Inisiatif penulis buku terkenal, Syed Husin Alattas atau Pak Habib mengumpulkan penulis buku politik di kediamannya di Janda Baik, Pahang wajar diberi pujian. Oleh kerana perhimpunan Bersih 4 sedang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur maka ramai penulis buku politik yang tidak dapat hadir.
Sayuti Omar yang juga setiausaha Kelab Penulis Buku Politik dan Shahbuddin Husin pengkritik tegar Najib Razak tidak hadir kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4. Mujur mereka berdua tidak datang kerana jika mereka datang, sudah tentu mereka tidak setuju dengan resolusi yang dicapai di Janda Baik petang ini mempertahankan Umno demi kepentingan bangsa Melayu.
Kata Pak Habib, penulis perlu mempertahankan Umno setelah melihat majoriti bukan Melayu yang menghadiri perhimpunan Bersih 4 mahu menumbangkan kerajaan Melayu. Umno bukannya lahir di istana Johor tetapi lahir di kampungnya di Wadi Hana, Johor Baru dan diangkat ke istana menjadikan Umno sebagai wadah yang banyak berjasa kepada orang Melayu.
Menurut Pak habib yang sudah menghasilkan 67 buah buku, majlis itu juga mengumpulkan blogger muda dan berharap mereka dapat menghasilkan buku. Seorang blogger terkenal Azmi Ibrahim berhasrat untuk menghasilkan buku juga selepas ini.
Dorongan yang diberikan oleh Pak Habib membuatkan Azmi bercadang mengikut jejak langkah Pak Habib. Selain Pak Habib, yang pernah menulis buku politik yang hadir petang tadi ialah Musli Oli dan saya sendiri.
Musli telah menulis 14 buah buku mengakui pernah jadi stringer akhbar Watan ketika saya bertugas sebagai wakil akhbar Watan di Sabah dari tahun 1989-1991. beliau merupakan seorang penulis buku politik yang berjaya dari Sabah.
Manakala saya telah menulis 10 buah buku iaitu Sempatkah Ghafar Jadi PM (1992), Dilema Yusof Noor (1993), Wan Mokhtar: Pemimpin Empat Zaman (1994), Hulu Terengganu Menuju Keemasan (1996), Antara Najib, Muhammad dan Muhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa (2003), Kenapa Pak Lah Pilih Najib (2004), Sentuhan Pak Lah (2004), Politik Wang:Isa Jadi Mangsa (2005), Toyol Untuk Disewa (2014) dan Era Transformasi Kg Ayer Molek (2014).
Setelah berhenti dari Free Malaysia Today (FMT) pada Julai 2014, saya menumpukan sepenuh masa menulis isu semasa dalam blog saya www.catatanzabidi.blogspot.com yang saya update posting setiap hari. Sebagai blogger politik, pembaca saya tidak ramai sekitar 500 orang setiap hari. Blog saya tidak sepopular blog Shahbudin Husin yang merupakan wartawan saya ketika di akhbar Watan dahulu.
Saya berkongsi pengalaman dengan blogger muda yang hadir di majlis itu bahawa saya pernah dimaki oleh Ketua Pemuda Umno Marang, Rahman Bakar yang marahi saya menulis buku Dilema Yusof Noor. Selepas itu kami jadi kawan baik. Dr Yusof Noor yang saya temui di majlis open house Ibrahim Ali baru-baru ini masih ingat dengan buku tersebut.
Ada yang mahu menjadi calon BN dalam PRU 2004 membawa ke sana sini buku saya yang menyebut namanya sebagai calon parlimen. Sampai naik loyeng buku itu dalam poket seluarnya. Pendek kata sebagai penulis buku politik, saya menjadi tempat rujukan bakal calon. Ketika bertugas sebagai editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas (yang mana PM, Pak Lah adalah penaungnya) dua pupu saya, arwah Othman Awang setiap hari call saya, tanya lekat tak namanya sebagai calon BN Wakaf Mempelam pada PRU 2008. Seronoknya beliau bila parti memilihnya sebagai calon.
Ketika saya menjadi editor Bahasa Melayu di FMT, saya dicari oleh orang Ahmad Said kerana banyak tulisan saya dalam FMT menyebabkan Ahmad Said jatuh dari jawatan MB Terengganu. Saya tidak berani balik kampung kerana orang Ahmad Said mahu memukul saya.Itulah pengalaman pahit manis sebagai wartawan, penulis buku politik dan blogger politik.
Pak Habib merupakan idola saya. Ketika saya berhenti bekerja sebagai penolong pengarah FELCRA pada tahun 1986, saya menjual bukunya MUSA DERHAKA. Ketika saya turun dari tangga pejabat Pak Habib di Jalan Medan Tuanku ketika itu, Shahidan Kasim yang bekerja sebagai PTD di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah naik tangga untuk menemui Pak habib. Saya rapat dengan Shahidan ketika itu kerana sering terlibat sebagai urusetia kursus yang dijalankan oleh kementerian yang beliau kendalikannya. Pada tahun 1986, beliau dipilih menjadi calon parlimen BN di Arau, Perlis.
Selepas berhenti bekerja dengan FELCRA, terpengaruh dengan buku Pak Habib, saya tanam semangat untuk menulis buku politik juga dan saya berazam mahu jadi terkenal seperti Pak Habib. Tapi saya bukan penulis yang hebat seperti Pak habib, Pengalaman menerbitkan buku sendiri amat menyeksakan. Hantar buku ke kedai mamak, tiga bulan kemudian bila nak kutip duit buku, kedai sudah ditutup kerana taukehnya sudah balik ke India ketika menjual buku Politik Wang: Isa Jadi Mangsa? di Teluk Kemang.
Saya terharu dengan sikap Pak habib yang sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Kerteh melancarkan buku saya Antara Najib, Muhammad dan Muhyiddin: Pak Lah Pilih Siapa? pada tahun 2002 di sebuah hotel di Kerteh, Kemaman. beliau tidak mahu menerima duit minyak saya beri. Saya kagum dengan cara beliau menonjolkan penulis baharu seperti saya.
Seperti kata saya tadi, pengalaman menerbitkan buku sendiri amat menyeksakan. Sebab itu saya tidak menulis buku selama sembilan tahun. Tahun lepas saya muncul dengan buku Toyol Untuk Disewa. Buku ini amat laku di pasaran kerana rupanya orang melayu lebih suka baca buku misteri daripada buku politik. Melihat kehebatan Pak habib menulis 67 buah buku, saya rasa tahun ini akan kembali menulis buku politik sementara menunggu siapnya autobiografi saya DARI WARTAWAN KE JUTAWAN pada tahun hadapan.
Seperti kata Pak habib, bukan senang mahu menjadi penulis buku. Bila saya mati sekurang-kurangnya ada tercatat dalam sejarah bahawa saya pernah menulis 10 buah buku dalam hidup saya. Malah buku saya Wan Mokhtar: Pemimpin Empat Zaman dijadikan bahan rujukan pelajar UKM membuat latihan ilmiah.
Pak habib, Sayuti Omar, Musli Oli, Shahbudin Husin dan saya semakin tua, maka generasi muda yang hadiri majlis pak habib di Janda baik petang tadi yang wajar meneruskan perjuangan menulis buku-buku politik di masa akan datang. Mereka adalah blogger politik. Mulakan dengan langkah pertama membukukan tulisan-tulisan dalam blog sendiri.Langkah ini pun dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad dan Kadir jasin.Maka kalian, blogger muda, wajar menerima cabaran Pak habib untuk menulis buku sekurang-kurang sebuah pada tahun ini.
Isnin, Ogos 31, 2015
Ahad, Ogos 30, 2015
MAHATHIR SUDAH NYANYUK?
Ribuan peserta Bersih 4 seronok apabila bekas PM, Dr Mahathir Mohamad turut muncul di perhimpunan Bersih 4 selama 10 minit sambil berkata, teruskan, teruskan manakala isterinya pula berkata, ini kuasa rakyat.
Ahli parlimen Batu, Tian Chua yang terserempak dengan Dr Mahathir sempat mengiringi Dr Mahathir berkata terima kasih datang tetapi meminta peserta Bersih 4 tidak lupa apa yang beliau buat di masa lalu.
