Walaupun tarikh lahir Tun Dr Mahathir Mohamad dicatat dalam surat beranak pada 20 Disember 1925 tapi sebenarnya beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925. Orang zaman dahulu biasa lapor lambat ketika nak buat surat beranak di balai polis.
Syukur kepada Allah kerana Dr Mahathir berusia panjang 90 tahun. Bukan mudah untuk mencapai usia sepanjang itu tetapi dalam keluarga Dr Mahathir semuanya berusia panjang, 80an seperti mana kakak-kakaknya. Oleh itu tidak hairan Dr Mahathir dapat merasa harijadi yang ke 90.
"Saya berdoa semua orang akan dapat merayakan ulangtahun yang ke 90," kata Dr Mahathir ketika diminta oleh Malaysiakini mengucapkan ucapan kepada rakyat Malaysia. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan sambil mengucapkan selamat hari jadi kepada Dr Mahathir meminta bekas Perdana Menteriitu tidak lagi menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir tidak pernah mimpi jadi Perdana Menteri kerana dia tahu Umno adalah parti faudal. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah anak raja, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj manakala penggantinya Tun Razak Hussein adalah dari golongan bangsawan.
Ia diikuti oleh biras Razak, Tun Hussein Onn yang juga dari golongan bangsawan. Oleh itu Dr Mahathir terkejut apabila Hussein Onn memilihnya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 sedangkan beliau bukan dari golongan bangsawan. Ketika itu Hussein mahu melantik Tun Ghazali Shafie sebagai timbalannya tapi ditentang oleh tiga Naib Presiden Umno iaitu Tun Ghafar Baba, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) dan Dr Mahathir Mohamad.
Kalau nak meneruskan tradisi feudal Umno, Hussein Onn sepatutnya pilih Ku Li sebagai timbalannya tetapi Hussein pilih anak guru besar sekolah sebagai bakal penggantinya. Ketika Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang keempat pada 16 Julai 1981, Dr Mahathir berusia 56 tahun. Usia orang dah pencen. Beliau sendiri tidak sangka dapat berkhidmat untuk negara selama 22 tahun sehingga berusia 78 tahun.
Dr Mahathir terhutang budi kepada Razak yang melantiknya sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974 sedangkan beliau tidak pernah menjadi setiausaha parlimen atau timbalan menteri. Dengan jawatan itu beliau memenangi jawatan naib presiden Umno pada tahun 1975 yang mana jawatan itu adalah calon timbalan perdana menteri. Sedangkan pada tahun 1972 beliau tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno tersebut.
Jasa Dr Mahathir amat besar kepada negara. KLCC, KLIA, Putrajaya semuanya adalah tinggalan Dr Mahathir yang akan terus diingati oleh rakyat Malaysia. Di zaman Dr Mahathir, kita lihat beliau mempunyai empat orang timbalan.
Bermula dengan Tun Musa Hitam sehingga dilabel oleh media sebagai pemerintahan 2M, sedangkan ia adalah pemerintahan Dr Mahathir, Musa akhirnya yang tidak tahan dengan karenah Dr Mahathir meletakkan jawatan pada tahun 1986. Musa naik di atas sokongan Dr Mahathir yang tidak mahu Umno menjadi parti feudal sekali lagi. Sebab itulah beliau menyokong Musa menentang Ku Li bagi jawatan timbalan presiden Umno sedangkan beliau sudah berjanji kepada Hussein Onn untuk memilih Ku Li sebagai timbalannya. Tetapi Dr Mahathir memberi alasanbahawa perwakilan Umno yang menolak Ku Li sebagai bakal timbalan presiden Umno.
Selepas Musa meletakkan jawatan, Dr Mahathir melantik Ghafar Baba sebagai timbalan perdana menteri yang baru pada 10 Mei 1986. Ghafar tidak tahan lama apabila dicabar oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 1993. Ghafar tarik diri kerana Anwar mendapat pencalonan lebih dari 95 peratus dari seluruh negara.
Maka Anwar dilantik timbalan perdana menteri yang baru oleh Dr Mahathir. Anwar terlalu cepat naik dalam Umno dalam tempoh 11 tahun kerana dinaungi Dr Mahathir. Malah Dr Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1986 untuk mempastikan Anwar terpilih sebagai naib presiden Umno pada tahun 1987. Dr Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 sebagai strategi untuk melonjakkan Anwar sebagai bakal timbalan perdana menteri. Sedangkan apa yang Anwar tahu tentang kewangan kerana Anwar bukannya graduan ekonomi.
Tetapi politik naungan Dr Mahathir berjaya meletakkan Anwar sebagai orang nombor dua dalam masa 11 tahun. Anwar bukan yes man maka Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar dari jawatannya pada tahun 1998. Anwar menuduh kes liwatnya merupakan konspirasi Dr Mahathir untuk menyingkirkannya dari politik. Rakyat Malaysia tidak percaya dengan isu liwat maka BN Kelantan dan Terengganu tumbang pada PRU 1999.
Dr Mahathir bernasib baik kerana orang Cina masih menyokong BN. Maka BN menang dengan majoriti dua pertiga. Dengan pemecatan Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri, Dr Mahathir memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) daripada Najib dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai timbalannya yang baru.
Ketika itu Dr Mahathir boleh memilih Ku Li sebagai timbalannya. Desas desus ini tersebar apabila Dr Mahathir berbuka puasa di rumah Ku Li. Tetapi Dr mahathir meneruskan tradisi Umno memilih timbalan perdana menteri daripada tiga orang Naib Presiden Umno. Atau mungkin dendam Dr Mahathir kepada Ku Li tidak pernah padam kerana Ku Li menentangnya dalam pertandingan Presiden Umno pada tahun 1987.
Jika Dr Mahathir melantik Ku Li, orang Umno terima kerana orang Umno adalah yes man kepada pemimpin mereka. Tapi Dr Mahathir tak mahu ambil risiko terpaksa memilih Pak Lah yang lemah sebagai penggantinya.
Dr Mahathir berundur pada tahun 2003 dan memberi laluan kepada nice man Pak Lah menerajui negara. Bila jadi PM, baru pecah tembelang Pak Lah, dia tertidur sewaktu sedang mesyuarat. Pak Lah jadi PM remote control. Beliau dicontrol oleh menantunya Khairy Jamaluddin (KJ) dengan budak budak tingkat empat di JPM.
Dr Mahathir menyesal pilih Pak Lah sebagai penggantinya. kalau dia lantik Ku Li sebagai timbalan perdana menteri, perkara seperti ini tidak berlaku. Dr Mahathir marahi Pak Lah kerana enggan membina jambatan bengkok dari Johor ke Singapura. Sebaliknya Pak Lah berlembut dengan pemimpin Singapura yang menambahkan lagi kemarahan Dr Mahathir.
Dr Mahathir mula menyerang Pak Lah. Dia keluar dari Umno kerana tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah yang lemah. Pak Lah berbangga dengan kemenangan besar PRU 2004. Tetapi akibat serangan Dr mahathir kepada Pak Lah, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Akibat dari kegagalan itu, Pak Lah berundur setelah 6 tahun menjadi PM dan beri laluan kepada Najib sebagai PM keenam. Najib dengan slogan transformasi juga gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU 2013. Tetapi penyokongnya kata prestasi Umno lebih baik mendapat 88 kerusi. Sudah dua kali PRU, 2008 dan 2013, orang Cina sudah tidak mempercayai BN lagi.
Walaupun Najib bersikap liberal menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi lubuk menolong orang Melayu, orang Cina tetap menolak BN pada PRU 2013. Najib persoal tsunami Cina. Namun bantuan kepada sekolah Cina tetap diberikan walaupun orang Cina tidak menyokong BN. Itulah kelemahan Najib yang tidak berani menghukum orang Cina.
Kemuncak dari itu, najib menghapuskan ISA. Dr Mahathir marah kerana ISA adalah senjata akhir untuk menghapuskan politik perkauman. Tetapi najib sudah buang kekebalan itu akibat desakan pembangkang. Malah mereka juga mendesak menghapuskan Akta hasutan tetapi perwakilan Umno tidak bersetuju walaupun Najib sudah berjanji untku menghapuskannya.
Kehilangan RM42 bilion dari 1MDB membuatkan pembangkang mula bising. Dr Mahathir turut campur tangan dan mendesak Najib meletakkan jawatan sekarang supaya BN ada masa tiga tahun untuk mengatasi isu 1MDB sebelum PRU 2018.
Najib enggan meletakkan jawatan kerana bangga dengan darah pahlawan Bugis. Dr Mahathir buat road show untuk menjatuhkan Najib. Maka tersebarlah Wall Street Journal isu wang 1MDB masuk dalam akaun Najib. najib tidak menafikannya sebaliknya berkata dia tidak pernah guna wang untuk tujuan peribadinya.
najib menuduh Dr Mahathir yang memberi maklumat kepada WSJ. Kerana akaun najib itu adalah akaun untuk PRU 2013. Dr mahathir dan Pak Lah ketika menjadi PM pun tentu ada juga akaun pilihanraya seperti itu tetapi Dr Mahathir dan Pak Lah tidak guna akaun peribadinya sebaliknya mungkin atas akaun proksinya.
Tetapi najib tidak cerdik menggunakan akaun peribadinya walaupun akaun itu sudahditutup. Sampai bila Dr Mahathir akan menyerang Najib? Sejauh mana siasatan pasukan khas ini berjaya menyelamatkan najib? Beranikah mereka mendakwa najib?
BN makin lemah dengan serangan Dr Mahathir. Kalau Najib meletakkan jawatan sudah pasti Dr mahathir tidak bising lagi. Maka pilihan yang terbaik bagi Najib meletakkan jawatan secara hormat dan minta maaf kepada rakyat Malaysia seperti kata Dr Mahathir.
jangan tunggu Dr Mahathir keluar dari Umno dan menyerang Najib yang degil meletakkan jawatan. Dr Mahathir mahu menyelamatkan BN dan Umno kerana dia tahu jika Pakatan rakyat berkuasa pada tahun 2018, kes najib tetap akan dibawa ke mahkamah.
