Selasa, September 03, 2013
UMNO GUA MUSANG MILIK SIAPA?
Umno Gua Musang yang selama ini diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang kini terbuka ekoran pengumuman pemimpin tersebut untuk melepaskan jawatannya.
Pada hari Jumaat lalu Bernama melaporkan Ku Li sebagai berkata bahawa pilihan raya umum ke 13 ialah pilihan raya terakhir. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan ketua bahagian Gua Musang yang disandangnya selama 51 tahun.
Persoalan kini timbul berkenaan siapa yang akan mengambil alih kepimpinan Umno Gua Musang.
Seorang sumber menyatakan bahawa sentimen ahli Umno di peringkat akar umbi di Gua Musang masih berpihak kepada Ku Li.
“Sambutan buat masa sekarang masih berpihak kepada Ku Li,” kata sumber.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin mahu bertanding jawatan ketua bahagian.
“Bazlan kecewa kerana tidak mendapat sokongan penuh dari akar umbi. Beliau tidak popular,” dakwa sumber.
Sementara itu sumber FMT berkata bahawa bekas calon pilihan raya umum 12 di Galas, Mohd Saufi Deraman berhasrat untuk bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian.
“Terdapat ura-ura bahawa Saufi Deraman mahu menyertai PAS kerana tidak dicalonkan untuk bertanding di Galas meskipun menjadi Adun Galas selama sepenggal selepas menang dalam pilihan raya tahun 2004,” kata sumber.
Timbalan Ketua Bahagian Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani (gambar) enggan mengambil alih kepimpinan ketika persoalan samada beliau akan mengambil alih kepimpinan di Gua Musang diajukan kepada beliau.
“Saya akan tunggu pengumuman pucuk pimpinan dan sentimen akar umbi. Saya pernah memberitahu Ku Li berkenaan hasrat untuk tidak bertanding tapi beliau kata jangan buat begitu,” kata Mat Yusoff yang juga adalah Adun Nenggiri.
AIR MANI GAJAH
Ali tidak tahu apa khasiatnya air mani gajah apabila Cikgu Shah menghubunginya untuk mencari pembeli air mani gajah. Ali terus hubungi Sam, kawan berbangsa Cina di Kelang.
“Sam, ada buyer air mani gajah?” soal Ali.
“Ada. Berapa gram?” tanya Sam.
“30 gram. Berapa harga satu gram?” soal Ali.
“RM30,000 satu gram,” jawab Sam.
“Air mani gajah yang macam mana buyer nak?” soal Ali.
“Yang dua alam. Testnya ambil dua batang mancis. Salut kedua-duanya dengan air mani gajah. Satu batang mancis letak di atas air, satu lagi di udara dan gerakkan yang di udara dengan yang di bawah.
“Kalau batang mancis di bawah bergerak mengikut yang di udara, maka inilah yang buyer nak yang dikatakan dua alam,” terang Sam.
Ali mencongak dalam kepalanya 30 gram berharga RM900,000.
“Kita beritahu owner harga RM10,000 satu gram cukuplah. Baki RM20,000 satu gram kita punya,” kata Ali kepada Zaki. Zaki mengangguk senyum mendengar RM600,000 mereka punya. RM600,000 itu akan dibahagi sama rata dengan Ali, Zaki dan Cikgu Shah.
“Barang dari mana Cikgu?” tanya Zaki yang menghubungi Cikgu Shah dengan handphone.
“Dari Kedah. Esok petang kawan saya sampai,” kata Cikgu Shah.
Batu kristal
Menurut lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat gajah. Legenda bermula kononnya terdapat seekor gajah jantan besar yang menjadi raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut.
Raja Gajah itu dikenali sebagai Gajah Tunggal kerana suka menyendiri kecuali bila Raja Gajah berkehendakkan gajah betina untuk melepaskan berahi yang telah menjadi lumrah alam si jantan akan mencari si betina.
Bila tiba bulan purnama, maka Raja Gajah mencari kawanan gajah-gajah betina di habitat tersebut. Apabila melihat Raja Gajah datang, maka gajah-gajah betina ini membentuk bulatan dan Raja Gajah akan memilih seekor gajah betina untuk disetubuhinya.
Selesai bersetubuh, Raja Gajah akan menimbus sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang tertimbus itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah.
Puak Suku Anak Dalam mengintai ketika Raja Gajah sedang memuaskan nafsunya dengan gajah betina. Selepas Raja Gajah dan kawanan gajah betina beredar, maka suku itu berebut-rebutlah menggali kambusan tanah untuk mendapatkan air mani gajah yang telah bertukar menjadi kristal.
“Apa khasiat air mani gajah Cikgu?” soal Zaki yang amat buta tentang air mani gajah.
“Menurut orang Batak air mani gajah mampu mempengaruhi minda orang untuk menurut kata dan kehendak pengguna minyak ini . Ia lebih kuat dari minyak cenuai dan minyak pengasih,” terang Cikgu Shah.
Mati pucuk
“Jadi ia amat mujarab sebagai penunduk, pengerat kasih sayang suami isteri, pelaris perniagaan dan boleh mengubati penyakit mati pucuk,” sambung Cikgu Shah yang bukan pesara guru sekolah.
Sebaliknya dia adalah bekas pensyarah di Institut Penyelidikan Getah (RRI) tetapi beliau dipanggil pelajar-pelajar RRI sebagai Cikgu.
Esoknya, tepat jam 5 petang, Malik dan Sumi sampai di rumah Cikgu Shah di Subang Bestari.
“Biar kita test dahulu sama ada ia dua alam atau tidak,” kata Cikgu Shah.
“Tak payah testlah Cikgu. Kita dah lambat. Janji dengan Sam pukul 6 petang. Jalan ke Kelang jem ini Cikgu,” bantah Ali.
“Saya dah testnya Cikgu. Memang confirm dua alam,” sampuk Sumi tuan punya air mani gajah itu.
Cikgu Shah, Ali dan Zaki terus naik kereta Volvo Malik ke Kelang. Jalan ke Kelang memang jem gila. Tepat jam 7 baru mereka sampai di rumah Sam di Taman Andalas.
Barang mistik
Untuk berurusan dengan Sam, semua seller barang mistik dikenakan membayar RM300. Jika barang itu selepas test okay, Sam akan membayar sekali ganda RM600. Jika barang itu tidak okay, RM300 akan hangus.
Cikgu Shah dan Ali memang tiada duit untuk bayar RM300. Maka Zaki yang sukarela membayar RM300 kepada Sam kerana dia yakin mereka akan dapat RM600,000 hari itu.
“Mana air mani gajah?” tanya Sam yang meletakkan RM300 yang diterimanya dari Zaki di atas meja.
“Ini dia,” kata Sumi yang membuka balutan kainnya.
“Kita timbang dulu,” kata Sam sambil meletakkan air mani gajah itu dia atas alat imbang digital.
“Tak sampai pun tiga gram. Ali kata 30 gram,” kata Sam.
Terlopong Ali. Cikgu Shah pun terkejut kerana mereka diberi maklumat yang salah oleh Malik. Zaki yang lebih bengang kerana pelaburannya sebanyak RM300 hangus.
“Saya dah kata kalau kurang lima gram, buyer tak beli,” tegas Sam.
Dua alam
“Jadi nak test tak sama ada ia dua alam atau tidak?” tanya Sumi.
“Tak payah test pasal tak cukup lima gram,” jawab Sam yang tersenyum kerana duit RM300 di atas mejanya menjadi miliknya.
“Tadi saya nak test dulu di rumah saya, Ali kata tak payah,” marah Cikgu Shah dalam kereta.
“Lain kali Malik jangan dengar cakap orang. Awak tengok dulu dan pastikan ia lima gram ke atas baru datang ke Kuala Lumpur,” sampuk Ali.
“Awak datang dari jauh kan rugi duit minyak dan duit tol,” kata Cikgu Shah kepada Malik dan Sumi.
“Saya yang rugi kerana hangus RM300 sedangkan duit tu saya nak bayar sewa bilik bulan ini,” kata Zaki menyesal kerana tidak tengok air mani gajah itu terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah Sam.
KUNYIT HITAM
Kisah saya tulis minggu lepas “Jenglot boleh angkat kereta?” telah menarik perhatian 3,705 orang pembaca. Terima kasih kepada semua yang membaca kisah itu walaupun ada pembaca yang berkata cerita itu bodoh.
Minggu ini saya ingin bercerita tentang kunyit hitam. Yang sering kita dengar kunyit warna merah, tetapi yang mahu saya ceritakan pengalaman Ali dan Zaki mendapatkan kunyit hitam.
Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara komersial kerana nilai perubatannya.
Kalau nak test lihat keindahan Kunyit Hitam, ambil tiga ruas tebu dan pangkah di setiap hujungnya. Warna hitam dari Kunyit akan bersambung di tengah-tengah tebu sehingga hitam kesemuanya.
Pangkah di nasi sehingga warna hitam mengubah keputihan nasi dan pada batang pisang. Sapukan di pangkal pokok dan perhatikan warna hitam berapa tinggi boleh naik ke atas. Masih ada lagi pelbagai cara untuk melihat keindahan Kunyit Hitam.
Kunyit Hitam ni ada dua jenis. Pertamanya digunakan untuk bidang perubatan seperti mana yang semua maklum. Keduanya digunakan untuk dijadikan ibu duit.
Seperti biasa setiap minggu Ali dan Zaki menghadap Ustaz Mukhlis di rumahnya di Seri Gombak. Ustaz Mukhlis berasal dari Jawa Tengah dan sudah lama menetap di situ. Dia gunakan kepandaiannya untuk berubat orang sakit.
“Kamu tahu siapa yang ada kunyit hitam?” tanya Ustaz Mukhlis kepada Ali.
“Nak buat apa Ustaz?” tanya Ali kembali.
Pertukaran
“Kita nak buat pertukaran. Ada kawan saya di Ampang mencari kunyit hitam untuk buat pertukaran,” kata Ustaz Mukhlis.