Dr Mahathir ini seorang yang hipokrit. Dahulu rakyat berhimpun pada tahun 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM. Ada beliau sokong perhimpunan rakyat itu? Sebaliknya beliau tahan Anwar di bawah ISA. Kalau Dr mahathir masih PM sekarang, adakah beliau sokong Bersih 4? Najib tidak benarkan mereka berhimpun tetapi mereka tetap berhimpun? Ada kerajaan tangkap mereka? Jadi siapa yang kuku besi, Dr Mahathir atau najib?kalau 90 peratus cina yang sertai Bersih 4 berada di Singapura, lagi teruk kerajaan Singapura kerjakan mereka.
Dikatakan majoriti peserta Bersih 4 kali ini ialah orang Cina 90 peratus, manakala Melayu 10 peratus apabila PAS tidak sebulu dengan DAP. Peserta Bersih 3 adalah terdiri 50 peratus Melayu, 50 peratus Cina.
Apakah makna semuanya ini? Najib harus berterima kasih kepada PAS yang melarikan diri dari Pakatan Rakyat menyebabkan 90 peratus peserta Bersih 4 terdiri dari pengundi DAP. Apakah makna semuanya ini? Ini bermakna orang melayu bimbang dengan senario yang ada seperti kata bekas menteri penerangan, Zainuddin Maidin.
Kebetulan saya menaiki LRT dari Bandar Tasik Selatan ke Titiwangsa pada jam 3 petang semalam kerana ada temujanji dengan seorang Dato di Hotel Vistana. Saya sedih kerana dalam LRT itu semuanya orang Cina yang memakai t shirt kuning termasuk kanak-kanak.
Saya bayangkan 20 tahun lagi jika DAP memerintah negara, apa akan jadi kepada anak cucu cicit kita. Kita asyik berbalah sesama sendiri. tak cukup dengan Umno, kita ada PAS. Tak cukup dengan Umno,, kita ada PKR. Tak cukup dengan PAS, kita ada GHB. Mujur Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak GHB yang menggunakan nama Parti Progresif Islam kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu meluluskan parti yang menggunakan nama Islam seolah-olah masuk PAS sudah masuk Islam.
Kita asyik berbalah sesama sendiri akhirnya DAP yang menang seperti kata bekas MB Terengganu, Ahmad Said, DAP memerlukan dua PRU lagi untuk memerintah negara. Ketika itu apa akan jadi kepada orang Melayu? jadi sepatutnya kita insaf apabila 90 peratus orang Cina yang menyertai Bersih 4 menuntut najib meletakkan jawatan, maka ia mencabar bangsa Melayu.
Peserta Bersih 4 mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Dr Mahathir selama 10 minit yang berkata jika bangsat itu tidak ada, orang Melayu tidak akan bangsat. Begitu sekali marah Dr Mahathir kepada Najib sambil berkata bangsat kepada Najib. Takkan ahli majlis tertinggi Umno membisu apabila Dr Mahathir kata Najib bangsat? Ini satu penghinaan yang besar kepada Presiden Umno.
Justru itu mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno pada 9 September ini sewajarnya MKT mencadangkan pemecatan Dr Mahathir dari ahli Umno kerana beliau turut serta dalam Bersih 4. Pada tahun 1969, kita marah kepada Tunku Abdul Rahman memecat Dr Mahathir dari Umno. Sebenarnya apa yang Tunku buat memang tindakan yang betul demi menyelamatkan Umno.
Lihat apa yang Dr Mahathir buat selepas beliau tidak jadi PM? beliau ganggu pentadbiran Pak lah sehingga BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Kini beliau ganggu pentadbiran Najib sehingga ramai yang meramalkan Najib adalah PM BN yang terakhir.
Nak tunggu apa lagi? pecat sahaja Dr Mahathir dari Umno. takkan Umno nak simpan lagi pengkhianat seperti Dr mahathir. Beliau berterima kasih kepada Razak Hussein yang menaikkannya dalam politik sehingga dapat jadi PM. Maka beliau naikkan pula anak Razak sehingga najib jadi PM.
Kenapa Dr Mahathir marahi Najib? Ia kerana najib tidak menyokong Mukhriz bertanding jawatan Najib Presiden Umno pada tahun 2013. Kenapa perlu sokongan najib? Jika anda kuat, bertandinglah sendiri tanpa sokongan sesiapa. Dahulu Dr mahathir ,menang naib presiden Umno pada tahun 1975, kerana Razak menyebut tiga nama dalam ucapannya, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir menyebabkan perwakilan memilih mereka bertiga sebagai naib presiden Umno.
Dr mahathir sebenarnya sudah nyanyuk. Dahulu beliau kata Tunku nyanyuk, sekarang giliran dia pula nyanyuk. Zaman dia jadi PM, rakyat buat perhimpunan beliau marah. beliau guna ISA tetapi zaman najib, rakyat buat perhimpunan beliau sokong pula. Tidakkan ini dikatakan nyanyuk?
Jika Umno tidak mahu dilanda dengan penyakit nyanyuk, maka nyahkanlah Dr Mahathir yang nyanyuk dari Umno. Siapa ahli majlis tertinggi Umno yang berani mencadangkan pemecatan Dr mahathir dari Umno pada 9 September ini? Kita mempertahankan najib bukan kerana dia bernama najib tetapi kerana mempertahankan maruah Presiden Umno.
Di saat saat pembangkang menyerang Umno, ahli Umno mesti bersatu mempertahankan najib sekalipun kita tahu Najib banyak panau dan kurapnya. Lihat orang PKR. Mereka tahu Anwar Ibrahim bersalah tetapi mereka tetap mempertahankan Anwar. Semangat seperti orang PKR ini yang sewajarnya ada di kalangan ahli Umno.

Sabtu, Ogos 29, 2015
WARKAH BUAT ANAK BANGSA, PEMANGKIN REVOLUSI NEGARA
oleh NURAFIDAH SHAHBUDIN
bekas felo perdana kepada bekas TPM, Muhyiddin Yasin dan sekarang berada di University of Queensland, Australia
(dipetik dari 1Malaysia.com)
Ke
hadapan generasi muda,
Wahai
anak bangsa, engkaulah masa depan negara. Surat ini ikhlas daripada pemudi yang
mencintai tanah airnya. Sekadar peringatan untukmu di masa hadapan; juga sebagai
peringatan padaku agar terus berkobar semangatku berjuang demi Malaysia.
Kemelut yang melanda pada masaku, mungkin akan terus diingati sehingga ke
generasimu.
Wahai
anak muda, 58 tahun dahulu kita telah mencapai kemerdekaan. Aku bukanlah
generasi yang melalui fasa itu. Namun, jiwa merdeka itu tetap kurasai sebagai
seorang warganegara. Mungkin jika kita kembali ke masa lampau, erti kemerdekaan
pada kita adalah bebas daripada cengkaman penjajah. Suatu kebanggaan apabila
akhirnya pemerintahan dipulangkan kepada empunya. Itu kisah 58 tahun yang
dahulu. Kini, jika kau tanya padaku, apakah erti kemerdekaan bagimu, inilah
jawapanku. Erti kemerdekaan bagiku adalah apabila kita bersatu hati, jiwa dan
raga, membebaskan kita dari rantaian benci dan perkauman yang memecah-belahkan
kita rakyat Malaysia, serta melemahkan negara. Tahun ke-58 kemerdekaan ini,
pelbagai tragedi telah menimpa tanah air tercinta. Aku tidak sedikit pun malu
untuk mengaku bahawa airmataku tumpah saban hari memikirkan nasib negara. Apatah
lagi melihat perpaduan semakin goyah dek diapikan dengan pelbagai isu-isu
sensitif yang berleluasa di media sosial dan media massa. Anak muda, aku faham
api di jiwa mudamu yang mahukan perubahan. Aku juga sepertimu dikala ini. Darah
mudaku bangkit mengharapkan perubahan demi kebaikan negara. Namun, aku tersedar
bahawa aku terlepas suatu perkara penting dalam menjana perubahan.
“Ubah!” “Tukar!” “Revolusi!”
Ya, aku
faham laungan-laungan itu. Perkataan yang mudah tetapi memberi gambaran tentang
harapan kita terhadap negara. Akan tetapi, sedarkah kita wahai anak muda,
perubahan itu bermula daripada diri sendiri? Untuk kita mengubah dunia, kita
haruslah bermula daripada unit paling hampir dengan kita iaitu diri kita
sendiri. Konsep perubahan inilah yang menjadi intipati kepada pembinaan negara
yang maju jaya. Namun kita selalu alpa. Yang kita pandang dan fokuskan ialah
perubahan yang besar sahaja. Makanya, tepuk dada tanya selera. Pokok
pangkalnya, kita. Adakah mampu kita membawa revolusi dan perubahan kepada tanah
air jika diri kita masih ditakuk lama? Persoalan ini perlu kita jawab dengan
telus dan penuh refleksi diri.
