In 1969, Malaysia suspended parliament for more than a year after race riots in the wake of a close election killed hundreds of people. Abdul Razak, Najib’s father, then initiated the racial preferences in 1971 as the country’s second prime minister.
The New Economic Policy sought to raise the share of national wealth to at least 30 percent for Malays and indigenous groups known as Bumiputera, or “sons of the soil,” that make up about 60 percent of the population. They got cheaper housing and quotas for college places, government contracts and shares of listed companies.
While Najib has tweaked the policy for publicly traded firms and extended benefits to poorer members of all races, many other elements remain intact. Malaysia favors Bumiputera companies in awarding contracts from the government and state- owned enterprises, the U.S. Trade Representative wrote in a March report.
“We don’t play the racial card -- we play a moderate Malaysia, an inclusive Malaysia and we’re talking about power sharing,” Najib said in an April 17 interview. “That’s the kind of storyboard that we are trying to convince the Malaysian Chinese.”
Isnin, April 29, 2013
CHINESE WILL ABANDON BARISAN NASIONAL
Malaysian businessman Stanley Thai says he’s joining thousands of fellow ethnic Chinese citizens in abandoning support for Prime Minister Najib Razak and voting for the opposition for the first time in elections next month.
“Why are the Chinese against the government -- it’s simple,” Thai, 53, owner of medical glove-maker Supermax Corp. (SUCB), said in an interview last month. “We don’t want our children to suffer what we suffered, deprived from education, from career opportunities, from business opportunities.”
Chinese, who make up about a quarter of Malaysia’s population, are growing intolerant of affirmative-action programs for Malays propagated by Najib’s alliance of parties, the most recent national poll indicates. Any mass defection by Chinese voters raises the risk of the ruling coalition’s first election loss since it was formed after 1969 race riots.
The violence of 1969 helped persuade many Chinese to back Barisan Nasional, which Najib has led since 2009, as they accepted racial preferences for Malays as the cost of peace. Thai said thinking changed when the government’s electoral take sank in 2008 with little sign of renewed social unrest. “Everyone said, ‘Wow, the time has come,’” he said.
Now, the opposition, led by Anwar Ibrahim, sees the end of race-based policies that have hindered companies such as Supermax as key to long-term economic growth. Najib counters that his gradual reform of the affirmative-action programs will assure stability and avert a slide in stocks and the ringgit that would accompany any opposition victory.
“It’s a contest ultimately about visions -- do you believe the country is Malay-centered or a state of all its citizens?” said Clive Kessler, emeritus professor at the University of New South Wales in Sydney, who has studied Malaysian politics for half a century. “Najib no longer has adequate non-Malay support,” said Kessler, who estimates the ruling coalition must win about two-thirds of Malay votes to stay in power.
The FTSE Bursa Malaysia KLCI Index (FTSEMIB), which has lagged other Southeast Asian benchmarks this year, gained 0.3 percent today to close at a record high. The ringgit advanced for a third day, the longest rally in three weeks, on speculation further monetary easing in Japan and Europe will boost demand for emerging-market assets.
About half of Malaysia’s 29 million people are Malays, while roughly a quarter have Chinese roots and the rest are mostly ethnic Indians or indigenous groups. One in five ethnic Chinese think the country is headed in the right direction, compared with 75 percent of Malays, according to a February survey by the Merdeka Center for Opinion Research, the most recent available.
In 2008, the ruling 13-party Barisan Nasional coalition won by its slimmest margin since it was formed, with three Chinese parties losing half their parliamentary seats. Anwar’s own multi-racial coalition, which includes a Chinese-majority party and a mostly Malay party that advocates Shariah law in criminal matters, has pledged to eliminate race-based policies to fight corruption.
“What we’re seeing with the implementation of the policy is enormous rent-seeking and patronage and corruption,” said Edmund Terence Gomez, a professor at University of Malaya in Kuala Lumpur who edited a book on the affirmative-action program. “The electoral trends clearly indicate that Malaysians are saying they’ve had enough of race-based politics.”
In 1969, Malaysia suspended parliament for more than a year after race riots in the wake of a close election killed hundreds of people. Abdul Razak, Najib’s father, then initiated the racial preferences in 1971 as the country’s second prime minister.