Walaupun Najib melantik anak Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi Dr Mahathir tetap menegur najib demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Jika Pakatan Rakyat menang, apa akan terjadi kepada orang Melayu. Inilah yang membimbangkan Dr Mahathir.
Selamat hari jadi Tun.
Sabtu, Julai 11, 2015
Khamis, Jun 25, 2015
KENAPA RAZIF DISERANG?
Ribut tidak, hujan pun tidak
tiba-tiba Exco Kerajaan Terengganu, Nawi Mohamad menafikan Menteri Besar
Terengganu, Razif Abdul Rahman akan ditukarkan. Pelik juga kenapa Ketua Umno
Bahagian Besut membuat kenyataan seperti itu.
Apakah motif beliau membuat
kenyataan seperti itu sedangkan rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Razif?
Semua orang tahu siapa Nawi. Beliau adalah orang kuat bekas Menteri Besar,
Ahmad Said.
Umno Bahagian Besut yang begitu
lama berketuakan Menteri Pelajaran II, Idris Jusoh dilanggar Nawi yang dipasang oleh Ahmad Said. Idris
tarik diri bila dapati Nawi mahu menentangnya bagi jawatan Ketua Umno Bahagian
Besut pada tahun 2013. Idris pasang Pahemi untuk melawan Nawi tetapi Pahemi
dibeli oleh Ahmad Said supaya menarik diri dan dijanjikan jawatan Exco.
Maka Idris berundur menjadi Naib
Ketua Umno Bahagian apabila Pahemi bertanding jawatan timbalan ketua bahagian.
Idris terpaksa menarik diri jadi Ketua Umno Bahagian apabila dapati Nawi begitu
bernafsu mahu menentangnya.
Jika berlaku pertandingan Ketua
Umno Bahagian Besut di antara Idris dan Nawi, Idris tetap menang tetapi Idris
tidak mahu Umno Besut berpecah dua. Maka Idris yang juga bekas Menteri Besar
Terengganu terpaksa berkorban walaupun beliau masih banyak idea untuk
membangunkan Besut.
Apa yang Nawi buat untuk Besut
sejak mengetuai Umno Besut selama dua tahun? Tak nampak pun sumbangan Nawi
kerana pembangunan yang berlaku di Besut adalah legasi Idris bermula jadi
Menteri Besar pada tahun 2004.
Jadi motif Nawi mengambilalih
Umno bahagian Besut adalah semata-mata untuk memalukan Idris. Jika kalah
bertanding ketua bahagian pada ketika itu, beliau tiidak kehilangan apa-apa
sebaliknya jika beliau menang masa depan
Idris dalam politik Besut terjejas.
Sebagai menteri pusat Idris tidak
mahu kalah dalam gelanggang kerana di Terengganu ramai bekas menteri pusat
kalah bertanding Ketua Umno Bahagian seperti bekas Menteri Pertanian, Manan
Othman di Kuala Terengganu. Malah Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Multi
Media dan Komunikasi tidak diberi peluang mengetuai Umno Bahagian Kemaman.
Maka Idris terpaksa mengorbankan
jawatannya dan berundur tiga langkah menjadi Naib Ketua Umno Bahagian. Ada yang
beranggapan bahawa Idris takut dicabar dan sepatutnya Idris tidak menerima
jawatan nombor tiga itu sebaliknya menjadi penasihat Umno bahagian sahaja.
Tetapi idris ada perkiraannya sendiri. Jika tidak ada jawatan dalam parti, maka
beliau mungkin digugurkan sebagai calon paelimen pada PRU 2018. Mahu tidak mahu
beliau terpaksa memegang jawatan Naib ketua bahagian kerana pemilihan calon
dibuat berdasarkan jawatan dalam parti.
Mengulas kenyataan Nawi terhadap
Menteri Besar baharu, ia adalah kenyataan yang mengejutkan kerana kenapa
sebagai Exco beliau berani membuat kenyataan seperti itu? Adakah Razif telah
memanggil Nawi untuk meminta penjelasan atau adakah Nawi tidak berkenan dengan
Razif yang slow dalam tindakan.
Berbanding dengan Ahmad Said yang
merupakan bekas pegawai tadbir negeri, Ahmad cepat buat keputusan manakala Razif
bekas guru memang slow. Beliau tidak berani buat keputusan.
Ada yang mengatakan beliau
berkiblat kepada setiausaha politik Najib Razak iaitu Jailani Ngah. Setiap
keputusan diambil setelah merujuk kepada Jailani Ngah yang menaikkan namanya
sebagai pengganti Ahmad Said.
Razif penakut buat keputusan
tidak seperti Ahmad Said. Malah ada yang menemui beliau minta rekomen, Razif
menjawab saya tiada kuasa. Terkejut aktivis Umno itu bila mendengar jawapan
Razif. Adakah Logik Menteri Besar tiada kuasa? Sedangkan rakyat melihat bekas
Menteri Besar seperti Wan Mokhtar Ahmad, Idris Jusoh dan Ahmad Said ada kuasa
untuk mengkayakan rakyat Terengganu.
Malah surat sokongan mereka laku
dan pegawai kerajaan takut. Ahmad Said kalau mahu sesuatu projek itu diberi
kepada kroninya dia akan call pegawai yang berkenaan. Begitu juga di zaman Wan
Mokhtar, pegawai yang menerima surat dari Wan Mokhtar faham bahasa isyarat Wan
Mokhtar. Kalau beliau tandatangani surat itu dengan pen merah, maka dapatlah
apa yang dihajati oleh tuan punya surat. Kalau beliau tandatangani surat dengan
pen biru atau pen hitam, maka kecewalah tuan punya surat itu.
Di zaman Ahmad Said rakyat bebas
minta kawasan balak dan kawasan bijih besi. Tapi di zaman Razif, beliau beku
semua permohonan kawasan balak dan kawasan bijih besi. Tetapi tersebar di
Facebook bahawa apa yang rakyat marah kepada Ahmad Said berlaku juga di zaman
Razif. Dahulu rakyat marah kepada Ahmad said kerana balak, bijih besi
dimonopoli oleh kroninya Agu dan Haji Dol.
Nampaknya Razif tidak belajar
dari kesilapan Ahmad Said. Kononnya kawasan balak diberi kepada kroninya. Maka
timbullah nama abang Razif, Azmi Abdul Rahman yang menjadi ketua penyamun
sambal dibantu Setiausaha Kerajaan Negeri, Osman Muda. Rakyat mula tidak
berpuas hati dengan sikap Razif kerana kononnya dia tiada kuasa tetapi abangnya
yang memberi projek kepada kroninya.
Memang tidak salah membantu kroni
tetapi janganlah melampau. Beri peluang yang adil dan saksama kepada rakyat
cari makan. Ingatlah masa angkat sumpah jawatan, Menteri Besar telah berjanji
berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bulu.
Apa yang diungkitkan Ahmad Said
di Dewan Undangan Negeri memang betul. Dahulu Ahmad menghidupkan Percetakan
Yayasan Islam Terengganu sehingga untung dan dapat menolong kakitangan anak
syarikat kerajaan negeri tersebut. Tetapi apa yang berlaku sekarang menyebabkan
kroni kaya tetapi Percetakan Yayasan Islam rugi dan majoriti pekerja yang
malang ini berada di bahagian Kuala Nerus yang diketuai oleh Razif.
Di zaman Ahmad Said rakyat marah
kepada Ketua Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda yang banyak merosakkan
pentadbiran Ahmad Said. Sebaliknya sekarang Razif seolah-olah Menteri besar
remote control yang dikawal oleh jailani Ngah dan abangnya sendiri, Azmi Abdul
Rahman yang juga bekas ahli parlimen Kuala Nerus.
Rakyat akan bosan kepada BN jika
Razif tidak hentikan apa yang berlaku sekarang. Dalam suasana 17-15 kerusi
dalam DUN, jika Ahmad Said terus bersekongkol dengan Dr Mahathir Mohamad, tidak
mustahil dalam PRU 2018 PAS akan memerintah semula Terengganu.
Justru itu Razif kena belajar
dari kesilapan Ahmad said yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jika tidak
berubah, BN Terngganu akan rebah. Melihat senario yang berlaku sekarang, maka
Nawi Mohamad merupakan Exco pertama yang berani membuat kenyataan beliau belum
mendengar berita Razif akan ditukarkan. Hanya Allah yang tahu niat Nawi
membangkitkan isu ini.
Khamis, Jun 18, 2015
MUTAAH TERMAHAL DI MALAYSIA
MUT`AH: Pemberian suami kepada isteri selepas
diceraikan, ulama` berijtihad pemberian Mutah kepada isteri satu kewajipan. Mengikut
Syed al-Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil al-Quran Objektif utama
pemberian ini bagi mengekalkan hubungan dan rasa hormat kepada isteri selepas
diceraikan sebagaimana Saidina Hassan Bin Ali berkata selepas membayar Mut`ah kepada
bekas isterinya “hanya sedikit kiriman dari kekasih yang terpaksa
berpisah”. Namun demikian pemberian berbentuk wang dan barangan
dibenarkan oleh Syarak berdasarkan kemampuan suami hal ini bersandarkan kepada
firman Allah S.W.T dalam al-Qur`an maksudnya: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah
kamu menangung bayaran (maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu
sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan
maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian hendaklah kamu memberi “Mut`ah”
kepada mereka (yang diceraikan itu).
Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi Mut`ah) menurut ukuran
kemampuannya; satu pemberian menurut yang patut, lagi menjadi satu
kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. Surah al-Baqarah 2:236
dalam surah yang sama, ayat 241 bermaksud: Dan Isteri-isteri yang diceraikan
itu berhak mendapat Mut`ah dengan kadar yang wajar sebagai suatu
kewajipan keatas orang–orang yang bertaqwa, dan dalam surah al-Ahzab 33:49
menyatakan perkara yang sama.