Anak
muda, perubahan itu tidak mustahil. Jangan engkau berputus harapan kepada
negara. Mungkin ada terpalit dihatimu untuk meninggalkan negara setelah krisis
yang melanda. Kurayu padamu anak muda, jangan tinggalkan negara. Kitalah
pemangkin di masa hadapan. Kitalah penyelamat tanah air tercinta. Jangan kau
biarkan negara terus nazak dilanda duka. Perubahan mengambil masa. Sabarlah
serta teruskan usaha untuk bangkit dan terus melangkah ke hadapan. Walaupun
perit, haruslah kau sabar dan tidak mengaku kalah. Ingatlah akan pepatah, “biar
berputih tulang, jangan kita berputih mata”. Teruslah cakna akan perkara yang
berlaku di negara kita. Tuntutlah ilmu dan berusaha mencari formula untuk
memulihkan tanah air agar terus berkembang pesat sehingga Malaysia dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Aku juga sepertimu, mahukan perubahan. Namun ingat, kita harus mengubah dengan
cara yang intelektual dan berhemah tanpa menimbulkan konflik yang akan
memburukkan imej negara serta mencetuskan huru-hara.
Janganlah
engkau lari daripada masalah. Jika bukan kita, siapa lagi yang mampu
mempertahankan kemerdekaan ini? Kuseru semua agar terus bersatu hati dalam
meneruskan perjuangan ini. Janganlah merugikan diri dengan berbalah sesama
sendiri.
Nukilan ikhlas daripada,
Seorang insan pencinta tanah air.
PECAT SEGERA CHONG SIN WOON
PM, Najib Razak sepatutnya memecat segera Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon kerana membenarkan pelajar universiti menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4.
Jika PM berani memecat timbalan presiden Umno dan naib presiden Umno, Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal, masakan beliau tidak berani memecat Ketua Pemuda MCA itu. Jika beliau tidak pecat Chong nampak sangat najib bersikap double standard.
Oleh itu beliau perlu segera bertindak. Tunjukkan ketegasan anda Najib. Baru menang jawatan Ketua pemuda MCA, dah berani bersikap kurang ajar. Kalau anda bersetuju dengan perhimpunan Bersih 4, letaklah jawatan Timbalan Menteri Pendidikan barulah gentleman.
Kenyataan Chong menyebabkan KSU Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Zaini Ujang terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pensyarah, kakitangan dan pelajar universiti dilarang menyertai perhimpunan haram itu kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Saya pun hairan mengapa Najib beriya sangat melantik pemimpin MCA sebagai menteri. MCA sudah tidak dapat sokongan dari kaum Cina. Buat apa lantik pemimpin MCA dalam kabinet. Dalam rombakan kabinet 28 Julai, Najib melantik Menteri MITI kedua dari MCA. Tak perlu.
Dari dahulu MCA tidak puas hati kerana jawatan Menteri Kewangan dan Menteri MITI dilantik dari Umno. Di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi PM Malaysia, memang pemimpin MCA yang mengisi jawatan tersebut.
Adakah dengan melantik MCA menjadi Menteri Miti Kedua, orang Cina akan mengundi MCA? jangan harap. Orang Cina tetap memilih DAP. Oleh itu tindakan Najib hanya membuang masa dan membuang duit. Yang untung pemimpin MCA dapat gaji bulanan sebagai senator dan menteri.
Baru-baru ini Chong menyelar menteri pembangunan luar bandar, Ismail Shabery Yaacob yang mahu membuka Low Yat 2 di bangunan MARA. Adakah menempatkan usahawan Melayu berniaga handphone dan aksessorinya di bangunan MARA bersifat rasis? Apa salahnya kerajaan menolong usahawan Melayu berniaga di situ kerana orang Melayu tidak mampu menyewa tapak di Low Yat.
Orang Cina tidak akan mengundi MCA lagi. Itupun MCA menang kerana bertanding di kerusi orang melayu. Kalau tiada rancangan FELDA di parlimen Bentong, sudah lama presiden MCA, Liow Tiong lai bungkus.
MCA jenis tak sedar diri. Dahlah menang di kerusi orang Melayu, nak bersikap kurang ajar pula.Liow kena nasihati ketua pemuda MCA letak jawatan sebelum dipecat dari kabinet. kalau anda tidak berani menyuruh Chong letak jawatan, tunggulah pengundi Melayu menghukum kamu dalam PRU akan datang di Bentong.

Jumaat, Ogos 28, 2015
TAK PERLU PECAT MUHYIDDIN, PECAT MAHATHIR
Menjelang mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September depan, semua orang bimbang tentang nasib yang bakal dialami oleh timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yasin. Ada yang berpendapat bahawa majlis tertinggi akan memecat beliau dari Umno kerana beliau terus mempersoalkan tentang 1MDB selepas dipecat dari jawatan TPM.
Sepert kata Shafie Afdal, takkan tanya soalan tentang 1MDB pun kena pecat dari jawatan, maka saya kira pembodek Najib tidak perlu mencadangkan kepada MKT supaya memecat Muhyiddin dari Umno.
Kita kaji semula di mana punca sebenar krisis yang berlaku sekarang. Umno lemah bukan kerana serangan luar dari Rafizi Ramli dan Tony Pua. Sebaliknya Umno lemah kerana serangan dari dalam Dr Mahathir Mohamad, bekas PM dan bekas Presiden Umno.
Justru itu MKT patut mencadangkan pemecatan keahlian Dr Mahathir. Di zaman Pak Lah jadi PM, Dr Mahathir keluar dari Umno kerana marah kepada Pak Lah yang dikelilingi oleh budak-budak tingkat empat.
Sekarang Dr Mahathir marah kepada najiib kerana derma RM2.6 billion, 1MDB, isu Rosmah Mansor, maka Umno patut mempertimbangkan cadangan ini. Dalam waktu yang sukar ini, memecat Dr Mahathir dari Umno akan melumpuhkan Umno, tetapi kita perlu ingat PRU 2018 masih jauh.
Zaman Dr Mahathir tiada Facebook, twitter, whatsapps, maka beliau tidak diserang seperti yang dialami Najib sekarang, tetapi Dr Mahathir bercakap tidak serupa bikin. Dahulu dia marah akhbar luar negara mengkritik kepimpinannya tetapi kini beliau yang beri wawancara kepada akhbar luar negara yang dimarahinya dahulu. Kenapa double standard dalam soal ini? Adakah Dr Mahathir sudah nyanyuk?
Bertindaklah dari sekarang jika BN mahu menang PRU akan datang. Insya allah kita masih ada masa lagi untuk memulihkan Umno dalam masa tiga tahun. Jika pada tahun 1989, Dr Mahathir tidak membenarkan penyokong team B masuk Umno baru, maka sudah sampai masanya najib bertegas memecat Dr Mahathir.
Jangan bimbang kerana PRU masih jauh. Seperti kata Dr Mahathir, orang Melayu mudah lupa. Bila tibanya PRU mereka tetap mengundi BN kerana mereka tahu jika Pakatan rakyat memerintah negara, negara lebih tidak stabil kerana sesama PKR, DAP dan GHB pun mereka tidak seiya dan sekata. Sebab itulah orang Melayu tidak ada pilihan lagi mengekalkan kerajaan BN walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga.

Khamis, Ogos 27, 2015
ANNUAR MUSA KENA SERIUS PERTAHANKAN NAJIB
Salah satu faktor BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU 2008 adalah kerana serangan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Pak Lah. Selepas Pak Lah berundur dari jawatan PM pada tahun 2009, Dr Mahathir kembali menyertai Umno namun BN tetap gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU2013.
Sebab itulah Pengerusi BBCBN, Shahrir Samad menganggap bahawa Dr Mahathir sudah tidak relevan lagi. Dr Mahathir tak serang Najib, tetapi Najib gagal mendapat kemenangan majoriti dua pertiga.Najib mencatat sejarah sebagai PM yang pertama tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU sulungnya.
Kini Dr Mahathir menyerang Najib, apakah BN akan gagal lagi mendapat majoriti dua pertiga pada PRU2018? Atau BN tumbang terus seperti dibimbangi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yasin bahawa jika BN gagal mendapat sokongan dua peratus pengundi, maka BN akan kalah.
