di negara kita boleh sama-sama memaju dan membangunkan lagi bidang Astronomi dan Astrofizik agar negara kita dapat melahirkan lebih ramai lagi saintis dan akan memasyurkan lagi nama negara di persada antarabangsa.
Mungkin ada yang menganggap apa yang disarankan ini sebagai satu satu angan-angan sahaja. Namun perlu diingatkan bahawa Adlyka mula berminat untuk menceburi bidang ini setelah menonton filem Apollo 13 dan Armageddon. Siapa yang menyangka dua filem tersebut telah membuka mata anak kelahiran Muar ini untuk menjadi seorang saintis yang berjaya.Semuanya bermula dari angan-angan dan kitalah yang perlu memastikan ianya menjadi satu realiti.
Mungkin apa yang membanggakan kita semua ialah Adlyka telah menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia dan memberi sumbangan kepada kemajuan sains di negara kita.
Itulah sebabnya adalah menjadi harapan kita semua agar pelbagai lagi dana pembiayaan penyelidikan dan pendidikan disediakan kepada mereka yang berminat dalam bidang ini. Dengan adanya dana seperti ini, pastinya dapat membantu para pelajar yang bakal menjadi para saintis, bersama-sama membangunkan lagi bidang penyelidikan sains ,yang pastinya akan memberi manfaat kepada pembangunan dan kemajuan negara kita Malaysia.

BN TERENGGANU PERLU TONJOL LEBIH RAMAI CALON MUDA
Tiga bulan lepas dalam majlis pemukiman penceramah KKMM di Kuala Lumpur, Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berharap pada PRU14 lebih ramai calon muda ditonjolkan sebagai calon BN. Katanya kalau dibandingkan dengan calon Pakatan Harapan, mereka dibarisi oleh calon muda sedangkan majoriti calon BN adalah calon berumur.
Harapan ini patut diamalkan juga di Terengganu dengan membariskan calon muda pada PRU akan datang. Kita lihat sejarah dua bekas MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Said mereka dipilih jadi calon ketika berusia 32 tahun (Wan Mokhtar) dan 33 tahun (Ahmad Said).
Justru itu MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman wajar memberi peluang kepada calon yang belum mencapai usia 40 tahun sebagai calon BN. Terengganu dilihat mempunyai ramai pemimpin muda yang boleh ditonjolkan sebagai calon.
Di Dungun, Muhamad Suza Amsyari dilihat sebagai generasi Y yang berkebolehan. Beliau yang dekat dengan belia dan mempunyai rangkaian yang rapat dengan kepimpinan Umno di Dungun. Anas Hazizil Muhamad adalah seorang pemimpin muda di Kuala Terengganu. Beliau pemimpin muda yang menonjol dan baik hati.
Seorang lagi anak muda di Kuala Terengganu yang wajar diberi perhatian ialah Haji Zaki Mat Yakim, Beliau amat dekat dengan mahasiswa di seluruh Malaysia. Di Besut pula Zahari Mat aktif mendekati anak perantau Besut. Walaupun bertugas di Kuala Lumpur beliau sering balik ke Besut buat program bersama penduduk setempat.
Hulu Terengganu apa kurangnya dengan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar. Ketua pemuda yang tidak lokek dengan senyuman Di Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim adalah ketua pemuda yang tegas dan baik hati. Ahli jawatankuasa pemudanya rela mempertahankan beliau ketika beliau dikatakan menolak tawaran untuk menjadi pegawai khas MB apabila jawatannya sebagai Pegawai Pembangunan DUN Chukai tidak disambung semula.
Seorang lagi anak muda di Hulu Terengganu yang menonjol ialah Ahmad Badrul Hisham Mokhtar. Orangnya sopan, jujur dan suka menolong orang dan rapat dengan ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Di Setiu Cikgu Ramlan Isa ada potensi kerana rangkaian politik beliau yang kuat. Di Marang Saiful Bahari Baharddin selalu turun padang bersama masyarakat.Di Kuala Nerus Muhamad Rosdi Mat Zin rajin buat program. Keupayaan beliau mengendalikan program program amat menyerlah.
Oleh itu Razif selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu wajar memberi peluang kepada lebih ramai calon muda pada PRU akan datang.

Khamis, Januari 19, 2017
ANAK TERENGGANU PERTAMA JADI MENTERI MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Othman, 81, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, pada pukul 7.12 malam ini.
Anak sulung Allahyarham, Nadzrin, 53, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri sejak Isnin lepas.
Bercakap kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Desa Sri Hartamas di sini, Nadzrin berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 10 pagi esok.
Allahyarham yang merupakan Menteri Pertanian pada 1980 hingga 1984, sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Awam, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri.