BAGAIMANA NILAIAN MUT`AH DIKIRA
Tidak ada penentuan nas
tentang mut’ah dan jenisnya. Oleh itu, maka para fuqaha’
melakukan itjihad mengenai dengan kadarnya.
Ulama’ Hanafi menetapkan mut’ah berpandukan
kepada pakaian: pakaian basah, kain
tudung kepala dan pakaian yang menutup kepala hingga ke kaki (milhafah) kerana
firman Allah S.A.W.:
Terjemahan: ... Sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut lagi
menjadi satu kewaipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat demikian...
(surah al-Baqarah 2:236)
Kalimah mata’ adalah nama bagi
persamaan pada ‘uruf kerana bagi mewajibkan pakaian-pakaian yang sama pada
kaedah-kaedah syara’ ada tiga iaitu pakaian yang wajib baginya dan pada masa
wujud hubungan suami isteri dan pada masa ‘iddah dan
sekurang-kurang pakaian yang dipakai oleh perempuan dan pakaian yang
dipakai ketika keluar rumah.
Pakaian-pakaian ini tidak
melebihi seperdua mahar mithlinya (hantaran bersandarkan keadaan semasa ) seandainya
suami daripada golongan orang kaya kerana ia adalah sebagai ganti daripadanya
dan tidak boleh kurang daripada lima dirham seandainya suami daripada golongan
orang miskin. Pendapat yang dijadikan fatwa bahawa mut’ah dikira
dengan keadaan suami isteri seperti nafkah. Jika kedua-duanya kaya, maka bagi
perempuan pakaian yang mahal-mahal (yang bermutu tinggi). Jika kedua-duanya
fakir, maka baginya pakaian yang terendah nilainya. Jika kedudukan kedua-duanya
berbeza dari segi kaya dan miskin, maka baginya pakaian yang sederhana.
Ulama’ Shafi’i berpendapat
bahawa adalah sunat mut’ah itu tidak kurang daripada 30 dirham
(dalam keadaan semasa sekarang RM 13,000) barang yang sama nilai dengannya. Ini
adalah serendah-rendah yang disunatkan, setinggi-tingginya ialah khadam, dan
yang sederhana ialah pakaian. Disunatkan mut’ah itu ialah juga
kadarnya sampai separuh daripada mahar mithli. Sekiranya sampai atau
lebih separuh dari nilai mahar mithli ia harus berdasarkan
ayat:
Terjemahan: ... Walaupun
demikian, hendaklah kamu memberi “mut’ah” (pemberian saguhati)kepada mereka.
(surah al-Baqarah 2:236)
Sekiranya suami isteri
bertikai tentang kadar mut’ah, maka qadi atau mahkamah boleh
menentukan kadar dengan ijtihadnya berdasarkan apa yang sesuai dengan kedudukan
atau taraf suami isteri sebagaimana pendapat ulama’ Hanafi dari segi kaya,
miskin, keturunannya dan sifatnya, kerana Allah S.A.W telah berfirman:
Terjemahan:.. Walaupun
demikian, hendaklah kamu memberi “mut’ah’ (pemberian saguhati) kepada
mereka(yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi
saguhati itu) menurut ukuran kemampuanya; dan suami yang susah pula menurut
ukuran kemampuannya....
(surah al-Baqarah 2:236)
Terjemahan: Dan isteri-isteri
yang diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati) dengan cara yang
patut...
(surah al-Baqarah 2:241)
Golongan Maliki dan Hanbali
berpendapat bahawa mut’ah diambil kira dengan keadaan suami
isteri dari segi kaya dan miskin, orang kaya mengikut kedudukannya dan orang
miskin mengikut kedudukannya pula kerana ayat al Quran yang tersebut di atas
secara jelas menyatakan keadaan mut’ah adalah menurut keadaan
semasa kewangan suami, maksimum mut’ah adalah seorang khadam,
yakni nilai harga seorang khadam pada masa mereka sekiranya suami orang yang
kaya dan minimum mut’ah adalah pakaian yang sempurna yang
boleh dijadikan pakaian sembahyang sekiranya suami orang yang miskin, ertinya
sekurang-kurang pakaian iaitu baju labuh yang menutup kepala hingga kekaki dan
kain tudung kepala, ertinya sekurang-kurangnya tiga pakaian sebagaimana
pendapat ulama’ Hanafi iaitu baju labuh, kain tudung dan kain penutup kepala
perempuan berjalan. Ini berpandukan kepada kata-kata Ibn ‘Abbas yang bermaksud,
“setinggi-tinggi mut’ah adalah seorang khadam, kemudian yang
kurang daripada itu adalah pakaian”. Pada zahirnya pendapat ini adalah
lebih rajih.
PENGAMALAN MENILAI KADAR
MUT`AH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA
Mahkamah yang berbidang
kuasa berkaitan Tuntutan Mut`ah di Malaysia Mahkamah Syariah. Berdasarkan
peruntukkan yang dinyatakkan dalam seksyen
Berdasarkan peruntukkan
syeksyen tersebut ternyatalah mahkamah Syariah yang berbidang kuas dalam isu
ini. Ada baiknya kita menganalisa ijtihad–ijtihad hakim berkaitan dengan kes
–kes Mut`ah ini. Analisa ini merangkumi aspek ketakkulan seseorang hakim dalam
menilai nilaian Mut`ah ini.
Pertama Hakim akan menilai
kemampuan suami, berdasarkan pendapatan yang diperolih setiap bulan, perlu
dinyatakan pendapatan kasar yang diperolih semasa perkahwinan bukannya
pendapatan yang diperolih selepas perceraiaan. Kes Siti Aishah bt Abd Aziz lwn
Abdul Ghafar (JH (1995)JLD X33) yang boleh disimpulkan bahawa pendapatan
suami dibawah RM 500.00 berada di bawah kadar kemiskinan (nilaian Mut`ah akan
diperolih oleh isteri RM30 hingga RM 500.00, sederhana sekiranya RM 500.00
sehingga RM 1500.00 (nilaian Mut`ah akan diperolih oleh isteri RM 500.00 hingga
RM 1500.00 ) dan RM 1500.00 ke atas diklasifikasikan sebagai kaya (nilaian
Mut`ah akan diperolih oleh Isteri RM 2000.00 Keatas ).
Formula ijtihad yang
dinyatakan di atas telah dijadikan panduan kepada hakim–hakim dalam menailai
nialain Mut`ah, seperti mana dalam kes Sharifah lwn Zaina Alam [ ( 1978 ) 1
JH(1) 93 ] pendapatan suami hanya RM 295.00 sebulan, mahkamah memerintahkan
membayar RM 500.00 kadar Mut`ah kepada isteri. Begitu juga dalam kes suami
berpendapatan RM 335.00 sebulan, hakim mengarahkan pemabayaran Mut`ah hanya RM
500.00.
Dalam situasi kedua
pendapatan RM500.00 hingga RM 1500.00 kes Norizam lwn Halim Azman [(1993) 10
JH65] dan Faridah lwn Mohd Noh Bi n Othman [(2004) 19JH (1) 124] di mana hakim
mengarahkan sebulan gaji kasar pendapatan suami dibayar kepada isteri, dalam
erti kata yang lain sekiranya pendapatan RM 1900.00 maka Mut`ah yang dikenakan
RM1900.00
Situasi yang ketiga
melibatkan golongan yang kaya, kes pendapatan suami RM 16000.00 sebulan di mana
hakim rayuan berijtihad RM 36,000.00 satu kadar yang munasabah diberikan kepada
Isterinya. Dalam erti kata yang lain pemberian ini hanya 2.25 percent dari
pendapatan kasar yang diperolih. Berdasarkan kes Norma Bt Ghazali lwn Mohd Zain
Abdullah [(2004) 19 JH (2) 278] penal rayuan mahkamah Syariah Kelantan dengan
pencen yang diperolih oleh suami mahkamah menetapkan RM 10,000.00 sebagai
nilaian Mut`ah yang perlu dibayar, ini bererti 4 percent dari pendapatan kasar
yang diperolih.
Adakalanya hakim mengambil
kira peranan isteri kepada suami dalam menentukkan kadar mut`ah ini sebagaimana
kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr Hussien [(1983) 3 JH (2) 278] di mana hakim
mengambil kira peranan Tengku Anum Zaharah sebagai batu loncatan kepada
suaminya dalam sehingga memperolih gelaran Dato` mahkamah memeutuskan nilaian
Mut`ah sebanyak RM25,200.00 nilaian inipun berdasarkan saham-saham dan
harta-harta yang diperolih hasil dari kekerabatan isteri kerana kerabat diraja
Pahang, walaupun pada asalnya nilaian yang dipohon oleh isteri RM3 juta.
Cara pembayaran yang telah
diputuskan oleh mahkamah bagi sesuatu kes apabila telah dinyatakan sesuatu
nilaian oleh mahkamah Syariah bukanya dalam bentuk sekaligus tetapi sebaliknya
diarahkan bayar secara ansuran sebagaimana dalam kes MOHD FARID ABDUL RAHMAN v RABIHAH
KAMARUDIN 21 [2006] 1 JH 71.
Responden menuntut mut’ah sebanyak RM49,000.00. Pendapatan kasar Perayu
adalah RM18,000.00 sebulan. Mahkamah Rendah benarkan mut’ah sebanyak
RM30,000.00 dengan ansuran bulanan.dibenarkan dengan syarat dipersetujui
siisteri.
Mahkamah Tinggi Syariah menolah rayuan Defendan/Perayu dan mengekalkan
kadar mut’ah dan dipinda cara bayaran kepada ansuran bulanan sebanyak RM500.00
setiap bulan selam 60 bulan mulai September 2005 hingga selesai.