Umno seolah-olah mahu lemas dengan asakan Dr Mahathir tentang isu 1MDB, isu derma RM2.6 billion, isu GST dan isu kejatuhan Ringgit Malaysia (RM). Menyedari hakikat ini maka ahli majlis tertinggi Umno, Annuar Musa rasa terpanggil untuk membela Najib demi menyelamatkan institusi Presiden Umno.
Selepas enam tahun Najib menjadi PM, Annuar yang juga bekas menteri di zaman Dr Mahathir tidak pernah menjejak kaki di pejabat Najib. Tetapi bila Najib terus diserang pembangkang dan ahli Umno sendiri, beliau tampil membantu Najib.
Annuar diberi peluang menjelaskan isu-isu semasa di majlis Umno Bahagian Seputeh. Ahli-ahli Umno bahagian tersebut kagum cara Annuar menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli akar umbi, maka sekali lagi Annuar dijemput berceramah di majlis anjuran pemuda, wanita dan puteri Umno Wilayah Persekutuan dua malam lepas di PWTC.
Dalam majlis tertutup itu, Annuar secara berseloroh berkata majlis malam ini majlis tertutup tetapi dua hari lagi keluarlah video ucapan saya yang menunjukkan bahawa sekarang semua majlis tertutup sudah jadi terbuka dengan adanya handphone yang boleh merakam suara pemimpin dan mengambil video.
Bukanlah niat saya mahu menyebarkan apa yang tertutup dalam majlis itu, tetapi demi kepentingan rakyat yang ingin tahu tentang 1MDB, GST, derma RM2.6 billion maka saya kira wajar mendedahkan fakta supaya rakyat dapat memahami isu ini dengan lebih jelas.
Annuar memulakan mukadimah dengan mengatakan Melayu tidak pernah ada dalam sejarah berjaya menundukkan penjajah. Portugis datang dengan dua kapal, kerajaan Melaka tumbang. Belanda datang, melayu tumbang. Inggeris datang, melayu kecundang. beliau bertanya bila Melayu dapat menundukkan penjajah? Ia berlaku pada tahun 1946 apabila Onn jaafar berjaya menyatukan Melayu untuk menentang Malaya Union. Soladariti orang Melayu inilah yang melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
Annuar yang kini ahli parlimen Ketereh mendakwa dalam suasana sekarang Presiden Umno diserang, 3 juta ahli Umno perlu bersatu bangkit mempertahankan najib. Maka majlis tertutup seperti ini lebih banyak perlu diadakan, katanya.
masalah yang berlaku sekarang ialah serangan bukannya datang dari pembangkang sebaliknya dari bekas Presiden Umno dan bekas PM sendiri yang masih berpengaruh di kalangan rakyat jelata. Ini yang mengelirukan rakyat dan menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan kepimpinan Najib yang dianggap sebagai PM terburuk dalam sejarah Malaysia.
Sambil menceritakan pengalamannya dalam membangunkan Umno kelantan selepas Tengku Razaleigh hamzah menyertai Semangat 46, Annuar berkata beliau dihina kerana majoriti rakyat kelantan yang kecewa dengan Ku Li yang tidak dapat jadi Presiden Umno telah memboikot beliau dan meninggalkan Umno.
Bukannya mudah untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat Kelantan terhadap Umno. Bukan sahaja beliau berdepan dengan Semangat 46, beliau pula diboikot oleh pihak istana. Tetapi demi menyelamatkan Umno, beliau tidak pernah patah semangat dan akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno pada tahun 1995 selepas berperang dalam dua PRU 1990 dan 1995.
Katanya, jika beliau mahu popular, beliau ;patut ikut Ku Li kerana Ku Li yang bawa dia balik bekerja di SEDC Kelantan dari DBKL sebagai pegawai perancang bandar. Beliau sepatutnya terhutang budi kepada Ku Li yang membawanya masuk Umno dan menjadi ADUN dalam usia yang muda, 33 tahun. Tetapi demi Umno, beliau terpaksa menyebelahi Dr Mahathir kerana katanya, " it is not that i love Ceaser less, but i love Rome more".
Dalam ucapannya Annuar mengaku beliau terhutang budi kepada Dr Mahathir yang melantiknya sebagai menteri. Secara berseloroh beliau berkata kalah pilihanraya 1990, beliau dapat jadi menteri tetapi menang pilihanraya 2013, beliau tak dapat jadi menteri.
menjelaskan isu derma RM2.6 billion, Annuar menjelaskan oleh kerana itu kehendak penderma , maka duit itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan ke dalam akaun Umno. Soalnya jika najib mati, adakah Najib sudah tinggalkan wasiat kepada Rosmah supaya memulangkan semula duit itu kepada Presiden Umno yang baharu atau duit itu akan menjadi milik Rosmah?
Apabila Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan isu ini, maka Annuar memanggil beberapa orang ahli majlis tertinggi Umno untuk menemui Najib. najib pun menerangkan hal sebenar duit itu datangnya dari mana, maka mereka berpuas hati dengan penjelasan Najib. tambahan pula ia mendapat pengesahan SPRM bahawa duit itu bukan duit 1MDB tetapi duit derma.
Semalam Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa beliau tidak percaya duit RM2.6 billion itu duit derma. Maka Annuar kena serius mempertahankan Najib dan menyerang bekas bossnya, Dr mahathir secara terbuka. Sudah sampai masanya Annuar membelasah Dr mahathir kerana punca kekeliruan ini timbul dari Dr mahathir sendiri yang menghasut rakyat mendesak najib meletakkan jawatan. Kalau pada tahun 1989, Annuar sanggup menentang Ku Li mentor politiknya secara terbuka maka sudah sampainya masanya bagi Annuar mengkritik Dr Mahathir secara terbuka.
Nampaknya pemuda, wanita, puteri Umno Wilayah Persekutuan berpuas hati dengan penjelasan Annuar Musa mengenai isu-isu semasa. Beliau berjaya menawan hati golongan muda kerana pidatonya menggunakan bahasa yang mudah dengan cara penyampaiannya diselang-seli dengan lawak jenaka.
Pada tahun 80an, kalau wakil dari kelantan, Annuar Musa berucap dalam perhimpunan agung Umno, perwakilan yang berkeliaran di luar Dewan Merdeka cepat-cepat masuk ke dalam dewan untuk mendengar Annuar berucap. Itulah kelebihan pidato Annuar yang mana dahulu Umno ada dua Anuar, satu Anwar Ibrahim dan satu lagi Annuar Musa. Secara berseloroh beliau berkata beliau tidak mahu "landing" seperti Anwar Ibrahim.
pemuda dari Cheras mencadangkan najib melantik Annuar Musa sebagai ketua penerangan Umno yang baharu. Menjawab cadangan itu, Annuar berkata biarlah jawatan itu diberi kepada orang muda kerana tanpa jawatan pun beliau akan terus berceramah mempertahankan institusi Umno.
Ahli Umno hendaklah menganggap Dr mahathir sebagai musuh utama Umno. Ini adalah kerana beliau yang menentang presiden Umno secara terbuka. Serangan Dr Mahathir terhadap Najib menyebabkan ahli Umno ragu-ragu dengan najib. 27 bahagian Umno tidak dapat menerima kepimpinan Najib dan ada ahli Umno yang sanggup menuduh Najib kaki kencing. kalau ahli Umno sendiri tidak menghormati Najib, siapa lagi yang mahu menghormatinya?
Maka majlis tertinggi Umno hendaklah memecat Dr mahathir dari Umno kerana beliau adalah duri dalam daging. najib kena tegas kalau beliau mahu melihat Umno terus kekal dalam krisis ini. Dr mahathir demi menyelamatkan Umno yang baru sahaja disahkan haram,tidak menerima Ku Li dan Musa masuk Umno baru pada tahun 1989. Justru itu najib kena tegas dalam soal ini. Jika tidak Umno akan hancur pada PRU2018.
Takdirnya Dr Mahathir mati di luar Umno, ia adalah tradisi Umno kerana tiga presidennya meninggal dunia di luar Umno iaitu Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn. Jika Dr mahathir mati di luar Umno, maka tradisi ini akan menjadi budaya Umno.