The New Economic Policy sought to raise the share of national wealth to at least 30 percent for Malays and indigenous groups known as Bumiputera, or “sons of the soil,” that make up about 60 percent of the population. They got cheaper housing and quotas for college places, government contracts and shares of listed companies.
While Najib has tweaked the policy for publicly traded firms and extended benefits to poorer members of all races, many other elements remain intact. Malaysia favors Bumiputera companies in awarding contracts from the government and state- owned enterprises, the U.S. Trade Representative wrote in a March report.
“We don’t play the racial card -- we play a moderate Malaysia, an inclusive Malaysia and we’re talking about power sharing,” Najib said in an April 17 interview. “That’s the kind of storyboard that we are trying to convince the Malaysian Chinese.”
In 1969, Malaysia suspended parliament for more than a year after race riots in the wake of a close election killed hundreds of people. Abdul Razak, Najib’s father, then initiated the racial preferences in 1971 as the country’s second prime minister.
The New Economic Policy sought to raise the share of national wealth to at least 30 percent for Malays and indigenous groups known as Bumiputera, or “sons of the soil,” that make up about 60 percent of the population. They got cheaper housing and quotas for college places, government contracts and shares of listed companies.
While Najib has tweaked the policy for publicly traded firms and extended benefits to poorer members of all races, many other elements remain intact. Malaysia favors Bumiputera companies in awarding contracts from the government and state- owned enterprises, the U.S. Trade Representative wrote in a March report.
“We don’t play the racial card -- we play a moderate Malaysia, an inclusive Malaysia and we’re talking about power sharing,” Najib said in an April 17 interview. “That’s the kind of storyboard that we are trying to convince the Malaysian Chinese.”
ZIZIE KEMPEN 15 JAM UNTUK SUAMI
Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan.
"Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie.
Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi.
"Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar.
"Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi.
Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas). -
MAJLIS BN DI JB TAK DAPAT SAMBUTAN
Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam.
Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.
Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.
Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.
“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.
“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.
Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.
“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.
“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”
Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.
Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.
“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”.
Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.
Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan.
PRESIDEN MCA HINA PAK LAH
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka kerajaannya akan menjadi macam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya asyik tentang halehwal Islam.
"Saya telah berpeluang berkhidmat di bawah Pak Lah (Abdullah
Ahmad) dan (Perdana Menteri sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Chua yang pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan semasa pentadbiran Abdullah.
"Saya dapat lihat perbezaannya. Kepimpinan mereka berbeza sama sekali, begitu juga hasilnya, ini sangat jelas.
"Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi, kerana latarbelakang (pengajian Islam) Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," katanya di majlis makan tengah bersama dengan 150 orang di Jementah, Segamat petang ini.
Sebaliknya, kata Chua, Najib memberi banyak memberi tumpuan kepada ekonomi.
"Di bawah Najib, ianya benar-benar berbeza sekarang, setiap hari penekanan adalah kepada pembangunan ekonomi dan kita percaya ini adalah landasan yang betul," katanya kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina.
Oleh itu, katanya, isu siapa yang akan menjadi perdana menteri adalah amat penting.
Sabtu, April 27, 2013
PAS KETANDUSAN CALON TEMPATAN
"PAS ketandusan calon tempatan sehingga terpaksa mengimport Ketua Pemuda PAS Melaka, Mohamad Idris Ahmad bertanding di DUN Hulu Bernam di Selangor," kata calon BN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi tersebut. Rosni bertanding buat kali pertama menggantikan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang tidak mempertankan kerusi yang dimenanginya selama tiga penggal. Rosni yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian yakin pengundi Hulu bernam akan menolak calon luar kerana mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Hulu Bernam. Pada tahun 2008,BN menang dengan majoriti 3,549 undi.Rosni ibu kepada enam orang anak bersuamikan Aziz Deraman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Baru A, Hulu Bernam. Beliau pernah menjadi guru di Kuching, Sarawak dari tahun 1976 hingga 1982.Rosni yakin tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS tidak akan memberi kesan kepada pengundi Hulu Bernam. "Pemimpin datang pemimpin pergi. Kita hargai jasa beliau ketika menjadi MB Selangor dahulu tetapi kita tidak dapat menerima tindakannya mengkhianati UMNO," tegasnya lagi.
