Jumaat, Mac 29, 2013
PAPA GOMO DIBUANG KERJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.
Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.
Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.
SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.
Khamis, Mac 28, 2013
MUHYIDDIN PM BARU JIKA BN GAGAL MENANG DUA PERTIGA
Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak mempunyai cadangan calon untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal untuk mendapatkan kembali majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.
Bekas perdana menteri itu walau bagaimanapun, tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku dalam pilihan raya tidak lama lagi.
“Saya tidak ada sebarang calon, itu cuma teori jika Umno dan BN tewas, tapi saya tidak menjangkakan itu akan berlaku,” kata Dr Mahathir selepas merasmikan seminar Yayasan Human Life Advancement Foundation di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini merujuk kepada pengganti Najib sekiranya BN tidak mendapatkan dua pertiga.
Pada 24 Mac lalu, bekas perdana menteri itu dilaporkan oleh media berkata Umno akan menolak Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN jika gagal memperbaiki keputusan Pilihan Raya 2008.
Dr Mahathir berkata demikian kepada agensi berita AFP dan menambah beliau bimbang jika perubahan berlaku kerana menjangkakan kekacauan agama dan huru-hara akan terjadi jika BN tewas.
“Sudah pasti, jika beliau tidak berjaya, sudah pasti ada keperluan untuk menukar kepimpinan,” katanya dipetik dari AFP.Bekas perdana menteri itu juga lantang mengkritik seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mendesak perdana menteri kelima itu meletakkan jawatan selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen disamping kehilangan empat buah negeri kepada pakatan pembangkang.
AFP melaporkan Dr Mahathir mempunyai pengaruh yang cukup kuat, terutamanya kepada majoriti Melayu kerana membawa kejayaan, kestabilan dan mempertahankan ketuanan Melayu di bawah kepimpinannya.
"Mahathir masih berpengaruh dalam Umno, dan masih mampu mendapat sokongan yang cukup ramai dari kalangan akar umbi," kata Ibrahim Suffian, ketua kepada pemantau kajian Merdeka Center.
Tetapi dengan tentangan hebat untuk menamatkan pentadbiran autokratik, Mahathir cuba untuk melindungi legasinya.
Dr Mahathir di khalayak umum mempersoalkan liberalisasi oleh Najib, dan memberi amaran huru-hara dalam masyarakat berbilang kaum di mana minoriti Cina dan India akan melawan ketuanan Melayu, menurut laporan AFP lagi.
Ia juga melaporkan bahawa Dr Mahathir dikatakan rapat kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat sebagai nasionalis Melayu, dan cuba mendapatkan pengaruh dalam pemilihan Umno yang dijangka selepas pilihan raya umum.
"Najib kini dalam perhatian dan orang yang akan menentukan masa depan Najib ialah Mahathir," kata pemimpin pembangkang Lim Kit Siang memberitahu AFP.
Laporan AFP juga mengatakan Dr Mahathir, yang bergerak perlahan sejak akhir-akhir ini tetapi masih lagi sinikal tetapi kebimbangan beliau bahawa kemenangan pembangkang membuatkannya kembali bersuara.
Ulasan saya, Jika BN gagal menang dua pertiga maka Najib kena beri laluan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk jadi PM Malaysia yang baru. Bila Pak Lah gagal menang dua pertiga, maka Najib kena ikuti langkah yang telah diasas oleh Pak Lah.
Rabu, Mac 27, 2013
KHALID CAKAP BANYAK
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.
Keputusan itu diambil berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen.
Ramai meramalkan Parlimen akan dibubar minggu lalu.
Mesyuarat Kabinet minggu ini akan berlangsung esok.
Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir 28 April tetapi tarikh akhir pembubaran automatik adalah pada 30 April.
Abdul Khalid mendakwa memandangkan pembubaran Dun Negeri Sembilan tidak berlaku, pimpinan PR tidak akan berdolak dalik dari segi masa dan ketentuan itu.
"Jika kerajaan persekutuan tidak mengisytiharkan Parlimen dibubarkan sebelum atau pada 22 April, maknanya Dewan Negeri Selangor akan dibubarkan pada tarikh tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengapa tidak membuat pembubaran lebih awal, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak mahu rakyat Selangor dan khasnya rakyat Malaysia keliru dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu pilihan raya secara berasingan.
"Selepas ini tidak akan timbul lagi persoalan mengenai masa dan tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga akan memanjangkan cadangan ini kepada negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
Langkah itu katanya, bagi memberi tekanan agar Parlimen segera dibubarkan.
Ulasan saya, Khalid tak payah cakap banyak. Kalau berani bubar DUN Selangor sekarang tak perlu tunggu 22 April kerana itu dah automatik bubar. Bodoh punya MB. Itu pun tak tahu.