Allahyarham meninggalkan isteri Nora Abu Hassan, 78, tiga anak dan lapan cucu.
Ulasan saya, Manan Othman adalah anak Terengganu pertama yang menjadi menteri penuh. Selepas ahli parlimen Kemaman, Datuk Wan Kadir Wan Ismail meninggal dunia pada tahun 1976 beliau terpilih sebagai calon PRK parlimen Kemaman.
Selepas itu beliau bertanding di parlimen Kuala terengganu pada PRU 1978 dan dilantik timbalan menteri dalam kabinet Hussein Onn. Pada tahun 1980 beliau dilantik menteri pembangunan usahawan dan selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun 1981, beliau ditukarkan ke kementerian pertanian.
Pada tahun 1981, beliau menang ahli majlis tertinggi Umno tetapi kalah pada tahun 1984. Dalam rombakan kabinet selepas pemilihan Umno 1984 beliau digugurkan sebagai menteri kerana beliau kalah ahli majlis tertinggi dan penyokong kuat tengku Razaleigh Hamzah.
Pada 1990, beliau yang menyertai Semangat 46 mengalahkan calon BN, Zubir Embong di parlimen Kuala Terengganu tetapi pada PRU 1995, beliau tewas kepada Datuk Abu Bakar Daud.
Beliau dikenang sebagai anak terengganu pertama yang dilantik sebagai menteri pusat dan ternyata beliau adalah penyokong kuat Ku Li. Kali terakhir saya menemui beliau di pejabat Ku Li pada April tahun lepas. Alfatihah buat beliau.
Rabu, Januari 18, 2017
HORMATI KENYATAAN SULTAN JOHOR
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Hormati kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pelaburan dari China kerana ia berdasarkan fakta dan perkara asas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata kenyataan Sultan Johor itu menunjukkan kepentingan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini tanpa mengira negara mana kerana ia menjana ekonomi dan memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu itu, seolah-olah akan menyebabkan negara kehilangan kedaulatan, adalah tidak tepat.
"Beliau (Dr Mahathir) menggunakan isu FDI ini sekadar untuk kepentingan politik semata-mata dan cuba menanam semangat kebencian kepada kaum-kaum tertentu," katanya kepada pemberita di sini Selasa, selepas menghadiri majlis memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) mengenai Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Jepun.
Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempat berbahasa Inggeris, Sultan Ibrahim dipetik membidas Dr Mahathir kerana memberi komen tentang projek pembangunan Forest City di Johor.
Sultan Johor bertitah bahawa Dr Mahathir telah melampaui batasan apabila memutarbelitkan isu Forest City dengan mendakwa kira-kira 700,000 rakyat dari Tanah Besar China akan terus tinggal di situ manakala banyak tanah telah dijual kepada rakyat China.
Salleh menjelaskan bahawa pelabur asing seperti Eropah, Jepun dan India juga melabur di Malaysia sejak dahulu, kenapa hanya pelabur dari China dibangkitkan kini.
Mengenai seorang pegawai tadbir diplomat (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian Ketua Menteri kelima Tan Sri Adenan Satem, Salleh berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat siasatan.
"MCMC telah menerima laporan. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan siasatan yang dilakukan. Jika didapati asas kukuh untuk tindakan sewajarnya, kita akan rujuk kepada Peguan Negara untuk mengambil tindakan," katanya.
Dilaporkan PTD tersebut digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut berikutan kenyataannya dalam laman Facebook.

Selasa, Januari 17, 2017
PERKASA PUJI KEBERANIAN REMAJA 13 TAHUN
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Ketegasan dan keberanian seorang remaja berusia 13 tahun tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan terhadap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) mendapat perhatian Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang tampil bertemunya di Kampung Pandan di sini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan berani Ahmad Ali Abdul Karim itu harus dipuji dan disokong oleh semua pihak khususnya umat Islam di negara ini demi mempertahankan Islam yang telah diangkat sebagai agama Persekutuan mengikut Perlembagaan.
Beliau berkata, dalam pertemuan kira-kira sejam itu, pihaknya memberi kata-kata nasihat, perangsang dan semangat kepada remaja berkenaan agar terus berani mempertahankan pendiriannya menjaga kesucian Islam khususnya membabitkan RUU355 yang mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pemimpin pembangkang.
“Tindakan adik Ahmad Ali ini seharusnya disokong dan dicontohi oleh belia-belia Islam lain di negara ini dalam memastikan kedudukan Islam tidak sesekali cuba dicabar atau diperlekehkan oleh mana-mana pihak sebaliknya wajib dihormati.