PENGGANTI DR HASSAN ALI AKTIF DI GOMBAK
Pengganti Datuk Dr Hassan Ali di DUN Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan, 38 tahun, merupakan seorang yang aktif dalam PAS Gombak.Berasal dari Kg Nakhoda, Batu Caves, beliau adalah calon anak tempatan menentang calon BN, Datuk Said Anuar Said Othman.Tugas Hasbullah memang berat kerana pada tahun 2008 PAS menang melalui Dr Hassan Ali dengan majoriti 2,797 undi.Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor merupakan lulusan UM dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 2000 beliau diamanahkan sebagai Pengerusi PASTI Gombak yang membangunkan PASTI di sleuruh Gombak. Sehingga kini, sudah 20 buah PASTI ditubuhkan di seluruh Gombak. Dengan pencapaian tersebut, beliau dilantik sebagai Pengarah PASTI Selangor sejak tahun 2009.Sebaik saja tamat belajar di UM, beliau silantik Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak sejak tahun 1999 hingga 2009 dan pada tahun 2009 hingga sekarang beliau mengetuai Pemuda PAS Selangor. Hasbullah menyifatkan pencalonannya sebagai satu amanah yang perlu dipikul. Beliau telah lama menjaga kawasan Gombak, maka sudah ramai orang mengenalinya termasuk masyarakat Cina dan India.Sebagai anak jati Gombak, beliau sudah tahu denyut nadi masayarakat Gombak. Selepas Pakatan memerintah Selangor pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Banyak aduan masyarakat yang berjaya diselesaikannya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut seperti masalah banjir kilat, masalah sampah, penurapan jalan dan lain-lain lagi. Beliau berazam mengekalkan kerusi PAS di Dun Gombak Setia."Insya Allah tanpa Dr Hassan Ali, PAS tetap menang di Gombak Setia<" katanya.
Jumaat, April 26, 2013
IDRIS JUSOH GANTI SHABERY CHEEK JADI MENTERI
Kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti.
Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13.
“Takkaln lah selepas mendapat manjoriti besar Perdana Menteri tidak melantik Idris sebagai menteri kebinet yang mewakili Terengganu,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya DUN Kuala Besut, petang semalam.
Ahmad juga menafikan tomahan sesetengah pihak beliau dan Idris bermusuhan dalam politik sejak krisis jawatan Menteri Besar pada 2008. “Itu anggapan orang dan sememangnya dalam politik macam-macam orang melihat pemimpin, yang pasti kami tekad untuk bekerjasama mempastikan BN kekal di Terengganu.
Beliau berkata, engaruh rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada PAS tidak sedikitpun mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Besut untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.
Katanya, kawasan Parlimen Besut adalah kubu kuat dan banteng pertahanan BN yang paling kukuh di Terengganu sejak sekian lama.
Oleh itu,katanya, tidak tumbul pengundi di Besut menyokong pembangkang walaupun mereka tinggal di berhampiran sempadan Kelantan/Terengganu. Malah,kata Ahmad faktur itu diperkukuhkan lagi dengan kebijaksanaan pimpinan BN Besut diterajui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang berpengalaman luas dalam menghadapi pembangkang.
Ulasan saya, jika MB cadang nama Idris sebagai menteri penuh, maka Datuk Shabery Cheek akan digugurkan sebagai menteri. Takkan Terengganu nak dapat dua menteri penuh.Oleh itu orang besut lebih bertuah dari orang kemaman kerana mereka dapat menteri lagi selepas Datuk Dr Abdullah Mohd Zain (2004-2008).
WANITA UMNO TAK LAYAK JADI CALON DI TERENGGANU
Penamaan calon Parlimen Besut mencatat sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU13) apabila seorang wanita pertama dicalonkan oleh PAS bertanding di kerusi DUN Kuala Besut
Surirumah ,Napisah Ismail, 53, dari Kampung Denger, dekat sini, dipertaruhkan oleh PAS untuk menentang penyandang Dr A Rahman Mokhtar dari BN.
Napisah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Besut,satu satunya calon wanita di negeri ini yang akan bertanding pada PRU13.
Bagi DUN Kota Putera, pertandingan tiga penjuru antara calon BN,Pas dan PKR dijangka menarik perhatian kerena sebelum ini hanya BN dan Pas sahaja yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran calon PKR, Dr Mohamed Abd Ghani,61, bekas pensyarah Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut, yang tiba-tiba muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Besut, mengejutkan orang ramai.