Hari ini DUN Negeri Sembilan automatik bubar. Jadi apa salahnya Selangor bubar hari ini juga. Kata dah lama Sultan Selangor perkenan bubar DUN tapi kenapa Khalid tak berani bubar.
Selasa, Mac 26, 2013
DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY DALAM KENANGAN
Tokoh Maal Hijrah 2005 Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70, meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) semalam akibat sakit jantung.
Dr Muhammad meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
Beliau meninggalkan seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita ketika ditemui malam ini.
Ahmad berkata bapanya juga sebelum ini tidak menunjukkan kelakuan pelik namun Allahyarham kelihatan begitu gembira pada Ahad lepas ketika berkumpul bersama anak serta cucunya.
Beliau berkata Allahyarham yang menghidap sakit jantung sejak setahun lepas juga sempat menterjemah dua buku agama.
Allahyarham akan dimandi dan disembahyang di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 9 pagi sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UIA selepas solat Zohor.
Dr Muhammad, yang merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.
Allahyarham juga adalah Felo Amat Utama Akademik Istac UIA dan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Saya mengenali beliau ketika bertugas di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) dari tahun 1997-2001. Beliau adalah pakar agama YPK yang dijemput setiap bulan untuk berceramah dalam majlis YPK. Oleh kerana saya adalah Penolong Pengarah Program YPK saya telah diarah untuk mengatur ceramah buat beliau yang diadakan di setiap daerah di Terengganu.
YPK mempunyai ramai pakar termasuk Prof Dr Hamid Arshad, Dr Ismail Thamby, Prof Datuk Dr Lokman Saim dan ramai lagi. Oleh kerana ramai pakar datang dari Kuala Lumpur, maka YPK sediakan tiket kapal terbang kepada mereka dan kami pegawai YPK sebagai pegawai pengiring menyambut mereka di lapangan terbang Sultan Mahmud. Tetapi oleh kerana Dr Uthman tinggal di Pasir Mas, biasanya kami pergi ke Psir Mas mengambilnya dan menghantarnya balik dengan kereta volvo pejabat.
Banyak kali saya berpeluang mengiringi beliau. Beliau adalah seorang intelektual yang suka membaca dan ilmunya amat luas. Saya difahamkan tesis B.Anya di Universiti Malaya terus diiktiraf menjadi tesis M.A kerana hebatnya penyelidikan beliau. Beliau adalah satu-satunya ulama yang boleh berceramah dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu tidak hairan beliau dibawa Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ke Vatican City menemui Pope, padri besar di dunia.
Hari ini negara kita kehilangan seorang ulama yang masyhur yang mempertahankan sunnah waljamaah dan beliau menentang fahaman wahabi secara konsisiten. Ilmunya yang tinggi kerana luas pembacaan menyebabkan beliau dihormati oleh semua cendekiawan tempatan dan antarabangsa. Alfatihah buat beliau.
Jumaat, Mac 22, 2013
BERHATI-HATI DENGAN AMIL BIN LIMAN@ AMIR
Banyak kali sudah saya masuk multi-level marketing. Siapa sahaja orang datang berkempen asmuk MLM, saya masuk walaupun saya tidak aktif dalam MLM yang disertai selepas itu. Saya masuk semata-mata nak ambil hati kawan yang selalu datang berkempen di pejabat atau di rumah.Pada bulan lepas 12 Februari saya pergi ke rumah seorang kawan di Bukit Permata. Dia ada bela kuda dan saya bercadang nak belajar menunggang kuda di kediaman Abang Zaini, 75 tahun, seorang pesara di jabatan kerajaan. Tiba-tiba datang kawannya dari Sabah, Amil bin Liman @Amir yang membahasakan dirinya sebagai Amirul yang kononnya sudah menyertai Eurovac satu marketing plan untuk bercuti di Eropah dengan caravan. Oleh kerana sudah lama saya tidak ke Eropah saya memang berhasrat untuk melabur sebanyak RM500 untuk jadi ahli Eurovac. Kali terakhir saya melawat Eropah (London, Paris, Zurich pada tahun 1997 dengan rombongan pemuda UMNO Kemaman). Dah 16 tahun.Jadi dengan RM500 dapat semula pergi Eropah amat menerujakan saya. Setiap orang boleh menaja empat orang. Setiap tajaan kita dapat RM200. Empat orang kita dapat RM800. Maknanya sudah untung RM300 dengan modal RM500. Skim ini amat bagus tapi tak sangka pula Amirul ini penipu. Saya segan pada Abang Zaini, bila Amirul desak jadi ahli Eurovac saya terus masuk ahli dan bayar RM100. Bakinya RM400 dimasukkan dalam akaun bini Amirul pada hujung bulan Februari. Genap sebulan jadi ahli Eurovac, saya pergi ke ofis Eurovac di Bandar Baru Bangi dengan Abang Zaini untuk semak keahlian kami. Rupa-rupanya Amirul menipu kami. Wang kami semua termasuk wang kawan-kawan Abang Zaini tidak dimasukkan dalam akaun Eurovac. Kami berpuas hati kerana petang itu pengasas Eurovac ada. Dia menyuruh kami buat laporan polis kerana Amirul tidak kena mengena dengan Eurovac. Yang lucunya kad keahlian Abang Zaini pun ditipu oleh Amirul. Amirul beri kad orang lain bernama Aishah. Saya sudah buat laporan polis. Kalau terjumpa dengan Amirul ini cepat-cepat hubungi balai polis berdekatan. Saya buat laporan polis kerana tidak mahu orang lain jadi mangsa Amirul. Saya ada sms dengannya 0132846161 tapi dia kata nak bayar semula duit saya pada 20 Mac lalu. Saya sudah beri masa kepadanya sehingga 20 Mac. Oleh kerana dia tak bayar semula duit saya, maka saya dedahkan penipuan ini dalam blog saya dan facebook saya supaya orang lain tidak tertipu dengannya. Saya percaya hampir RM10,000 yang telah dipungut dari kawan-kawan saya serta kawan Abang zaini yang menyertai Eurovac melalui Amirul. Nampaknya harapan saya untuk melawat Eropah berkecai lagi.