Rabu, Ogos 26, 2015
ANDAINYA ISA MASIH ADA, JAMAL TIDAK GENTAR DITAHAN DI BAWAH ISA DEMI NEGARA
Gabungan NGO Malaysia bercadang menghimpunkan penyokongnya di Kuala Lumpur Sabtu ini sebagai membantah penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 yang dianggap haram oleh polis.
Pengerusinya,Datuk Jamal Md Yunos yang mengetuai kumpulan yang dipanggil "Bersih 4.0 Cintakan Keamanan", berkata mereka melihat penganjuran Bersih 4 sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
"Kami tetap akan buat perhimpunan ini melainkan pihak penganjur Bersih 4 membatalkan niat mereka untuk membuat perhimpunan mereka," katanya pada perhimpunan aman melibatkan 25 badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur petang tadi.
Ia termasuk Persatuan Veteran Tentera Melayu, Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera dan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Perhimpunan Bersih 4 yang dirancang diadakan hujung minggu ini, dianggap "tidak dibenarkan" atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.
Sementara itu Malaysiakini melaporkan Kumpulan anti-BERSIH 4, yang tampil dengan imej berbaju merah, hari ini sekali lagi berhimpun di ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 34 jam Sabtu ini.
Menurut video yang dimuat naik di Internet, mereka mempamerkan pelbagai aksi lasak, termasuk memukul kepala dengan kayu sehingga patah selain aksi memecahkan atap genting dengan kepala.
Mereka juga memakai baju bertulis “BERSIH 4 Keamanan”.
Berdasarkan video, beberapa orang juga mempamerkan beberapa aksi balik kuang serta beberapa “bunga” silat seperti dalam aksi berlawan.
Beberapa kain rentang anti-BERSIH dibawa, antaranya bertulis "Menentang keras BERSIH 4 jahat kerana merosakkan pemikiran generasi Y".
Ramai anak muda kelihatan menyertai perhimpunan itu.
Pada 20 Ogos lalu, sebuah perhimpunan anti-BERSIH telah diadakan di Kuala Lumpur yang menyaksikan gambar pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah disimbah cecair merah.
Kumpulan itu, yang menggelarkan diri sebagai “Gabungan NGO-NGO Malaysia”, juga mengugut berkumpul di depan rumah Maria dan mahu membawa 30,000 orang yang menentang BERSIH 4 berhimpun sama pada hari itu.
Saya yang sedang lepak di Riverside, PWTC petang tadi bersama Zaharin Mohd Yasin, Mohd Nor Rajihi dan Hidayat Fansuri tiba tiba didatangi sekumpulan pemuda berbaju merah berkumpul di Riverside tersebut.
Mereka yang diketuai ketua Umno bahagian Sungai besar, jamal Mohd Yunos turut disertai Shahbudin Embun, Din Seputeh, Mohd Nor Rajihi, Yusof Soulu, Pak Lah Ali, Ali Tinju dan ramai lagi yang saya tak kenali.
Ini adalah kali pertama saya mengenali Jamal yang pernah membuka 23 cawangan restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dahulu Restoran Sekinchan Ikan Bakar amat popular dengan pengasasnya yang berusia 44 tahun itu.
Jamal ketika Noh Omar menjadi timbalan menteri dalam negeri merupakan orang kuat Noh dan secara berseloroh Mohd Nor Rajihi berseloroh bahawa Jamal adalah timbalan menteri kepada timbalan menteri dalam negeri.
Saya sempat bertanya kepada beliau, apa motif Gabungan NGO Malaysia mahu hadiri juga perhimpunan Bersih 4, beliau menjawab ia bertujuan membantu kerajaan membendung Bersih 4 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
"Kami rasa terpanggil untuk menghalang mereka kerana mereka sengaja mahu memalukan negara di saat saat negara mahu menyambut Hari Kebangsaan," tegasnya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata beliau tidak gentar jika ISA masih ada, beliau ditahan di bawah ISA demi menyelamatkan maruah negara dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Bersih 4.
"Saya bukannya rasis. tetapi apa motif mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka melalui jalan utama yang menganggu peniaga majoriti orang Melayu. Kenapa mereka tidak adakan perhimpunan di kawasan orang Cina. Ini bermakna mereka mahu merosakkan perniagaan orang Melayu sepanjang perhimpunan Bersih 4 berlangsung," katanya yang tidak pernah bercita-cita mahu menjadi ahli politik.
Beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar seminggu sebelum persidangan berlangsung pada tahun 2013.
"Sebagai ketua bahagian, saya tidak mahu menjadi wakil rakyat. Malah saya hantar senarai nama calon seramai 16 orang kepada ibu pejabat Umno untuk dicalonkan pada PRU akan datang," katanya.
Jamal orang baru dalam politik Umno. Apabila beliau meminta Muhyiddin yasin berundur sebagai timbalan presiden Umno, sudah tentu nama beliau sudah dikenali di seluruh negara. Sebelum ini orang tidak kenal siapa itu Jamal walaupun beliau sudah dua tahun menjadi ketua bahagian kecuali bila sebut Restoran Sekinchan Ikan Bakar baru orang ingat nama beliau.
Sebagai orang baru dalam politik, beliau suka bercakap terus terang. Malah beliau berani menghentam Bendahari Umno perhubungan, Fateh Mansor yang menemui PM, najib Razak kononnya minta projek untuk syarikat Glomac untuk beri sumbangan kepada Umno Selangor sebaliknya langsung tidak beri sumbangan kepada parti.
kalau orang yang mementingkan diri seperti ini dikekalkan dalam Umno Selangor, sampai bila Umno mampu menawan Selangor? Maka orang yang lantang bersuara seperti Jamal perlu ada dalam Umno dan NGO demi memertabatkan perjuangan bangsa Melayu.`
Selasa, Ogos 25, 2015
TAJUDDIN BERANI BERSUARA
Nampaknya satu-satunya ahli majlis tertinggi Umno yang berani bersuara ialah Tajuddin Rahman. Beliau yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani adalah bekas exco pemuda Umno di zaman Anwar Ibrahim. ketika itu Najib Razak adalah naib ketua pemuda.
Pada tahun 1987, ketika Najib mengetuai pemuda, beliau ditahan di bawah ISA bersama Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim selepas perhimpunan pemuda di Stadium TPCA. Tajudin mendapat jolokan six million dollar man apabila digantung keahliannya sebagai ahli Umno kerana dikatakan terlibat dalam politik wang menentang ketua bahagiannya, Ramli Ngah Talib yang juga MB Perak.
Najib pernah menyifatkan Tajudin seorang tokoh yang hebat. Ditekan di zaman Ramli Ngah Talib, akhirnya beliau berjaya menjadi ahli parlimen Pasir Salak. Itulah kelebihan Tajuddin. Pada tahun 2009, beliau memenangi ahli majlis tertinggi Umno ketika Najib menjadi Presiden Umno yang baharu.
beliau mengamuk dalam mesyuarat majlis tertingggi Umno apabila najib tidak melantiknya sebagai timbalan menteri sedangkan beliau menang ahli majlis tertinggi Umno. Untuk mendiamkan beliau, najib melantiknya sebagai pengerusi FELCRA yang menyebabkan ketua pegawai eksekutif FELCRA gerun kepadanya.
Selepas PRU 2013, baharulah Tajuddin dilantik timbalan menteri pertanian dan industri asas tani. Itulah sejarah tajuddin jatuh bangun dalam Umno. Apabila Tajuddin menegur Najib bahawa beliau dikelilingi punahsihat sudah tentu kenyataan Tajuddin ini menggemparkan kerana orang menganggapnya sebagai orang Najib.
Sekurang-kurangnya Tajuddin berani bersuara supaya Najib insaf bahawa beliau dikelilingi oleh punahsihat bukannya penasihat. Siapa yang dimaksudkannya tidak pasti. Tetapi sudah tentu setiausaha politik najib yang ditujukannya.
Kita lihat pada PRU2013 semua setiausaha politik najib ghairah mahu bertanding dalam PRU. Sepatutnya mereka bekerja untuk menonjolkan boss mereka, sebaliknya mereka menonjolkan diri sendiri. Akhirnya semua tewas, Fatmi kalah di parlimen Kota Bharu; Shahlan Ismail kalah di parlimen Pokok Sena; Shafie Abdullah tewas di parlimen Wangsa Maju.Yang menang setiausaha sulit kanan Najib di kementerian kewangan, Sheikh Fauzi di DUN di parlimen Pekan.