“Islam adalah agama Persekutuan dan perkara itu jelas tercatat dalam Perlembagaan. Perkasa akan sentiasa berdiri di belakang Ahmad Ali ini dan akan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Norlizaizul Ismail dan bapa remaja terbabit, Abdul Karim Omar.
Baru-baru ini, Ahmad Ali membuat laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini berhubung sebuah artikel yang dimuat naik ke laman blog pemimpin DAP itu yang dilihat mengeluarkan empat pernyataan mengelirukan dan tidak benar mengenai RUU355.
Ibrahim dalam pada itu menambah, suara remaja seperti Ahmad Ali seharusnya diambil perhatian oleh pihak berkuasa dan seluruh umat Islam di negara ini agar tiada lagi mana-mana pihak berani tampil memberikan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
Ahad, Januari 15, 2017
RAIS MAHU NAJIB BERBAIK SEMULA DENGAN MAHATHIR
JELEBU 14 Jan. – Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim semalam melahirkan harapan agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbaik semula dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rais Yatim
Menurut beliau, perbezaan politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kedua-dua pemimpin tersebut untuk menjalinkan hubungan silaturahim.
“Saya ingin melihat mereka bersalaman, masih bertanya khabar walaupun seorang berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan seorang lagi dalam UMNO. “Politik tidak boleh dijadikan penghalang atau perpecahan. Tak rugi kalau minum teh bersama, silaturahim itu yang penting,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pesta Menuai dan Mengoca Ikan 2017 di Kampung Gagu di sini semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat.
Menurut Rais, krisis yang timbul ketika ini adalah disebabkan kegagalan bekas Perdana Menteri itu menghormati pemimpin yang kini diberi mandat untuk mentadbir negara.
“Apabila sudah tidak jadi pemimpin utama lagi, kita seharusnya menghormati pemimpin yang sedang berkuasa. Ini semua adalah soal budi, saya dapati nilai budi semakin terhakis sekarang ini malah ia tidak diajar di jabatan-jabatan kerajaan mahupun di sekolah,” katanya.
Khamis, Januari 12, 2017
RAKYAT SARAWAK MAKI SAYA KERANA ADENAN SATEM
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada Mei tahun lalu, seorang pemimpin yang berjaya menambat hati rakyat melalui pendekatan 'politik kesejahteraan', Tan Sri Adenan Satem, menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.
Allahyarham Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.
Bakal menjangkau usia 73 tahun pada 27 haribulan ini, Allahyarham merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih tugas daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb 2014.
Pada PRN yang lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (BN-PBB) itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, menewaskan Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.
Adenan, 72, meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Anu serta lima anak, empat perempuan dan seorang lelaki.
Dilahirkan pada 1944 di Kuching, Sarawak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah St Joseph, Sarawak sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, Australia.
Memulakan kariernya sebagai Majistret di Kuching pada 1970, Adenan pernah berkhidmat sebagai Menteri Muda Pembangunan Tanah Sarawak selama dua tahun sehingga 1987 dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2004.
Perjalanan karier Allahyarham sebagai Ketua Menteri bermula pada 2010 apabila beliau dilantik sebagai Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum menyandang jawatan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak yang kebanyakannya mengendalikan isu berkaitan tanah.
Sebagai tokoh politik yang banyak menabur jasa dan khidmat khususnya dalam pembangunan negeri Sarawak, Allahyarham dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tan Sri', selain Pingat Perkhidmatan Bakti Negeri Sarawak dan Johan Bintang Sarawak pada 1986.
Peningkatan taraf hidup masyarakat di Sarawak merupakan agenda politiknya yang utama dan pangkat bukanlah kayu ukur yang diguna pakai untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pemimpin yang nyata begitu disegani.
Mengimbas kembali bait-bait ucapannya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PRN-11 PBB Zon Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, April tahun lalu: "Sebagai seorang yang pernah memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri, saya tidak 'gilakan pangkat'.
"Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai Ketua Menteri."katanya.
Ulasan saya, pemergian Adenan merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak. Ketika beliau menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri, saya tidak pernah berurusan dengan beliau. Selepas PRU 2008, beliau meninggalkan karier politik di peringkat pusat dan senyap seketika. Enam tahun kemudian beliau dilantik Ketua Menteri Sarawak walaupun beliau bukan orang nombor dua dalam PBB.

Tetapi itulah kelebihan beliau yang berjaya menambat hati Tun Taib Mahmud untuk melantik bekas adik iparnya sebagai pengganti beliau. Saya pernah dimaki oleh rakyat Sarawak kerana mengkritik Adenan dalam blog ini.