TUAN FARIZAH BINTI TUAN LUDIN v MOHD RAZUHAN BIN ABDUL RAZAB 24 [2007] 2 JH
335.Plaintif/Perayu dalam kes ini membuat Tuntutan Mut’ah terhadap bekas
suaminya sebanyak RM250,000.00. Suami berpendapatan kasar RM5,390.00 dan
setelah potongan bulanan adalah RM1,563.00. Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan
mut’ah sebanyak RM7,000.00 yang perlu dibayar secara ansuran bulanan sebanyak
RM300.00. Plaintif tidak berpuashati dan mengemukakan rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
Diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan bahawa kadar mut’ah
adalah RM15,000.00 dan dibayar secara 3 kali ansuran bulanan sebanyak
RM5,000.00 setiap satu
HASNAH BINTI OMAR v OTHMAN BIN YA @ ZAKARIA 26 [2008] 1 JH 43.
Perayu menuntut RM140,000.00 sebagai mut’ah Responden menawarkan RM5,000.00.
Mahkamah Tinggi membenarkan RM10,000.00 dibayar secara ansuran bulanan
RM300.00.
SURAIYA BT M SHAFIE v ABD SHUKOR BIN MOHD HASHIM 27
(2) 2009 JH 259. Pasangan ini berkahwin selama 15 tahun dan dikurniakan 4 orang
anak. Plaintif adalah pakar mata dan Defendan adalah pakar tulang di Hospital
yang sama. Pendapatan bulanan Defendan adalah antara RM50,000.00 dan
RM70,000.00 sebulan. Bahkan ada wang simpanan sebanyak RM100,000.00. Plaintif
menuntut RM500,000.00 manakala Defendan menawarkan RM50,000.00 sebagai mut'ah.
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menetapkan kadar mut’ah adalah sebanyak
RM70,000.00 dan dibayar dalam tempoh 7 bulan.
Kes dan Realiti
Kes no 14700-016-
0155-2008 antara Noor Akmam Bt Abdullah dan Norazam Shah Bt Ibrahim , kes ini
berkaitan dengan tuntutan Mut`ah. Pasangan ini telah berkahwin pada 11.8.1997dan
bercerai pada 10.4.2008. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak
suami membayar RM 600,000.00 kepada bekas isteri sebagai Mut`ah.
Isu yang akan dinyatakan
disini akan suami hanya berpendapatan kasar bulanan tidak kurang dari RM5000.00
sebulan. tempoh perkahwinan hanya 11 tahun, apa yang menjadi kemuskilan dalam
isu ini berkaitan bagaimana nilaian ini diperolih melalui ijtihad hakim yang
dilihat membebankan dan menzalimi pihak suami.
Jika merujuk kepada sistem
ijtihad yang digunakan oleh hakim –hakim sebagaimana digunakan diatas satu
kaedahpun tidak dapat disamakan. Ini kerana suami merupakan golongan kaya
kerena berpendapatan RM5000.00 sebulan namun demikian kaedah yang digunakan
oleh hakim bagi suami yang berpendapatan RM5000.00 seorang yang diketogorikan
mewah. Ketogori ini hakim akan mengekalkan sebulan gaji kasar atau pun akan
akan didarab sebanyak 4 % atau 2.25 % dari pendapatan suami lihat kes Tengku Puteri Zainah lwn
Dato seri Najib Tun Razak [(1999) 5MLJ 50]. Dalam masa yang sama mahkamah akan
menilai kembali peranan isteri dalam mengembakan kerjaya suami semasa berkahwin
diambil kira juga sebagimana kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr Hussien
[(1983) 3 JH (2) 278] kerana kerjaya suaminya dapat dikembangkan kerana
isterinya dari keturunan dia raja Pahang, analisa hakim dalam kes ini sememangnya
para jemaah hakim akur dengan pernyataan bahwa suami dapat mengembangkan
kerjaya dan dari kesan itu berkembang harta melalui pemilikan saham –saham
kerana hasil kenalan kerabat Diraja Pahang tuntutan yang dibuat sebanyak RM3
juta namun hakim mengarahkan RM25,400.00 sahaja selepas dinilai oleh para
jemaah hakim rayuan .
Apa yang ingin
diketegahkan oleh penulis dalam kes ini hakim tidak langsung mengunakan kaedah thawabit iaitu panduan dalam perjalanan kes –kes yang
silam untuk menjatuhkan hukuman dalam kes ini. Malah peranan Urf
diketepikan langsung dalam menganalisas sesuatu kes berkaitan Mut`ah. Sedangkan
al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa kalimah Mata` (al-Baqarah2:236)
itu merujuk kepada peranan Urf dalam menilai sesuatu nilaian Mut`ah.
Apa yang ingin
diketengahkan disini bahawa, kemampuan suami dan hukuman yang dijatuhkan tidak
seimbang dengan pendapatan suami bagaimana pendapatan yang RM5000.00 boleh
dikenakan RM600,000.00 nyatakan satu kaedah bagaimana suami mencari nialaian
sebanyak itu untuk membayar dalam masa 6 bulan. Mana mungkin seorang yang
berpendapatan sebegini dapat menyelesaikan nilaian sebanyak ini.
Sabtu, Jun 06, 2015
PAHLAWAN BUGIS KENA ADA TELOR
Sebagai ahli Umno saya malu apabila presiden saya, Najib Razak tidak hadiri majlis Nothing To Hide di PWTC semalam. Kononnya polis dapati dua kumpulan bakal bergaduh maka forum itu terpaksa dibatalkan. Bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad tepat jam 9 sampai di PWTC untuk bertanya soalan 10 kepada Najib.
Setelah 2,500 peserta menunggu Najib selama dua jam, maka Dr Mahathir naik ke pentas berucap selama 10 minit sebelum diarah berhenti oleh pihak polis.
Najib dipersenda dalam Facebook kerana beliau adalah pahlawan Bugis yang tiada telur dan ada yang menganggap Najib sebagai joker sebaliknya pahlawan mamak berani datang ke PWTC.
Majlis Nothing To Hide akhirnya menjadi majlis Hide and Seek antara Dr Mahathir dengan Najib. Kenapa Najib takut disoal oleh Mahathir? Adakah kerana Najib tidak tahu menjawab soalan Dr Mahathir?
Ini menunjukkan bukan ada pemimpin Umno yang mampu berhujah dengan Mahathir. Hanya bekas pemimpinnya, Anwar Ibrahim yang mampu berhujah dengan Mahathir. Maklumlah keturunan mereka berdua datang dalam satu kapal dari India.
Dr Mahathir selamat kerana Najib sudah menghapuskan ISA. Jika ISA masih ada, sudah tentu Najib sudah tahan Dr Mahathir di bawah ISA seperti mana Dr Mahathir menahan Anwar Ibrahim di bawah ISA.
Dr Mahathir yang bawa Anwar masuk Umno pada Mac 1982. Mahathir sokong Anwar dalam pertandingan Ketua Pemuda 1982 walaupun Anwar masih baru dalam Umno.Anwar menang. Mahathir melantik Anwar sebagai menteri pelajaran pada tahun 1986 yang menyebabkan Anwar menang Naib Presiden Umno pada tahun 1987. Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 menyebabkan Anwar menag jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993.
Naungan politik Mahathir kepada Anwar menyebabkan Musa Hitam merajuk, Tengku Razaleigh tersingkir dari Umno dan Ghafar Baba membawa diri. Apabila Anwar cuba melawan Mahathir, maka Mahathir memecat Anwar dari Umno pada tahun 1998 dan beliau menahan Anwar di bawah ISA yang menyebabkan Malaysia menerima kritikan antarabangsa.
Dr Mahathir tidak setuju ISA dihapuskan tetapi Najib hapuskan kerana desakan pihak pembangkang.
Dr Mahathir patut berterima kasih kepada Najib yang menghapuskan ISA. Jika tidak, Dr Mahathir sudah ditahan di bawah ISA kerana cuba menggulingkan kerajaan BN. Isu 1MDB benar benar membuatkan Mahathir tidak dapat menerima kepimpinan Najib lagi.
Mahathir terhutang budi kepada ayah Najib yang melantiknya sebagai menteri pelajaran pada tahun 1974. dengan jawatan itu Mahathir menangi naib presiden Umno pada tahun 1975. Apabila Razak meninggal dunia pada tahun 1976, timbalannya Husein Onn yang menjadi PM baru melantik Mahathir sebagai TPM yang menyebabkan Ghafar Baba merajuk dan enggan menyertai kabinet Hussein Onn.
Pada tahun 1978 Mahathir menang jawatan timbalan presiden Umno dan pada tahun 1981 beliau menng jawatan presiden Umno tanpa bertanding. Mahathir terhutang budi kepada Razak yang melantiknya sebagai menteri pelajaran. Tanpa jawatan itu mungkin beliau gagal jadi naib presiden Umno dan layak dilantik TPM dan seterusnya menjadi PM Malaysia yang keempat.
Sebagai membalas budi Razak, mahathir groom najib untuk jadi bakal PM. Najib diasuh jadi timbalan menteri pelajaran, timbalan menteri kewangan, menteri besar Pahang, menteri belia dan sukan, menteri pertahanan, menteri pelajaran dan seterusnya TPM dan Menteri Kewangan dan menjadi PM yang keenam pada tahun 2009.
Mahathir sudah membalas jasa Razak. Jadi beliau kecewa apabila Najib gagal menunjukkan dia sehebat bapanya. RM42 billion hilang gara-gara Najib menubuhkan IMDB yang diambilalih dari Terengganu Investment Authority.
Inilah punca sebenar kemarahan Mahathir kepada Najib dan beliau minta Najib berundur supaya pengganti Najib ada masa untuk memulihkan imej Umno sebelum PRU 2018.
Mahathir mengadakan road show ke seluruh negara. Maka najib pun buat road show dengan mengatakan selagi darah Bugis mengalir dalam tubuhnya, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan untuk meletakkan jawatan.
Semalam ternyata Najib pengecut dan tidak berani bersemuka dengan Mahathir dalam forum Nothing To Hide. Kononnya atas faktor keselamatan, maka beliau tidak jadi datang. Ahli Umno di seluruh negara malu dengan sikap Najib itu.