Saya pernah berurusan dengan Shafie ketika beliau setiausaha politik Menteri Kewangan. Saya bawa kawan saya yang bawa satu proposal untuk najib. Belum baca proposal itu, dia sudah tolak. Dia kata Najib tak minat benda begini. Kawan saya tidak berputus asa mencari orang lain untuk menemui najib. Beliau dapat cari orang yang rapat dengan Sheikh Fauzi. Sheikh Fauzi terus atur pertemuan dengan najib dan Najib arahkannya menemui Pengerusi FELDA, Isa Samad dan FELDA melaksanakan proposal itu yang bukan sahaja buat FELDA untung malah kawan saya untung dapat jadi jutawan. Tak ada rezeki saya untuk jadi jutawan. Inilah kebodohan punahsihat macam Shafie kerana proposal itu menguntungkan agensi yang melaksanakannya. Kini KWSP turut melaksanakan proposal tersebut untuk menambah dana agensi berkenaaan.
Kenyataan Tajuddin bahawa najib kena menyingkirkan penasihat yang jadi punahsihat perlu diberi perhatian. Tajuddin mendakwa punahsihat itu seperti watak Mahmud Jun dalam filem Lanchang Kuning yang ambil kesempatan untuk kepentingan diri.

"Punahsihat perdana menteri ini kena buang. Sesetengah mereka ini dikenali pun. Masalahnya, kadang-kadang kita tak berani, kita takut nak tegur," kata beliau.
"Saya tahu dua tiga orang itu. Dia bukan kira Umno dan parti menang ke kalah (dalam pilihan raya)," kata Tajuddin seperti dilapor oleh akhbar Sinar Harian.
Kalau benar seperti kata Tajuddin, Najib kena bertindak memecat punahsihatnya. kalau Najib berani menyingkirkan Muhyiddin yasin dan Shafie Apdal, masakan beliau tidak berani memecat punahsihatnya.
Janganlah pulak punahsihat Najib menghasut Najib memecat Tajuddin dari jawatannya pula. Jika ia berlaku, tunggulah kehancuran Umno pada PRU akan datang.
Isnin, Ogos 24, 2015
KU NAN SINDIR NAJIB?
Umno dilihat lemah hari ini bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya anggota yang mementingkan jawatan dan kedudukan serta pelbagai lagi yang lebih kepada kepentingan diri sendiri.
Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hanya kerana segelintir anggotanya yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan matlamat parti itu, Umno kini berhadapan dengan krisis.
"Malah ada di kalangan anggota yang sanggup menjahanamkan parti Umno itu sendiri yang bersikap seperti anai-anai serta gunting dalam lipatan, yang tidak sudah-sudah mengadu domba," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di Kuala Selangor dua hari lepas.
Siapakah yang ditujukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu? Adakah Ku Nan menyindir Najib? Beranikah Ku Nan menyindir Najib yang merupakan kawan karibnya itu.
Takkan Najib tidak diberitahu SB bahawa di mana-mana di seluruh negara rakyat kutuk najib kerana derma RM2.6billion itu dan isu 1MDB. Sewajarnya Najib ambil ikhtibar untuk bersara dari politik setelah diberitahu SB bahawa majoriti rakyat marah kepadanya.
Atau adakah SB memberi laporan yang baik-baik sahaja kepada Najib. Mereka tidak cerita hal sebenar. Kononnya semua rakyat setuju memecat Muhyiddin dan hafie Apdal dari jawatan kabinet. Kononnya rakyat seronok membayar GST. Kononnya rakyat tak malu PM mereka dihina kerana isu derma RM2.6 billion dan kononnya rakyat bangga 1MDB rugi RM42 billion.
Kalau SB memberi laporan yang sebenar kepada Najib, Najib mesti insaf dan rela untuk berundur. Sebaliknya Najib lebih mementingkan diri serta mementingkan jawatan seperti kata Ku Nan.
Najib tidak sedar bahawa beliau sudah tidak dikehendaki rakyat. Sepatutnya beliau berundur sekarang dan tidak menunggu PRU 2018 untuk rakyat menyingkirkan BN dan Najib.
Najib tidak ikhlas maka kini Umno berhadapan dengan krisis seperti kata Ku Nan. Jika Najib berundur sekarang, isu 1MDB tidak timbul lagi kerana seperti kata Dr mahathir Mohamad bahawa orang Melayu mudah lupa. Maka PRU2018 BN tetap menang dalam PRU kerana BN sudah dikemudi oleh orang lain dan bukannya Najib.
Dalam suasana sekarang, Muhyiddin Yasin yang akan menjadi PM jika Najib berundur kecuali Muhyiddin dipecat dari Umno, maka Dr Zahid hamidi yang akan mewarisi jawatan PM. Seperti kata Ketua Umno Bahagian Kepong, Ridzuan Hamid bahawa Muhyiddin tidak setia pada Najib, maka nampaknya Muhyiddin akan dipecat dari Umno pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 9 September ini.
Jika benar Muhyiddin dipecat kerana terus mempersoal tentang 1MDB, maka Najib adalah pahlawan Bugis yang berani tanpa mengambil kira risiko BN untuk menghadapi PRU akan datang. Dalam politik, Najib kena tegas sama ada dia hidup atau mati. Sama-samalah kita tunggu 9 September sama ada Muhyiddin dan Shafie berani menyuarakan pandangan akar umbi bahawa kepimpinan Najib sudah tidak dikehendaki rakyat jelata lagi.
Ahad, Ogos 23, 2015
ZAHID DAN KONTROVERSI BERPISAH TIADA
Oleh Shahbudin Embun
“Apabila
kapal dilanda gelombang, jangan pula ada usaha untuk mencampakkan nakhoda ke
laut tetapi perlu sama-sama nakhoda menempuh badai,”Itulah pendirian Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana
Menteri yang berjanji akan sama-sama mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan juga PresidenUMNO..
Kita
tidak boleh menafikan yang Zahid Hamidi terkenal dengan pelbagai kenyataan yang
kontroversi.Mungkin ada yang tidak suka dengan caranya yang “Gung Ho” tetapi
bagi yang mengenali Zahid, beliau rela dikritik , dihentam dan sanggup “take
one for the team”.
Kenyataan
beliau tentang wujudnya usaha menggulingkan Kerajaan melalui suatu komplot
terancang telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan yang hangat.Mungkin
tidak ramai yang sedar, tetapi apa yang dinyatakan oleh Zahid tentang isu
“guling kerajaan” ini sebenarnya mampu
menguatkan semula dan menambahkan kekuatan
serta semangat solidariti di kalangan mereka yang menyokong kepimpinan
Najib Tun Razak.
Kita
dapat lihat bagaimana pelbagai individu mula menyatakan sokongan yang tidak
berbelah bahagi kepada Najib Tun Razak.Begitu juga dengan pelbagai pertubuhan
serta para pemimpin parti dari UMNO dan juga komponen Barisan Nasional yang akan terus berdiri teguh di bawah kepemimpinan
dua pemimpin utama negara itu dalam menghadapi apa jua rintangan.
Mungkin
ada pihak yang mempersoalkan kenyatan beliau, namun apa yang dikatakan oleh
Zahid tentang komplot terancang ini juga secara tidak langsung , telah memberi
amaran kepada ahli-ahli UMNO supaya menghormati undang-undang dan prosedur yang
sedia ada. Zahid Hamidi menjelaskan lagi bahawa
UMNO tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan
melainkan melalui pilihan raya.
"Kita
tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang
dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.Dan Sistem dan acuan Malaysia
mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita”Begitulah
yang ditegaskan oleh Zahid Hamidi.
Dan
jika dakwaan itu benar,maka mereka yang berkomplot pastinya akan berdepan
dengan seorang pemimpin “No Nonsence” yang tidak takut dengan sebarang bentuk
ancaman.Bahkan jika benarlah wujudnya komplot ini, maka mereka yang berkomplot
ini mungkin yang lebih takut dengan keberanian Zahid Hamidi mempertahankan
kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Sebenarnya
masyarakat semakin yakin bahawa gandingan Najib dan Zahid dapat mengembalikan
semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Ketenangan
Najib dalam menangani pelbagai isu telah menarik minat rakyat bahawa sesuatu
masalah itu boleh diatasi dengan cara yang matang dan mengikut prosedur dan
bukannya semata-mata dengan mempercayai apa yang dilontarkan oleh medium
seperti sosial media yang begitu berkuasa dan berleluasa pada hari ini.