Pada 6 November 2015 saya menulis dalam blog ini dengan tajuk "Nak tarik undi orang Cina pun, jangan kata KL bodoh". Beliau marah kerana KL tidak iktiraf peperiksaan UEC dan saya kritik beliau dalam posting itu yang menyebabkan ia menjadi viral dalam Facebook rakyat Sarawak.
Rakyat Sarawak maki saya dan kata saya macam macam. Ini menyebabkan rating posting tersebut dalam blog ini mencecah 4,204 hits.Saya terkejut rating naik kerana rakyat Sarawak bersatu membela Adenan Satem dan mereka menuduh saya orang Malaya jangan campur urusan politik Sarawak.
Pada bulan Oktober lepas ketika saya mendarat di lapangan terbang Miri, saya berdebar debar ketika berurusan dengan imigeresen kerana bimbang Adenan Satem menyekat saya masuk ke Sarawak kerana imigeresen Sarawak berhak melarang orang Malaya masuk Sarawak tetapi rupannya Adenan bersikap terbuka tidak menyekat saya masuk ke Miri walaupun saya mengkritik beliau dalam blog ini.
Rabu, Januari 11, 2017
ADAKAH IDRIS HARON ORANG SETERUSNYA?
PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawainya yang pernah ditahan suruhanjaya itu, November lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan semalam berkata SPRM telah mengambil keterangan Idris bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009, semalam.
"Bagaimanapun, maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan," katanya.

Ulasan saya, adakah Idris Haron mangsa SPRM yang seterusnya? Syabas kepada SPRM yang terus menangkap pesalah rasuah. Kita tunggu hasil siasatan SPRM yang mana Idris dikatakan menjadi saksi bagi kes pegawainya.
Selasa, Januari 10, 2017
FAIZ SETARAF CRISTIANO RONALDO
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak Asia apabila menjadi pemain pertama dari benua itu memenangi Anugerah Puskas 2016 selepas diumumkan sebagai pemenang oleh FIFA dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland,malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang kebanyakkan menyokong gol jaringan Mohd. Faiz berhak untuk memenangi anugerah tersebut.
Jaringan yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan sewaktu membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.
Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, mengetepikan dua lagi calon akhir iaitu pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Anugerah Puskas diperkenalkan pada tahun 2009 yang menyaksikan pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemenang pertama anugerah tersebut. -
Isnin, Januari 09, 2017
DAH PENCEN PUN SPRM KEJAR LAGI
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana terlibat dalam kes menerima wang suapan bernilai RM36,000 dua tahun lalu.
Difahamkan, suspek berusia 62 tahun itu telah didakwa sebelum ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis Tekun Nasional berjumlah RM200,000 kepada sebuah syarikat e-learning yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 5.15 petang hari ini di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor.
“Suspek dipercayai telah menerima wang suapan RM36,000 pada 15 Januari 2015 ketika masih memegang jawatan dalam TEKUN Nasional sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan sebuah syarikat pemungut hutang berjumlah RM360,009,” katanya
Ahad, Januari 08, 2017
DATUK BANDAR ANTI RUU355?
Walaupun PAS berharap untuk bertemu dengannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan Dataran Merdeka tidak akan dibenarkan sebagai tempat perhimpunan untuk menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali Akta 355.
"Tidak Dataran, tiada rundingan," katanya kepada Malaysiakini.
Amin sebaliknya berkata perhimpunan tersebut hanya perlu diadakan di Stadium Titiwangsa.
"Hanya ikut seperti perhimpunan Rohingya," katanya merujuk kepada perhimpunan yang diadakan pada 4 Disember tahun lalu.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terdahulu berkata penganjur perhimpunan itu akan membuat permohonan rasmi untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan berharap untuk bertemu Datuk Bandar.
"Kami berharap permohonan kami akan diterima," kata Tuan Ibrahim kepadaMalaysiakini.
Dalam satu sidang media pagi semalam, Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut yang mensasarkan kehadiran 300,000 orang, akan diadakan di pada 18 Februari.
Perhimpunan itu, katanya adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Beliau mendakwa mereka sedang menunggu kelulusan untuk perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka.
Hadi sebelum ini membacakan usul rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta 355 pada hari terakhir Parlimen November lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian berkata kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang berkenaan.
Hadi pada awalnya cuba menaikkan had hukuman yang boleh dilaksanakan oleh mahkamah syariah.
Ia menimbulkan kebimbangan yang pindaan itu akan membuka jalan untuk pelaksanaan undang-undang hudud.
Bagaimanapun , Hadi sejak itu telah menyemak pindaan tersebut untuk menaikkan had hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
Rang undang-undang itu dijangka akan dibentangkan pada sesi parlimen bulan Mac depan.
