Memaparkan catatan dengan label kempen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kempen. Papar semua catatan
Selasa, Julai 08, 2014
KEM HISHAMUDDIN MULA BERKEMPEN
Sejak Tan Sri Muhyiddin Yasin dihebohkan mahu meletakkan jawatan sebagai TPM, ramai ahli Umno tertumpu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai bakal TPM. Kenapa mereka tidak tumpu perhatiian kepada Naib Presiden Umno no 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Naib Presiden Umno no 2, Datuk Seri Shafie Apdal?
Ramai percaya jika benar Muhyiddin melepaskan jawatannya, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melantik sepupunya sebagai TPM dan bukan Zahid atau Shafie. Inilah tradisi Umno kerana Umno tidak pernah mengikuti hirarki memilih TPM di kalangan Naib Presiden Umno yang paling popular. Pada tahun 1973, apabila TPM, Tun Dr Ismail meninggal dunia, Tun Razak tidak memilih Ghafar Baba atau Sardon Jubir sebagai TPM yang mendapat undi tertinggi dalam pertandingan Naib Presiden Umno 1972, sebaliknya memilih birasnya, Hussein Onn sebagai TPM yang baharu. Begitu juga apabila Tun Hussein Onn menjadi PM pada tahun 1976, beliau tidak memilih Ghafar Baba atau tengku razaleigh yang mendapat undi tertinggi dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada tahun 1975, sebaliknya beliau memilih Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Naib Presiden Umno no. 3.
Dalam pertandingan Naib Presiden Umno 2013, Hishamuddin nyaris nyaris kalah di tangan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Tanpa campurtangan Sultan pahang dan Sultan Johor, hishamuddin sudah tewas tetapi apabila Sultan memanggil perwakilan pahang dan Johor, maka Mukhriz tidak mendapat sokongan dari perwakilan kedua-dua negeri tersebut. Dapatkah Hishamuddin menjadi TPM sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan? Pada hemat saya, jika benar Muhyiddin letak jawatan, inilah peluang najib menaikkan sepupunya sebagai TPM. Sebaliknya jika jawatan Timbalan Presiden Umno diserah kepada para perwakilan seperti tahun 2009, perwakilan diberi pilihan sama ada mmeilih Muhyiddin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib, maka perwakilan memilih Muhyiddin. Jika para perwakilan diberi pilihan pada tahun 2018 memilih Zahid atau hishamuddin sebagai Timbalan Presiden Umno, maka perwakilan akan memilih Zahid. Dengan naiknya Khairy dan Mukhriz sebagai Naib Presiden Umno yang baharu pada 2018, maka peluang hishamuddin untuk jadi nombor dua terus berkecai. maka peluang terbaik bagi Najib menaikkan hishamuddin apabila Muhyiddin didesak berundur. Sebenarnya selepas pilihanraya umum 2013, Muhyiddin sudah melahirkan hasratnya kepada Najib untuk berundur tetapi Najib mahu Muhyiddin teruskan menjadi TPM kerana beliau dapati sepupunya belum stabil kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno. Malam tadi sahabat sahabat hishamuddin mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Istana. Pengerusi Tabung haji, Datuk Azeez Rahim berucap sebagai penganjur malah Ketua Menteri Melaka, Datuk idris harun sebagai penganjur turut datang berbuka puasa.Mereka berdua adalah bekas Exco pemuda ketika Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda. Hishamuddin turut berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dari jauh termasuk dari Ledang dan Semberong. Hishamuddin kini ahli parlimen Semberong dan Ketua Bahagian Semberong tetapi beliau tidak pernah lupa bahawa beliau masuk politik pada tahun 1993 di Sungai Mati, Ledang. Beliau dibawa oleh Tan Sri Ghani Othman sebagai Ketua Pemuda Ledang pada tahun 1993 mengalahkan aruah Datuk jamaluddin Abu Bakar, penerbit akhbar Buletin utama.orang yang pertama berkata jika Muhyiddin letak jawatan, Hishamuddin tak layak jadi TPM ialah Zaharin Mohd yasin setiausaha kerja BN Bandar Tun Razak. Sejak itu beliau diserang oleh puak-puak hishamuddin termasuk papagomo yang dibayar upahnya oleh menantu hishamuddin.malam tadi zaharin yang bari tiba dari Melbourne, Australia turut hadiri majlis itu dan mereka berdua bermaaf-maafan di antara Papagomo dengan Zaharin. Adakah majlis malam tadi permulaan majlis berkempen untuk jadi TPM? hanya Allah yang tahu walaupun Azeez berkata ini adalah majlis buka puasa yang ke 10 di mana sahabat sahabat Hishamuddin mengadakannya setiap tahun.