PAPAGOMO DIHUKUM KES RASUAH?
KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.
Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.
Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.
Berikut adalah maklumat penuh:
Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan :
Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman :
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
Selasa, Mac 19, 2013
PERALIHAN KUASA BERJALAN LANCAR?
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi jaminan bahawa peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihanraya umum nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang huru hara. Jaminan itu diberi ketika berucap di majlis sambutan lima tahun pemerintahan PKR di Selangor di Taman Samudra pada malam Ahad lalu.
Beliau yang juga ahli parlimen Gombak kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau ada dokumen bahawa parti pembangkang akan buat huru hara selepas pilihanraya umum ini.
"Saya cabar si lebam dan si sembab bawa bukti ada dokumen sedemikian," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Kim,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Samad Iskandar dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Surib.
Katanya, kini kita ada lima bekas jeneral bersama kita.
"Mereka beri jaminan bila Pakatan Rakyat menang, peralihan kuasa akan berlaku secara aman," katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau turut mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata jika Selangor masih ditawan Pakatan Rakyat, ini bermakna akidah orang Islam di Selangor akan terjejas.
"orang tua ini cakap apa soal akidah?"tanyanya.
Katanya, Dr Mahathir tak payah cakap soal akidah kerana anaknya sendiri Mirzan adalah pemegang saham terbesar dalam kilang arak di Filipna, San Miguel.
"Nak cakap soal akidah, anak sendiri selain minum arak jadi taukeh kilang arak," katanya lagi.
Dalam ucapan aluannya, Penyelaras PAS kawasan Gombaka, Salahudin Nasir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah anak derhaka.
Katanya, di Tanah Merah, Najib berkata PAS telah melakukan dosa besar.
"Setahu saya salah satu dosa besar ialah anak yang menderhaka kepada ibu bapa. Tun Razak tubuh Petronas dan suruh beri royalti minyak kepada negeri yang ada minyak sebaliknya Najib mengingkari perintah ayahandanya dengan tidak memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan.
"Jadi siapa yang lakukan dosa besar? PAS Kelantan ke, atau Najib?" soalnya.
Khamis, Mac 14, 2013
PARLIMEN DIBUBAR ESOK?
Heboh Dewan Rakyat akan dibubarkan esok pada 15 Mac 2013. Kononnya semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun razak sudah mengadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen. Ada yang berhujah bahawa setiap hari Rabu memang PM menghadap Yang Dipertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet. Oleh itu tidak timbul parlimen akan dibubarkan esok. Ada sumber mengatakan bekas PM, Tun Dr Mahathir tidak bersetuju parlimen dibubarkan sekarang kerana kononnya BN baru menang 85 buah kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Sama ada perkiraan ini betul atau tidak, ia membimbangkan PM untuk membubarkan parlimen di saat ini. Walaupun jutaan rakyat sudah menerima BR1M, tetapi nampaknya undi belum tentu dapat menjamin kemenangan BN. Dalam kes Lahas Datu apabila pengganas Sulu menembak mati 10 askar dan polis, ia membangkitkan semnagt rakyat untuk menentang pencerobohan orang Sulu. Lagu Jamaludin Alias membakar semangat rakyat Malaysia dan nampaknya ia akan memberi kemenangan besar kepada BN. Kita masih ingat pada tahun 1990, BN cemas kalah tetapi bila pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah pakai sigah di Sabah, ia membangkitkan semnagat orang Islam untuk mengundi BN. Hal yang sama berlaku sekarang di mana isu kalimah Allah menyebabkan penyokong PAS berpecah dua serta isu pencerobohan di Lahad Datu yang membangkitkan semangat orang Melayu untuk kekal bersama BN. Adakah esok pembubaran akan menjadi kenyataan? sama-samalah kita tunggu kerana inilah kali pertama parlimen genap lima tahun dibubarkan. Biasanya masuk empat tahun, parlimen sudah pun dibubarkan. Pada tahun 2008, pilihanraya umum diadakan pada 8 Mac, tetapi sekarang sesudah genap lima tahun, parlimen masih belum dibubarkan kerana tarikh berkuasa bermula pada hari pertama persidangan Dewan rakyat pada bulan April 2008.