Ulasan saya, keengganan Datuk Bandar meluluskan permohonan PAS untuk mengadakan majlis penerangan RUU355 di Dataran Merdeka bukanlah bermakna Datuk Bandar anti RUU355. Sebaliknya beliau mahu perhimpunan itu diadakan di Stadium Titiwangsa seperti perhimpunan Rohingya yang lebih mudah dikawal.
Sebaliknya jika ia diadakan di Dataran Merdeka perhimpunan seperti ini tidak mudah dikawal serta merosakkan padang yang diselia oleh DBKL.
Sabtu, Januari 07, 2017
MENANGANI ISU PENGAMBILAN WARGA KERJA ASING
OLEH SHAHBUDIN HAJI EMBUN
(sudah disiarkan dalam Berita Harian)
Isu yang berkaitan dengan buruh asing bukanlah sesuatu yang baru.Sejak tahun 90an lagi sehinggalah hari ini, ada sahaja isu –isu hangat yang boleh dibincangkan, baik di peringkat Parlimen sehinggalah di warong-warong kopi. Antara isu yang sering dibangkitkan ialah seperti isu lambakan warga kerja asing terutamanya mereka yang terdiri daripada pendatang tanpa izin .
Terdapat juga isu pekerja asing yang mengambil peluang menjalankan perniagaan dan sekaligus menguasai sesebuah kawasan seperti sekitar kawasan Chow Kit dan juga Pasar Borong Selayang.Golongan ini telah memonopoli tempat-tempat ini sehinggakan masyarakat tempatan agak bimbang untuk berada di kawasan yang dikuasai oleh pendatang asing ini.
Kita tidak nafikan bahawa pihak berkuasa telah mencuba yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.Usaha yang dijalankan seperti operasi Pemutihan telah sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah lambakan pekerja asing terutamanya mereka yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Sungguhpun begitu, lambakan para pekerja tanpa izin terus masih menjadi isu yang tidak ada penghujungnya.Daripada beberapa laporan akhbar yang diperolehi, adalah dianggarkan terdapat 6.7 juta pendatang asing di Malaysia dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta sahaja mempunyai permit yang sah.
Di sini juga timbulnya isu yang melibatkan jenayah di mana terdapat beberapa kes yang membabitkan pendatang asing.Pihak kerajaan melalui Polis, Jabatan Imigreasen contohnya telah melakukan pelbagai penguatkuasaan secara bersepadu untuk membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing ini .
Itu sebabnya saya amat tertarik hati dengan komitmen pihak kerajaan untuk mengkaji isu yang membabitkan peerja asing ini dengan lebih serius. Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini ,Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahwa Kerajaan akan mencari jalan terbaik bagaimana pekerja tempatan boleh mengambil peluang pekerjaan yang dikosongkan oleh buruh asing.
Sebagaimana maklum, Kementerian Dalam Negeri telahpun mengambil keputusan agar kemasukan pekerja asing dibekukan serta-merta bermula pada 19 Februari 2016. Menurut Ahmad Zahid lagi keputusan ini telah memberi kesan besar kepada industri kelapa sawit dan industri pembuatan perabot. Pendapatan eksport negara dalam sektor berkenaan, telah mengalami kemerosotan dengan hanya RM8 bilion pada tahun 2016 sedangkan sasaran sebenar berjumlah RM10 bilion.
Dalam ucapannya itu ,Ahmad Zahid juga telah menjelaskan ,berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati 84% daripada pengusaha berdepan masalah kekurangan tenaga kerja berikutan pelaksanaan pembekuan pengambilan pekerja asing baru.
Dalam hal ini, Ahmad Zahid telah meminta Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melihat dan mengkaji isu ini kerana ia turut melibatkan masalah sosial dan ekonomi .
Kementerian Sumber Manusia contohnya boleh mewujudkan sebuah pusat latihan kemahiran kepada warga tempatan terutamanya dalam bidang yang memerlukan pekerja asing yang banyak seperti kemahiran dalam pembangunan binaan serta perladangan.
Selain itu, pihak kementerian mungkin boleh menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi memberi galakan kepada golongan belia untuk memasuki pusat latihan ini. Sehubungan itu juga kerjasama boleh dijalin dengan Kementerian Pendidikan dengan menerapkan kemahiran –kemahiran ini dalam silibus pendidikan sekolah vokasional contohnya.
Tidak boleh dinafikan lagi bahawa cabaran yang dihadapi dalam menangani isu ini mesti ditangani dengan bijak dan dengan secara yang menyeluruh.Dalam hal ini, pihak -pihakyang terbabit perlu bersama-sama memberikan idea dan cadangan yang boleh memberi kebaikan dan manfaat kepada bidang dan industri yang memerlukan pekerja asing ,dan pada masa yang sama tidak mengetepikan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan .
MAMPUKAH SEPUPU NAJIB SELAMATKAN FELDA?
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata, pelantikan Shahrir yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian, adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan FELDA.
"Saya yakin beliau dapat meneruskan segala usaha yang sedang dibuat bagi mensejahterakan lagi warga FELDA," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Najib, Shahrir pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.
Perdana menteri dalam kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Isa terhadap sumbangannya kepada FELDA sejak memegang jawatan itu pada 2011.
Najib berkata di bawah kepimpinan Mohd Isa, FELDA telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga.
Beliau berkata Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi Felda akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
"Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka dan perniagaan FELDA," kata perdana menteri.
Ulasan saya, FELDA memang lubuk buat duit. Isa Samad yang didapati bersalah dengan politik wang setelah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dapat nyawa baru apabila dilantik sebagai Pengerusi FELDA. Dalam satu deal FELDA beliau menerima komisen sebanyak RM150 juta.
Memang hebat Isa. Peduli apa dengan nasib peneroka FELDA asalkan beliau kaya. Di saat FELDA mahu nazak barulah Najib melantik Shahrir sebagai Pengerusi FELDA yang baharu.
Pengalaman Shahrir dalam kerajaan memang cemerlang tetapi mampukah sepupu Najib ini menyelamatkan FELDA yang hancur imejnya di bawah Isa Samad?

Shahrir seorang pengkritik vokal di zaman Dr Mahathir dilantik semula menteri di zaman Pak Lah menjadi PM (2003-2009). Apabila sepupunya sebelah Tun Razak menjadi PM, beliau berundur dari kerajaan. Kini Najib memerlukan perkhidmatan Shahrir semula maka Shahrir akan membetulkan FELDA. Soalnya dalam waktu menjelang PRU akan datang mampukah Shahrir menyelamatkan FELDA?
Jumaat, Januari 06, 2017
PENGAMAL RASUAH PUN DILANTIK PENGERUSI BANK RAKYAT?
KUALA LUMPUR 5 Jan. – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh dilantik menggalas jawatan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu berkuatkuasa kelmarin.
Shukry Mohd. Salleh
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Alias Ahmad yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Sementara Bank Rakyat bermula 30 Ogos 2016 sehingga Isnin lalu.
Katanya, Shukry berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan dan pembangunan di peringkat negeri dan persekutuan menerusi kerjayanya bersama perkhidmatan awam selama ini.
“Shukry merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Dasar Sosial dari Universiti of Hull, Britain.
“Pelantikan beliau diharap dapat memperkukuhkan kedudukan Bank Rakyat selaku bank koperasi Islam terbesar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan antaranya, Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.
Ulasan saya, tak ada orang lainkah Hamzah nak lantik? Pengamal rasuah pun dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baharu. Tak serikkah Hamzah dengan bekas Pengerusi Bank Rakyat yang sedang dibicarakan kes rasuah?
Semua orang tahu Shukry kaki rasuah ketika menjadi KSUS PM. Orang nak minta surat sokongan dari pejabat PM pun dia caj RM5,000.
Kawan saya call Shukry nak minta surat sokongan. Dia angkat no hp yang tidak dikenali. Itu yang bagus tentang beliau. Setiap hari Shukry call kawan saya bila nak datang KL jangan lupa bawa duit. Ini macam punya kaki rasuah pun menteri lantik Pengerusi Bank Rakyat. Lepas ini habislah Bank Rakyat kena jual.
Khamis, Januari 05, 2017
MEMALUKAN. ADAKAH SEMUA KSU MACAM INI?
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan menyita wang tunai serta wafer emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata berikutan itu pihaknya turut menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 29 tahun.
Beliau berkata lelaki itu disyaki berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor bagi pihak KSU yang berumur 59 tahun dan bergelar 'Datuk' itu.
"Kedua-dua mereka ditahan di sekitar Subang Jaya pada 8 pagi tadi," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, KSU itu ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Sementara itu, menurut sumber turut dirampas daripada mereka beberapa barangan mewah termasuk jam, beg tangan, pen dan sejumlah mata wang asing.
Ulasan saya, malu kita baca akhbar setiap hari SPRM menangkap jerung di agensi kerajaan seolah-olah penjawat awam berbangsa Melayu semua rasuah.

Seolah olah ia sudah jadi satu persepsi bahawa apabila orang Melayu jadi KSU maka akan terlibat dalam rasuah. Adakah jika bukan Melayu jadi KSU, tiada rasuah di kementerian berkenaan?
Kenapa KSU berani berbuat demikian? Adakah KSU itu proksi menteri? Jika seorang KSU ditangkap, apakah semua KSU macam ini belaka kaki rasuah?