Dr Abdul Ghani juga mencatat rekod apabila beliau adalah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Alur Lintah, Bukit, Keluang, bertanding di atas tiket pembangkang.
“Sebagai pengerusi KRT pertama bertanding menjadi calon saya amat bangga dan akan mempastikan berjaya dalam PRU13 ini,” katanya.
Ulasan saya, semua ketua wanita UMNO bahagian di Terengganu tak layak jadi calon. Mereka layak jadi pekerja parti sahaja. Nampaknya PAS Terengganu lebih maju dari BN Terengganu dengan meletakkan calon wanita di Kuala Besut.
YUSOF TAK GENTAR TANDING DI KUBU KUAT PAS
Calon muka baru Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir Yusof Awang Hitam sememangnya sudah lama dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) .
Beliau yang memilki sifat mudah mesra, pemurah, suka membantu dan tidak pilih bulu dalam menghulurkan sumbangan mahupun bantuan sememangnya dianggap calon pilihan penduduk setempat.
Yusof Awang berkata, pemilihannya sebagai calon kawasan berkenaan merupakan kepercayaan dan harapan yang diberikan pucuk pimpinan kepadanya dalam misi merampas DUN Manir.
“Harapan ini pastinya digalas sebaik mungkin dan saya tidak akan mensia-siakannya kerana mengetahui rakyat sudah jemu dengan karenah pembangkang.
“Pengalaman menjadi Pegawai Pegawai Pembagunan DUN selama ini dilihat menjadi satu kelebihan untuk memikat hati rakyat supaya berubah dan bersama BN,” katanya
Beliau yakin penggunaan slogan `Manir Berubah Jika Manir Menang’ mampu menambat hati rakyat untuk merampas kembali Manir yang hampir 26 tahun diwakili pembangkang
“Walaupun Manir dikatakan sebagai antara kubu kuat pembangkang di Terengganu, namun tidak menjadi penghalang buat saya untuk berjuang habis-habisan.
“Merampas kembali DUN Manir daripada tangan pembangkang bukan perkara mustahil ,” katanya
Pada PRU12 lalu, menyaksikan calon Pas , Dato’ Harun Taid berjaya mempertahankan kerusi DUN Manir dengan majoriti 432 undi mengalahkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong, manakala PRU11 pada 2008, sebanyak 301 majoriti undi. Berdasarkan rekod, kerusi DUN Manir mula ditakluki pembangkang (Pas) sejak PRU8 pada 1990 lalu dan sehingga kini, ia masih menjadi kubu kuat Pas.
Rabu, April 24, 2013
PM KATA KENAIKAN ROYALTI MINYAK TAK BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SABAH
Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pembangkang yang mahu menaikkan royalti minyak di Sabah sehingga 20 peratus kerana tindakan itu tidak akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini dan negara.
Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai formula lebih baik dalam memastikan Sabah terus mendapat faedah yang besar dalam kemajuan industri minyak dan gas.
Antaranya, beliau berkata, kerajaan telah mula membangunkan kawasan-kawasan telaga minyak marginal yang mempunyai rizab minyak rendah di negeri bagi meningkatkan hasil industri tersebut.
"Dengan teknologi dan teknik baharu serta dengan insentif yang disediakan kerajaan, kawasan-kawasan marginal ini boleh kita hasilkan dan minyak itu boleh kita keluarkan seterusnya royalti minyak akan kita berikan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berucap dalam majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini.
Jelas Najib, sekiranya royalti minyak dinaikkan sehingga 20 peratus seperti dilaungkan pembangkang, tindakan itu akan memberi kesan kepada perancangan lain seperti kerajaan tidak mempunyai insentif untuk membangunkan kawasan marginal.
"Apa yang berlaku seperti dalam peribahasa iaitu angsa yang keluarkan telur emas tetapi angsa itu kita bunuh. Sebaliknya di bawah perjanjian kita hari ini, angsa kita ini hidup dan akan mengeluarkan lebih banyak lagi telur emas yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah," katanya.
Najib berkata, rakyat tidak perlu gusar mengenai perjanjian royalti itu.
MARKAS BN TAYANG VIDEO LUCAH
“Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.”
Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya.
Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung.
Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang.
“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,”
katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu.
Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN.
“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin.
“Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan.
“Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.