“Banyak ke nilai pertukarannya Ustaz?” Zaki yang duduk di sebelah Ali menyampuk.
“Billion ringgit,”kata Ustaz Mukhlis.
“Haji Jurit pernah beritahu saya bahawa kawannya di Gunung Jerai ada kunyit hitam,” beritahu Ali.
“Nanti kami usahakan,” tambah Zaki.
Sekembalinya ke bilik mereka di Kepong, Ali hubungi Haji Jurit dengan handphonenya.
“Assalamualaikum Ayah,” kata Ali.
“Mualaiakumusalam Ali,” jawab Haji Jurit yang dipanggil ayah, seorang pemimpin dalam sebuah pertubuhan macam Pekida.
“Ustaz Mukhlis yang kita jumpa hari tu cari kunyit hitam nak buat pertukaran di Ampang,” kata Ali.
“Nanti ayah tanya kawan ayah di Gunung Jerai,” kata Haji Jurit yang duduk di Teluk Intan. Hai Jurit sudah berumur 63 tahun tapi kelihatan muda. Apatah lagi dia selalu ditemani isteri mudanya yang berusia 26 tahun. Khabarnya dia isteri keempat Haji Jurit.
“Esok ayah call Anuar,” kata Haji Jurit.
Alam ghaib
Malam itu Ali bercerita kepada Zaki yang jahil tentang kunyit hitam. Ali pernah jumpa Ustaz Mazlan dari Kuantan yang juga mencari kunyit hitam untuk tarik duit dari alam ghaib.
“Kalau ada kunyit hitam, Ustaz Mazlan suruh parking lori kecil di Janda Baik. Secepat kilat lori itu penuh dengan duit yang diambil dari alam ghaib,” cerita Ali kepada Zaki.
Zaki terlopong mendengar cerita Ali. Dia tak pernah dapat rezeki seperti ini tetapi Ali pernah merasa duit hasil tarik duit walaupun tidak banyak sekadar RM22 ribu sahaja.
Esoknya tepat jam 11 pagi Haji Jurit call Ali.
“Ali, kunyit hitam memang ada di Gunung Jerai dengan kawan ayah. Jadi ayah kena pergi sana,” kata Haji Jurit.
“Bila ayah nak pergi?” tanya Ali yang excited.
“Secepat mungkin,” jawab Haji Jurit.
“Kalau begitu pergilah esok ayah,” desak Ali.
“Ayah boleh pergi hari ini tapi kena beri duit minyak dan duit hotel sekurang-kurangnya RM500 untuk bawa tuannya sekali ke Kuala Lumpur,” beritahu Haji Jurit.
Bincang
“Banyak mana? RM500? Nanti saya bincang dengan Zaki,” kata Ali.
Petang itu Zaki yang baru balik dari kerja diberitahu kena sediakan RM500 untuk ambil kunyit hitam di Kedah.
“Saya setakat RM200 adalah,” kata Zaki jujur.
“Yang lebih saya cari,” jawab Ali.
Dua hari kemudian, Zaki bank in RM500 kepada Haji Jurit yang berada di Teluk Intan.
“Ayah pergi hari ini juga ke Kedah,” kata Haji Jurit kepada Ali dalam handphone.
“Agaknya bila ayah datang KL?” tanya Ali.
“Lusa terus datang dan suruh Ustaz Mukhlis siap sedia untuk buat pertukaran,” kata Haji Jurit.
Dua hari kemudian Ali call Haji Jurit tanya perkembangan kunyit hitam. Haji Jurit tak angkat call. Setiap hari Zaki tak putus asa menelefon Haji Jurit.
“Sabarlah,” kata Haji Jurit.
“Ustaz Mukhlis tanya saya bila sampai kunyit hitam, macam mana saya mahu sabar ayah?” tanya Ali.
Cukup seminggu Haji Jurit tak sampai-sampai di Kuala Lumpur dengan kunyit hitam.
“Agak-agaknya kita kena tipu dengan Haji Jurit?” soal Zaki.
“Takkan Haji Jurit yang tak tinggal solat lima waktu tipu kita?” kata Ali.
“Orang yang kuat solat kuat diuji iblis sama ada solatnya itu ok atau tidak,” kata Zaki.
“Terkena lagi kita nampaknya,” kata Ali kecewa.
Khamis, Ogos 22, 2013
SALLEH MAKIN LANTANG
KOTA BELUD: Kebelakangan ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak ada beberapa kali membuat gesaan atau lebih tepat “teguran” kepada beberapa kementerian persekutuan berhubung Sabah.
Yang terbaru ialah gesaannya supaya Kementerian Pendidikan pusat memberikan lebih kuasa autonomi kepada Jabatan Pelajaran Sabah dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan pendidikan di negeri kedua terbesar itu.
Sebelum ini Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, juga “menembak” sekurang-kurangnya dua kementerian persekutuan yang kebetulan diterajui dua pemimpin Umno Sabah sendiri.
Salleh menegur dua kementerian khusus untuk pembangunan luar bandar dan juga perumahan supaya mengubah tabiat mereka daripada melaksanakan sendiri projek-projek di bawah kementerian masing-masing kepada merujuk kerajaan negeri dan menyalurkan terus peruntukan yang banyak dari dua kementerian itu kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Dua kementerian yang terkena itu ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diterajui Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Musa juga merupakan Ketua Perhubungan Umno Sabah, dan dilaporkan kurang senang dengan cara kementerian pembangunan luar bandar mengendalikan projek di Sabah tanpa merundingi dan melibatkan kerajaan negeri pimpinannya.
Sementara itu Salleh juga menyebut peruntukan lain untuk infrastruktur dan pertanian sepatutnya disalur terus kepada kerajaan negeri.
Shafie, Naib Presiden Umno, yang dianggap tidak sebulu dengan Musa, memang dingin kepada gesaan seperti ini manakala Abdul Rahman yang dikira orang Musa tetapi saingan Salleh sendiri di Kota Belud, turut mendiamkan diri.
Salleh ketika membuat teguran yang terbaru pada suatu majlis hari raya di Kota Belud beberapa hari lepas dilaporkan berkata , “Perwakilan kuasa perlulah disokong dengan dana mencukupi dan mengurangkan proses birokrasi”.
Beliau mendakwa banyak usaha pembangunan pendidikan di Sabah terjejas berikutan amalan gemar merujuk ke Putrajaya berkaitan perkara-perkara remeh.
“Banyak bangunan sekolah di Sabah memerlukan usaha penambahbaikan dan projek pendidikan tidak dilaksanakan secara sistematik kerana amalan ini,” katanya memberi alasan kuasa yang lebih kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah selari dengan tranformasi bidang pendidikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kebetulan Pengarah Pendidikan Sabah yang baru, Jame Alip, adalah dari Kota Belud, sama daerah dengan Salleh dan dikatakan sentiasa berbincang berhubung permasalahan pembangunan pelajaran Sabah khususnya projek infrastruktur yang dikatakan bertimbun-timbun.
Menuntut Janji Ditepati
Dalam gesaannya yang disiarkan dalam bentuk kenyataan kepada media massa, nyata Salleh merujuk kepada janji-janji Menteri Pendidikan sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah bersetuju mewakilkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak bagi menguruskan projek-projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri berkenaan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Konvensyen Tahunan ke-26, Parti Bersatu Sabah (PBS) di KDCA, Penampang dipetik sebagai berkata, ia adalah munasabah untuk mewakilkan kuasa itu, memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang besar dari segi jumlah dan juga saiz sekolah.
“Saya melihat kesesuaian dalam mewakilkan kuasa ini kepada Sabah dan Sarawak. Satu cara adalah mewakilkan kuasa itu kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk melihat bagaimana sesetengah projek yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama-sama diuruskan,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata.
Kenapakah Salleh semakin lantang membuat teguran-teguran sedemikian? Kenapa “hentam” kementerian-kementerian tertentu sahaja dan tidak hentam terus Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib sebab Najiblah yang berkuasa menentukan gaya Kabinetnya?
Atau ia sudahpun berupa hentaman kepada pimpinan Najib? Cuma media massa dan para penganalisis gagal membaca mesej politik dari Sabah?
Apabila seseorang pemimpin kanan seperti Salleh menegur cara layanan kabinet Najib kepada Sabah, adakah ia amaran awal Umno Sabah akan bersuara keras, kalau tidak berpaling tadah, pada perhimpunan agung Umno Oktober ini?
Atau adakah inilah yang dikatakan “kuasa politik penentu” Sabah dan Sarawak bagi memaksa Kuala Lumpur mendengar rintihan dan gesaan dari Sabah. Tetapi kenapa Salleh berseorangan dalam membuat gesaan? Tiada yang menyokong saranannya setakat ini.
Di Sabah, Musalah yang paling berkuasa dalam Umno mahupun kerajaan negeri. Sebelum pilihanraya umum lalu memang ada desas-desus Najib mungkin membuat rombakan di Sabah tetapi semua itu tidak menjadi. Musa terus juga Ketua Menteri.
Persoalan yang semakin menarik sekarang ialah apakah Salleh akan terus mengekalkan rentak dan momentum tegurannya terhadap dasar Umno kepada Sabah, atau sekadar setakat ini sahaja. Jika ia, adakah Salleh sedang menyediakan “exit point” yang strategik untuknya pada pilihanraya umum akan datang, yang menunjukkan trend menyokong pembangkang.
Adakah ini ada kaitan dengan semakin tipisnya peluang Salleh kembali ke dalam kabinet Sabah, sesuatu yang tidak mustahil berlaku memandangkan beliau adalah ahli dewan undangan negeri sekali gus orang kedua paling penting dalam Umno Sabah…? (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Isnin, Ogos 19, 2013
SUKARNYA MENJUAL BARANG BERKHADAM
Kisah misteri yang dipaparkan ini adalah kisah benar. Tetapi nama-nama watak telah ditukar untuk tidak menyinggung perasaan orang berkenaan. Tujuan saya menulis kisah ini adalah untuk pengajaran kepada kita supaya tidak terlibat dengan perbuatan karut seperti ini.