Isnin, April 29, 2013
ZIZIE KEMPEN 15 JAM UNTUK SUAMI
Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan.
"Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie.
Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi.
"Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar.
"Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi.
Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas). -
Rabu, Oktober 27, 2010
SMS UNTUK KEMPEN IDRIS JUSOH

Dalam pembicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Mohd.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.
Mohd Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.
Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.
Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.
Prosiding pagi ini berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.
Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Mohd.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.
“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.
Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi
Mohd.Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.
Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi
Mohd.Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.
Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?
Mohd.Irwan: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.
Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?
Mohd.Irwan: Didaftarkan atas nama saya.
Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?
Mohd.Irwan: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.
Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?
Mohd.Irwan: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.
Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?
Mohd.Irwan: 6 Mac 2009.
Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?
Mohd.Irwan: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.
Pendakwa: Apa password baru?
Mohd.Irwan: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.
Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?
Mohd.Irwan: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.
Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?
Mohd.Irwan: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.
Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?
Mohd.Irwan: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.
Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?
Mohd.Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.
Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?
Mohd.Irwan: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.
Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.
Mohd.Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.
Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .
Mohd.Irwan: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.
Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?
Mohd.Irwan: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.
Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan
Mohd.Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.
Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?
Mohd.Irwan: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’
Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak
Mohd.Irwan: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.
Perbicaraan seterusnya bersambung di sebelah petang.
Apabila prosiding bersambung di sebelah petang saksi (Mohd Irwa) memberitahu beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, Bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.
Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.
Saksi memberitahu dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Idris dengan mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.
Pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.
Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes semalam dan akan disambung hari ini ( 27 Oktober 2010) jam 10.00 pagi.
(dipetik dari hambali1.blogspot.com)
Jumaat, Januari 16, 2009
JEJAK KAKI DI KUALA TERENGGANU

Setelah sekian lama mahu menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu, akhirnya hari ini jam 11 pagi saya tiba di Kuala Terengganu, hari terakhir berkempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Saya turun dari bas di Kuala Ibai dan temui kawan saya, Zaini seorang kontraktor yang berasal dari Beruas, Perak yang sudah lama menetap di situ. Zaini sedang menerima panggilan dari Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim yang baru sampai dengan rombongannya dari Perak.
Ketika itu Zaini baru hadiri majlis Hishamuddin Hussein Onn yang bermesra dengan orang kampung Kuala Ibai. Saya sms seorang lagi kawan saya, Haji Mohamad Ali tetapi dia tidak jawab sms saya. Maka saya ikut Zaini pergi temui rombongan dari Beruas di markas Taman Purnama.
Abdul Manaf, baru saja menang dalam pertandingan ketua bahagian mengalahkan ADUN BN, Datuk Hamdi Abu Bakar. Hamdi sudah enam penggal jadi ketua bahagian tetapi Abd Manaf yang dua penggal jadi naib ketua bahagian berjaya menewaskan Hamdi. Orangnya baru 52 tahun dan pernah sekolah di MCKK bersama TCS, Haji Talha Ali. Bahagian Beruas mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib untuk jawatan timbalan presiden UMNO.
