Ahad, Ogos 23, 2015

ZAHID DAN KONTROVERSI BERPISAH TIADA


Oleh Shahbudin Embun
“Apabila kapal dilanda gelombang, jangan pula ada usaha untuk mencampakkan nakhoda ke laut tetapi perlu sama-sama nakhoda menempuh badai,”Itulah pendirian Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang berjanji akan sama-sama mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan juga PresidenUMNO..
Kita tidak boleh menafikan yang Zahid Hamidi terkenal dengan pelbagai kenyataan yang kontroversi.Mungkin ada yang tidak suka dengan caranya yang “Gung Ho” tetapi bagi yang mengenali Zahid, beliau rela dikritik , dihentam dan sanggup “take one for the team”.
Kenyataan beliau tentang wujudnya usaha menggulingkan Kerajaan melalui suatu komplot terancang telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan yang hangat.Mungkin tidak ramai yang sedar, tetapi apa yang dinyatakan oleh Zahid tentang isu “guling kerajaan” ini  sebenarnya mampu menguatkan semula dan menambahkan kekuatan  serta semangat solidariti di kalangan mereka yang menyokong kepimpinan Najib Tun Razak.
Kita dapat lihat bagaimana pelbagai individu mula menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Najib Tun Razak.Begitu juga dengan pelbagai pertubuhan serta para pemimpin parti dari UMNO dan juga komponen Barisan Nasional yang  akan terus berdiri teguh di bawah kepemimpinan dua pemimpin utama negara itu dalam menghadapi apa jua rintangan.  
Mungkin ada pihak yang mempersoalkan kenyatan beliau, namun apa yang dikatakan oleh Zahid tentang komplot terancang ini juga secara tidak langsung , telah memberi amaran kepada ahli-ahli UMNO supaya menghormati undang-undang dan prosedur yang sedia ada. Zahid Hamidi menjelaskan lagi bahawa  UMNO tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.
"Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.Dan Sistem dan acuan Malaysia mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita”Begitulah yang ditegaskan oleh Zahid Hamidi.
Dan jika dakwaan itu benar,maka mereka yang berkomplot pastinya akan berdepan dengan seorang pemimpin “No Nonsence” yang tidak takut dengan sebarang bentuk ancaman.Bahkan jika benarlah wujudnya komplot ini, maka mereka yang berkomplot ini mungkin yang lebih takut dengan keberanian Zahid Hamidi mempertahankan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Sebenarnya masyarakat semakin yakin bahawa gandingan Najib dan Zahid dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Ketenangan Najib dalam menangani pelbagai isu telah menarik minat rakyat bahawa sesuatu masalah itu boleh diatasi dengan cara yang matang dan mengikut prosedur dan bukannya semata-mata dengan mempercayai apa yang dilontarkan oleh medium seperti sosial media yang begitu berkuasa dan berleluasa pada hari ini.
Manakala kelantangan Zahid Hamidi juga diperlukan bagi mengingatkan rakyat bahawa kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan negara dan bukannya melayan isu remeh temeh yang tidak akan memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.
Mungkin dari semasa ke semasa Zahid Hamidi akan membuat kenyataan yang mengundang kontroversi. Bukanlah mahu memberikan beliau lesen, tetapi apa yang dilaungkan pada kebiasaannya akan  menimbulkan respons dari pelbagai pihak. Dan dari maklumbalas seperti inilah sesuatu isu itu dapat dibahaskan dan dibincangkan.Di sinilah nanti timbulnya kematangan masyarakat kita dalam membincang serta menangani isu-isu politik dan pentadbiran negara.
Dalam kelantangan Zahid Hamidi menangani isu-isu negara, beliau sebenarnya ikhlas dalam memastikan jentera pentadbiran berjalan lancar. Jika kita perhatikan pada beberapa ucapan beliau, Zahid Hamidi sering mengingatkan ahli-ahli UMNO serta rakyat umumnya supaya sentiasa bersama-sama bersatu padu dan memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan.
Beliau juga telah mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa bersifat adil dan tidak mudah terpedaya dengan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pelbagai pihak yang sentiasa cemburu dengan kepimpinan yang sedia ada.
Sebenarnya jika dilihat dari sudut survival UMNO, Parti terulung negara ini memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Zahid Hamidi!.

Shahbudin Embun
Ahli Majlis Perundingan Melayu Malaysia/ Blogger Lawyer Pokok Cherry.
(Penulis Buku NAJIB PENERAJU TRANSFORMASI)
Mykad: 530916 09 5037       
Tel: 019-3687455
Alamat : No 9.12 Alpha Villa Apartment,Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Shahbudin Hj Embun