Ali adalah seorang broker barang-barang mistik. Sebagai broker, Ali mencari pembeli kepada orang yang mahu menjual batu delima merah, rantai babi, besi kuning dan pelbagai barang mistik yang lain. Barang-barang ini dikatakan kebal umum. Maknanya jika memakai barang berkenaan maka orang itu kebal, tidak lut ditembak dan sebagainya.
Biasanya barang kebal umum diuji dengan memotong rambut. Apabila pembeli pegang barang tersebut, tester akan menguji barang itu sama ada kebal atau tidak dengan memotong rambut pembeli menggunakan razor blade. Jika rambut itu putus, maknanya barang itu tidak kebal. Sebaliknya jika rambut tidak putus, ini bermakna barang itu memang kebal.
Kenapa barang-barang ini jadi kebal? Ia adalah kerana barang-barang ini ada khadam. Khadamlah yang menyebabkan tuan punyanya menjadi kebal.
Harga barang kebal umum seperti batu delima merah, rantai babi dan besi kuning biasanya mencecah sampai RM5 juta. Ramai broker yang jadi jutawan menjual barang-barang mistik ini kerana penjual tidak tahu harga pasaran. Kalau penjual bersetuju menjual RM1 juta, ini bermakna broker yang kenyang kerana RM4 juta akan dibahagi sama rata di kalangan broker terlibat.
Ali dahulu seorang pegawai kerajaan di sebuah bandar di Johor. Tetapi dia meletakkan jawatan kerana mahu menjadi kontraktor kelas F. Oleh kerana di daerahnya ramai sangat kontraktor kelas F, maka peluangnya untuk mendapat projek agak terhad. Entah macam mana akhirnya dia terlibat menjadi broker barang-barang mistik.
Ali gembira apabila Pak Wan, tuan punya batu delima menghubunginya untuk menjual barang tersebut.
“Datang ke FELDA Cherul. Bawa pembeli, Saya mahu RM3 juta sahaja,” kata Pak Wan melalui handphone.
“Okay saya akan bawa Datuk Munir ke rumah,” jawab Ali.
Barang kebal
Dari Muar, Ali naik bas ke Kuala Lumpur untuk menemui kawannya Latif yang mana dia yang ada hubungan terus dengan Datuk Munir yang suka membeli barang-barang kebal.
“Kamu pergi Cherul dulu tengok barangnya dan test delima itu. Jika confirm rambut tak putus, saya akan bawa duit RM5 juta ke rumah Pak Wan,” kata Datuk Munir kepada Latif dalam handphone.
Ali yang ada di sisi Latif senyum kerana mereka berdua akan dapat RM1 juta seorang. Esok mereka akan ke FELDA Cherul untuk melihat barang Pak Wan.
Esoknya, sebelum bertolak ke Kemaman dengan kereta buruk Latif, Ali ajak Latif singgah di sebuah kedai menjual kereta Mercedes Benz di Kampung Baru.
“Ini I punya, itu U punya,” kata Ali sambil memegang Mercedez Benz model terbaru berwarna biru manakala Latif memegang kereta warna merah.
“Esok balik dari Kemaman, dapat kami beli kereta ini,” kata Latif sambil memberitahu jurujualnya bahawa esok mereka datang beli kereta tersebut.
Mereka terus bertolak ke FELDA Cherul melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Jerangau-Jabor. Empat jam kemudian mereka tiba di rumah Pak Wan.
“Ini Ali ke?” tanya Pak Wan.
“Ya saya Ali, Pak Wan. Ini Latif, partner saya,” kata Ali.
Malam itu Pak Wan ajak mereka berdua tidur di rumahnya. Mereka nak tidur di hotel bajet di Kuantan tetapi Pak Wan kata nak pergi ke sana, jauh juga, jadi lebih baik tidur di rumahnya. Lagi pun di rumah itu tiada orang hanya Pak Wan dan Mak Wan saja. Tiga orang anak mereka sudah berumah tangga dan duduk berasingan.
Malam itu Latif test batu delima Pak Wan. Ali berikan razor blade baru kepada Latif yang bersedia memotong rambut Pak Wan. Ternyata rambut Pak Wan tidak putus. Seronok Ali dan Latif melihat hasil test tersebut.
Pagi esoknya, Datuk Munir tiba di rumah Pak Wan membawa sebuah van Securicor yang membawa wang tunai sebanyak RM5 juta. Dua orang pengawal keselamatan bersenjata turut datang bersama van tersebut.
“Pak Wan, ini pembelinya, Datuk Munir,” kata Latif memperkenalkan Datuk Munir kepada Pak Wan.
Teratak buruk
“Sila masuk Datuk ke teratak buruk saya,” ujar Pak Wan sambil merendah diri.
“Buruk apa. Saya kira rumah ini yang paling besar di FELDA Cherul ini,” jawab Datuk Munir.
Selepas berbual sekejap, maka Pak Wan pun panggil Datuk Munir untuk menyerahkan batu delima merah itu. Oleh kerana Latif sudah menjalankan test malam tadi, maka Datuk Munir tidak mahu memotong rambut sekali lagi.
“Saya serah delima merah ini kepada Datuk,” kata Pak Wan. Tiba-tiba tubuh Pak Wan menggigil dan matanya sudah naik putih.
Rupa-rupanya khadam delima merah itu tidak mahu dipindahmilik. Khadam itu sudah sebati dengan Pak Wan. Dia tidak nak dipindahmilikkan kepada Datuk Munir. Puas Pak Wak memujuk khadamnya untuk pergi ke tuan baru, tetapi khadamnya berdegil sehingga mata Pak Wan naik putih.
Maka urusan jual beli itu tidak dapat diteruskan. Datuk Munir pulang hampa kerana dia tidak dapat membeli delima merah itu. Yang paling hampa sudah tentu Ali dan Latif yang sudah pegang kereta Mercedez Benz di Kuala Lumpur semalam.
“Memang susah jual barang berkhadam,” kata Latif memujuk Ali yang kecewa.
“Tak ada rezekilah tu,” jawab Ali dan mereka terus pulang ke Kuala Lumpur selepas satu jam Datuk Munir membawa balik van Securicor itu.
Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Ali dan Latif. Mereka terus urus jual barang-barang kebal walaupun tidak pernah berhasil kerana khadam tak mahu beri kerjasama.
Di hadapan kita memang khadam tunjuk keindahan dengan membuatkan rambut tidak putus tetapi di hadapan pembeli khadam sengaja buat rambut putus supaya ia tidak berpindah ke tuan baru. (freemalaysiatoday.com)
TARIK DUIT
Selepas banyak kali gagal menjual barang berkhadam, Latif berhenti membuat kerja tak berfaedah itu. Tetapi Ali masih tidak putus asa. Dia terus menjadi broker barang mistik.
Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman Ali terlibat dalam tarik duit. Mungkin anda pernah mendengar kisah ini. Selepas Latif berhenti, Ali mengenali Zaki. Zaki yang mempunyai anak bini di Perak menyewa sebuah bilik di Kepong. Ali menumpang tidur di bilik Zaki.
Zaki tidak ada kerja tetap. Maka dia tertarik dengan cara Ali mencari makan dengan menjadi broker barang mistik. Oleh kerana Ali pernah berjaya dalam kes tarik duit, ia merangsang minat Zaki untuk bekerja bersama Ali.
Harapan Zaki bila semua dealnya dengan Ali berjaya, dapat dia bayar hutang. Malah bilik sewaannya itu sudah empat bulan tidak dibayar. Cina taukeh bengkel di tingkat bawah biliknya sudah bising kerana gagal dapat RM1,000 yang mana sewa bulanannya ialah RM250.
Zaki terpesona mendengar cerita Ali yang pernah terlibat dalam tarik duit. Ali pernah berjaya. Dengan rakan-rakannya menggunakan batu kebal kulit. Tetapi tarik duit yang dilakukan oleh Ustaz Mahri itu tak banyak dapat. Dapatlah RM22,000 seorang.
Ustaz Mahri menggunakan Surah al-Waqiah. Maka muncullah duit di bawah sejadah. Laju duit itu masuk di bawah sejadah. Bunyinya macam mesin teller di bank mengira duit. Itulah kali pertama Ali berjaya dalam tarik duit yang istilahnya dipanggil “proses”.
Mereka tak kata Ustaz, tolong tarik duit. Sebaliknya mereka akan kata, Ustaz tolong proses.
Itulah kali pertama Ali berjaya. Lepas itu banyak kali dia gagal dalam tarik duit. Tapi Ali tetap bersemangat. Ada peluang tarik duit dia tetap pergi.
Keris bergerak
Pernah berlaku tarik duit dibuat dengan keris bergerak. Bila keris bergerak, maka duit pun muncul. Nampak sudah tinggi duit not RM100 muncul dalam rumah itu di hadapan semua ahli jemaah. Agaknya ratusan juta. Ahli jemaah seramai 10 orang berzikir sepanjang Ustaz Zahir prosesnya.
Tiba-tiba Ustaz Zahir suruh tuan punya keris yang duduk di hadapan baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Tuan punya keris panik dan mulutnya terkumat-kamit tak dapat baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Maka duit yang sudah tinggi itu semakin lama semakin turun dan hilang.
Maka selesailah proses tarik duit tersebut. Ustaz Zahir diam. Dia pun kecewa juga kerana dia sudah sedaya upaya proses keris itu menarik duit. Ahli-ahli jemaah menyumpah tuan punya keris kerana tak tahu baca ayat Qursi dan Surah Quliya. Kalau dari awal mereka tahu, mereka suruh orang yang hafal kedua-dua surah itu duduk di hadapan Ustaz Zahir.
Impian mereka untuk jadi jutawan hancur berkecai. Apatah lagi mereka keluar modal RM100 seorang untuk memanggil Ustaz datang ke rumah tuan keris. Ustaz Zahir dapat RM1,000 kosnya datang ke Batu Pahat dari Kuala Lumpur.