Selasa, April 23, 2013
WAKIL RAKYAT BN AKAN BERSUMPAH GUNA AL QURAN BILA MENANG
Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu akan bersumpah menggunakan al-Quran sebaik sahaja BN membentuk kerajaan selepas 5 Mei ini sebagai “aku janji” tidak akan terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.
Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, malah kesemua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan urusan tender juga akan berbuat demikian.
Ini bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran awam di Terengganu, kata beliau.
Ahmad berkata sumpah tersebut (akuan integriti - bagi calon bukan Islam) juga bertujuan menghentikan tohmahan dan fitnah pembangkang yang kerajaan rasuah, malah menjadikannya sebagai modal politik menjelang pilihan raya umum.
“Apabila kita buat (akuan bersumpah) ini, secara tidak langsung ia akan mengikat individu tersebut dengan Allah...jika dia buat juga, dengan manusia mungkin dia lepas, tetapi tidak dengan Allah,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Ahmad turut mengejutkan tetamu majlis itu apabila beliau turut bersumpah menafikan penglibatannya dalam skandal balak seperti yang dituduh pembangkang.
Tegasnya beliau berniat hendak ke ceramah pembangkang pada waktu malam dengan membawa Al-Quran untuk bersumpah menafikan tuduhan itu namun, tiada kesempatan waktu.
“Secara kebetulan pula, pada hari ini ada program SPRM, jadi saya bersumpah menafikan tuduhan itu, saya tidak takut kerana tidak buat, ambil duit dan sebagainya (seperti yang dituduh). Itu bukan cara saya (untuk cepat kaya).
“Saya pernah disiasat selama tiga tahun setengah oleh SPRM ... tapi tiada kes (bebas), sebab itu kalau mereka nak tuduh, saya tak bimbang, pergilah lapor kepada SPRM dan tunggu SPRM lakukan siasatan ... tak perlu nak berdemonstrasi depan Wisma Iman untuk main politik,” katanya. — Bernama
Isnin, April 22, 2013
PECAT JOHAN CHE PA
BN kalah satu kerusi pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu apabila calon BN parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa tidak mengemukakan kertas pencalonan. Inilah kali pertama dalam sejarah penamaan calon, BN kalah satu kerusi daripada 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara.Biasanya BN menang tanpa bertanding banyak kerusi pada hari penamaan calon.Tindakan Johan tidak mengemukakan borang pencalonan merupakan satu tindakan yang amat memalukan. Adakah Johan sudah dibeli oleh calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang akan menentang Nik Abduh, calon PAS dalam pertandingan satu lawan satu. Inilah kelebihan Ibrahim yang pandai cari peluang. Beliau tahu kalau beliau bertanding tiga penjuru sudah tentu PAS yang menang. Maka Johan beri laluan kepada Ibrahim kerana beliau adalah seorang ahli parlimen sekarang. Biar rakyat menilai kerja Ibrahim selama lima tahun menjadi ahli parlimen Bebas. Ibrahim pertama kali menang pada tahun 1986 sebagai calon BN. Pada tahun 1990 beliau menang atas tiket Semangat 46. Pada tahun 1995 beliau yang sudah menyertai BN tewas di tangan calon PAS. Pada tahun 2004 beliau yang dipecat oleh Tok Pa sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas telah bertanding sebagai calon Bebas dan kalah di tangan calon PAS. Pada tahun 2008 beliau bertanding atas tiket PAS walaupun beliau adalah calon PAS. Beliau menang. Menurut Sayuti, beliau yang bawa Ibrahim jumpa Nik Aziz untuk beri laluan kepada Ibrahim bertanding atas lambang PAS di Pasir Mas. Ibrahim pernah ebritahu bahawa bukan diadapat free kerusi PAS kerana dia bayar duit kepada PAS. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada UMNO Pasir Mas yang dibayar duit oleh Ibrahim supaya BN beri laluan kepadanya.Inilah pertandingan hidup mati Ibrahim sama ada orang BN akan mengundinya atau tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini. Ibrahim paling kecewa tak dapat jadi calon BN bila Zulkfli Nordin diterima jadi calon BN di Shah Alam. Maka beliau bertegas mahu jadicalon Bebas. Najib serba salah mahu meletakkan Ibrahim sebagai calon BN kerana MCA tidak mahu Presiden Perkasa itu bertanding kerana Ibrahim adalah seorang rasis. MCA mungkin berkempen tidak mahu pengundi Cina mengundi Ibrahim Aliyang akan direstyi BN kerana BN sudah tiada calon parlimen. Kamalia sudah letak jawatan sebagai ahli majlis tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar bila dia diterima sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar atau dipecat dari UMNO. Maka UMNO juga perlu pecat Johan Che Pa dari UMNO kerana memalukan nama baik UMNO.