Amat memalukan apabila orang Melayu jadi KSU terlibat dengan rasuah. Rasuah sudah jadi satu budaya di jabatan kerajaan. Nak suruh fail naik segera kena hulur duit kepada budak pejabat. Sampai bila budaya ini akan berterusan? Sebab itu KSN kena tegas hapuskan rasuah yang berleluasa di jabatan kerajaan.
Rabu, Januari 04, 2017
PENJARA SELURUH MALAYSIA DIPENUHI DENGAN PENERIMA BR1M?
Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad mengadukan penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenyataan dibuat bekas perdana menteri itu akhir-akhir ini semakin mengarut, terutama apabila mendakwa bantuan BR1M itu sebagai rasuah.
Menurut Ismail dengan pelbagai penjelasan diberikan kerajaan mengenai bantuan berkenaan Dr Mahathir tetap menganggap BR1M sebagai rasuah.
Justeru kata menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, lebih baik isu berkenaan diadukan secara rasmi kepada SPRM dan biarkan agensi terbabit menjalankan siasatan mereka dengan sepenuhnya.
“Kalau betul-betul (anggap) rasuah, saya harap Dr Mahathir buat laporan secara rasmi kepada SPRM bahawa penerima-penerima BR1M adalah penerima rasuah.
“Jadi apabila SPRM siasat, mereka akan tangkap semua kalau boleh.
"Rasuah itu bukan saja pemberi yang bersalah. Penerima pun salah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan hari pertama sesi baru persekolahan di Tabika Kemas Bandar Baru Salak Tinggi.
Sebelum ini Dr Mahathir dilaporkan memberitahu rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Beliau yang kini berseteru dengan kerajaan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Ismail berkata kenyataan Dr Mahathir itu kedengaran sungguh terdesak, malah boleh diumpamakan seperti menghina penerima bantuan berkenaan.
Katanya lagi semua bantuan daripada kerajaan tidak boleh dianggap rasuah kerana ia dilakukan untuk meringankan beban rakyat.
“Itu hari dia kata penerima BR1M tu rasuah… air di Selangor pun rasuah juga.
"(Sebenarnya) saya rasa BR1M adalah untuk membantu rakyat, tidak boleh dianggap sebagai rasuah," katanya.
Memberi contoh perbelanjaan yang diperlukan untuk menyekolahkan kanak-kanak di Tadika Kemas, Ismail berkata, seseorang pelajar sepatutnya dikenakan bayaran sehingga RM200.
Bagaimanapun, katanya, dengan bantuan kerajaan menanggung semua perbelanjaan berkenaan dan ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka secara percuma.
“Bantuan daripada kerajaan tak boleh dianggap rasuah. Jabatan Kebajikan Masyarakat pun bagi kepada orang kurang upaya dan kepada orang tua dan sebagainya… Saya rasa kenyataan Dr Mahathir itu menghina penerima BR1M semua,” katanya.
Sementara itu Ismail turut membidas Dr Mahathir yang turut mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Kata Ismail, Dr Mahathir tidak berhak berkata demikian kerana beliau tidak ada hak menentukan amal ibadah itu akan mabrur atau tidak.
“Tiada siapa pun ada hak (nak cakap mabrur atau tidak). Bukan saja Dr Mahathir, mufti atau sesiapa pun tak boleh menentukan haji seseorang itu mabrur dan tidak.
“Itu serah kepada Allah sebab Allah yang menentukan. Ibadah kita pun.
"Sembahyang rajin, lima kali sehari pun belum menentukan pahala dan sebagainya. Dosa, pahala, syurga itu hak Allah,” katanya.
Ulasan saya, jika Dr Mahathir buat aduan kepada polis bahawa BR1M itu rasuah maka mahkamah akan menentukan sama ada BR1M itu rasuah atau tidak.
Jika mahkamah mendapati ia adalah rasuah maka semua penerima BR1M akan memenuhi penjara seluruh Malaysia kerana seperti kata Ismail Shabery bukan sahaja pemberi rasuah yang patut dihukum malah penerima rasuah.
Selasa, Januari 03, 2017
MRSM KE 53 AKAN DIBINA DI SIK, KEDAH
Annuar dalam kenyataan semalam berkata pemilihan tapak pembinaan MRSM itu telah dimuktamadkan dua minggu lepas.
"Projek MRSM baharu ini akan dilaksanakan di satu tapak yang telah dikenal pasti di Dewan Undangan Negeri Jeneri bagi mengimbangi pembangunan Parlimen Sik," katanya.
Katanya ia merupakan MRSM ke-53 di seluruh negara dan ketujuh di Kedah dan mampu menampung kira-kira 750 pelajar.