Bila proses selesai, jika dapat RM10 juta, Ustaz Zahir tak boleh ambil duit itu. Sebaliknya 10 jemaah akan dapat RM1 juta seorang. Dengan duit RM1,000 itu Ustaz Zahir buat belanja, isi minyak keretanya dan makan minum sepanjang perjalanan.
Zaki teruja mendengar pengalaman Ali dalam tarik duit. Maka dia mahu ikut Zaki. Manalah tahu ada rezeki dia jadi jutawan.
Hari yang ditunggu pun tiba. Kebetulan Zaki kenal Ustaz Mahmud. Zaki memperkenalkan Ali kepada Ustaz Mahmud yang duduk di Kepong juga.
Besi kuning
“Ustaz malam esok ada orang nak bawa besi kuning untuk proses di rumah ustaz,” kata Ali.
“Datanglah jam 9 malam,” kata Ustaz Mahmud.
Malam esoknya tuan punya besi kuning, Dollah datang lapan orang dengan dua buah kereta dari Kuantan.
Ali yang kenali Dollah memperkenalkan Dollah kepada Ustaz Mahmud.
Ustaz Mahmud pun pegang besi kuning Dolah. Lama Ustaz Mahmud memegang besi kuning itu. Sebelum proses, ustaz akan uji besi kuning terlebih dahulu. Potong rambut tak putus, baru boleh diproses.
Zaki dan Ali siang tadi telah membeli persiapan untuk proses. Mereka beli tiga jenis pisang, pisang tanduk, pisang raja dan pisang emas; tujuh jenis bunga dan sebiji kelapa muda.
“Khadam ada tapi dia ada di bawah. Tak naik. Enta pergi panggil khadam masuk,” kata Ustaz Mahmud. Dollah turun ke bawah. Rumah Ustaz Mahmud di tingkat empat rumah kedai itu.
Dollah puas memujuk khadamnya tetapi khadam enggan masuk ke rumah Ustaz Mahmud. Maka proses tarik duit tak dapat dilakukan.
“Pisang ini macam mana Ustaz?” tanya Zaki.
“Kita makanlah,” kata Ustaz Mahmud sambil disambut ketawa ahli-ahli jemaah.
Dalam ketawa, ahli-ahli jemaah kecewa kerana mereka tak dapat duit tarik malam itu. Apatah lagi mereka datang dari jauh.
TOYOL UNTUK DISEWA
Ali dan Zaki walaupun gagal dalam kes tarik duit tapi mereka berdua masih lagi terlibat dalam urusan mistik itu. Sudah banyak duit yang dikeluarkan tetapi kejayaan tetap tidak kunjung tiba lagi.
Tetapi mereka berdua tetap tidak putus asa. Sudah banyak Ali pinjam duit kawan-kawannya di Johor tetapi semuanya tidak game. Zaki pula ramai kenalan perempuan dalam facebook. Maka Ali gunakan perempuan yang berada untuk pinjam duit. Banyak juga duit mereka Zaki pinjam untuk terlibat dalam urusan jual-beli barang mistik ini.
“Bilalah kita nak berjaya Ali?” soal Zaki.
“Entahlah. Belum ada rezeki kita,” jawab Ali.
“Kawan-kawan perempuan I tak nak beri pinjam duit lagi,” Zaki mengadu.
“Susah kita macam ini nak makan minum pun susah,” kata Ali.
“Kita kena fikirkan sesuatu,” kata Zaki.
“I ada idea. Kita pergi ke Tanjung Karang sewa toyol. I kenal Haji Zamri,” cadang Ali.
“Sewa toyol? Biar betul Ali. I tak pernah dengar pun toyol boleh disewa.
Ali pun ceritakan hal Haji Zamri. Dia kenali Haji Zamri melalui Haji Meon orang Muar. Haji Meon memang rapat dengan Haji Zamri. Dia bela beberapa ekor toyol dikebunnya di Tanjung Karang.
Curi duit
Kerja Toyol mencuri duit orang tetapi kalau orang tu ada RM10 dalam poket seluar, toyol curi RM8 sahaja. Toyol tak curi semua. RM2 tetap dia tinggalkan untuk orang berkenaan. Paling tinggi toyol dapat mencuri RM70 ribu satu hari.
“Berapa sekali sewa?” soal Zaki.
“Kita rundinglah dengan Haji Zamri,” kata Ali.
“Kalau kita sewa seminggu, kita dapat RM490 ribu. Setengah juta tu,” kata Zaki.
“Tapi kena cari perempuan untuk diberi darahnya kepada toyol. Ada ke perempuan yang sanggup jarinya dihisap sebelum toyol buat kerja mencuri?” tanya Ali.
Zaki teringat kepada Ani girl friend Ismail. Ismail juga terlibat dalam urusan barang mistik. Setiap kali menemui Zaki, Ismail selalu membawa Ani sekali seorang janda anak dua berumur 34 tahun.
Tubuh Ani memang solid. Entah macam mana bila Ani tangkap Ismail ada skandal dengan perempuan lain, maka Ani mencurangi Ismail dengan berpaling tadah kepada Zaki pula.
Zaki pula macam orang mengantuk disarung bantal, peluang yang diberi Ani diambil sepuasnya. Maka banyak kali Zaki dapat menikmati tubuh Ani tanpa pengetahuan Ismail.
Zaki terus sms kepada Ani supaya menjadi ibu angkat kepada toyol. Ani bersetuju kerana Zaki berjanji nak beri RM5,000 kepada Ani. Ani sanggup memberi darahnya kepada toyol.
Apabila Ani sudah setuju, maka Ali pun menghubungi Haji Zamri di Tanjung Karang.
Anak angkat
“Assalamualaikum Tuan Haji Zamri. Esok Tuan Haji ada di Tanjung Karang?” tanya Ali.
“Siapa ni?” soal Haji Zamri.
“Ali Muar kawan Haji Meon,” jawab Ali.
“Ada apa?” soal Haji Zamri.
“Esok saya nak datang rumah. Kalau boleh nak ambil anak angkat. Nak sewa seminggu,” kata Ali menyebut toyol sebagai anak angkat.
“Sampai di Tanjung Karang call saya,” jawab Haji Zamri.
Malam itu sebelum tidur Zaki berangan dalam satu minggu mereka dapat RM490 ribu berdasarkan hasil curian totol RM70 ribu satu hari.
“Kaya kita,” kata Zaki kepada Ali.
Pagi esok jam 7 mereka sudah menunggu bas ke Kuala Selangor di Kepong. Dua jam kemudian mereka sampai di Kuala Selangor. Dari situ mereka naik teksi ke Tanjung Karang.
Jam 10 mereka sudah sampai di stesen bas Tanjung Karang kerana Haji Zamri berjanji nak jemput mereka di situ.
“Tak payah call Haji Zamri lagi, kita minum dulu,” kata Zaki. Ali pun order teh o ais minuman kegemarannya.
Tidak jawab
Lepas minum pagi, Ali pun call Haji Zamri.
“Apa hal pulak Haji Zamri tak angkat. Dia yang suruh datang,” kata Ali.
“Sabar,” kata Zaki.
Hampir satu jam Ali call Haji Zamri, Haji Zamri masih tak angkat call . Entah sudah banyak missed call dalam handphone Haji Zamri. Malah sms pun dia hantar. Tapi tiada jawapan.
Satu jam kemudian isteri Haji Zamri angkat call.
“Haji Zamri pergi ke Sungai Besar. Dia tertinggal handphonenya,” kata isterinya.
“Bila Tuan Haji balik?” soal Ali.
“Petang nanti baliklah,” jawab isteri Haji Zamri.
“Kita nak balik Kuala Lumpur bila?” soal Zaki.
“Alang alang mandi biar basah. Alang alang dah sampai di Tanjung Karang, kita tunggu sampai jumpa Haji Zamri,” jawab Ali.
Tidur
“Kalau begitu kita tidur di sini malam ini,” kata Zaki.
“Kita tidur di surau di hospital,” cadang Ali.
“Okaylah. Asalkan kita dapat sewa toyol. Hahaha,” kata Zaki sambil ketawa.
Malam itu selepas solat Isyak di masjid Tanjung Karang, Ali call Haji Zamri lagi. Tapi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali. Sampai jam 11 malam Ali tetap call Haji Zamri, tapi tiada jawapan. Malam itu mereka tumpang tidur di surau di hospital di pekan tersebut.
Pagi esok mereka call lagi Haji Zamri. Sampai jam 10 pagi Haji Zamri tetap tak angkat call Ali.
“Kita baliklah,”kata Zaki.
“Yang peliknya dia yang suruh datang. Bila kita datang, dia tak angkat call pulak. Agaknya toyol-toyol belaannya dah bunuh dia kot,” kata Ali.
“Hahaha,” kata Zaki ketawa.
Mereka pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh hampa kerana tidak dapat menyewa toyol Haji Zamri. Ani pun kecewa kerana tidak dapat duit RM5 ribu sebagai upah menjadi ibu angkat kepada toyol Haji Zamri.
BOMOH EKOR
Balik dari Tanjung Karang, Ali merenung nasibnya yang selalu malang. Dia tertanya dalam hati kenapa setiap dealnya tidak berjaya. Adakah dia melanggar pantang larang selama ini?
Walaupun Ali tak tinggal solat lima waktu, tetapi dia suka beli nombor ekor. Dia memang peminat KTM. KTM bukan Keretapi Tanah Melayu tetapi Kuda, Toto, Magnum. Biasanya setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad dia akan membeli KTM.
Zaki pelik dengan perangai Ali yang solat tapi kuat beli KTM.
“Tak payah berjudi Ali, tak baik,” nasihat Zaki. Tapi nasihat itu sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja.
“Buang duit aja. Bukannya menang pun. Lagipun bukan kita ada duit nak beli KTM. Mujur kawan u selalu masuk duit RM30 satu hari untuk makan,” kata Zaki lagi.