Jumaat, April 19, 2013
KESIAN NAIB KETUA WANITA UMNO
Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.
Beliau beranggapan demikian memandangkan ketua sayap berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi mahu diletakkan sebagai claon.
Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.
Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.
“Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuang di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau buat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.
Khamis, April 18, 2013
BN KENA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANAK SAMY VELLU
Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.
Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).
Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.
"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.
Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.
"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.
"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.
"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.
Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.
"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.
Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.
Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".
"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.
"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.
Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.
Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.
Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.
Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.
Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.
Ulasan saya, apa tindakan BN kepada anak Samy Vellu terhadap kenyataannya yang tidak menyokong calon BN. Oleh itu BN kena tegas memecat Vell Peri dari BN jika BN gagal menumbangkan Pakatan Rakyat pada pilihanmraya umum.
Rabu, April 17, 2013
BN INI HAK MILIK BAPA MEREKA KE?
Enam pasangan adik beradik dipilih calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya umum ini. Mereka ialah Tengku Adnan Tengku Mansor di putrajaya dan adiknya Dr Tengku Retwan Mansor di DUN Seri Setia di Selangor. Di Sabah, Shafie Afdal mempertahnakan parlimen Semporna manakala adiknya Yusof Afdal di DUN Lahad Datu. Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin bertanding di DUN Batu Tiga di Shah Alam manakala adiknya Datuk Nasaruddin di DUN pelabuhan Klang. DI Segamat,Mohd Azhar Ibrahim mempertahankan DUN Tenang manakala adiknya Norshida Ibrahim bertanding di DUN Buloh Kasap. Di Sabah, Musa Aman mempertahankan DUN Sungai Sibuga manakala adiknya Anipah kekal di parlimen Kimanis.Turut sama ialah Shahidan Kassim yang akan bertanding di parlimen Arau manakala adiknya pula Ismail kassim di kerusi DUN.
Ulasan saya, apakah BN ini hak milik bapa mereka sehingga orang lain tak layak jadi calon. Ini yang merosakkan UMNO kerana mengemukakan calon adik beradik sedangkan orang lain pun layak jadi calon.Kalau beginilah gayanya Bn pilih calon, jangan salahkan pengundi jika mereka tidak pangkah BN seolah-olah tidak ada orang lain yang layak jadi calon.



Ulasan saya, apakah BN ini hak milik bapa mereka sehingga orang lain tak layak jadi calon. Ini yang merosakkan UMNO kerana mengemukakan calon adik beradik sedangkan orang lain pun layak jadi calon.Kalau beginilah gayanya Bn pilih calon, jangan salahkan pengundi jika mereka tidak pangkah BN seolah-olah tidak ada orang lain yang layak jadi calon.



GHANI YANG BERANI
Dalam pilihanraya umum pada 5 Mei ini, keputusan paling ditunggu sudah tentu keputusan pilihanraya bagi kawasan parlimen gelang patah antara Datuk Seri Ghani Othman dengan Lim Kit Siang. Inilah kali pertama seorang MB yang berani menentang calon DAP kerana biasanya orang UMNO akan bertanding di kerusi UMNO. Pada tahun 2008, BN menang di situ melalui calon MCA tetapi MCA tidak berani menentang Lim Kit siang maka Ghani menyahut cabaran ini. Ghani memang seorang pemimpin UMNO yang berani kerana BN letak belaiu bukannya Naib Presiden UMNo, Datuk Seri hishamuddin Husin. jika Ghani menang, Ghani akan menjadi iant killer dapat menewaskan Penasihat DAP sebaliknya jika Lim Kit Siang menang, karier politik Gnai berakhir. Adakah Bn sengaja mahu melihat Ghani kalah? Inilah pengorbanan Ghani kepada parti yang sanggup menerima pencalonan ini. Jika Hishamuddin, Khaled Nordin yang ditawarkan bertanding melawan Lim Kit Siang belum tentu mereka berani. Ghani seorang senator pernah menjadi timbalan Menteri Tenaga, telekom dan Pos sebelum menjadi Menteri belia dan sukan. Sudah empat penggal menjadi MB Johor, ini merupakan pertandingan yang sengit dalam sejarah politiknya, Jika dia menag, sudah tenyu jawatan Menteri Kewangan Kedua menantinya. Jika iadalah pertandingan kalah mati antara Ghani dengan Lim Kit Siang. selamat berjuang Ghani.