Najib berkata beliau sedia hadiri majlis forum jika ia diadakan dalam suasana aman. Dalam suasana ini, rakyat sudah tidak menghormati beliau lagi. Maka untuk pulihkan imejnya Najib sebagai pahlawan Bugis kena tunjuk dia ada telur.
Langkah pertama menahan Mahathir di bawah akta hasutan kerana Mahathir menghasut rakyat membenci kerajaan BN.. Kedua beliau kena pecat semua menteri yang tidak menyokongnya seperti Muhyiddin Yasin, Shafie Apdal dan Khairy jamaluddin. Dan ketiga mengarahkan SPRM menahan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said di bawah akta rasuah.
Semalam Ahmad Said yang juga Ketua Umno bahagian kemaman turut berada di sisi Dr Mahathir. Oleh itu najib kena tunjuk bahawa dia ada telur dengan memecat Dr Mahathir dan Ahmad Said dari Umno. Jika Najib berani bertindak seperti di atas beliau akan dikagumi sebagai pahla
wan Bugis yang ada telur.
Setelah 2,500 peserta menunggu Najib selama dua jam, maka Dr Mahathir naik ke pentas berucap selama 10 minit sebelum diarah berhenti oleh pihak polis.
Najib dipersenda dalam Facebook kerana beliau adalah pahlawan Bugis yang tiada telur dan ada yang menganggap Najib sebagai joker sebaliknya pahlawan mamak berani datang ke PWTC.
Majlis Nothing To Hide akhirnya menjadi majlis Hide and Seek antara Dr Mahathir dengan Najib. Kenapa Najib takut disoal oleh Mahathir? Adakah kerana Najib tidak tahu menjawab soalan Dr Mahathir?
Ini menunjukkan bukan ada pemimpin Umno yang mampu berhujah dengan Mahathir. Hanya bekas pemimpinnya, Anwar Ibrahim yang mampu berhujah dengan Mahathir. Maklumlah keturunan mereka berdua datang dalam satu kapal dari India.
Dr Mahathir selamat kerana Najib sudah menghapuskan ISA. Jika ISA masih ada, sudah tentu Najib sudah tahan Dr Mahathir di bawah ISA seperti mana Dr Mahathir menahan Anwar Ibrahim di bawah ISA.
Dr Mahathir yang bawa Anwar masuk Umno pada Mac 1982. Mahathir sokong Anwar dalam pertandingan Ketua Pemuda 1982 walaupun Anwar masih baru dalam Umno.Anwar menang. Mahathir melantik Anwar sebagai menteri pelajaran pada tahun 1986 yang menyebabkan Anwar menang Naib Presiden Umno pada tahun 1987. Mahathir melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 menyebabkan Anwar menag jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993.
Naungan politik Mahathir kepada Anwar menyebabkan Musa Hitam merajuk, Tengku Razaleigh tersingkir dari Umno dan Ghafar Baba membawa diri. Apabila Anwar cuba melawan Mahathir, maka Mahathir memecat Anwar dari Umno pada tahun 1998 dan beliau menahan Anwar di bawah ISA yang menyebabkan Malaysia menerima kritikan antarabangsa.
Dr Mahathir tidak setuju ISA dihapuskan tetapi Najib hapuskan kerana desakan pihak pembangkang.
Dr Mahathir patut berterima kasih kepada Najib yang menghapuskan ISA. Jika tidak, Dr Mahathir sudah ditahan di bawah ISA kerana cuba menggulingkan kerajaan BN. Isu 1MDB benar benar membuatkan Mahathir tidak dapat menerima kepimpinan Najib lagi.
Mahathir terhutang budi kepada ayah Najib yang melantiknya sebagai menteri pelajaran pada tahun 1974. dengan jawatan itu Mahathir menangi naib presiden Umno pada tahun 1975. Apabila Razak meninggal dunia pada tahun 1976, timbalannya Husein Onn yang menjadi PM baru melantik Mahathir sebagai TPM yang menyebabkan Ghafar Baba merajuk dan enggan menyertai kabinet Hussein Onn.
Pada tahun 1978 Mahathir menang jawatan timbalan presiden Umno dan pada tahun 1981 beliau menng jawatan presiden Umno tanpa bertanding. Mahathir terhutang budi kepada Razak yang melantiknya sebagai menteri pelajaran. Tanpa jawatan itu mungkin beliau gagal jadi naib presiden Umno dan layak dilantik TPM dan seterusnya menjadi PM Malaysia yang keempat.
Sebagai membalas budi Razak, mahathir groom najib untuk jadi bakal PM. Najib diasuh jadi timbalan menteri pelajaran, timbalan menteri kewangan, menteri besar Pahang, menteri belia dan sukan, menteri pertahanan, menteri pelajaran dan seterusnya TPM dan Menteri Kewangan dan menjadi PM yang keenam pada tahun 2009.
Mahathir sudah membalas jasa Razak. Jadi beliau kecewa apabila Najib gagal menunjukkan dia sehebat bapanya. RM42 billion hilang gara-gara Najib menubuhkan IMDB yang diambilalih dari Terengganu Investment Authority.
Inilah punca sebenar kemarahan Mahathir kepada Najib dan beliau minta Najib berundur supaya pengganti Najib ada masa untuk memulihkan imej Umno sebelum PRU 2018.
Mahathir mengadakan road show ke seluruh negara. Maka najib pun buat road show dengan mengatakan selagi darah Bugis mengalir dalam tubuhnya, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan untuk meletakkan jawatan.
Semalam ternyata Najib pengecut dan tidak berani bersemuka dengan Mahathir dalam forum Nothing To Hide. Kononnya atas faktor keselamatan, maka beliau tidak jadi datang. Ahli Umno di seluruh negara malu dengan sikap Najib itu.
Najib berkata beliau sedia hadiri majlis forum jika ia diadakan dalam suasana aman. Dalam suasana ini, rakyat sudah tidak menghormati beliau lagi. Maka untuk pulihkan imejnya Najib sebagai pahlawan Bugis kena tunjuk dia ada telur.
Langkah pertama menahan Mahathir di bawah akta hasutan kerana Mahathir menghasut rakyat membenci kerajaan BN.. Kedua beliau kena pecat semua menteri yang tidak menyokongnya seperti Muhyiddin Yasin, Shafie Apdal dan Khairy jamaluddin. Dan ketiga mengarahkan SPRM menahan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said di bawah akta rasuah.
Semalam Ahmad Said yang juga Ketua Umno bahagian kemaman turut berada di sisi Dr Mahathir. Oleh itu najib kena tunjuk bahawa dia ada telur dengan memecat Dr Mahathir dan Ahmad Said dari Umno. Jika Najib berani bertindak seperti di atas beliau akan dikagumi sebagai pahla
wan Bugis yang ada telur.
Khamis, Jun 04, 2015
MUHYIDDIN TIADA KEKUATAN?
Sebuah portal news melaporkan
ketibaan Muhyiddin Yasin di KLIA malam tadi disambut oleh 50 orang
penyokong manakala seorang blogger
terkenal, Shahbudin Husin menulis TPM disambut oleh 200 para penyokongnya.
Beliau mengatakan para penyokong
Najib Razak lega kerana Muhyiddin tidak membuat sebarang pengumuman. Timbalan
Presiden Umno itu sekadar senyum dan bersalam dengan penyokongnya dan beliau
enggan mengulas sebarang pertanyaan media.
Muhyiddin yang baru tiba dari
bercuti di Australia menjadi sasaran media selepas Najib memberi kata dua
kepada menteri yang tidak menyokongnya dalam isu 1MDB supaya meletakkan
jawatan. Muhyiddin diberi fokus oleh media kerana beliau tidak hadiri mesyuarat
kabinet Jumaat lalu ketika Najib memberi kata dua tersebut.
Ramai yang melihat seolah-olah
Muhyiddin tidak bersetuju dengan isu 1MDB yang membebankan Umno. Malah ahli
Umno menyandarkan harapan kepada Muhyiddin untuk menyelamatkan Umno yang sedang
nazak. Umno kini bukan sahaja diserang oleh parti pembangkang malah Umno turut
diserang oleh ahli Umno yang bosan dengan sikap Najib yang menubuhkan 1MDB
sehingga RM42 bilion hilang.
Kemuncaknya apabila bekas PM, Dr
Mahathir Mohamad turut menyerang Najib yang dilihat gagal memimpin kerajaan BN.
Kata Dr Mahathir, inilah masa terbaik bagi Najib melepaskan jawatan kerana ada
masa yang cukup untuk Umno mengubati penyakitnya menjelang PRU 2018.
Skandal 1MDB benar-benar menguji
kepimpinan Najib sama ada beliau terus kekal memimpin negara atau berundur di
pertengahan penggal. Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan
jika Najib meletakkan jawatan, masalah tidak juga selesai. Maka sebaik-baiknya
Najib terus memimpin Umno sehingga PRU akan datang.
Sebaliknya Dr Mahathir berhujah
inilah masa terbaik bagi Najib berundur kerana dalam tempoh tiga tahun ada masa
bagi pengganti beliau untuk mengubati
luka yang sedang dihadapi Umno. Ada yang berpendapat sambutan di KLIA malam
tadi begitu hambar menunjukkan bahawa Muhyiddin tiada kekuatan untuk
menjatuhkan Najib.
Ke mana-mana Najib buat road
show, beliau disambut secara besar-besaran dan ia membakar semangat Najib untuk
menyerang balas kritikan Dr Mahathir. Sebaliknya Muhyiddin bukannya mahu
menjatuhkan Najib. Beliau mahu Umno berada di atas landasan yang betul supaya
tidak tergelincir dalam PRU akan datang.
Sudah tentu sambutan hambar
terhadap Muhyiddin malam tadi mengecewakan golongan yang mahu melihat gabungan
Najib-Muhyiddin retak. Mereka cuba melagakan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno.
Apa motif mereka menyebarkan video tertutup Muhyiddin kepada orang ramai kalau
bukan untuk melagakan Muhyiddin dengan Najib?