“Kalau begitu mari kita jumpa bomoh ekor,” kata Ali.
Ali menceritakan pengalaman kawannya Mansor yang pernah menemui tok guru yang menjaga Gunung Panti. Mansor berlima mendaki gunung itu untuk mencari tok guru yang pandai buat nombor ekor.
“Ada apa cucu datang ke mari?” tanya Tok Guru yang berjanggut putih serta panjang sampai ke tanah.
“Kami nak nombor ekor Tok,” jawab Mansor.
“Masya Allah. Tak ada benda lain ke kamu nak minta?” marah Tok Guru.
Bayar hutang
“Kami susah Tok. Tolonglah Tok beri kami nombor. Kami nak bayar hutang dan beli harta,” kata Mansor ikhlas.
“Oleh kerana kamu minta nombor, kamu pergi ke Kota Bharu tempat banjir bawak duit RM2,356 beri bantuan kepada mereka,” kata Tok Guru.
Mansor terfikir mana nak cari duit sebanyak itu sedangkan yang ada dalam poket hanya RM50 sahaja. Mansor pun ajak kawan-kawannya pulang.
Esok keluar nombor 2356 dalam keputusan Magnum. Naik hadiah pertama. Terkejut Mansor dan kawan-kawannya. Rupa-rupanya Tok Guru beri nombor secara tidak langsung. Semua garu kepala kerana mereka tak beli nombor itu.
Zaki terpegun mendengar cerita Ali. Zaki yang tak pernah main nombor ekor ingin mengikut Ali pergi ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul.
“Kita pergi pasar borong Selayang cari pisang kembar ke, nangka kembar ke. Wak Kamarul suruh cari barang kembar,” kata Ali.
Mereka pergi ke pasar borong itu dan mereka bernasib baik dapat beli pisang kembar.
Esoknya mereka tumpang Datuk Rejab ke Sungai Besar menemui Wak Kamarul. Datuk Rejab yang tahu di mana letaknya rumah Wak Kamarul.
“Lama tak jumpa Wak,” kata Datuk Rejab.
“Yalah. Datuk kan sibuk. Apa hal Datuk?” tanya Wak Kamarul yang tidak berbaju. Dia cuma pakai seluar jeans.
Pisang kembar
“Ini kawan saya Ali nak minta nombor. Ali ada bawa pisang kembar,” kata Datuk Rejab.
“Mana pisang tu. Biar Wak tengok,” kata Wak Kamarul sambil meminta Ali beri pisang kembar kepadanya.
Wak Kamarul pun ambil pisang. Dia tutup pisang itu dengan bendera Barisan Nasional. Datuk Rejab yang kuat PKR ketawa melihat Wak Kamarul menutup pisang dengan bendera BN.
Ali tarik bendera BN, maka nombor 6739 timbul di atas kertas putih.
“Ada lagi yang nak buat nombor? Keluarkan apa yang ada dalam poket baju,” kata Wak Kamarul.
Zaki yang ada di sebelah Ali bawa keluar duit siling 10 sen. Wak Kamarul pun bungkus duit siling itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 3825.
Datuk Rejab tidak ketinggalan keluarkan al Quran kecil untuk buat nombor ekor. Wak Kamarul pun bungkus kitab kecil itu dengan bendera BN. Lima minit kemudian keluar nombor 4173.
Selepas memberi bayaran RM30 seorang kepada Wak Kamarul, mereka bertiga pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di kedai Magnum di Sekinchan terus mereka beli nombor yang diberi Wak Kamarul.
Pagi esok mereka tengok keputusan Magnum yang tersiar dalam akhbar The Sun.
Pusing nombor
“Tak keluar pun nombor I,”kata Ali.
“Yang keluar 6749,” kata Zaki.
“You punya macam mana?” tanya Ali.
“Hadiah pertama 8523, “jawab Zaki hampa.
“Nombor you 3825, yang keluar 8523. Kenapa you tak pusing nombor atau beli i-box? Kalau u beli i-box dapat RM2,000 hari ini,” kata Ali.
“Manalah I tahu boleh pusing. Ni kali pertama I beli ekor,” kata Zaki.
“Nampaknya bawak pisang kembar nombor tak naik, yang naik nombor u yang guna duit siling tapi tak buat i-box pula” kata Ali.
“Melepas I RM2,000 hari ini,” kata Zaki dalam nada kesal.
“Nombor Datuk Rejab naik?” tanya Ali.
“Dia dah call tadi. Nombornya pun tak naik. Buang duit kita pergi Sungai Besar,” Kata Zaki lagi.
CEK BUNIAN
Pada hari Sabtu lepas, seramai 3,210 orang sudah baca kisah yang saya tulis, Bomoh Ekor. Saya terkejut kerana ramai yang membaca kisah benar itu. Ada yang mengatakan ia adalah cerita karut tetapi ia adalah pengalaman benar Ali dan Zaki.
Minggu ini saya akan tulis pengalaman mereka tentang cek bunian. Biasanya kita tengok cek bank CIMB atau Maybank atau lain-lain bank komersial, tapi kali ini saya mahu ceritakan tentang cek bunian yang dikeluarkan oleh kerajaan bunian. Tentu pelik bagi kita mendengarnya.
Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara.
Malah mereka suka kalau anak gadis mereka dinikahkan dengan manusia kerana mereka mahu zuriat daripada manusia.
Ali mengenali Haji Amin yang duduk di Senai, Johor. Haji Amin pernah disekat orang gila pada tahun 70an ketika mahu pergi ke masjid pada hari Jumaat. Orang gila itu berkata, tak payah pergi ke masjid, jom ikut saya.
“Nak ke mana?” tanya Haji Amin.
“Ikut sajalah. Pegang bahu saya dan pejamkan mata,” kata orang gila itu.
Haji Amin pegang bahu orang gila itu dan pejamkan mata. 10 minit kemudian bila Haji Amin celikkan mata, dia terkejut dia berada di Mekah. Rupa-rupanya tadi bukan orang gila yang menyekatnya. Dia adalah wali Allah yang membawa Haji Amin ke Mekah.
“Kita solat di masjidil haram ini. Tunggu saya di pintu ini bila selesai solat nanti,” pesan wali itu.
Selesai solat Haji Amin tunggu wali di pintu yang dijanjikan. Maka mereka pulang semula ke tanah air sekelip mata. Haji Amin tidak cerita kepada kawan-kawannya tentang kejadian aneh ini. Sejak itu dia mempunyai kelebihan berubat orang sakit. Pelbagai penyakit yang boleh diubatinya termasuk penyakit gila.
Sekembalinya dari Mekah, Haji Amin diberi kelebihan untuk berinteraksi dengan orang bunian. Haji Amin sering kali masuk ke perkampungan bunian yang terdapat di sebuah gunung di Pulai.
“Zahid ini ada cek bunian, Zaki,” kata Ali kepada Zaki ketika mereka bertemu dengan Zahid di sebuah restoran mamak di Kepong.
“Berapa nilainya?” soal Zaki yang ingin tahu. Inilah kali pertama Zaki melihat cek bunian yang tiada tulisan. Tetapi bila kertas putih itu disuluh dengan lampu picit terdapat tulisan jawi yang menulis nilai wang itu.
“RM5 juta,” kata Zahid.
“Banyaknya,” kata Zaki terkejut.
“You ada orang yang boleh tukar cek ini?” tanya Zahid kepada Ali.
“Saya kenal Haji Amin di Senai. Dia selalu masuk ke alam bunian. Mungkin dia boleh tukarkan cek ini,” kata Ali.
“Bagus tu. Bila kita nak ke Senai?” tanya Zahid.
“Anytime boleh pergi. Tapi kami tiada duit,” kata Ali.
“Kita collect duit dari ahli jemaahlah,” kata Zahid.
“Berapa orang kita semua?” tanya Zaki.
“Saya ada lima orang. You punya berapa orang?” tanya Zahid.
“I berempat dengan Zaki,Hisham dan Cikgu Lazim,” jawab Ali.
Maka mereka pakat kumpul duit RM50 seorang untuk beli minyak kereta. Mereka sembilan orang pergi dengan dua kereta ke sana.
Sampai di rumah Haji Amin, Ali sampaikan hajat Zaki untuk menukar cek bunian.
“Mana kamu dapat cek ini?” tanya Haji Amin.
“Cek ini diberi kepada orang tua saya sebagai pemegang amanah. Orang tua sudah uzur, Umur hampir 90 tahun. Dia lumpuh di rumah. Jadi dia suruh saya tukarkan cek ini,” kata Zahid.
Haji Amin setuju untuk bawa cek ke perkampungan bunian. Zahid dan Ali ikut sama, Manakala Zaki dan lain lain menunggu mereka di rumah Haji Amin.
Pagi itu Haji Amin bertiga sudah pergi ke sebuah gunung di Pulai. Mereka masuk ke perkampungan alam bunian. Dari kampung itu ketua kampung Syed Alwi yang mengenali Haji Amin membawa mereka ke bandar bunian pula.
Zahid kagum dengan keindahan bandar bunian itu. Keadaan sama dengan bandar kita yang penuh dengan pembangunan. Malah kereta mewah seperti Mercedes Benz pun ada di bandar tersebut. Banyak bank yang terdapat di bandar itu. Maka Syed Alwi bawa Haji Amin, Zahid dan Ali menunggu di bilik pengurus bank di sebuah bank komersial di bandar bunian itu.
Cek sebanyak RM5 juta sudah ditunaikan. Zahid lega kerana sudah lama dia berhasrat menukarkan cek itu akhirnya menjadi kenyataan.
Sudah sampai mereka bertiga berpisah dengan Syed Alwi di sempadan kampung. Entah macam mana timbul perasaan tamak di hati Zahid. Daripada aku bahagi RM5 juta kepada 10 orang termasuk Haji Amin, lebih baik aku sapu sorang.
