Ahad, Mac 03, 2013
TUJUH JAM DI JABATAN IMIGERESEN
Khamis lalu, saya bersama rakan dari Indonesia telah pergi ke Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) di Jalan Duta di sebelah Mahkmah Syariah Wilayah Persekutuan. Tujuan saya ke sana menemani kawan saya yang mahu menyambung visanya yang tamat pada hari tersebut. tepat jam 8 pagi,pada mulanya Jono beratur di kaunter untuk ambil nombor. Seorang ulat yang disahkan oleh Jabatan Imigeresen bernama Siti (0193968735) telah menemui Jono supaya mengisi borang. Borang itu dijual oleh Siti dengan harga RM5.00. Ketika sampai giliran Jono, pegawai yang beri nombor suruh Jono beli tiket kapal terbang terlebih dahulu.
Kami fikir mana nak cari duit untuk beli tiket kapal terbang, tetapi Siti kata tiket boleh dibeli dengan harga RM25.00. Jono beratur semula untuk dapatkan nombor. Maka Jono diberi nombor giliran dengan mengepilkan tiket kapal terbang palsu Garuda yang akan berangkat pada 29 Mac. Bila tiba giliran Jonor di kaunter, pegawai kata visa hanya disambung seminggu sahaja. Maka Jono kena beli tiket lain pula. Sekali lagi Siti menjual tiket palsu dengan harga RM25 juga. Begitu mudahnya mereka menipu Imigresen kononnya sudah ada tiket palsu. Maka Jono beratur sekali lagi untuk dapatkan nombor giliran yang lain pula.
Jam 12, Jono diarah bayar RM100 di kaunter nombor 9 yang menunjukkan borang sambung visa Jono boleh diproses dengan mengemukakan tiket kapal terbang palsu yang dijual denganh harga RM25. Kali ini visa Jono disambung untuk seminggu sahaja. Tepat jam 3 petang, Jono dapat pasportnya yang sudah disambung visa selama seminggu. Tiga jam menunggu. Pegawai yang nak tandatangan kelulusan ambil masa tiga jam sedangkan prosesnya sekejap sahaja. Yang lucunya pegawai JIM yang bernama Mohd Jim sudah ambil bakul untuk beri pasport yang sudah siap masuk semula ke dalam kerana ada seorang orang luar suruh dia cari sesuatu. Dia yang nak beri pasport kepada pelanggan yang mewnunggu tidak jadi beri paspot. Maka ia tergendala selama 15 minit. Hairan juga kepada Mohd Azmi layan orang itu. Mungkin dia kenal orang itu.
Betapa tidak cekapnya Jabatan Imigeresen. Oleh itu Ketua Pengarah JIM, Datuk Alias Ahmad yang kebetulan senor saya di Universiti Malaya wajar membuat KPI yang baru kepada kakitangannya supaya setiap pemohon tidak ambil masa selama tujuh jam. Juga kalau boleh tiket palsu ini janganlah digalakkan walaupun ia dijual oleh ulat yang diiktiraf oleh JIM sendiri.