Tetapi Muhyiddin tidak mudah
terperangkap dengan usaha golongan batu api ini sebaliknya beliau terus tenang.
Muhyiddin tidak melatah seperti Musa Hitam yang akhirnya meletakkan jawatan
kerana tidak tahan dengan kerenah Dr Mahathir pada tahun 1986.
Bagi Muhyiddin meletakkan jawatan
di saat Umno sedang nazak akan mengeruhkan lagi suasana. Jadi beliau perlu
membantu Najib menyelesaikan isu 1MDB. B eliau akan menilai sejauh mana pelan
pemulihan 1MDB yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II, Husni Hanazlah dapat
memulihkan imej kerajaan BN.
Mungkin bagi Muhyiddin, beliau
mahu beri peluang kepada Najib menyelesaikan isu tersebut dalam tempoh enam
bulan. Ramai yang menganggap jika Muhyiddin meletakkan jawatan sekarang, Umno
semakin hancur. Maka tindakannya berdiam diri dapat menyelamatkan Umno buat
seketika.
Muhyiddin popular pada tahun 2008
apabila beliau berani mendesak Pak Lah berundur selepas BN gagal mendapat
majoriti dua pertiga. Muhyiddin dibawa masuk Umno oleh bekas Menteri Besar
Johor, Othman Saat. Pada tahun 1978, beliau menang bertanding di parlimen Pagoh
dan dilantik setiausaha parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan.
Pada tahun 1982, beliau
mengejutkan orang ramai kerana sebagai timbalan menteri beliau berjaya
mengalahkan guru politiknya, Othman Saat dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian
Pagoh. Sejarah beliau menentang mentor politiknya menunjukkan Muhyiddin bukan
yes man. Kalau sampai masanya dan jika isu 1MDB tidak selesai, Muhyiddin akan
menentang Najib bagi jawatan Presiden Umno pada tahun hadapan.
Justru itu Muhyiddin sedang
membaca mood ahli-ahli Umno di seluruh negara. Jika kena gayanya maka
Muhyiddinlah yang bakal menentang Najib. Kepimpinan Najib tidak pernah teruji
kerana beliau selalu menangi jawatan tanpa bertanding. Jawatan Ketua Pemuda
pada tahun 1988 menang tanpa bertanding. Malah jawatan Timbalan Presiden pada
tahun 2004 pun menang tanpa bertanding dan jawatan Presiden Umno pada tahun
2009 pun menang tanpa bertanding.
Sebaliknya Muhyiddin berani
menentang arus seperti yang dilakukannya kepada Othman Saat dan Pak Lah. Oleh
itu jika Najib tidak berubah, maka Muhyiddinlah harapan ahli Umno untuk
menyelamatkan Malaysia.
Ketika heboh Pak Lah mahu
melantik Muhyiddin sebagai timbalannya pada tahun 2003, Ketua Umno Bahagian
Seremban, Ishak Ismail mencadangkan kepada Najib jika Pak Lah lantik Muhyiddin,
kita lawan Muhyiddin bagi jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2004.
Sebaliknya pertandingan
Najib-Muhyiddin itu tidak menjadi kenyataan apabila Pak Lah melantik Najib
sebagai timbalannya. Maka pertandingan Najib-Muhyiddin bagi jawatan Presiden
Umno pada tahun hadapan tidak dapat dielakkan jika Najib gagal menyelesaikan isu
1MDB.
Selasa, Jun 02, 2015
MUSLI TERTINGGAL MEWAWANCARA PAIRIN
Nama Buku: Dari Stephens Ke Musa: Cabaran 13 Ketua Menteri
Sabah
Nama Penulis: Musli Oli
Nama Penerbit: Rontog Publication
Harga: RM70.00
Tebal: 226 halaman
Membaca buku terbaharu Musli Oli,
Dari Stephens Ke Musa: Cabaran 13 Ketua Menteri Sabah , ia agak menarik kerana
penuh dengan fakta. Namun demikian bukan semua Ketua Menteri yang diulasnya.
Ada yang tertinggal seperti zaman YongTeck Lee, Bernard Dompok dan Chong Kah Kiat.
Jika semua kepimpinan 13 Ketua
Menteri diulas secara ilmiah dalam buku ini, maka buku ini akan menjadi lebih
lengkap. Bagaimanapun usaha Musli menulis buku ini memang wajar diberi pujian
kerana beliau membuat kajian dalam waktu
yang terbatas.
Buku setebal 226 muka surat ini
bermula dengan pertelingkahan Presiden Usno, Datu Mustapha Datu Harun dengan
Presiden UNKO, Donald Stephens. Mustapha memilih jawatan Yang Dipertuan Negeri
apabila Sabah membentuk Malaysia pada 16
September 1963.Sebaliknya Donald (Fuad Stephens) memilih jawatan Ketua Menteri
Sabah.
Mustapha tersalah tafsir. Beliau
ingatkan jawatan Yang Dipertuan Negeri ada kuasa eksekutif. Sebaliknya Fuad
yang ada kuasa eksekutif tidak pernah memaklumkan keputusan kerajaan kepada
Mustapha. Maka marahlah Mustapha kepada Fuad. Apabila Fuad menyedari Usno dan
Sabah Chinese Association (SCA) mahu membuat undi tidak percaya kepadanya, maka
Fuad meletakkan jawatan. Jawatan Ketua Menteri beralih kepada Peter Lo, orang
Cina pertama menjadi Ketua Menteri Sabah dan Fuad dilantik menteri pusat oleh
Tunku Abdul Rahman.
Buku ini mendedahkan bahawa Fuad
Stephens pada mulanya menentang gagasan Malaysia tetapi ubah pendirian apabila
dipujuk Ketua Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew berkata selepas
Tunku Abdul Rahman berundur, beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan
beliau akan lantik Fuad sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tawaran Lee
Kuan Yew ini menyebabkan Fuad menyokong Sabah menyertai Malaysia.
Menurut bekas pegawai kerajaan
Sabah, Datuk Karim Ghani, majoriti rakyat Sabah tidak mahu masuk Malaysia
tetapi beliau membuang kertas menolak Malaysia dalam tong sampah . Maka
Suruhanjaya Cobbold membuat keputusan Singapura, Sabah dan Sarawak bersama
Malaya bersetuju membentuk Malaysia.
Buku ini juga berhujah bahwa
Sabah dan Sarawak adalah satu negara yang membentuk Malaysia bersama Malaya.
Oleh itu Sabah tidak setaraf Selangor, Melaka, Johor dari segi
perlembagaan. Namun demikian pucuk
pimpinan negara seolah-olah melayan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11 buah
negeri di Malaya. Ini yang menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan Sarawak.
Selepas pilihanraya umum 1967,
Perikatan Sabah yang terdiri dari Usno dan SCA memenangi pilihanraya negeri.
Mustapha dilantik Ketua Menteri yang baharu. Akhirnya beliau dijatuhkan oleh
Kuala Lumpur pada tahun 1976 kerana enggan menandatangani perjanjian Petronas yang
memberi royalti minyak kepada Sabah lima peratus. Ghafar Baba meminta Haris
Salleh menubuhkan Berjaya dan Haris Salleh bergabung dengan Fuad Stephens menjatuhkan
Usno. Selepas Fuad terbunuh dalam nahas kapal terbang, Haris Salleh menjadi
Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Selama sembilan tahun Haris
menjadi diktator baharu dan ditumbangkan oleh Joseph Pairin Kitingan yang baru
sahaja menubukan Parti Bersatu Sabah (PBS). Apabila PBS keluar dari BN pada
tahun 1990, Umno memasuki Sabah.
Pada pilihanraya umum 1994, Umno
kalah dalam PRU tersebut kepada PBS. Apabila dua ADUN PBS melompat menyertai
Umno maka tumbanglah kerajaan PBS. Sakaran Dandai dilantik Ketua Menteri Sabah
yang baharu dalam sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sekali.
Apabila Said Keruak meletakkan
jawatan Yang Diper=tuan Negeri, Sakaran dilantik sebagai TYT yang baharu. Osu
Sukam diarah terbang segera ke Sabah untuk angkat sumpah sebagai Ketua Menteri
menggantikan Sakaran. Bila dia tiba di
lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, beliau diarah jangan pergi
ke istana kerana Salleh Said Keruak telah mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri yang baharu.
Genap dua tahun ADUN Umno menjadi
Ketua Menteri, giliran ADUN SAPP pula, Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri
selama dua tahun. Tamat Yong Teck Lee, giliran Bernard Dompok dari UPKO pula
menjadi Ketua menteri sehingga PRU 1999. Bernard kalah dalam PRU itu maka
jawatan ketua menteri menjadi milik Osu Sukam dari Umno.
Genap dua tahun tiba giliran
Presiden LDP, Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri pada tahun 2001. Seterusnya giliran Musa Aman menjadi Ketua
menteri Sabah yang ke 14 mulai April 2003. Di atas kebijaksanaan Musa, beliau
berjaya memansuhkan sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau kini kekal
sebagai Ketua Menteri Sabah selama 12 tahun.
Buku ini lebih menarik jika Musli
dapat mewawancara Shafie Apdal, Naib Presiden Umno dua penggal tentang
kepimpinan Musa. Mereka dikatakan bermusuh. Malah Musa turut dicalonkan untuk
bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2013 tetapi beliau beri laluan
kepada Shapie Apdal. Musa juga dikatakan memainkan peranan memujuk Pairin dan
PBS menyertai semula BN. Jika Musli dapat mewawancara Pairin sudah tentu buku
ini lebih bermakna.
13 orang Ketua Menteri ada
cabaran masing-masing. Tetapi perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri
membuktikan bahawa apabila jutawan berada di tampuk kuasa, beliau tidak ada
niat untuk merompak duit rakyat. Maka beliau selaku Pengarah Yayasan Sabah di
zaman Sakaran Dandai berani membatalkan NBT yang mahu mengambilalih kawasan
pembalakan Yayasan Sabah. Jika dia bersetuju, maka dia menjual Yayasan Sabah
kepada syarikat swasta sedangkan Yayasan Sabah adalah hak milik rakyat Sabah.
