Isnin, April 29, 2013
ZIZIE KEMPEN 15 JAM UNTUK SUAMI
Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan.
"Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie.
Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi.
"Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar.
"Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi.
Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas). -