Manakala
kelantangan Zahid Hamidi juga diperlukan bagi mengingatkan rakyat bahawa
kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan negara dan bukannya
melayan isu remeh temeh yang tidak akan memberikan manfaat kepada mana-mana
pihak.
Mungkin
dari semasa ke semasa Zahid Hamidi akan membuat kenyataan yang mengundang
kontroversi. Bukanlah mahu memberikan beliau lesen, tetapi apa yang dilaungkan
pada kebiasaannya akan menimbulkan
respons dari pelbagai pihak. Dan dari maklumbalas seperti inilah sesuatu isu
itu dapat dibahaskan dan dibincangkan.Di sinilah nanti timbulnya kematangan
masyarakat kita dalam membincang serta menangani isu-isu politik dan
pentadbiran negara.
Dalam
kelantangan Zahid Hamidi menangani isu-isu negara, beliau sebenarnya ikhlas
dalam memastikan jentera pentadbiran berjalan lancar. Jika kita perhatikan pada
beberapa ucapan beliau, Zahid Hamidi sering mengingatkan ahli-ahli UMNO serta
rakyat umumnya supaya sentiasa bersama-sama bersatu padu dan memberikan
sokongan kepada pucuk pimpinan.
Beliau
juga telah mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa bersifat adil dan
tidak mudah terpedaya dengan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pelbagai
pihak yang sentiasa cemburu dengan kepimpinan yang sedia ada.
Sebenarnya
jika dilihat dari sudut survival UMNO, Parti terulung negara ini memerlukan
lebih ramai pemimpin seperti Zahid Hamidi!.
Shahbudin
Embun
Ahli
Majlis Perundingan Melayu Malaysia/ Blogger Lawyer Pokok Cherry.
(Penulis
Buku NAJIB PENERAJU TRANSFORMASI)
Mykad:
530916 09 5037
Tel:
019-3687455
Alamat
: No 9.12 Alpha Villa Apartment,Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Sabtu, Ogos 22, 2015
KHALED TAK FAHAM BUDAYA UMNO
Menteri Besar Johor, Khaled Nordin tidak faham dengan budaya Umno. Dia berucap di persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi semalam bahawa "menyogok-nyogok itu bukan budaya Umno. Mengia-iakan secara membuta tuli itu bukan budaya Umno. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya Umno".
Beliau turut berpesan yang amalan menerima pandangan tanpa kritikal adalah satu bentuk penindasan dalam berfikir.
"Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir.
"Ia tidak menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan," kata Khaled.
Khaled adalah bekas setiausaha politik Shahrir Samad menjadi ahli parlimen Johor Bharu selama tiga penggal dari tahun 1990-2004. Pada tahun 2004, beliau berpindah ke parlimen Pasir Gudang selama dua penggal sebelum dipilih bertanding di DUN Permas pada tahun 2013.
Pada tahun 2008, beliau telah diarahkan bertandng di kerusi DUN kerana bakal dilantik MB Johor. Apabila Sultan Johor melihat Ghani Othman menangis di dalam berita tv mengumumkan beliau akan bertanding di parlimen, Sultan Johor memanggil Pak Lah dan mahu Ghani dikekalkan sebagai MB Johor. Maka Khaled tidak ada rezeki menjadi MB Johor.
Namun demikian beliau akhirnya menjadi MB Johor pada tahun 2013. Seperti juga bekas-bekas MB Johor sebelum ini merupakan orang Muar (Othman Saad, Muhyiddin yasin, Ghani Othman), Khaled juga berasal dari Muar.
Sejak Najib memecat Muhyiddin yasin sebagai TPM, ucapan Khaled selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor agak kritikal. Beliau berpendirian bahawa Umno Johor menerima pemecatan Muhyiddin sebagai TPM kerana kuasa melantik menteri adalah budi bicara PM tetapi sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin hendaklah terus dihormati sebagai orang nombor dua dalam parti.
Malah ketika merasmikan persidangan perwakilan bahagian Pasir Gudang, ucapan Najib tidak diberi tepukan gemuruh seperti mana ucapan Khaled sebelum itu sebagai Ketua Umno bahagian pasir Gudang. Perwakilan pasir gudang berani memalukan Najib yang dijelaskan Khaled bahwa bukan bahagian yang menjemput najib merasmikan persidangan tersebut sebaliknya Najib yang minta merasamikannya.
Sepatutnya Khaled tidak memberitahu kepada perwakilan seolah-olah najib ini terhegeh-hegeh mahu datang ke pasir gudang. Semalam berucap di hadapan TPM baharu, Dr Ahmad zahid hamidi, khaled berkata angguk-angguk itu bukan budaya Umno.
Sebenarnya Khaled yang tidak faham dengan budaya Umno. Dari dahulu hingga sekarang, apabila presiden Umno kata A, semua ahli majlis tertinggi kata A. Tidak ada yang berani menyanggah kenyataan presiden Umno.
Itulah budaya Umno, dahulu, kini dan selama-lamanya. Selaku pemimpin, siapa yang suka pendapatnya disanggah? khaled sendiri sebagai MB kalau dalam mesyuarat Exco, ada Exco yang berani menyanggah ucapan beliau, sudah tentu beliau tidak suka.
Jadi budaya ampu, budaya bodek yang diamalkan oleh Ahmad Maslan bukanlah budaya baru dalam Umno. Lihat apa yang berlaku di zaman Tun Abdul Rahman Putra menjadi PM Malaysia. beliau memecat Menteri pertaniannya, Aziz ishak yang terlalu advance memandang ke timur yang mahu jepun membuka kilang baja di negara kita sedangkan Tunku mahu kilang baja dari Eropah.
malah Tunku menahan Aziz ishak di bawah ISA. Sekarang mujur sudah tiada ISA. Jika tidak najib sudah menahan Dr Mahathir Mohamd, Muhyiddin yasin dan Shafie Apdal di bawah ISA. Ini yang merugikan najib kerana tidak nampak pertentangan terbuka seperti ini akan berlaku. kononnya beliau mahu menjadi liberal dan menghapuskan ISA sebaliknya beliau sudah tentu menyesal sekarang menghapuskan ISA.
satu lagi budaya Umno ialah apabila pemimpin Umno ada jawatan, ahli Umno akan sanjung mereka. bila tiada jawatan, mereka akan dilupakan. Jika Muhyiddin kekal mahu mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2018 selepas PRU, sudah tentu Dr zahid selaku TPM mahu jadi orang nombor dua dalam parti pula.Maka Dr Zahid terpaksa menentang Muhyiddin. Muhyiddin yang tiada jawatan dalam kerajaan pasti kalah kerana perwakilan melihat Muhyiddin tidak dapat beri apa-apa kepada mereka.
Sebab itu Anwar Ibrahim lupa dengan budaya Umno ini. Apabila dia menjadi TPM dan Menteri kewangan, semua ketua bahagian merapatinya. Bila dia disingkir dari Umno, tak ada ketua bahagian yang berani sokong Anwar kerana Anwar tidak ada jawatan lagi. Muhyiddin kena belajar dari apa yang sudah dialami oleh Anwar. Sekarang Muhyiddin bukan lagi menteri, makin ramai kawan akan lari daripadanya. Ajak main golf pun sudah tidak mahu kerana Muhyiddin bukan lagi TPM. Di saat saat begini baru Muhyiddin tahu siapa kawan yang setiia.
Contoh yang jelas berlaku kepada Dr mahathir yang berkuasa selama 22 tahun sebagai PM pun boleh kecundang jadi perwakilan G7 ke perhimpunan agung Umno kerana beliau bukan ada jawatan lagi. apabila Dr Mahathir mengkritik najib, beliau ingat najib akan tersungkur seperti pak lah. Dr Mahathir lupa bahawa najib adalah bekas ketua pemuda (1987-1993) sedangkan majoriti ketua bahagian sekarang adalah ketua pemuda yang sewaktu dengan najib. Maka bukan mudah Dr Mahathir menyingkirkan najib yang seperti mana diakui Ketua bahagian Ampang, ismail Kijo, najib menjaga hati sahabat-sahabatnya tidak seperti pak Lah.
pak lah tak tahan lama jadi PM kerana Pak lah bukan bekas ketua pemuda. begitu juga Muhyiddin yasin bukan ketua pemuda. maka Muhyiddin tidak ada kekuatan untuk menumbangkan najib. Sebaliknya Najib menggunakan dua orang naib presidennya, Dr Ahmad zahid hamidi dan Hishamuddin hussein yang juga bekas ketua pemuda untuk menyokongnya.