Sekali lagi beliau membatalkan
projek tambak laut bernilai RM3 bilion yang diluluskan di zaman Chong Kah Kiat
semata-mata mahu menyelamatkan alam sekitar pantai Tanjung Aru. Inilah
untungnya apabila jutawan menjadi Ketua Menteri kerana dia sudah kaya tak perlu
merompak wang rakyat.
Buku ini wajar dibaca oleh semua
rakyat Malaysia yang mahu memahami sejarah penubuhan Malaysia. Tanpa Sabah dan
Sarawak, Malaya tetap kekal sebagai Malaya. Apabila Tunku Abdul Rahman
membentuk Malaysia beliau berpandangan jauh kerana Sabah dan Sarawak yang
menyelamatkan BN pada PRU 2013. Jika Malaya masih ada (tak ada Malaysia) Pakatan Rakyat sudah memerintah Malaya hari
ini.
NAJIB PILIHAN SIAPA?
Selama 22 tahun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Sepanjang 22
tahun berkuasa Dr Mahathir mempunyai empat orang timbalan, Musa Hitam, Ghafar
Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Dr Mahathir berharap Anwar akan
menggantikannya tetapi recession 1998 menyebabkan Anwar disingkir dari menjadi
penggantinya.Anwar terpengaruh dengan formula IMF tetapi Dr Mahathir ada
formulanya sendiri apabila George Soros menyerang Ringgit Malaysia (RM). Dr Mahathir menambat RM yang mana akhirnya
formula Dr Mahathir diterima dunia.
Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai pengganti
Anwar. Bosan dengan sikap orang Melayu tidak berubah, maka Dr Mahathir
melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Pak Lah pada tahun
2003.
Pak Lah bercadang melantik
Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri (TPM). Tetapi Dr Mahathir
mahu Najib Razak dilantik sebagai TPM. Dua kali Dr Mahathir menyebut nama
Najib. Malah Dr Mahathir mengugut Pak Lah jika Pak Lah tak lantik Najib sebagai
TPM, beliau akan memboikot majlis perpisahan yang diadakan untuk bekas PM itu.
Maka terpaksa Pak Lah melantik
Najib sebagai TPM sedangkan beliau sudah ada pilihannya sendiri, Muhyiddin.
Muhyiddin yang kecewa dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani. Di zaman Pak Lah kementerian itu diberi nafas baru dan diberi peruntukan
yang besar.
Pada PRU yang pertama diketuai
Pak Lah pada tahun 2008, BN menang besar. Terengganu yang kalah pada tahun 1999
dapat dirampas semula. Tetapi Pak Lah dikuasai oleh menantunya, Khairy
Jamaluddin yang menyebabkan ramai orang kecewa mengadu kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengkritik Pak Lah
secara terbuka kononnya Pak Lah PM yang suka tidur. Malah menantu Pak Lah jadi sasaran kritikan
Dr Mahathir. Kemuncak perselisihan Dr Mahathir-Pak Lah, Dr Mahathir isytihar
keluar dari Umno kerana beliau tidak dapat lagi menerima kepimpinan Pak Lah.
Siapa yang lantik Pak Lah dahulu
sebagai TPM kalau bukan Dr Mahathir? Maknanya orang pilihan beliau sendiri yang
gagal menjalankan amanah sebagai PM. Serangan berterusan Dr Mahathir terhadap
Pak Lah menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Maka Pak Lah didesak berundur
oleh Muhyiddin dan Najib menjadi PM baharu pada tahun 2009. Najib gagal
mendapat majoriti dua pertiga juga pada PRU sulungnya pada tahun 2013. Tetapi
najib tidak didesak berundur kerana prestasi Umno semain baik dapat merampas
Kedah dari tangan PAS. Malah Umno ada 88 kerusi berbanding di zaman Pak Lah.
Enam tahun Najib mengemudi
negara, baharulah Dr Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB, Altantunya dan
GST. Isu ini disepakmula oleh PKR dan kini Dr Mahathir memonopoli isu tersebut
secara berterusan. Dr Mahathir turut
kesal kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sebagai TPM. Jika Muhyiddin
jadi PM hari ini, mungkin Dr Mahathir tidak menyerang kepimpinan Muhyiddin.
Najib sudah keras kepala kata Dr
Mahathir. Kalau Pak Lah diserang kerana menantunya campur tangan dalam
pentadbiran Pak Lah, Dr Mahathir menyerang Najib kerana isterinya Rosmah Mansor
terlalu over seolah-olah menjadi PM pula.
Ini yang menimbulkan kemarahan
rakyat kerana Rosmah dilihat terlalu menonjolkan kemewahan. Malah majlis
perkahwinan anaknya dilihat sebagai majlis yang terhebat di abad ini. Dr
Mahathir menegur sepanjang dia menjadi PM dia tidak pernah membuat majlis
perkahwinan anaknya besar-besaran.
Najib sudah enam tahun menjadi PM
Malaysia. Salah siapa? Salah Dr Mahathir kerana dia yang mahu Pak Lah lantik
Najib sedangkan Pak Lah mahu Muhyiddin ketika itu. Takdirnya hari ini Muhyiddin
jadi PM, isu 1MDB tidak kedengaran.
Apa punca sebenar kemarahan Dr
Mahathir terhadap Najib? Menurut sumber, Dr Mahathir cuba menghalang Najib
menandatangani TPPA pada bulan September ini. Najib menerima TPPA dan baik
dengan Obama dan Amerika Syarikat manakala Dr Mahathir dilihat anti Barat. Dr Mahathir tidak bersetuju Malaysia
menandatangani TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan baru. Oleh itu Dr
Mahathir terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dr Mahathir tidak
mahu melihat Malaysia jadi boneka Amerika Syraikat.
Akan tetapi Dr Mahathir tidak
gentleman. Beliau menyerang Najib tetapi anaknya Mukhriz masih kekal sebagai MB
Kedah. Jika Dr Mahathir anak jantan, beliau sepatutnya suruh Mukhriz meletakkan
jawatan sebagai MB Kedah kerana Mukhriz juga tidak wajar bersekongkol dengan
kepimpinan Najib.
Dalam hal ini Pak Lah lebih
gentleman dari Dr Mahathir. Selepas Najib angkat sumpah sebagai PM keenam pada
tahun 2009, Pak Lah dikatakan setiap minggu menemui Najib memujuk Najib
melantik menantunya sebagai menteri kerana Khairy baru menenag jawatan Ketua
Pemuda tetapi Najib tidak tunduk kepada permintaan Pak Lah. Pak Lah tidak
merajuk dan tidak menyerang Najib.
Sebaliknya bila Najib enggan buat
jambatan bengkok Dr Mahathir, Dr Mahathir mula menyerang Najib secara terbuka.
Kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan Pak Lah menyebabkan Pak Lah gagal mendapat
majoriti dua pertiga pada PRU 2008. Jika dalam PRU 2013 BN tewas di bawah
kepimpinan Najib, maka Dr Mahathirlah punca kekalahan BN itu.
Raja Mendaliar seorang mamak menjatuhkan
kerajaan Melaka maka seorang lagi mamak, Dr Mahathir yang menjadi Raja
Mendaliar baharu yang menjatuhkan kerajaan BN pada tahun 2018. Itulah peranan
mamak dalam menjatuhkan kerajaan Melaka dan Malaysia.
Khamis, Mei 21, 2015
SISTEM PEMILIHAN UMNO MENYELAMATKAN NAJIB?
(dipetik dari beritadaily.com 20 mei 2015)
Pada tahun hadapan Umno akan mengadakan pemilihan ahli majlis tertingginya bagi sessi 2016-2019. Akan tetapi seperti biasa Umno akan menangguhkan pemilihan itu sehingga selepas pilihanraya umum (PRU) 2018.
Inilah yang sering dilakukan oleh Umno kononnya untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Dr Mahathir Mohamad memulakan tradisi ini dengan tidak mengadakan pemilihan Umno pada tahun 1999. Sebaliknya mengadakan pemilihan pada tahun 2000 selepas PRU akhir tahun 1999.
Pak Lah meneruskan tradisi ini dengan mengadakan pemilihan Umno pada tahun 2004 selepas PRU tahun tersebut. Najib turut mengamalkan tradisi ini dengan mengadakan pemilihan Umno 2013 selepas PRU 2013.
Dalam ucapan perasmian persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno pada tahun lepas, Muhyiddin Yassin telah mencadangkan supaya pemilihan Umno 2016 tidak ditangguhkan tetapi cadangan timbalan presiden Umno itu tidak mendapat sebarang respon dari para perwakilan Umno. Ini bermakna Najib dijangka menangguhkan pemilihan Umno selepas PRU 2018.
Jika pemilihan Umno dikekalkan pada tahun hadapan dalam suasana kepimpinan Najib yang lemah sekarang, Muhyiddin yang paling layak menentang Najib bagi jawatan Presiden Umno.
Kenyataan Muhyiddin di Milan bahawa Umno perlu menyelesaikan isu 1MDB ditafsir oleh pemerhati politik sebagai tidak ngamnya Muhyiddin dengan Najib. Tetapi Najib menafikannya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno minggu kepas bahawa beliau sering berbincang dengan timbalannya.
Najib ketika berucap di Tawau minggu lepas mendakwa Mahathir kekal lama sebagai Presiden Umno kerana meminda perlembagaan Umno pada tahun 1988 yang mana setiap bahagian mencalonkan sesiapa bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mendapat 10 undi bonus. Ini menyebabkan penyandang jawatan sukar dicabar.
Najib meminda perlembagaan ini pada tahun 2009 dengan membuka sesiapa sahaja boleh mencabar pemimpin tertinggi Umno. Di atas kertas ya, tapi hakikatnya bukan mudah bagi pencabar jawatan presiden mahu mendapatkan pencalonan di bahagian kerana kalau dapat satu pencalonan dikira satu undi.