Beliau berkata MRSM itu dijangka melaksanakan program Ulul Albab yang merupakan pendidikan integrasi antara program sains tulen dan agama termasuk tahfiz Al-Quran.
"Ia sekaligus menjadikannya MRSM kelima menjalankan program seumpama ini selepas MRSM Gemencheh, Kota Putra, Kepala Batas dan Sungai Besar," katanya.
Beliau berharap penubuhan MRSM Sik itu akan dapat menyumbang ke arah usaha melahirkan lebih ramai tokoh korporat, profesional, teknorat serta pemimpin dalam pelbagai lapangan perniagaan berteraskan sains, teknologi, agama, kesenian, kejuruteraan dan matematik.
- Bernama
Isnin, Januari 02, 2017
CEO INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TIADA TELUR
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Penguatkuasaan larangan penjawat awam bermain golf di luar negara berupaya mengekang gejala penyelewengan dan salah guna kuasa.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, kesediaan pengurusan tertinggi mematuhi larangan tersebut akan meningkatkan tahap integriti sektor awam.
Menurut beliau, semua penjawat awam perlu sedar bahawa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai maklumat tentang kegiatan mereka.
“Kita sepatutnya melihat teguran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad tentang kecenderungan penjawat awam bermain golf di luar negara secara positif.
“Peringatan itu dibuat secara ikhlas bagi memperbetulkan sistem sedia ada agar lebih telus, tiada prejudis sekali gus mengelakkan orang bercakap di belakang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dzulkifli dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini mengingatkan penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi untuk menghentikan serta-merta aktiviti bermain golf di luar negara.
Beliau memberitahu, SPRM melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat tentang pergerakan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan penjawat awam terbabit.
Dzulkifli menambah, selain bermain golf, perbelanjaan penjawat awam terbabit termasuk untuk membeli-belah turut dibiayai pihak tertentu.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr. Anis Yuzal Yusoff ketika dihubungi enggan mengulas lanjut tentang isu berkenaan.
“Biarlah Ketua Pesuruhjaya SPRM sahaja yang keluarkan kenyataan,” ujarnya.
Ulasan saya, tahniah kepada Presiden CEUPACS yang berani beri komen mengenai penjawat awam main golf di luar negara. Tetapi CEO IIM nampaknya tiada telur tak berani komen. Tak payah jadi CEO IIM lah kalau benda yang baik tak berani komen.Lebih baik letak jawatan. Sepatutnya IIM lebih tegas dari SPRM dalam soal intergriti pegawai dan kakitangan kerajaan.
Ahad, Januari 01, 2017
TAHUN 2016 BERAKHIR DENGAN BANJIR DI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,292 mangsa berbanding 2,031 pada pukul 6 petang semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 10 malam tadi , terdapat 10 pusat pemindahan baharu dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 43 di enam daerah negeri itu.
Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood berkata sehingga kini sejumlah 993 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal pagi tadi.
"Hulu Terengganu adalah daerah yang paling terjejas di mana 1,936 mangsa daripada 666 keluarga telah dipindahkan ke 21 pusat penempatan sementara yang disediakan.
"Ini diikuti daerah Marang (395 mangsa daripada 99 keluarga), Kemaman (380 mangsa daripada 84 keluarga), Besut (282 mangsa daripada 69 keluarga), Setiu (217 mangsa daripada 56 keluarga) dan Dungun (82 mangsa daripada 19 keluarga)," katanya kepada Bernama.

RATING TERTINGGI BAGI BULAN DISEMBER 2016
Selamat Tahun Baru 2017 dan posting "Che Wan Adnan Dalam Kenangan" yang disiarkan pada 15 Disember 2016 mendapat rating tertinggi 3,948 hits bagi tahun 2016. 10 rating tertinggi bagi bulan Disember 2016 ialah:-
1. Che Wan Adnan Dalam Kenangan (15 Disember)
2.Pakatan Harapan kena tunjuk kabinet bayangan sebelum tubuhkan kerajaan (16 Disember)
3.Sultan Muhammad V pakar sembelih lembu (13 Disember)
4. Perkataan Bersatu pada Umno jadi azimat (3 Disember)
5.Suara Nordin Ahmad gamatkan PAU (4 Disember)
6. Apa salahnya buat sesi "Teh Tarik Akta 355" di London? (29 Disember)
7. Kebimbangan Sultan Perak berasas (13 Disember)
8. SPRM sahkan BR1M bukan rasuah (28 Disember)
9. Zahid Hamidi bukan ditaja Anwar Ibrahim (2 Disember)
10. Satu kehilangan yang sukar dicari ganti (27 Disember)

Langgan:
Catatan (Atom)