Jika BN kekal memerintah negara pada 2018, najib akan kekal sebagai PM. Maka Dr Zahid hamidilah menjadi harapan ahli Umno untuk menumbangkan najib pada pemilihan Umno pada tahun 2021 jika Najib berdegil mahu mempertahankan jawatan presiden Umno. Soalnya beranikah dr. zahid
menentang mentor politiknya itu?
Jumaat, Ogos 21, 2015
RUPANYA TENGKU RAZALEIGH MASIH RELEVAN
Pendedahan bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali semalam bahawa PAS pernah mencadangkan supaya ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dilantik PM baharu selepas PRU 2013 membuktikan bahawa Ku Li mash relevan dalam persada politik negara.
28 tahun berlalu cita-cita Ku Li menjadi PM melalui Umno hancur berkecai apabila, beliau tewas tipis kepada Dr Mahathir Mohamad dalam pertandingan presiden Umno pada 24 April 1987. Ekoran kegagalannya itu para penyokongnya membawa kes itu ke mahkamah yang menyebabkan Umno diisytiharkan tidak sah.
Sehubungan dengan itu Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru) dan tidak membenarkan para pemimpin Team B menyertai Umno sehingga Ku Li terpaksa berjuang melalui Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama.
Dua kali menyerahkan nasib kepada rakyat melalui PRU 1990 dan PRU 1995, akhirnya Ku Li membubarkan Parti Semangat 46 dan kembali kepada Umno pada tahun 1995. pada tahun 1996, beliau mahu tanding jawatan naib presiden Umno tetapi tidak cukup pencalonan, 15 pencalonan apabila keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa Umno Gua Musang mencalonkan Ku Li tanding jawatan tersebut dianggap tidak sah kerana pencalonan perlu dibuat dalam persidangan bahagian dan bukannya dalam mesyuarat ahli jawatankuasa bahagian.
Jika bahagian beliau mencalonkan Ku Li dari awal, sudah tentu beliau selaku naib presiden Umno ada peluang untuk menang dan layak dilantik TPM setelah Anwar dipecat dari jawatan TPM. Memang Ku Li tidak ada rezeki untuk jadi PM. Sebab itu apabila PAS mencadangkan nama beliau sebagai calon PM, nampaknya Ku Li lebih dihargai oleh PAS daripada ahli Umno sendiri yang sanggup mengenepikan tokoh yang dikenali di seluruh dunia.
Sewaktu di luar Umno beliau merintis pakatan dengan pembangkang untuk menghadapi PRU satu lawan satu dengan BN pada PRU 1990 dan 1995.
Maka timbullah Angkatan Perpaduan Ummah di mana Parti Semangat 46 bekerjasama dengan PAS untuk menumbangkan BN. Manakala Parti Semangat 46 juga merintis kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat.
Formula ini diteruskan Anwar Ibrahim pada PRU1999 apabila Anwar dipecat dari Umno dan isterinya mengetuai satu lagi parti serpihan Umno, PKR. Asas yang dimulakan ku Li nampaknya mula mendapat perhatian rakyat apabila Pakatan Rakyat menjadi parti pembangkang yang terkuat serta dapat menafikan majoriti dua pertiga BN dua kali berturut-turut pada PRU 2008 dan 2013.
Oleh itu apabila PAS tidak mencalonkan Haji Hadi sebagai calon PM pada PRU 2013 sebaliknya mencalonkan nama ahli Umno, Ku Li sebagai bakal PM membuktikan bahawa Haji hadi bukan orang yang layak jadi PM.
Blogger Sayuti Omar berkata pendedahan Mustafa Ali itu memalukan PAS dan haji hadi. Kata Sayuti, sepatutnya PAS mencalonkan presidennya sendiri dan bukan orang luar.Sejak bila haji Hadi layak jadi PM? jadi MB Terengganu pun beliau tidak layak. Semua orang tahu beliau adalah MB remote control ketika menerajui kerajaan Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 sebaliknya Mustafa Ali yang jadi MB.
haji hadi MB by name. Haji hadi yang tidak tahu apa, diremote control oleh Mustafa Ali. Apabila cadangan ini dibawa kepada Lim Kit Siang, dia kata dia akan bersetuju jika PKR bersetuju. Apabila PKR berkeras mahu Anwar Ibrahim jadi PM, maka cadangan PAS itu tinggal cadangan sahaja.
Siapa sangka orang di luar pakatan rakyat turut disunting jadi PM. Itulah kehebatan ku Li yangmana track recordnya menunjukkan bahawa beliau adalah satu-satunya tokoh PM sementara yang boleh ditonjolkan dan akan mendapat sokongan dari ahli parlimen pembangkang dan BN.
Cadangan PAS supaya Ku Li dilantik sebagai PM sementara selama tiga tahun sebelum menyerahkan kerusi itu kepada Anwar Ibrahim. Jika PKR bersetuju dengan cadangan ini mungkin momentum PRU 2013 berubah kerana ramai di kalangan pakatan rakyat pun tidak mahu Anwar yang dikatakan tidak bermoral itu menjadi PM.
jika Ku Li diumumkan sebagai calon PM Pakatan Rakyat dari awal, mungkin BN sudah tumbang pada PRU 2013. Ini menunjukkan Ku Li masih relevan dalam politik Malaysia.
Sejak TPM baharu, Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada orang tua dalam BN yang bersekongkol dengan pembangkang untuk dapatkan akuan bersumpah dari 88 ahli parlimen pembangkang dan 37 ahli parlimen BN, negara jadi huru hara.
Seperti kata ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali al Habshee bahawa dakwaan Dr Zahid menyebabkan timbul perasaan curiga mencurigai sesama pemimpin Umno. Apabila sebuah blog menamakan 20 orang yang terlibat, BBCBN yang diketuai Shahrir Samad terpaksa membuat sidang akhbar menafikan mereka tidak pernah ditemui oleh mana-mana pihak untuk menggulingkan kerajaan. Sebaliknya beliau mendakwa ia adalah rekaan semata-mata.
Ini menimbulkan kemarahan Dr Zahid yang mengatakan beliau ada bukti yang kukuh dan menuduh ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar jangan buat tuduhan melulu. Sebagai menteri dalam negara, sudah tentu beliau mempunyai maklumat risikan yang cukup.
Dr Zahid baru hampir sebulan jadi TPM sudah menimbulkan kenyataan kontroversial menyebabkan ahli Umno nampak beliau bukan calon yang sesuai untuk menggantikan najib. Dalam suasana sekarang jika Najib ditangkap rasuah, maka yang patut menjadi PM ialah Muhyiddin Yasin tetapi sudah ada usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin dari Umno. maka calon yang akan menggantikan Najib sudah tentu ialah Dr Zahid.
Bukan sahaja ahli Umno marah kepada Dr Zahid yang membuat pendedahan tersebut malah kononnya syarikat adiknya diberi kontrak mendaftar dalam talian 1.5 juta buruh asing turut menyebabkan sokongan ahli Umno kepada Dr zahid makin luntur.
Ini yang menyebabkan ahli Umno nampak Hishamuddin Husein yang layak menjadi PM baharu menggantikan Najib. Adakah melantik Dr Zahid untuk ditembak dari awal oleh rakyat merupakan strategi najib untuk melonjakkan sepupunya sebagai PM kerana rakyat nampak Dr Zahid penuh dengan kontroversi.
Justru itu kalau rakyat mahu melihat anak Perak pertama jadi PM, maka Dr Zahid hendaklah kurang bercakap. makin banyak bercakap, makin ramai orang meluat. Menilai dua kesilapan Dr Zahid ini, sebenarnya beliau masih ada potensi untuk jadi PM. Sebab itu beliau kena ubah jangan ghairah mencari publisiti sehingga menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa dalang tua yang mahu menggulingkan kerajaan.
Sebenarnya bukan mereka mahu gulingkan kerajaan BN tetapi
mereka mahu menggulingkan Najib. Jika benar Ku Li dinobatkan sebagai PM baharu, ia masih kerajaan perpaduan yang ditunjangi Umno dan bukannya kerajaan pakatan rakyat. Justru itu menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya di parlimen bukannya satu jenayah. Jika di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat boleh dijatuhkan kenapa di peringkat pusat tidak boleh dijatuhkan walaupun Dr Mahathir yakin ahli parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya tersebut.

Langgan:
Catatan (Atom)