Perwakilan mana yang berani mengundi orang lain selain dari Najib dalam persidangan bahagian?
Ini bermakna pindaan perlembagaan yang dibuat Najib masih menguntungkan penyandang jawatan. Melainkan beliau pinda pencalonan setakat pencalonan dan bukannya dikira undi.
Lihat pada tahun 1987 bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 37 pencalonan tetapi nyaris mengalahkan Mahathir yang menang dengan majoriti 43 undi.
Ini bermakna pencalonan yang banyak untuk Mahathir tidak menggambarkan sokongan sebenar kepada beliau.
Sebaliknya pindaan yang dibuat Najib lebih menguntungkan penyandang. Contohnya dalam pertandingan ketua pemuda, lima orang mengumumkan bertanding menentang Khairy Jamaluddin tetapi keempat empat pencabar lain seperti Syed Rosli Jamalulail dan empat lagi termasuk anak Sanusi Junid tidak mendapat sebarang pencalonan.
Justru itu Najib kalau dia anak jantan kena pinda sistem pemilihan 2009 kepada sistem pemilihan 1987 di mana dua pencalonan pun layak mencabar jawatan presiden Umno sepertimana Sulaiman Palestine mencabar Hussein Onn pada tahun 1978 dengan hanya mendapat dua pencalonan tetapi mendapat 250 undi yang memalukan Hussein Onn.
Jika sistem ini dipinda sesiapa sahaja boleh mencabar Najib pada tahun 2018 termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.
Dengan kekalnya sistem sekarang, Muhyiddin pun tidak mampu mencabar Najib kerana perwakilan mana yang berani mengundi Muhyiddin untuk jawatan Presiden Umno kerana bahagian itu akan disenaraihitamkan oleh pucuk pimpinan parti.
Zaharin Mohd Yassin seorang aktivis Umno berpendapat selagi Majlis Tertinggi Umno menyokong Najib, Najib selamat.
Apa yang berlaku pada Pak Lah, kerana majlis tertinggi tidak menyokongnya lagi apabila Muhyiddin orang pertama mendesak Pak Lah berundur seleaps BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU 2008.
Malah dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno, Rafidah Aziz yang bersuara lantang mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.
Tetapi dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno minggu lepas tidak ada seorang pun yang berani mendesak Najib berundur. Maka beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga rakyat menghukum BN pada PRU 2018.
Isnin, Mei 18, 2015
ZABIDI MENULIS DI BERITADAILY.COM
Sabtu lalu ketika mengadakan road show di Ipoh Perak, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mungkin akan meletakkan jawatan. Pandikar sudah menafikannya tetapi beliau mengakui ada menemui Dr Mahathir yang dianggap sebagai mentor kepada semua pemimpin politik di negara ini.
Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir beliau meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia masa kini.
Menurut sumber, Pandikar meluluskan permohonan bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat tetapi keputusan itu di'overruled' oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Itu yang membuatkan Pandikar kecewa. Pandikar adalah seorang yang ada prinsip. Beliau pernah menjadi senator dan dilantik Menteri di Perdana Menteri mewakili parti PBS salah satu komponen BN.
Ketika menjadi menteri pada tahun 1990an beliau hebat mematahkan hujah pembangkang.
Tetapi kerana prinsip beliau meninggalkan PBS dan menubuhkan parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) salah satu parti nyamuk di Sabah.
Beliau bersama Mark Koding yang tidak dapat menerima kepimpinan Joseph Pairin Kitingan lagi. Turut serta dalam AKAR ialah bekas Timbalan Menteri Buruh, Kalakau Untol dan Haji Juhar Mahiruddin (kini Yang Dipertuan Negeri Sabah).
Dalam pilihanraya umum negeri Sabah 1990, AKAR gagal memenangi sebarang kerusi. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Pandikar dan Haji Juhar menyertai Umno. Pandikar dari suku kaum Irranun menang kerusi di DUN Tempasuk dan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan negeri apabila BN menumbangkan PBS melalui lompatan ADUN PBS, Datuk Seri Lajim Okin ke dalam Umno.
Sebagai bekas wartawan akhbar Watan di Sabah, saya rapat dengan Pandikar. Malah beliau pernah beritahu saya bahawa beliau pernah jadi menteri negeri, menteri persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, cuma satu sahaja yang belum pernah beliau pegang jawatan iaitu Ketua Menteri Sabah.
Ini bermakna jika Najib mengarahkannya bertanding di DUN Sabah untuk dilantik Ketua Menteri, beliau terima arahan itu. Sesiapa yang masuk politik sudah tentu bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri. Pandikar pun sama tetapi peluang yang tidak ada.
Apabila dilantik Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2008, Pandikar melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Marudu kerana sebagai Speaker beliau mahu dilihat berkecuali tidak memihak kepada mana-mana ahli parlimen sama ada ahli parlimen BN atau pembangkang.
Ternyata di Dewan Rakyat Pandikar dilihat cuba berlaku adil kepada semua ahli parlimen. Beliau cuba beri ruang kepada semua ahli parlimen berbahas tanpa mengira parti. Pandikar dengan suara lembut cuba menasihati mana-mana ahli parlimen yang melanggar peraturan persidangan. Bila ada ahli parlimen yang degil maka beliau terpaksa menghalau keluar dari Dewan.
Menurut sumber, Pandikar tidak jadi meletakkan jawatan kerana Najib menawarkan projek bernilai RM400 juta kepada beliau. Betulkah Pandikar?
Jika betul, ini bermakna anda sudah menjual prinsip anda. Kalau begini gaya kepimpinan Najib membeli pemimpin Umno, memang sukar Dr Mahathir mahu menumbangkan Najib.
Najib semakin berani menyerang Dr Mahathir kerana beliau boleh membeli sesiapa sahaja sekarang.
Jika keadaan ini berterusan, Najib menang dalam peperangannya dengan Dr Mahathir tetapi kalah dalam PRU akan datang. Kerana keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin luntur.
Seperti kata Muhyiddin Yassin, dua peratus sokongan lari dari BN pada PRU akan datang, BN tidak akan dapat simple majoriti.
Jika ia berlaku, Najib menang melawan Dr Mahathir tetapi dia kalah menentang Pakatan Rakyat. Dr Mahathir mahu menyelamatkan Umno tetapi Najib mahu menyelamatkan dirinya sendiri. (dipetik dari beritadaily.com)
Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir beliau meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia masa kini.
Menurut sumber, Pandikar meluluskan permohonan bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat tetapi keputusan itu di'overruled' oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Itu yang membuatkan Pandikar kecewa. Pandikar adalah seorang yang ada prinsip. Beliau pernah menjadi senator dan dilantik Menteri di Perdana Menteri mewakili parti PBS salah satu komponen BN.
Ketika menjadi menteri pada tahun 1990an beliau hebat mematahkan hujah pembangkang.
Tetapi kerana prinsip beliau meninggalkan PBS dan menubuhkan parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) salah satu parti nyamuk di Sabah.
Beliau bersama Mark Koding yang tidak dapat menerima kepimpinan Joseph Pairin Kitingan lagi. Turut serta dalam AKAR ialah bekas Timbalan Menteri Buruh, Kalakau Untol dan Haji Juhar Mahiruddin (kini Yang Dipertuan Negeri Sabah).
Dalam pilihanraya umum negeri Sabah 1990, AKAR gagal memenangi sebarang kerusi. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Pandikar dan Haji Juhar menyertai Umno. Pandikar dari suku kaum Irranun menang kerusi di DUN Tempasuk dan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan negeri apabila BN menumbangkan PBS melalui lompatan ADUN PBS, Datuk Seri Lajim Okin ke dalam Umno.
Sebagai bekas wartawan akhbar Watan di Sabah, saya rapat dengan Pandikar. Malah beliau pernah beritahu saya bahawa beliau pernah jadi menteri negeri, menteri persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, cuma satu sahaja yang belum pernah beliau pegang jawatan iaitu Ketua Menteri Sabah.
Ini bermakna jika Najib mengarahkannya bertanding di DUN Sabah untuk dilantik Ketua Menteri, beliau terima arahan itu. Sesiapa yang masuk politik sudah tentu bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri. Pandikar pun sama tetapi peluang yang tidak ada.
Apabila dilantik Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2008, Pandikar melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Marudu kerana sebagai Speaker beliau mahu dilihat berkecuali tidak memihak kepada mana-mana ahli parlimen sama ada ahli parlimen BN atau pembangkang.
Ternyata di Dewan Rakyat Pandikar dilihat cuba berlaku adil kepada semua ahli parlimen. Beliau cuba beri ruang kepada semua ahli parlimen berbahas tanpa mengira parti. Pandikar dengan suara lembut cuba menasihati mana-mana ahli parlimen yang melanggar peraturan persidangan. Bila ada ahli parlimen yang degil maka beliau terpaksa menghalau keluar dari Dewan.
Menurut sumber, Pandikar tidak jadi meletakkan jawatan kerana Najib menawarkan projek bernilai RM400 juta kepada beliau. Betulkah Pandikar?
Jika betul, ini bermakna anda sudah menjual prinsip anda. Kalau begini gaya kepimpinan Najib membeli pemimpin Umno, memang sukar Dr Mahathir mahu menumbangkan Najib.
Najib semakin berani menyerang Dr Mahathir kerana beliau boleh membeli sesiapa sahaja sekarang.
Jika keadaan ini berterusan, Najib menang dalam peperangannya dengan Dr Mahathir tetapi kalah dalam PRU akan datang. Kerana keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin luntur.
Seperti kata Muhyiddin Yassin, dua peratus sokongan lari dari BN pada PRU akan datang, BN tidak akan dapat simple majoriti.
Jika ia berlaku, Najib menang melawan Dr Mahathir tetapi dia kalah menentang Pakatan Rakyat. Dr Mahathir mahu menyelamatkan Umno tetapi Najib mahu menyelamatkan dirinya sendiri. (dipetik dari beritadaily.com)
Langgan:
Catatan (Atom)









