Isnin, Ogos 24, 2015

KU NAN SINDIR NAJIB?

Umno dilihat lemah hari ini bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya anggota yang mementingkan jawatan dan kedudukan serta pelbagai lagi yang lebih kepada kepentingan diri sendiri.
Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hanya kerana segelintir anggotanya yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan matlamat parti itu, Umno kini berhadapan dengan krisis.
"Malah ada di kalangan anggota yang sanggup menjahanamkan parti Umno itu sendiri yang bersikap seperti anai-anai serta gunting dalam lipatan, yang tidak sudah-sudah mengadu domba," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di Kuala Selangor dua hari lepas.
Siapakah yang ditujukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu? Adakah Ku Nan menyindir Najib? Beranikah Ku Nan menyindir Najib yang merupakan kawan karibnya itu.
Takkan Najib tidak diberitahu SB bahawa di mana-mana di seluruh negara rakyat kutuk najib kerana derma RM2.6billion itu dan isu 1MDB. Sewajarnya Najib ambil ikhtibar untuk bersara dari politik setelah diberitahu SB bahawa majoriti rakyat marah kepadanya.
Atau adakah SB memberi laporan yang baik-baik sahaja kepada Najib. Mereka tidak cerita hal sebenar. Kononnya semua rakyat setuju memecat Muhyiddin dan hafie Apdal dari jawatan kabinet. Kononnya rakyat seronok membayar GST. Kononnya rakyat tak malu PM mereka dihina kerana isu derma RM2.6 billion dan kononnya rakyat bangga 1MDB rugi RM42 billion.
Kalau SB memberi laporan yang sebenar kepada Najib, Najib mesti insaf dan rela untuk berundur. Sebaliknya Najib lebih mementingkan diri serta mementingkan jawatan seperti kata Ku Nan.
Najib tidak sedar bahawa beliau sudah tidak dikehendaki rakyat. Sepatutnya beliau berundur sekarang dan tidak menunggu PRU 2018 untuk rakyat menyingkirkan BN dan Najib.
Najib tidak ikhlas maka kini Umno berhadapan dengan krisis seperti kata Ku Nan. Jika Najib berundur sekarang, isu 1MDB tidak timbul lagi kerana seperti kata Dr mahathir Mohamad bahawa orang Melayu mudah lupa. Maka PRU2018 BN tetap menang dalam PRU kerana BN sudah dikemudi oleh orang lain dan bukannya Najib.
Dalam suasana sekarang, Muhyiddin Yasin yang akan menjadi PM jika Najib berundur kecuali Muhyiddin dipecat dari Umno, maka Dr Zahid hamidi yang akan mewarisi jawatan PM. Seperti kata Ketua Umno Bahagian Kepong, Ridzuan Hamid bahawa Muhyiddin tidak setia pada Najib, maka nampaknya Muhyiddin akan dipecat dari Umno pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 9 September ini.
Jika benar Muhyiddin dipecat kerana terus mempersoal tentang 1MDB, maka Najib adalah pahlawan Bugis yang berani tanpa mengambil kira risiko BN untuk menghadapi PRU akan datang. Dalam politik, Najib kena tegas sama ada dia hidup atau mati. Sama-samalah kita tunggu 9 September sama ada Muhyiddin dan Shafie berani menyuarakan pandangan akar umbi bahawa kepimpinan Najib sudah tidak dikehendaki rakyat jelata lagi.