Selasa, April 16, 2013
CALON BM (BOLEH MENANG) ATAU CALON MB (MENTERI BESAR)?
BN Terengganu kena kerja kuat untuk menang pilihanraya umum pada 5 Mei ini kerana calon yang dikemukakan ialah bukan calon boleh menang (winnable candidate) atau BM tetapi calon Menteri Besar (MB).Kehendak rakyat diketepikan sebaliknya Datuk Seri Ahmad Said menunjukkan powernya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO terengganu memilih calon yang pro kepadanya kali ini. Kita lihat di Hulu Besut, Nawi Mohamad masih dikekalkan sebagai calon walaupun dia ada masalah peribadi dengan kedua-dua isterinya. Ini adalah kerana dia orang MB. Datuk Seri Idris Jusoh yang bertanding kerusi parlimen bakal dilantik menteri penuh dari Terengganu jika BN membentuk semula kerajaan pusat. Orang Idris di Jabi dan Batu Rakit digugurkan sebagai calon BN iaitu Cikgu Ramlan dan Khazan Che Mat yang banyak mengkritik kepimpinan Ahmad Said. Di Bukit Tunggal Ismail Nik dikatakan gagal untuk mengatasi kerjakuatWan Nor Islam yang digugurkan sebagai calon. Semua Ketua Bahagian dikekalkan sebagai calon di Terengganu kerana Ahmad Said tidak mahu memeningkan kepala, Tengku Putera kembali bertanding di DUN Kuala Berang yang melihat kemungkinan beliau bakal MB jika Istana menolak Ahmad Said sebagai MB buat penggal kedua. Calon lain sebagai MB ialah Wan Farid jika beliau menang di Ladang. Pok Rosli kembali di parlimen Dungun sedangkan kes SPRMnya senyap sahaja. Begitu juga Ir Rosli yang ada kes SPRM di Kemasik. Mampukah Wan Ahmad Nizam mengalahkan PAS kerana Datuk Mohamad Awang Tera menang tipis di DUN Chukai dengan majoriti 700 undi. Yahya Khatib menerima cabaran untuk mengalahkan Haji Hadi di parlimen Marang. Silap-silap BN Terengganu tewas seperti tahun 1999 jika orang UMNO sendiri menangkah pembangkang kerana tidak puas hati dengan pemilihan calon. Jika BN mahu menang, pangkahlah BN tanpa mengira siapa calon. Jika mereka mahu membalas dendamn tidak mahu Ahmad Said jadi MB buat penggal kedua, maka BN
Terengganu akan hanyut sekali lagi kali ini.
Dibawah adalah senarai calon2 PRU13 bagi Negeri Terengganu.
