Sabtu, Ogos 22, 2015

KHALED TAK FAHAM BUDAYA UMNO

Menteri Besar Johor, Khaled Nordin tidak faham dengan budaya Umno. Dia berucap di persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi semalam bahawa "menyogok-nyogok itu bukan budaya Umno.  Mengia-iakan secara membuta tuli itu bukan budaya Umno. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya Umno".

Beliau turut berpesan yang amalan menerima pandangan tanpa kritikal adalah satu bentuk penindasan dalam berfikir.
"Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir.
"Ia tidak menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil.  Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan," kata Khaled.
Khaled adalah bekas setiausaha politik Shahrir Samad menjadi ahli parlimen Johor Bharu selama tiga penggal dari tahun 1990-2004. Pada tahun 2004, beliau berpindah ke parlimen Pasir Gudang selama dua penggal sebelum dipilih bertanding di DUN Permas pada tahun 2013.

Pada tahun 2008, beliau telah diarahkan bertandng di kerusi DUN kerana bakal dilantik MB Johor. Apabila Sultan Johor melihat Ghani Othman menangis di dalam berita tv mengumumkan beliau akan bertanding di parlimen, Sultan Johor memanggil Pak Lah dan mahu Ghani dikekalkan sebagai MB Johor. Maka Khaled tidak ada rezeki menjadi MB Johor.

Namun demikian beliau akhirnya menjadi MB Johor pada tahun 2013. Seperti juga bekas-bekas MB Johor sebelum ini merupakan orang Muar (Othman Saad, Muhyiddin yasin, Ghani Othman), Khaled juga berasal dari Muar.

Sejak Najib memecat Muhyiddin yasin sebagai TPM, ucapan Khaled selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor agak kritikal. Beliau berpendirian bahawa Umno Johor menerima pemecatan Muhyiddin sebagai TPM kerana kuasa melantik menteri adalah budi bicara PM tetapi sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin hendaklah terus dihormati sebagai orang nombor dua dalam parti.

Malah ketika merasmikan persidangan perwakilan bahagian Pasir Gudang, ucapan Najib tidak diberi tepukan gemuruh seperti mana ucapan Khaled sebelum itu sebagai Ketua Umno bahagian pasir Gudang. Perwakilan pasir gudang berani memalukan Najib yang dijelaskan Khaled bahwa bukan bahagian yang menjemput najib merasmikan persidangan tersebut sebaliknya Najib yang minta merasamikannya.

Sepatutnya Khaled tidak memberitahu kepada perwakilan seolah-olah najib ini terhegeh-hegeh mahu datang ke pasir gudang. Semalam berucap di hadapan TPM baharu, Dr Ahmad zahid hamidi, khaled berkata angguk-angguk itu bukan budaya Umno.

Sebenarnya Khaled yang tidak faham dengan budaya Umno. Dari dahulu hingga sekarang, apabila presiden Umno kata A, semua ahli majlis tertinggi kata A. Tidak ada yang berani menyanggah kenyataan presiden Umno.
Itulah budaya Umno, dahulu, kini dan selama-lamanya. Selaku pemimpin, siapa yang suka pendapatnya disanggah? khaled sendiri sebagai MB kalau dalam mesyuarat Exco, ada Exco yang berani menyanggah ucapan beliau, sudah tentu beliau tidak suka.

Jadi budaya ampu, budaya bodek yang diamalkan oleh Ahmad Maslan bukanlah budaya baru dalam Umno. Lihat apa yang berlaku di zaman Tun Abdul Rahman Putra menjadi PM Malaysia. beliau memecat Menteri pertaniannya, Aziz ishak yang terlalu advance memandang ke timur yang mahu jepun membuka kilang baja di negara kita sedangkan Tunku mahu kilang baja dari Eropah.

malah Tunku menahan Aziz ishak di bawah ISA. Sekarang mujur sudah tiada ISA. Jika tidak najib sudah menahan Dr Mahathir Mohamd, Muhyiddin yasin dan Shafie Apdal di bawah ISA. Ini yang merugikan najib kerana tidak nampak pertentangan terbuka seperti ini akan berlaku. kononnya beliau mahu menjadi liberal dan menghapuskan ISA sebaliknya beliau sudah tentu menyesal sekarang menghapuskan ISA.

satu lagi budaya Umno ialah apabila pemimpin Umno ada jawatan, ahli Umno akan sanjung mereka. bila tiada jawatan, mereka akan dilupakan. Jika Muhyiddin kekal mahu mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2018 selepas PRU, sudah tentu Dr zahid selaku TPM mahu jadi orang nombor dua dalam parti pula.Maka Dr Zahid terpaksa menentang Muhyiddin. Muhyiddin yang tiada jawatan dalam kerajaan pasti kalah kerana perwakilan melihat Muhyiddin tidak dapat beri apa-apa kepada  mereka.

Sebab itu Anwar Ibrahim lupa dengan budaya Umno ini. Apabila dia menjadi TPM dan Menteri kewangan, semua ketua bahagian merapatinya. Bila dia disingkir dari Umno, tak ada ketua bahagian yang berani sokong Anwar kerana Anwar tidak ada jawatan lagi. Muhyiddin kena belajar dari  apa yang sudah dialami oleh Anwar. Sekarang Muhyiddin bukan lagi menteri, makin ramai kawan akan lari daripadanya. Ajak main golf pun sudah tidak mahu kerana Muhyiddin bukan lagi TPM. Di saat saat begini baru Muhyiddin tahu siapa kawan yang setiia.



Contoh yang jelas berlaku kepada Dr mahathir yang berkuasa selama 22 tahun sebagai PM pun boleh kecundang jadi perwakilan G7 ke perhimpunan agung Umno kerana beliau bukan ada jawatan lagi. apabila Dr Mahathir mengkritik najib, beliau ingat najib akan tersungkur seperti pak lah. Dr Mahathir lupa bahawa najib adalah bekas ketua pemuda (1987-1993) sedangkan majoriti ketua bahagian sekarang adalah ketua pemuda yang sewaktu dengan najib. Maka bukan mudah Dr Mahathir menyingkirkan najib yang seperti mana diakui Ketua bahagian Ampang, ismail Kijo, najib menjaga hati sahabat-sahabatnya tidak seperti pak Lah.

pak lah tak tahan lama jadi PM kerana Pak lah bukan bekas ketua pemuda. begitu juga Muhyiddin yasin bukan ketua pemuda. maka Muhyiddin tidak ada kekuatan untuk menumbangkan najib. Sebaliknya Najib menggunakan dua orang naib presidennya, Dr Ahmad zahid hamidi dan Hishamuddin hussein yang juga bekas ketua pemuda untuk menyokongnya.

Jika BN kekal memerintah negara pada 2018, najib akan kekal sebagai PM. Maka Dr Zahid hamidilah menjadi harapan ahli Umno untuk menumbangkan najib pada pemilihan Umno pada tahun 2021 jika Najib berdegil mahu mempertahankan jawatan presiden Umno. Soalnya beranikah dr. zahid
menentang mentor politiknya itu?