Selasa, Mac 05, 2013
MB DIDESAK JAWAB ISU SKANDAL BAKAL (SIRI TIGA)
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.
Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.
“Satu perjanjian ditandatangani pada 28 Disember 2011, agar syarikat-syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd yang mempunyai saham berbayar RM2 sahaja,” kata Rafizi menerangkan isu tersebut di ibu pejabat parti hari ini.
Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.
“Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak,” kata Rafizi lagi.
Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap beserta dengan bukti.
Turut bersama Rafizi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang mula-mula membongkarkan skandal balak di negeri tersebut.
“Apa yang berlaku di Terengganu ialah ‘daylight robbery’, hasil kekayaan negeri Terengganu dikaut oleh kroni-kroni,” kata Dr Syed Azman dalam sidang media tersebut.
“12 syarikat terpaksa membeli syarikat RM2 dengan harga RM2.5 juta. Cuba bayangkan RM2.5 juta didarabkan dengan 12?”
Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
“Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri Datuk Seri Ahmad Said,” katanya lagi.
Pihaknya juga berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan negeri Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi.
“Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya umum ke-13, sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional,” kata Rafizi lagi.
Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti.
Ahad, Mac 03, 2013
TUJUH JAM DI JABATAN IMIGERESEN
Khamis lalu, saya bersama rakan dari Indonesia telah pergi ke Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) di Jalan Duta di sebelah Mahkmah Syariah Wilayah Persekutuan. Tujuan saya ke sana menemani kawan saya yang mahu menyambung visanya yang tamat pada hari tersebut. tepat jam 8 pagi,pada mulanya Jono beratur di kaunter untuk ambil nombor. Seorang ulat yang disahkan oleh Jabatan Imigeresen bernama Siti (0193968735) telah menemui Jono supaya mengisi borang. Borang itu dijual oleh Siti dengan harga RM5.00. Ketika sampai giliran Jono, pegawai yang beri nombor suruh Jono beli tiket kapal terbang terlebih dahulu.
Kami fikir mana nak cari duit untuk beli tiket kapal terbang, tetapi Siti kata tiket boleh dibeli dengan harga RM25.00. Jono beratur semula untuk dapatkan nombor. Maka Jono diberi nombor giliran dengan mengepilkan tiket kapal terbang palsu Garuda yang akan berangkat pada 29 Mac. Bila tiba giliran Jonor di kaunter, pegawai kata visa hanya disambung seminggu sahaja. Maka Jono kena beli tiket lain pula. Sekali lagi Siti menjual tiket palsu dengan harga RM25 juga. Begitu mudahnya mereka menipu Imigresen kononnya sudah ada tiket palsu. Maka Jono beratur sekali lagi untuk dapatkan nombor giliran yang lain pula.
Jam 12, Jono diarah bayar RM100 di kaunter nombor 9 yang menunjukkan borang sambung visa Jono boleh diproses dengan mengemukakan tiket kapal terbang palsu yang dijual denganh harga RM25. Kali ini visa Jono disambung untuk seminggu sahaja. Tepat jam 3 petang, Jono dapat pasportnya yang sudah disambung visa selama seminggu. Tiga jam menunggu. Pegawai yang nak tandatangan kelulusan ambil masa tiga jam sedangkan prosesnya sekejap sahaja. Yang lucunya pegawai JIM yang bernama Mohd Jim sudah ambil bakul untuk beri pasport yang sudah siap masuk semula ke dalam kerana ada seorang orang luar suruh dia cari sesuatu. Dia yang nak beri pasport kepada pelanggan yang mewnunggu tidak jadi beri paspot. Maka ia tergendala selama 15 minit. Hairan juga kepada Mohd Azmi layan orang itu. Mungkin dia kenal orang itu.
Betapa tidak cekapnya Jabatan Imigeresen. Oleh itu Ketua Pengarah JIM, Datuk Alias Ahmad yang kebetulan senor saya di Universiti Malaya wajar membuat KPI yang baru kepada kakitangannya supaya setiap pemohon tidak ambil masa selama tujuh jam. Juga kalau boleh tiket palsu ini janganlah digalakkan walaupun ia dijual oleh ulat yang diiktiraf oleh JIM sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)