Sampai di sebuah stesen minyak di Senai, Zahid terus tinggalkan Haji Amin dengan Ali di situ. Zahid terus memandu keretanya ke Kuala Lumpur dengan wang tunai RM5 juta.
Haji Amin terpinga-pinga dengan ketamakan Zahid. Ali terlopong kerana dia sudah kehilangan RM500,000. Sudah tentu Zaki dan kawan-kawan lain yang menunggu di rumah Haji Amin akan terkejut juga mendengar berita ini.
“Orang tamak selalunya rugi. Zahid takkan selamat di dunia. Percayalah cakap saya Ali,” kata Haji Amin.
Mulut orang yang tidak tinggal solat tahajud memang masin. Dua jam kemudian mereka mendapat berita Zahid mati kemalangan berhampiran dengan persimpangan Tangkak. Kereta Proton Wiranya terbabas dan terbakar serta wang RM5 juta hangus dalam kemalangan tersebut.
JENGLOT
Anda tentu pernah mendengar cerita tentang jenglot. Banyak dari kita yang bahkan belum mengetahui apakah jenglot itu.
Menurut cerita yang beredar dari mulut ke mulut, hantu jenglot adalah mumia dengan bentuk menyerupai manusia. Mumia ini berukuran kecil.
Dari beragam versi jenglot yang ditemukan (menurut pemiliknya, mereka menemukan jenglot itu), jenglot terkecil berukuran 10 sentimeter dan jenglot terbesar berukuran lebih kurang 17 sentimeter.
Secara umum, jenglot memiliki bentuk seperti manusia, lengkap dengan dua kaki serta panjang rambut yang bahkan melebihi panjang tubuhnya sendiri.
Desas-desus mengatakan bahawa rambut itu tidak berhenti tumbuh meskipun si hantu jenglot itu telah mati. Mumia hantu jenglot ini memiliki tekstur kulit yang kasar dengan warna gelap, khasnya mumia.
Bentuk muka hantu jenglot ini menyerupai tengkorak dilengkapi dengan taring mencuat. Pemilik jenglot percaya bahawa jenglot yang mereka miliki adalah mumia dari jenglot hidup.
Berdasarkan cerita yang beredar mengenai jenglot, banyak orang menyatakan bahwa mereka pernah mendapati jenglot hidup di beberapa daerah di Indonesia.
Di daerah Jawa Timur misalnya, pernah seorang mendakwa melihat secara langsung jenglot hidup. Orang tersebut menyatakan bahawa pada saat itu, setidaknya ada 8 jenglot hidup sedang berada di pinggir pantai di daerah Jember tersebut.
Ali tahu bahawa jenglot boleh diproses (dibuat tarik duit). Tapi biasanya selepas proses, jenglot itu akan disempurnakan (dibunuh). Jika tidak jenglot itu akan mengganggu semua ahli jemaah tarik duit tersebut.
Malah jenglot juga boleh dijual dengan harga RM5 juta jika ia boleh angkat kotak rokok. Lebih mahal lagi kalau jenglot itu boleh angkat kereta atau tong gas.
Proses
“Ada orang nak jual jenglot. Ada buyer? ” kata Hisham kepada Ali.
“Buyer ada tapi lebih baik kita proses,”” jawab Ali.
“Nanti saya tanya tuan jenglot sama ada dia nak jual atau proses,” kata Hisham.
“Kalau jual setakat RM5 juta saja. Tapi kalau proses, lebih banyak kita dapat. Jenglot ini ada di mana?” tanya Ali.
“Ada di Taiping. Kawan saya, Eric yang kenali tuannya, Pak Mail,” jawab Hisham.
Hisham terus call Eric yang mengenali tuan jenglot Pak Mail. Pak Mail serah kepada Eric sama ada mahu jual atau proses Jenglot itu. Eric setuju jenglot itu diproses.
“U dah tengok ke jenglot tu dapat angkat kotak rokok?” tanya Ali yang turut bercakap dengan Eric.
“I tak sempat tengok. Tapi Pak Mail kata kereta pun dia boleh angkat,” jelas Eric orang Iban Sarawak yang duduk di Taiping selepas kahwin dengan orang Cina Taiping.
“U tahu selepas proses, kita kena bunuh jenglot itu?” soal Ali.
“Ya ke? Kenapa?” tanya Eric.
Jemaah
“Kalau tidak semua jemaah kita akan dibunuh,” jelas Ali.
“Ustaz Yahya pandai ke bunuh jenglot?” soal Eric.
“Itu memang kerja Ustaz Yahya. Dia yang lebih arif. Bila u nak datang KL?” soal Ali.
“Ada masalah sikit. Saya pun tak ada duit nak isi minyak dan bayar tol nak ke Kuala Lumpur. Kita kongsi dengan ahli jemaahlah,” cadang Eric.
“Okay kita semua lima orang keluar duit RM100 seorang untuk isi minyak, tol dan makan minum kalian,” Ali beri jaminan.
Petang itu bila Zaki balik kerja, Ali beritahu projek barunya itu untuk proses jenglot dengan Ustaz Yahya.
“Betul ke jenglot tu boleh angkat kereta?” tanya Zaki.
“Eric kata Pak Mail cakap macam tu. Entahlah kot kot kereta mainan. Hahaha,” kata Ali.
Petang Jumaat Pak Mail tiba di Kepong dengan Eric. Hisham yang mengenali Eric menyambut mereka sementara menunggu Ali dan Zaki sampai. Di kedai mamak itu. Malam itu terus mereka pergi ke rumah Ustaz Yahya.
“Mana jenglotnya?” tanya Ustaz Yahya.
“Dalam kotak ini,” kata Pak Mail sambil membuka kotak itu. Ustaz Yahya memerhati jenglot itu.
“Minta maaf ya Pak Mail. Jenglot ini mati. Bukannya hidup. Kalau hidup boleh buat proses,” beritahu Ustaz Yahya dengan jujur.
“Mati? Kata ia boleh angkat kereta?” tanya Ali.
“Entahlah. Pak Mail yang cakap macam itu,” kata Eric.
“Nampaknya terbang lagi duit aku,” kata Zaki.
Mereka semua kecewa kerana jenglot yang dibawa Pak Mail bukannya hidup. Angan-angan mereka nak jadi jutawan pada malam itu gagal lagi. (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
UMNO SABAH AKAN BERKOMUNIKASI DENGAN UMNO SEMENANJUNG
KOTA KINABALU: Umno Sabah akan “berkomunikasi” dengan rakan Umno di Semenanjung berhubung kewajaran mencalonkan Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
“Sebagai pemimpin dari Sabah, kami mempunyai alasan kukuh dan kami berpendapat mereka dapat diyakinkan dan bersetuju dengan kami bahawa Musa pilihan terbaik untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubugan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, di sini hari ini.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin baru-baru ini bahawa Umno Sbah sudah bersedia menggerakkan jenteranya sekiranya Musa memutuskan bertanding jawatan itu.
Yahya juga dipetik sebagai berkata setakat ini lebih 20 Bahagian Umno telah mengikrarkan sokongan padu kepada Musa, dan menambah Ketua Menteri ialah antara tiga calon teratas bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan parti bagi dua penggal berturut-turut.
“Sokongan padu daripada lebih 20 Bahagian itu atas keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kapasiti Datuk Seri Musa sebagai pemimpin parti,” kata Timbalan Ketua Menteri.
Salleh berkata kejayaan Musa menerajui Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48 daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, telah membuktikan komitmen, kerja keras dan kesetiaan beliau kepada parti.
BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.
Salleh juga melahirkan keyakinan Musa akan mampu, bersama-sama dengan pemimpin yang lain, memperkukuhkan Umno untuk menang selesa dalam pilihan raya umum akan datang. 9dipetik dari freemalaysiatoday.com)
-Bernama
Rabu, Ogos 14, 2013
100 HARI MUKHRIZ JADI MB KEDAH
Senario 1
Sewaktu menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Kuala Kedah baru-baru ini, tuan rumah meminta saya untuk tunggu sebentar.
"Jangan balik lagi," kata beliau yang merupakan saudara terdekat saya.
"Kenapa?" tanya saya.
"Dato' Mukriz nak datang," kata beliau penuh bangga.
Saya memandang beliau kehairanan. Beliau yang merupakan saudara saya pernah memberitahu yang dia sudah "cemuih dengan UMNO."
Senario 2
Ketika berucap dalam satu perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menyebut mengenai sejumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.
"Sebenarnya hutang ni bukanlah berlaku dalam tempoh kepimpinan kerajaan lima tahun lalu, tetapi sebelum itu lagi," katanya.
Selepas mesyuarat, saya berbual dengan beberapa orang pegawai kanan kerajaan. Seorang pegawai menyebut bahawa beliau suka dengan pendekatan Mukriz yang tidak menyalahkan kerajaan lalu.
"Ini berbeza dengan Menteri Besar (beliau sebutkan nama negeri) yang asyik salahkan Menteri Besar dulu walaupun dia sudah lima tahun duduk di kerusi itu," katanya.
Senario 3
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abd Razak tidak menghadiri majlis angkat sumpah Mukhriz sebagai Menteri Besar yang baru di Istana Anak Bukit. Puncanya, beliau sakit dan dimasukkan di Kedah Medical Center (KMC).
Selepas angkat sumpah, Muhriz menziarahi beliau di KMC. Apabila Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang, Mukriz beberapa kali melawat beliau di sana.
Selain itu, Mukhriz juga mengadakan majlis bacaan doa di Masjid Zahir Alor Setar untuk bermunajat agar Azizan segera sembuh.
Muhriz pernah memberitahu beberapa orang, apa saja yang baik yang dilakukan oleh Azizan, akan diteruskannya. Sebagai contoh, majlis ilmu yang diadakan Azizan di kediaman rasmi di Mentaloon diteruskan oleh Mukhriz.
Senario 4
Sejak menjadi Menteri Besar, Mukhriz masih tinggal di kediaman keluarganya di Titi Gajah. Sama seperti Azizan, Mukhriz tidak berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar.