P33 Besut DS Idris Jusoh
N1 Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar
N2 Kota Putera Mohd Mahdi Musa
N3 Jerteh Mohd Pehimi Yusof
N4 Hulu Besut Nawi Mohamad
P34 Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh (Hakim Mahkamah Sekyen KL)
N5 Jabi Mohd Iskandar Jaafar
N6 Permaisuri Mohd Jidin Shafie
N7 Langkap Dato Sabri Bin Mohd Noor
N8 Batu Rakit Badzlan Abd Rahman
P35 Kuala Nerus Dato Hj Nasir Bin Ibrahim Fikri
N9 Tepoh Muhammad Ramli Bin Nuh
N10 Teluk Pasu Dato Abdul Rahin Bin Mat Said
N11 Seberang Takir Dato Ahmad Razif Bin Abd Rahman
N12 Bukit Tunggal Ismail Bin Nik
P36 Kuala Trg Mohd Zubir Bin Embong
N13 Wakaf Mempelam Wan Mahyuddin Wan Ngah
N14 Bandar Toh Chin Yaw
N15 Ladang Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh
N16 Batu Buruk Dato Che Mat Jusoh
P37 Marang Dato Yahya Bin Khatib Mohamad
N17 Alur Limbat Alias Abdullah
N18 Bukit Payung Zaidi Muda
N19 Rhu Rendang Nik Dir Nik Wan Ku
N20 Pengkalan Berangan Abdul Latiff Awang
P38 Hulu Trg Jailani Bin Johari
N21 Telemong Rozi Mamat
N22 Manir Yusof Awang Hitam
N23 Kuala Berang Dato Tengku Putera Tengku Awang
N24 Ajil Razali Taib
P39 Dungun Dato Rosli Mat Hassan
N25 Bukit Besi Roslee Daud
N26 Rantau Abang Datuk Zaabar Mohd Adib
N27 Sura Zakariah Ali (Bekas PPD Dungun)
N28 Paka Dato Matulidi Jusoh
P40 Kemaman DS Ahmad Shabery Cheek
N29 Kemasik Ir Rosli Othman
N30 Kijal DS Ahmad Said
N31 Chukai Dato Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid
N32 Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
Terengganu akan hanyut sekali lagi kali ini.
Dibawah adalah senarai calon2 PRU13 bagi Negeri Terengganu.
P33 Besut DS Idris Jusoh
N1 Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar
N2 Kota Putera Mohd Mahdi Musa
N3 Jerteh Mohd Pehimi Yusof
N4 Hulu Besut Nawi Mohamad
P34 Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh (Hakim Mahkamah Sekyen KL)
N5 Jabi Mohd Iskandar Jaafar
N6 Permaisuri Mohd Jidin Shafie
N7 Langkap Dato Sabri Bin Mohd Noor
N8 Batu Rakit Badzlan Abd Rahman
P35 Kuala Nerus Dato Hj Nasir Bin Ibrahim Fikri
N9 Tepoh Muhammad Ramli Bin Nuh
N10 Teluk Pasu Dato Abdul Rahin Bin Mat Said
N11 Seberang Takir Dato Ahmad Razif Bin Abd Rahman
N12 Bukit Tunggal Ismail Bin Nik
P36 Kuala Trg Mohd Zubir Bin Embong
N13 Wakaf Mempelam Wan Mahyuddin Wan Ngah
N14 Bandar Toh Chin Yaw
N15 Ladang Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh
N16 Batu Buruk Dato Che Mat Jusoh
P37 Marang Dato Yahya Bin Khatib Mohamad
N17 Alur Limbat Alias Abdullah
N18 Bukit Payung Zaidi Muda
N19 Rhu Rendang Nik Dir Nik Wan Ku
N20 Pengkalan Berangan Abdul Latiff Awang
P38 Hulu Trg Jailani Bin Johari
N21 Telemong Rozi Mamat
N22 Manir Yusof Awang Hitam
N23 Kuala Berang Dato Tengku Putera Tengku Awang
N24 Ajil Razali Taib
P39 Dungun Dato Rosli Mat Hassan
N25 Bukit Besi Roslee Daud
N26 Rantau Abang Datuk Zaabar Mohd Adib
N27 Sura Zakariah Ali (Bekas PPD Dungun)
N28 Paka Dato Matulidi Jusoh
P40 Kemaman DS Ahmad Shabery Cheek
N29 Kemasik Ir Rosli Othman
N30 Kijal DS Ahmad Said
N31 Chukai Dato Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid
N32 Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
BN TERIMA TAMPARAN BILA BEKAS NAIB PRESIDEN UMNO SERTAI PAS
Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.
Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.
Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (kiri).
Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.
Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.
Ahad, April 14, 2013
NANTI KELUAR VIDEO JAMALUDDIN PULAK
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana yakin dapat menambat hati pengundi di kawasan itu.
"Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit.
"Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di Ipoh hari ini.
Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata:
"Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN."
Pada pilihan raya umum ke-12, Jamaluddin yang mewakili PKR mengalahkan calon BN, M Ramasamy dengan majoriti 1,027 undi.
Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak.
Ulasan saya, Jamaluddin dah fikir habis ke nak bertanding? Nanti keluar pula video sexnya dengan kekasihnya yang duduk di Setiawangsa. Lama juga dia simpan janda anak dua yang berasal dari Kedah itu.
Langgan:
Ulasan (Atom)