PM, Najib Razak sepatutnya memecat segera Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon kerana membenarkan pelajar universiti menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4.
Jika PM berani memecat timbalan presiden Umno dan naib presiden Umno, Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal, masakan beliau tidak berani memecat Ketua Pemuda MCA itu. Jika beliau tidak pecat Chong nampak sangat najib bersikap double standard.
Oleh itu beliau perlu segera bertindak. Tunjukkan ketegasan anda Najib. Baru menang jawatan Ketua pemuda MCA, dah berani bersikap kurang ajar. Kalau anda bersetuju dengan perhimpunan Bersih 4, letaklah jawatan Timbalan Menteri Pendidikan barulah gentleman.
Kenyataan Chong menyebabkan KSU Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Zaini Ujang terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pensyarah, kakitangan dan pelajar universiti dilarang menyertai perhimpunan haram itu kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Saya pun hairan mengapa Najib beriya sangat melantik pemimpin MCA sebagai menteri. MCA sudah tidak dapat sokongan dari kaum Cina. Buat apa lantik pemimpin MCA dalam kabinet. Dalam rombakan kabinet 28 Julai, Najib melantik Menteri MITI kedua dari MCA. Tak perlu.
Dari dahulu MCA tidak puas hati kerana jawatan Menteri Kewangan dan Menteri MITI dilantik dari Umno. Di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi PM Malaysia, memang pemimpin MCA yang mengisi jawatan tersebut.
Adakah dengan melantik MCA menjadi Menteri Miti Kedua, orang Cina akan mengundi MCA? jangan harap. Orang Cina tetap memilih DAP. Oleh itu tindakan Najib hanya membuang masa dan membuang duit. Yang untung pemimpin MCA dapat gaji bulanan sebagai senator dan menteri.
Baru-baru ini Chong menyelar menteri pembangunan luar bandar, Ismail Shabery Yaacob yang mahu membuka Low Yat 2 di bangunan MARA. Adakah menempatkan usahawan Melayu berniaga handphone dan aksessorinya di bangunan MARA bersifat rasis? Apa salahnya kerajaan menolong usahawan Melayu berniaga di situ kerana orang Melayu tidak mampu menyewa tapak di Low Yat.
Orang Cina tidak akan mengundi MCA lagi. Itupun MCA menang kerana bertanding di kerusi orang melayu. Kalau tiada rancangan FELDA di parlimen Bentong, sudah lama presiden MCA, Liow Tiong lai bungkus.
MCA jenis tak sedar diri. Dahlah menang di kerusi orang Melayu, nak bersikap kurang ajar pula.Liow kena nasihati ketua pemuda MCA letak jawatan sebelum dipecat dari kabinet. kalau anda tidak berani menyuruh Chong letak jawatan, tunggulah pengundi Melayu menghukum kamu dalam PRU akan datang di Bentong.