Kami pergi ke Kuala Ibai carikan rumah sewa untuk rombongan dari Beruas, Perak itu. Selepas itu Zaini ajak saya ke rumahnya dan kami solat jumaat di masjid Kg. Kolam, masjid PAS. Kebetulan Haji Hadi yang berkhutbah hari ini. Tetapi khutbahnya tidak semangat.
Saya turun dari bas di Kuala Ibai dan temui kawan saya, Zaini seorang kontraktor yang berasal dari Beruas, Perak yang sudah lama menetap di situ. Zaini sedang menerima panggilan dari Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim yang baru sampai dengan rombongannya dari Perak.
Ketika itu Zaini baru hadiri majlis Hishamuddin Hussein Onn yang bermesra dengan orang kampung Kuala Ibai. Saya sms seorang lagi kawan saya, Haji Mohamad Ali tetapi dia tidak jawab sms saya. Maka saya ikut Zaini pergi temui rombongan dari Beruas di markas Taman Purnama.
Abdul Manaf, baru saja menang dalam pertandingan ketua bahagian mengalahkan ADUN BN, Datuk Hamdi Abu Bakar. Hamdi sudah enam penggal jadi ketua bahagian tetapi Abd Manaf yang dua penggal jadi naib ketua bahagian berjaya menewaskan Hamdi. Orangnya baru 52 tahun dan pernah sekolah di MCKK bersama TCS, Haji Talha Ali. Bahagian Beruas mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib untuk jawatan timbalan presiden UMNO.
Kami pergi ke Kuala Ibai carikan rumah sewa untuk rombongan dari Beruas, Perak itu. Selepas itu Zaini ajak saya ke rumahnya dan kami solat jumaat di masjid Kg. Kolam, masjid PAS. Kebetulan Haji Hadi yang berkhutbah hari ini. Tetapi khutbahnya tidak semangat.
Di masjid itu saya terserempak dengan calon ketua pemuda UMNO kemaman, Kamaruddin Ali dan bekas ahli jawatankuasa bahagian Marang, Rozi. Mereka turut solat di situ. Dia tanya saya kenapa solat di situ. Saya jawab sebagai wartawan saya mahu dengar khutbah apa yang disampaikan oleh khatib menjelang pilihan raya esok. Rupa-rupanya khutbah di masjid PAS itu tidak bersemangat.
Selepas itu saya dihantar oleh Zaini ke Chendering rumah kawan saya, Othaman Ibrahim. Dengan Othaman kami ke pusat media di bandar. Selepas itu kami ke Hotel Primula menemui Syed Husin Al Atas bersama Roslan Bian dan Kapten Nuhairi. Di meja sebelah kelihatan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Rahman.
Sepanjang perbualan sudah tentu keputusan pilihan raya kecil esok yang jadi tumpuan. Ramai yang berpendapat BN masih jauh ditinggalkan oleh PAS dan malam akhir inilah jika ada peluru akhir yang boleh menyebabkan calon BN, Datuk Wan Farid Wan salleh menang. Ada blog meramalkan beliau menang dengan majoriti 3,000 undi lebih. Bagi saya, siapa yang menang, dia akan menang dengan majoriti yang tipis.
Selepas itu saya dihantar oleh Zaini ke Chendering rumah kawan saya, Othaman Ibrahim. Dengan Othaman kami ke pusat media di bandar. Selepas itu kami ke Hotel Primula menemui Syed Husin Al Atas bersama Roslan Bian dan Kapten Nuhairi. Di meja sebelah kelihatan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Abd Manaf Hashim dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Rahman.
Sepanjang perbualan sudah tentu keputusan pilihan raya kecil esok yang jadi tumpuan. Ramai yang berpendapat BN masih jauh ditinggalkan oleh PAS dan malam akhir inilah jika ada peluru akhir yang boleh menyebabkan calon BN, Datuk Wan Farid Wan salleh menang. Ada blog meramalkan beliau menang dengan majoriti 3,000 undi lebih. Bagi saya, siapa yang menang, dia akan menang dengan majoriti yang tipis.
Langgan:
Catatan (Atom)