Apabila soalan ini diajukan kepada pegawainya, alasan yang diberikan ialah Mukriz tidak mahu membelanjakan kos yang tinggi untuk membaikpulih kediaman rasmi tersebut.
Untuk masa ini, beliau memilih untuk tinggal di Titi Gajah. Malah, ada pegawai pejabat beliau yang menumpang di rumah tersebut untuk sementara waktu.
* * * * *
Sehingga 100 hari kepimpinannya, Mukhriz telah melangkah dengan baik. Rata-rata, penduduk Kedah selesa dengan Mukhriz. Beberapa orang penyokong PAS yang ditemui juga senang dengan kepimpinannya.
Ini adalah satu permulaan yang baik.
Bagaimanapun, ini bukan bermaksud Mukhriz tidak akan berhadapan dengan cabaran. Sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz harus memikirkan bagaimana untuk memajukan negeri itu dengan sumber yang terbatas. Mukhriz ada idea yang banyak. Persoalannya ialah adakah dia juga ada sumber yang diperlukan untuk memajukan Kedah.
Usaha menarik pelabur bukanlah satu usaha yang mudah. Industri pelancongan berkembang pesat di Langkawi, tetapi di tanah besar tidak begitu. Sektor pendidikan dan perkilangan mempunyai potensi. Begitu juga pertanian yang selama ini mendominasi ekonomi negeri perlu dimajukan.
Bagi menggembeling agensi dan pemikir, Mukhriz menganjurkan Makmal Transformasi Kedah mulai 1 September ini. Terus-terang, beliau mempunyai harapan yang besar kepada makmal ini. Namun, mampukah makmal ini menjana idea-idea baru?
Dalam politik, Mukhriz bukanlah Ketua UMNO Bahagian, namun beliau diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Ini adalah satu amanah yang besar. Kemampuan Mukhriz menguruskan Ketua-ketua UMNO Bahagian - dan mengambil pendekatan inklusif - akan memperlihatkan skil kepimpinan politik beliau.
Sekarang sudah ada suara-suara yang inginkan beliau bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan datang. Saya kurang pasti sekuat manakah suara-suara tersebut, namun saya fikir eloklah pada masa ini beliau tumpukan kepada kepimpinan di negeri Kedah. Masih banyak yang perlu dilakukan.
Satu lagi cabaran Mukhriz ialah menguruskan Perkhidmatan Awam Kedah (Kedah Civil Service). Sebahagian anggota KCS, ada yang tidak menunjukkan prestasi yang baik (deadwoods). Semua orang tahu sikap "longleh" sesetengah kakitangan awam di negeri itu. Bagaimanakah Mukhriz mengendalikan kes-kes ini tanpa memberikan mesej yang salah kepada kakitangan awam.
Apa pun, seperti yang disebutkan di awal tadi, Mukhriz mula menapak dengan betul pada 100 hari pertama beliau menjadi Menteri Besar. Sekarang, rakyat sedang memerhatikan bagaimanakah beliau akan berlari untuk lima tahun seterusnya! (dipetik dari blog www.nobisha.blogspot.com)
Selasa, Ogos 13, 2013
DON'T CREATE PACKAGE FOR UMNO POSTS
The contest for the Umno vice-president posts and the Supreme Council (MT) posts will allow party members to make the best choice.
Sabah Umno deputy chairman Salleh Tun Said said the election of party leaders is also in line with the democratic principles practised by Umno.
“Do not attempt to create a package for all the posts via negotiations as it is not good for Umno,” he told reporters after attending an Aidilfitri function organised by Kampung Pengkalan Abai Umno brach here last night.
Salleh, who is also the Speaker of the State Assembly, however agreed that the posts of Umno president and deputy president should not be contested.
“The vice-president posts should be contested as there are three slots, unlike the president and deputy president posts which have only one each,” he said commenting on Sabah Umno leaders support for Chief Minister Musa Aman to contest the Umno vice-president’s post.
Salleh was reported as saying that Musa is a good candidate for the Umno vice-president’s post considering his good track record having led Sabah Umno to victory in the 13th general election (GE13).
Following his statement, several Sabah Umno division chiefs openly supported Musa should he decide to contest the Umno vice-president’s post in the party elections later this year.
Meanwhile, Salleh reminded all Umno members to always give priority to unity for the sake of the party’s survival.
“As the dominant party and the backbone of the state, Sabah Umno should always remain united and strong as it reflects the stability of the government,” he said.
- Bernama
PELUANG TERBAIK BUAT MUSA AMAN
KOTA KINABALU: Sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini semakin meningkat.
Semalam Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin memberi sokongan 100 peratus kepada Musa sekiranya Ketua Menteri itu mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
“Cadangan itu sebenarnya pernah diajukan kepada Ketua Menteri pada penggal pemilihan lepas tetapi Musa mengambil keputusan bertanding jawatan Majlis Tertinggi sahaja,” katanya.
Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, pertandingan bagi jawatan Naib Presiden UMNO tidak akan menimbulkan masalah walaupun ada dua pemimpin UMNO dari Sabah bertanding jawatan sama kerana perkara demikian sudah menjadi kebiasaan dalam parti.
Kewibawaan
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad juga menyatakan sokongan terbuka kepada Musa jika beliau memutuskan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti tahun ini.
“Beliau (Musa) bukan saja berjaya membawa kestabilan politik, malahan telah membawa negeri ini terus membangun dan maju,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, UMNO bahagian itu akan memberi sokongan penuh kepada Musa jika beliau menyatakan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
“Tidak ada keraguan terhadap kewibawaan beliau. Selama dua penggal prestasi BN cukup cemerlang di negeri ini dan selaku pentadbir beliau telah memulihkan ekonomi negeri ini dengan baik sekali,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula berkata, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri bertanding sebarang jawatan dalam parti termasuk Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Abdul Ghapur yang juga anggota Parlimen Kalabakan berkata, pertandingan kepada semua berdasarkan amalan demokrasi yang diamalkan UMNO sejak sekian lama.
Peluang
Pada hemat saya, ini adalah peluang terbaik buat Musa Aman untuk bertanding jawatan tersebut. Pada tahun 2009, beliau menang kerusi ahli majlis tertinggi Umno di tempat kedua dengan 2,084 undi, sama banyak undi dengan bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar.
Selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam jadi Naib Presiden Umno (2004-2009), Kelab MB sudah tidak ada wakil dalam Naib Presiden Umno. Maka jika Musa bertanding, beliau akan jadi wakil Kelab MB dalam Naib Presiden. Peluang Musa untuk menang adalah cerah kerana beliau adalah Ketua Menteri tunggal yang bertanding kerusi tersebut.
Soal dua orang calon dari Sabah tidak timbul kerana Umno pernah ada dua naib presiden dari Johor (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) dan Pulau Pinang (Tun Abdullah Ahmad badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Seperti kata bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah, BN Sabah yang menyebabkan BN kekal berkuasa di negara ini.
“Jadi apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” katanya sambil merujuk kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan.
Budi bicara
Ada yang berpendapat jika Musa kalah, beliau akan hilang jawatan ketua menteri. Kuasa melantik ketua menteri adalah budi bicara Perdana Menteri. Jadi tak timbul beliau akan digugurkan sebagai ketua menteri jika kalah bertanding jawatan tersebut.
Pada tahun 2009, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kalah bertanding jawatan Naib Presiden Umno mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Hussein dan Shafie Afdal. Tapi akhirnya beliau jadi Menteri Besar Johor pada pilihanraya umum lalu.
Menang atau kalah bertanding dalam parti tidak menjamin ada jawatan dalam kerajaan. Noh Omar masih ahli majlis tertinggi tapi digugurkan jadi menteri. Malah ramai yang tidak jadi ahli majlis tertinggi Umno tetapi dilantik menteri. Oleh itu soal kekal atau tidak jawatan dalam kerajaan tidak timbul sama sekali.
Asset
Musa adalah asset kepada Umno. Beliau yang banyak menyumbang wang peribadi kepada Umno Malaysia yang menyebabkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga sekarang.
Lagipun beliau telah terbukti berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sabah. Maka apa salahnya perwakilan Umno memilih beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Umno.
Jika Musa dan Shafie menang jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Oktober ini, siapa seorang lagi yang akan menang? Adakah Zahid atau Hishamuddin?
Isnin, Ogos 12, 2013
SHAFIE TIDAK GUSAR JIKA MUSA TANDING NAIB PRESIDEN
SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak gusar dengan hasrat mana-mana anggota parti yang berhasrat bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan Oktober depan.
Beliau berkata terpulang kepada diri masing-masing untuk bertanding namun hasrat bertanding berkenaan seharusnya berasaskan hasrat mengukuhkan parti.
“Itu hak mereka, terserah, kita bersifat demokratik, kebebasan diberi, tak ada sekatan untuk mana-mana pihak. Apa yang penting dalam menawarkan diri untuk bertanding ialah keutuhan parti perlu menjadi keutamaan,” katanya ketika mengulas kemungkinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Shafie bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, mengenai ura-ura beberapa tokoh yang berhasrat bertanding merebut jawatan tersebut.
Fitnah
Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota parti yang bertanding supaya tidak menabur fitnah atau mereka-reka cerita terhadap calon lain.
Pada mulanya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak yang disebut-sebut akan bertanding jawatan tersebut. Namun demikian, Salleh berkata Musa yang lebih layak bertanding jawatan nombor tiga itu.
Cadangan Salleh itu mendapat sokongan penuh bahagian-bahagian dari Sabah termasuk pemuda dan wanita Umno begeri. Malah Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan tidak menghalang Musa bertanding jika beliau rasakan beliau layak menyandang jawatan tersebut.
Musa masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan Naib Presiden atau ahli majlis tertinggi Umno sahaja. Jika Musa masuk bertanding, ini bermakna Sabah menghantar dua calon merebut kerusi Naib Presiden Umno.
Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah berkata apa salahnya Sabah ada dua orang naib presiden Umno.
“BN berjaya mengekalkan kerajaan pusat kerana sokongan kuat rakyat Sabah kepada BN. Oleh itu sudah sampai masanya perwakilan Umno memilih dua orang Naib Presifen Umno dari Sabah,” katanya.
Sehingga ini tiga orang calon sudah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut iaitu Shafie, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Dijangka Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam akan membuat pengumuman yang sama tidak lama lagi.
TAK SALAH DUA CALON DARI SABAH TANDING NAIB PRESIDEN UMNO
KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah berkata tidak salah Sabah mengemukakan dua calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan.
Menurut beliau, Sabah telah memberi kemenangan kepada BN mengekalkan kerajaan pusat.
“Justru itu apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” kata beliau mengulas kemungkinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut bertanding jawatan Naib Presiden Umno selain dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan.
Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Tenom berkata Johor pernah ada dua orang Naib Presiden Umno (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) serta Pulau Pinang pernah ada dua juga (Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim) maka tidak ada sebab perwakilan menolak dua Naib Presiden Umno dari Sabah.
Budi
“Jika perwakilan Umno mengenang budi sokongan kuat Sabah kepada BN, maka sudah sampai masanya mereka memilih dua orang naib Presiden Umno dari Sabah,” tegasnya yang menyokong penuh jika Shafie dan Musa bertanding jawatan tersebut.
Beliau bersetuju dengan pandangan seorang pensyarah universiti bahawa jika Tunku Abdul Rahman tidak masukkan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963, sudah pasti BN sudah tumbang di Semenanjung.
Rizalman berharap perwakilan dapat mengundi secara matang dan bukannya kerana sentimen kenegerian dalam menentukan siapa yang layak jadi Naib Presiden Umno.
Layak
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail menyokong jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Rahim berkata, Musa sememangnya layak untuk bertanding jawatan itu kerana UMNO serta Barisan Nasional (BN) terutamanya di Sabah semakin kuat dan kukuh di bawah kepimpinan beliau yang juga Ketua Menteri Sabah.
Katanya, kelayakan Musa sebagai pemimpin UMNO Sabah tidak perlu dipertikai kerana telah terbukti kepimpinan beliau telah membawa kemenangan kepada parti itu dan BN khususnya dalam pilihan raya umum (PRU13) lepas.
Rahim bercakap kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri, di kediamannya, di sini hari Ahad.
Turut hadir anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; dan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh.
Dalam pada itu, Rahim yang juga ADUN Pantai Manis berkata beliau akan terus mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan kali ini.
MUSA BOLEH TANDING JIKA DIA RASA LAYAK
PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berpendapat sesiapa yang rasa mereka layak bertanding, mereka boleh bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut setiausahanya, Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman boleh bertanding jika beliau rasa beliau layak bertanding.
“Sehingga ini saya belum mendengar beliau mahu bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada FMT ketika mengulas desas-desus Musa akan bertanding merebut kerusi itu daripada tiga orang penyandang jawatan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal.
“Apa yang saya dengar dari abang dan adiknya yang bercakap kemungkinan Musa bertanding, ” katanya lagi.
Abang Musa, Datuk Ayub Aman dalam FMT berpendapat Musa tidak perlu bertanding jawatan tersebut kecuali beliau mahu jadi pemimpin utama negara kerana jawatan Naib Presiden adalah tiket menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya adik Musa, Datuk Seri Anipah Aman yang juga Menteri Luar berkata beliau optimis Musa akan dapat sokongan penuh dari Sabah jika Musa berhasrat untuk bertanding jawatan tersebut.
Ditanya jika Musa bertanding, adakah Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan menyokongnya, Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata beliau boleh memberitahu para perwakilan untuk mengundi calon-calon tertentu tetapi bukan senang nak kawal perwakilan kerana perwakilan kali ini terlalu ramai.
Katanya, Wilayah Persekutuan ada 13 bahagian. Ini bermakna kalau satu bahagian ada seramai 300 perwakilan, ini bermakna ada 3,900 perwakilan dari Wilayah Persekutuan.
“Bukan senang nak suruh mereka undi calon-calon tertentu kerana kami tidak ada kuasa untuk mengawal mereka,” katanya.
Lagipun, beliau mengaku beliau tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Umno Wilayah Persekutuan, kerana 13 bahagian ada kuasa untuk memilih Naib Presiden Umno sendiri.
Sehingga ini tiga penyandang jawatan sudah mengesahkan mereka akan mempertahankan jawatan mereka. Selain itu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dijangka turut bertanding.
Sementara itu Pemuda Umno Sabah menyokong penuh jika Ketua Menteri Sabah mahu bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Menurut Ketua Pemuda negeri, Datuk Awang Kadin Tang, Musa bukan sahaja akan mendapat sokngan dari Sabah malah dari semua negeri.
“Kemampuan beliau mengekalkan Sabah di tangan BN pada pilihanraya umum lalu membuktikan bahawa beliau layak diberi peranan yang lebih penting dalam parti,” katanya kepada Bernama.
MB TIDAK DILANTIK SECARA AUTOMATIK MAJLIS TERTINGGI UMNO
Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik dalam ahli majlis tertinggi Umno, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, mereka kena bertanding jika mahu bersuara dalam majlis tertinggi Umno.
“Tidak betul fakta itu. Saya sekarang bukannya ahli majlis tertinggi Umno. Cuma sebagai turut hadir sahaja,” kata beliau mengulas kenyataan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dalam FMT yang mengatakan semua Menteri Besar tak perlu bertanding jawatan tersebut kerana mereka akan dilantik secara automatik.
Menurut Saifudin, mereka tak perlu bertanding kerana selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mereka akan dilantik dalam majlis tertinggi.
Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berharap ahli Umno tidak keliru dengan kenyataan tersebut kerana Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik sebagai ahli majlis tertinggi Umno.
Katanya, sebagai turut hadir, beliau tidak boleh bercakap melainkan dengan izin presiden dan tidak boleh mengundi.
“Saya dijemput sebagai turut hadir sahaja,” katanya lagi dan enggan menjawab soalan sama ada beliau akan turut bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini.
Selain daripada Mohamad Hassan, empat orang Menteri Besar lain yang turut hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno ialah Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Khalid Nordin (Johor), Datuk Mukriz Mahathir (Kedah) dan Azlan Man (Perlis). (dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Selasa, Ogos 06, 2013
NAJIB TAK PERLU BERUNDUR
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak perlu berundur walaupun BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, walaupun prestasi Najib (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (140 kerusi) pada pilihanraya umum 2008 tetapi Umno menang besar kali ini.
“Maka senario yang dihadapi Pak Lah tak sama dengan Najib,” kata beliau dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT Jumaat lalu.
Sebaliknya, katanya, apa yang berlaku pada tahun 2008 menyebabkan BN “terkejut badak” kerana BN tak pernah gagal dapat majoriti dua pertiga.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah pada pilihanraya umum lalu BN tidak mengharapkan kemenangan besar.
“Maka BN tetap menang walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga,” katanya.
Beliau tidak nampak Najib akan dicabar dalam pertandingan Presiden Umno pada 5 Oktober nanti.
Katanya, Najib lebih terbuka kerana berani menghapuskan kuota pencalonan yang membolehkan sesiapa sahaja mencabar kedudukannya sebagai Presiden Umno.
“Najib sejak tahun 1978 sentiasa berada dalam kerajaan, maka beliau mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatan berbanding Pak Lah yang pernah ada cuti sabastikal (tidak berada dalam kabinet selama tiga tahun),” katanya lagi.
Saifuddin menambah satu lagi kelebihan Najib ialah beliau pernah jadi Ketua Pemuda Umno manakala sebahagian besar Ketua Bahagian sekarang adalah bekas ketua pemuda di zamannya.
“Oleh itu saya tak nampak beliau akan dicabar. Tambahan pula ahli-ahli Umno merasakan gandingan Najib-Tan Sri Muhyidin Yasin adalah gandingan yang paling baik untuk menghadapi perang besar pada tahun 2018,” katanya lagi.
MB TAK PERLU TANDING MAJLIS TERTINGGI
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata semua Menteri Besar tidak perlu bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini.
Katanya, mereka selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri secara automatik akan dilantik sebagai ahli majlis tertinggi.
“Oleh itu saya rasa mereka tak perlu bertanding,” katanya dalam satu wawancara khas dengan FMT di pejabat FMT di sini Jumaat lalu.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno itu, perwakilan biasanya akan memilih menteri terlebih dahulu di peringkat pertama, di peringkat kedua mereka mengundi timbalan menteri dan menteri besar dan di peringkat ketiga baru orang yang tidak ada jawatan.
“Kali ini saya masuk bertanding di peringkat ketiga, tak ada jawatan dalam kerajaan,” katanya yang berharap perwakilan dapat mengundinya untuk terus bersuara dalam majlis tertinggi.
Saifuddin mengakui bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan, ia akan menjejaskan undi beliau tetapi dengan pertolongan kawan-kawan dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) dahulu, beliau berharap mereka dapat berkempen untuknya.
Beliau yakin cara baru pemilihan Umno dapat menghapuskan politik wang.
“Perwakilan seramai 146,000 orang. Mana mampu calon tabur duit kepada semua,” katanya lagi.
Mengulas kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu di Temerloh, beliau tidak nampak sebarang konspirasi di kalangan pemimpin Umno Bahagian Temerloh untuk mengalahkannya.
“Di mana-mana pun ada orang tak keluar mengundi. Maka ia adalah fenomena biasa,” katanya yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Bahagian itu diketuai Datuk Sharkar Shamsudin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau kalah kepada calon PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi. Nasrudin mendapat 28,267 undi manakala Saifudin mendapat 27,197 undi.(dipetik dari freemalaysiatoday.com)
Langgan:
Catatan (Atom)




.jpg)

.jpg)







.jpg)
.jpg)
.jpg)




